TESTIMONI KULIT CANTIK DENGAN SHAKLEE 2

Siapa nak kulit CANTIK, CERAH, BERSERI & GEBUSS sebelum raya ni...hah jom cuba ni B COMPLEX, VITA E, VITA C & ESP...jom layan gambar sat ye...

credit to Maz Mazni


Supplement untuk kulit


1. ESP
  • Dapat membantu menghasilkan sel-sel kulit yang baru,keperluan protein yang berkualiti sangat penting supaya sel-sel kulit yang dihasilkan adalah sel yang sangat sihat & kulit kita akan kelihatan lebih gebu, bersih , licin & anjal.

2. VITA E COMPLEX
  • Merupakan antioksidan yang sangat kuat, anti penuaan & sanagt membantu dalam memudarkan parut jerawat dengan berkesan.

3. VITA C
  • Membantu mengekalkan paras kolagen yang penting untuk membantu memperbaiki kulit yang rosak serta dapat memastikan agar kulit sentiasa licin, tegang & sihat.

4. B COMPLEX
  • Membantu memperbaiki peredaran darah, menstabilkan hormon & meratakan warna kulit



Sebarang pertanyaan mengenai produk ini boleh Email : julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087/ 0129950402
SID 1042062
Agen Shaklee Area Johor Bahru & Pasir Gudang (COD pun boleh)

TESTIMONI KESIHATAN LELAKI (ZINC COMPLEX + VITA E)


Hi semua..terbaru testimoni untuk kesihatan lelaki..ZINC COMPLEX + VITA E COMPLEX. Bukan orang perempuan je nak sihat ye...orang lelaki pun nak sihat jugak...nak..nak pulak yang sudah berkahwin...yang merah-merah sya padam-padam tu tak sesuai untuk orang baca ye..heheheh..yang dah kawin faham-faham sendiri lah ye...

Testimoni dalam usaha nak dapatkan zuriat..insya allah saya doakan yang terbaik untuk pasangan ni...:)



 Testimoni








1. VITA E COMPLEX
  • Mempertingkatkan kemampuan reproduktif- terdapat kajian pada tahun 1942, telah mendapati Vitamin E mampu memulihkan kemampuan produktif lelaki.  Orang lelaki yang mengambil 600IU - 800IU Vitamin E sehari mampu mempertingkatkan kiraan sperma mereka.
  • Kelestarian tenaga - meningkatkan kelestarian seksual & tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih.

2. ZINC COMPLEX
  • Memperbaiki masalah prostat - melindungi kesihatan prostat, memeperbaiki & menyembuhkan prostatomegaly & keadaan kerap kencing. Kajian menunjukkan pengambilan zinc harian dapat mengurangkan prostatomegaly/pembengkakan prostat pada kadar 70%.
  • Kemampuan seks lelaki- pengambilan zinc untuk jangka masa panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki & kuantiti sperma..



Sebarang pertanyaan mengenai produk ini boleh Email : julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950405
SID 1042062
Agen Shaklee Area Johor Bahru & Pasir Gudang ( nak COD ) pun boleh, untuk pos Seluruh Malaysia pun boleh.

MASALAH KESIHATAN LELAKI & SHAKLEE

Assalamualaikum....sebelum tulis entri ni tadi terfikir-fikir nak tulis pasal apa??? teringat pasal hari bapa terus dapat idea..nak tulis MASALAH KESIHATAN LELAKI..sebelum-sebelum ni pun tak pernah tulis pasal masalah kesihatan lelaki..banyak tulis pasal kanak-kanak & wanita je..so hari ni nak cerita apa produk Shaklee yang sesuai dengan masalah kesihatan lelaki hari ini.

Kadang-kadang kalau kita perasan lah..lifestyle kita sebenarnya banyak menyumbang kepada masalah kesihatan contoh tabiat makan, cara hidup yang terlalu sibuk membuatkan kita tak sempat nak bersenam. Kalau zaman dulu-dulu sakit jantung, stroke, darah tinggi & kolestrol, yang kita tahu orang umur 50 tahun keatas & jarang sangat kita dengar orang umur 30 an ni, sedang-sedang aktif bersukan, aktif hiking & macam-macam aktiviti boleh tumbang & malang sekalinya terus meninggal dunia...agak-agak kenapa ye..???

Tu belum lagi masalah kesihatan lelaki seperti :

1. Mati pucuk
2. Pembesaran prostat
3. Kelesuan
4. Kurang tenaga & stamina

Sayangi lah kesihatan & diri kita, ayah kita, abang-abang, adik-adik & suami kita..kadang-kadang penyakit ni datang tanpa diduga..sesar-sedar je dah sakit. Antara produk khas untuk masalah kesihatan lelaki adalah seperti berikut :



Mari kita lihat apakah fungsi ketiga-tiga produk ini :

1. VITA E COMPLEX ( RM 149.00/ 120 CAPS)
  • Dapat menghasilkan sperma yang banyak
  • Dapat memperbaiki kualiti & membantu pergerakkan sperma
  • Meningkatkan paras Testosteron di dalam badan

2. ZINC COMPLEX (RM 33.75/ 120 TABS)
  • Membantu meningkatkan kualiti sperma
  • Membantu mengoptimumkan kualiti fungsi prostat
  • Membantu mengurangkan potensi mendapatkan kanser prostat @ pembesaran prostat
  • Meningkatkan paras Testosteron untuk kehidupan seksual yang lebih baik
  • Mencegah masalah mati pucuk
  • Mengelakkan masalah keguguran rambut

3. OMEGA GUARD (RM 136.00/ 90 CAPS)
  • Mengandungi rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi iaitu EPA, DHA DLL
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Memelihara kesihatan otak, kesihatan serta fungsi-fungsi sendi.

Apakah kebaikkan ketiga-tiga produk ini ??? antara kebaikkannya adalah : 
  • Memperbaiki kesihatan prostat
  • Meningkatkan kesihatan & kecergasan badan
  • Memelihara jantung agar sihat
  • Membantu mengekalkan tekanan darah normal
  • Mengawal tahap kolestrol yang sihat

Sebarang pertanyaan mengenai produk ini boleh Email : julaizaharun @gmail.com
Call?SMS/WhatsApp : 017 9291087 @ 012 9950402
SID 1042062
Saya Agen Shaklee Sah area Johor Bahru & Pasir gudang




KALAU NAK BERJAYA KENA FOKUS

Hi...entri hari ni nak cakap pasal FOKUS...cerita fokus saya bersama SHAKLEE..awalnya saya consume SHAKLEE untuk atasi masalah kesihatan MIGRIN & GASTRIK...bila dah rasa sendiri kesan baru lah decide nak join SHAKLEE..masa mula-mula dulu adalah juga rasa boleh ke aku BERJAYA dalam SHAKLEE macam orang lain..bila first month join hanya untuk makan sendiri, untuk anak & untuk mak dan ayah je...masa tu dapat bonus dalam RM 2+.++... lama-lama bila ada kawan- kawan yang berminat untuk try SHAKLEE rasa best sangat sebab dapat tolong diorang..masuk bulan ke 3 join dapat la RM 7+.++...lama juga dok kat angka tu jek..heheh bukan salah orang lain pun salah sendiri sebab tak FOKUS...


Bila dah start FOKUS alhamdulillah cecah lah 3 angka RM 2++.++...sekarang ni tengah FOKUS lagi untuk ke angka -angka yang seterusnya. Kalau Master dalam SHAKLEE muda-muda lagi 26 tahun, 27 tahun , 30 tahun dah dapat 4, 5 angka sebelum..insya allah saya mesti boleh..janji FOKUS..Insya Allah..belum terlambat untuk saya berjaya..Anda pun sama..tak de yang terlambat



Saya Agen Shaklee area Johor Bahru & Pasir Gudang
017 9291087 @ 012 9950402 (jue)


TESTIMONI KULIT CANTIK DENGAN SHAKLEE




Testimoni kulit cantik dengan shaklee testimoni ini menggunakan ESP, ALFALFA & VITA C. Mari kita lihat apa fungsi-fungsi supplement berikut :


  • ESP - berfungsi merangsang pembentukkan semula kulit, mengurangkan kedutan, mengembalikan radian kulit, mampu mengurangkan kesan parut, memudarkan pigmentasi (rahsia awet muda)



  • ALFALFA COMPLEX - bertindak sebagai detox, mampu mengeluarkan toksin dari badan, sekaligus mampu mencantikkan kulit


  • SR VITA C PLUS - merangsang pembentukkan kolagen, mencerahkan kulit , memudarkan pigmentasi & jeragat.

Jadi kepada anda-anda diluar sana yang nakkan kulit cantik, sihat , cerah sekata masa raya nanti..apa tunggu lagi!!!!


credit to vitaminlovers.blogspot (tqsm)

Sebarang pertanyaan boleh Email : julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402
SID 1042062
Johor Bahru









WARNA URIN PETUNJUK KESIHATAN ANDA

Hi semua...hari ni saya nak share info mengenai WARNA URIN..untuk pengetahuan anda sebenarnya penting untuk kita tahu warna urin kita. Warna urin merupakan petunjuk tahap kesihatan kita. Tak percaya??? Tahukah anda seelok-elok warna urin adalah URIN BERWANA KUNING PUCAT. jom baca selanjutnya :





1. URIN BERWARNA JERNIH
  • Bermaksud air dalam tubuh anda lebih dari cukup. Ini adalah baik untuk anda. Walau bagaimanapun air kencing yang jernih ini boleh juga disebabkan oleh HEPATITIS & DIABETES. Jadi berwaspadalah.

2. URIN BERWARNA KUNING TERANG
  • Disebabkan oleh pengambilan supplement tambahan seperti Vitamin B2 dan Riboflavin. Jangan panik & jangan risau ye..ini menunjukkan tubuh anda menggunakan vitamin tersebut dengan betul.

3. URIN BERWARNA OREN
  • Pengambilan ubat-ubatan tertentu menyebabkan urin berwarna oren. Urin berwarna oren juga disebabkan oleh DEHIDRASI atau tubuh tidak cukup air. Kurangnya air dalam tubuh menyebabkan konsentrasi urochrome menjadi pekat.

4. URIN BERWARNA KUNING GELAP.
  • Warna urin menjadi kuning gelap ini merupakan petanda anda mengalami DEHIDRASI (tidak cukup air) yang teruk.

5. URIN BERWARNA HIJAU
  • Berkemungkinan terdapat jangkitan pada pundi kencing. Jika berwarna hijau terang, ia disebabkan oleh Vitamin B berlebihan. Pewarna makanan juga boleh menyebabkan urin bertukar warna hijau. Bahkan makanan semulajadi seperti asparagus juga boleh menyebabkan urin berwarna hijau.

6. URIN BERWARNA BIRU
  • Kemungkinan ada jangkitan pada pundi kencing atau kerana Vitamin B & kalsium berlebihan. Ubat-ubatan tertentu juga boleh menyebabkan urin berwarna biru.

7. URIN BERWARNA COKLAT
  • Menunjukkan tahap kesihatan yang teruk. Jika urin berwarna coklat gelap segera lah berjumpa doktor. Ini berkemungkinan petanda penyakit hepatitis, buah pinggang, Hemolytic anemia dan lain-lain.

8. URIN BERWARNA MERAH PUCAT
  • Jika urin berwarna merah pucat berkemungkinan ada darah dalam urin tersebut. kehadiran darah dalam urin tersebut mungkin disebabkan oleh jangkitan saluran kencing, batu karang, penyakit buah pinggang atau ketumbuhan pada pundi kencing.

Sumber : www.PerenLee.com

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya merupakan Agen Shaklee anda, Sebarang pertanyaan boleh Email : julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402
SID 1042062
Johor Bahru


KURUS DENGAN SHAKLEE

Bila cakap pasal kurus..memang ramai yang nak kurus..saya sendiri pun kalau boleh nak maintain je berat badan sekarang..bukan apa..sebab nak rasa selesa bila bergerak..senang nak cari pakaian (saya pembeli online tegar tau.. hehehe), lagi satu kalau berjalan dengan suami tak segan sangat..sebab suami saya dari belum kawin sampai sekarang badannya maintain aje...jeless pulak..

Hari ni kalau kita tengok memang ada macam-macam jenis produk untuk kuruskan badan, TETAPI pastikan anda pilih produk yang BENAR-BENAR SELAMAT ye..di bimbangi nanti sebab nak KURUS akan menjejaskan KESIHATAN & MEMBAHAYAKAN NYAWA PULA. Sememangnya kalau nak kurus akan makan masa..tak de hari ni makan esok dah nampak kesan

Entri kali ni nak cerita tentang PRODUK CADANGAN UNTUK KURUS dari Shaklee. Di sini saya ingin tekankan kombinasi produk cadangan untuk kurus mempunyai 3 konsep utama. Bila lemak-lemak dah BAKAR..kena lah BUANG pulak ye..& seterusnya PEMBINAAN otot-otot , jangan salah faham ye..bina otot ni bukan macam 'body builder' tu..tapi lebih kepada MEMBENTUK TUBUH BADAN KITA agar lepas kurus takde la MENGGELEBEH di perut, di paha & lain-lain bahagian badan.

 3 konsep utama 

Gambar di atas ni adalah produk cadangan untuk mereka yang mempunyai budget yang mampu milik. Gambar dibawah di pulak untuk mereka yang mempunyai budget lebih..boleh la ambil complete produk untuk kurus ye...:)




Untuk complete produk untuk kurus terdapat tambahan seperti :

VITA LEA adalah multi-vitamin tertua didunia dengan 30 nutrisi harian lengkap. Antara manfaatnya adalah :
  • Penambah tenaga
  • Pelengkap nutrisi
  • Keupayaan sistem produktif
  • Metabolisma
  • Melindungi organ
ESP pula diperbuat daripada Non-GMO based soy yang tidak membahayakan kesihatan. ESP ini disarankan untuk ibu-ibu yang meyusukan anak. Terdapat banyak kelebihan ESP ini kepada ibu-ibu yang menyusukan anak & dalam masa yang sama ingin menurunkan berat badan. Antara kebaikkannya adalah :
  • Awet muda
  • Kawal berat badan
  • Baik dalam pemulihan uterus, ovari
  • Baik untuk hormon 
  • Pembekal tenaga
  • Mencantikkan kulit
  • Soya bukan GMO

CINCH SHAKE MIX pula disarankan kepada sesiapa sahaja kecuali ibu-ibu yang menyusukan, sebenarnya tida kesan buruk cuma bagi ibu-ibu yang menyusukan anak memerlukan sumber kalori yang lebih tinggi iaitu ESP. Antara kebaikkannya adalah :
  • Mengandungi Cinch Pro iaitu satu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina
  • Diperkaya dengan Leusina untuk memelihara otot
  • Terdapat 24 gram protein dalam setiap hidangan
  • Mengandungi kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap hidangan
  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal & membekalkan tenaga
  • Memberi 35% atau Lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin & mineral yang penting
  • Tiada perasa, pemanis. pewarna tiruan
  • Soya bukan GMO

CINCH ENERGY TEA MIX mempunyai banyak khasiat. Antaranya :
  • Sebagai pengalak tenaga semulajadi
  • Mempunyai Taurina yang meningkatkan tenaga & ketahanan badan
  • Pilihan alternatif terbaik pengemar kopi,soda atau manisan untuk mengekalkan kecergasan tubuh

B COMPLEX  membantu dalam sistem pertahanan tubuh &saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah & mampu mencegah anemia. Antara kebaikkan B complex adalah :
  • Membantu untuk megekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati & mulut, serta otot di dalam saluran usus gastro
  • Terlibat dalam penghasilan tenaga & berguna kemurungan & stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan
  • Diperlukan untuk pembentukkan darah, dengan itu ia membantu mencegah anemia
  • Membantu untuk megelakkan sawan, epilepsi dan membantu mengatasi keletihan & ketagihan makanan.


Sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan mengenai produk ini  atau nak tahu mana produk yang sesuai dengan budget anda boleh Email :julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402
SID 1042062
Johor Bahru



PANDUAN ATASI MASALAH TIDUR IBU HAMIL

Saat kehamilan sememangnya akan membuat kita berasa sangat teruja, bermula dari awal kelahiran lagi para ibu akan sedaya upaya mencari maklumat tentang kehamilan. Di awal usia kadungan biasanya si ibu tidak mengalami masalah kesukaran tidur tetapi apabila usia kandungan semakin membesar, si ibu mula mengalami masalah untuk tidur lena. Kebanyakkan pakar perubatan akan meyarankan ibu-ibu untuk tidur secara mengiring terutama selepas minggu ke-16 kehamilan.

Kenapa pentingnya tidur mengiring bagi ibu hamil??

  • Memastikan bayi mendapat aliran darah dengan lancar, kerana inferior vena cava di bahagian belakang sebelah kanan tulang belakang mengembalikan darah dari tubuh bahagian bawah ke jantung.
  • Membantu buah pinggang menjalankan aktiviti perkumuhan dengan baik, dan ia dapat mengurangkan masalah pembengkakan di bahagian kaki, pergelangan kaki & tangan.






Berikut merupakan panduan yang boleh diikuti untuk atasi masalah tidur.

1. POSISI TIDUR MENGIRING KE KIRI
  • Tidur mengiring ke sebelah kiri merupakan posisi tidur terbaik yang sangat disyorkan sepanjang kehamilan, maka usahakan untuk tidur mengiring ke sebelah kiri.

2. MANDI AIR SUAM
  • Sebelum tidur mandi air suam, Rasa segar akan membuatkan anda tidur lebih lena.

3. ELAKKAN MAKAN BANYAK SEBELUM TIDUR
  • Tempoh kehamilan kadang-kadang membuatkan anda kerap lapar & adakala nya selera makan anda bertambah walaupun sudah sampai waktu tidur. Elakkan makan terlalu banyak, cuba ambil snek yang berkhasiat sebagai alternatif.

4. MINUM SUSU SUAM
  • Kandungan asid amino tryptophan di dalam susu yang meningkatkan kadar serotonim ke dalam otak akan membantu anda untuk tidur lebih nyenyak.

5. AMALAN TARIK NAFAS
  • Latihan menarik nafas dengan teratur dapat membantu mengurangkan ketegangan otot sekali gus membantu anda mendapatkan tidur dengan lebih baik. Dalam keadaan duduk, berdiri atau berbaring, tarik nafas melalui hidung secara perlahan & tahan nafas selama satu hingga dua saat. Kemudian hembus & keluarkan nafas melalui mulut perlahan-lahan. lakukan dalam 10 kali.

6. BERSENAM
  • Senaman teratur untuk elakkan kekejangan kaki. Namun, adalah tidak digalakkan untuk bersenam beberapa jam sebelum tidur kerana endorfin & adrenalin yang dirembeskan akan membuatkan mata anda kekal berjaga.

7. BANTAL YANG MENYANGGA
  • Sangga perut & pinggang dengan bantal yang bersesuaian. Ini dapat membantu menyelaraskan pinggul & tulang belakang untuk mendapatkan keselesaan berpanjangan ketika tidur.

8. SUHU BILIK
  • Kebiasaan ibu-ibu hamil akan berasa  panas & tidak selesa, ini sedikit sebanyak akan mengganggu lena tidur anda. Jadi pastikan suhu bilik anda sentiasa nyaman. Jika tidak menggunakan pendingin hawa, pastikan aliran udara di dalam bilik sentiasa lancar & tidak menimbulkan kepanasan melampau.

9. KATIL YANG SELESA
  • Pastikan katil & tilam adalah berkualiti & dalam keadaan yang baik serta dapat memberi sokongan yang baik pada tulang belakang. Sekurang-kurangnya ia membantu anda memberi sokongan yang baik pada tulang belakang

10. RUTIN TIDUR
  • Biasakan diri anda untuk melakukan rutin yang menenangkan sebelum tidur seperti mandi dengan air suam, menyapu pelembab pada bahagian kulit yang kering & baca bacaan ringan. 

11. PAKAIAN TIDUR
  • Baju tidur yang dipakai turut memainkan peranan yang penting. Pakai pakaian tidur yang mampu menyerap peluh dengan baik.

12. SUASANA BILIK TIDUR
  • Pastikan keadaan bilik tidur anda berada dalam keadaan kemas & teratur, kerana ia dapat mengundang mood tidur anda.

sumber Majalah pa&ma (Julai 2012)


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya merupakan Agen Shaklee anda Sebarang pertanyaan boleh Email : julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 0179291087 @ 012 9950402
SID 1042062
Johor Bahru
  

SUMBER MAKANAN MENGANDUNGI VITAMIN E

Tubuh badan manusia tidak dapat menghasilkan VITAMIN E dengan sendirinya, Oleh itu kita perlu mendapatkan sumber Vitamin E daripada makanan lain. Antara makanan yang kaya dengan Vitamin E adalah seperti berikut :






1. Avocado



2. Biji bunga matahari

3. Kacang soya


4. Buah zaitun



5. Badam


6. Labu


7. Kacang buncis


8. Ubi keledek


9. Sayuran hijau



10. minyak sayuran, minyak zaitun, minyak jagung, minyak bunga matahari



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya merupakan Agen Shaklee anda, 
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh Email : julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402
SID 1042062
Johor Bahru 










KESAN KEKURANGAN VITAMIN E KEPADA TUBUH BADAN

Apakah akan terjadi sekirannya tubuh badan kita mengalami kekurangan VITAMIN E?? Kebiasaanya kekurang VITAMIN E adalah berkait rapat dengan sel badan yang TIDAK BOLEH menyimpan lemak, sedangkan VITAMIN E bersifat larut lemak & tubuh kita perlukan lemak untuk bergerak kebahagian yang
diperlukan dalam badan.

Poster berikut merupakan ringkasan FUNGSI VITAMIN E kepada tubuh kita :




Kekurangan Vitamin E dalam badan akan menyebabkan sel darah merah menjadi rapuh & meningkatkan penghasilan radikal bebas dalam tubuh. Antara gejala-gejala kekurangan VITAMIN E adalah:


  • Anemia (kurang sel darah merah @ hemaglobin)
  • Masalah berkaitan sistem pembiakkan
  • Sukar hamil
  • Mudah mengalami keguguran kandungan
  • Tanda penuaan pada kulit
  • Katarak
  • Hilang nafsu seksual
  • Rambut kering & gugur
  • Masalah kelemahan otot (mypathy)
  • Luka lambat sembuh
  • Masalah kebas-kebas kaki (cramps)
  • Penyakit berkaitan usus
  • Mati pucuk
  • Prostat membesar





Sekirannya Tubuh kita terlebih Vitamin E apa pula akan terjadi :
Vitamin E bertindak sebagai Antikoagulan yang bertindak dalam mengurangkan risiko pembekuan darah & mencairkan darah supaya peredaran darah dapat berjalan dengan lancar. Sekiranya telebih dos Vitamin E kemungkinan akan menyebabkan & mudah berlakunya pendarahan seperti hidung berdarah. Oleh itu adalah penting anda mengambil dos seperti yang dicadangkan.

credit to :mamalutfi.blogspot


Sebarang pertanyaan boleh mengenai produk shaklee boleh Email : julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp/ 017 9291087 @ 012 9950402
SID 1042062
Johor Bahru  

KEBAIKKAN GRAPE SEED DALAM VITAMIN E SHAKLEE







11 KEBAIKKAN GRAPE SEED YANG TERDAPAT DALAM VITAMIN E SHAKLEE

  1. Mengandungi ANTI OKSIDAN  : baiki peredaran darah dalam badan, menjadikan wajah berseri & tidak kusam, KULIT BEBAS JERAWAT & JERAGAT.
  2. Melambatkan proses penuaan. Pengambilan secara konsistan akan menjadi anda AWET MUDA, FLAWLESS BERSERI & SHINING.
  3. MENCEGAH PERTUMBUHAN ABNORMAL SEL. seperti kanser & cyst, bertindak melancarkan saraf
  4. MENGURANGKAN BENGKAK SUSU. & juga dalam masa yang sama mampu MENGURANGKAN STRECH MARK.
  5. Mengurangkan simpton PMS.
  6. Mengurang PARUT DI KULIT
  7. Meningkatkan PENGELUARAN AIR MANI
  8. Baik untuk jantung kerana dapat MENGEMBANGKAN PEMBULUH DARAH & menghalang pembentukan DARAH BEKU.
  9. Membantu masalah KEDINGINAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI.
  10. MEMBANTU MASALAH PIGMENTASI KULIT. Membantu agar tona kulit lebih sekata.
  11. Membantu agar rambut , cantik & berseri.

Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee boleh Email : julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp : 017 9291087 @ 012 9950402
ID 1042062
Johor Bahru

TIP DIET KETIKA HAMIL

Tempoh kehamilan merupakan saat- saat  yang paling dinantikan oleh setiap pasangan. Perkara utama yang harus anda ketahui sekirannya anda hamil adalah, bayi akan menyerap kesemua makanan yang anda makan, oleh itu ibu-ibu hamil harus membuat pengubahsuai terhadap diet harian mereka & jangan lupa untuk dapatkan nasihat daripada doktor anda.




Berikut merupakan Tip Diet yang boleh dijadikan panduan anda ketika hamil.


1) AMBIL MAKANAN YANG KAYA DENGAN KALSIUM

  • Kalsium membantu pembinaan tulang bayi & mencegah ibu kehilangan kalsium ketika hamil akibat daripada penyerapan untuk proses tumbesaran bayi. Kalsium yang mencukupi juga dapat menghindarkan masalah tekanan darah tinggi ketika kehamilan & ia juga penting untuk fungsi normal saraf & otot.
  • Tahukah anda ibu hamil memerlukan 3 GELAS @ LEBIH Susu Rendah Lemak @ tanpa lemak @ susu soya yang kaya dengan protein setiap hari SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KEHAMILAN terutama untuk ibu-ibu yang ingin menyusukan si manja.

2) PASTIKAN CECAIR MENCUKUPI
  • Pastikan anda mendapatkan cecair yang berkhasiat mencukupi, seperti air kosong. Air penting ketika tempoh kehamilan untuk mengatasi masalah sembelit & peruntukan bagi isipadu darah berkembang yang membawa oksigen & nutrien kepada ibu & bayi. 

3) MAKAN MAKANAN YANG KAYA DENGAN ZAT BESI
  • Makanan yang kaya dengan protein, seperti daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit, ikan @ kekacang adalah sumber penting yang kaya dengan zat besi. Zat besi merupakan salah satu nutrien yang agar sukar bagi ibu-ibu hamil memperolehi dengan secukupnya ketika hamil. Ini adalah kerana zat besi penting untuk membekalkan oksigen yang normal kepada bayi, untuk perkembangan & pertumbuhan yang normal, & mencegah kelahiran pramatang.

4) MAKANAN LAUT
  • Jangan elak makanan laut ketika hamil terutama ikan, kerana terdapat lemak ikan iaitu OMEGA 3 penting untuk perkembangan penglihatan & otak bayi. Kajian mendapati sekirannya ibu cukup pengambilan DHA (97% daripada omega 3 dalam otak adalah DHA) akan mempunyai tahap IQ yang tinggi. OMEGA 3 juga dapat mengelakkan kelahiran pra matang,  & juga risiko alahan & asthma pada masa akan datang.
  • Walaubagaimana pun sekiranya ibu-ibu hamil bimbang risiko ikan tercemar dengan merkuri, sebagai alternatif lain anda boleh mengambil makanan tambahan yang kaya dengan DHA.

5) MINUM ALKOHOL, KOPI, AIR BIKARBONAT & TEH
  • Pengambilan minuman beralkohol akan menyebabkan kecacatan kepada kelahiran bayi anda. Ini sememangnya tidak dapat disangkal lagi.
  • Pengambilan kopi @ minuman berkafein dalam kajian terkini menunjukkan tiada kesan pada berat badan @ kecacatan kelahiran. Walaubagaimanapun, kajian yang terdahulu telah menemui kemungkinan ada kaitan pengambilan minuman berkafein dengan keguguran, bayi kurang berat badan & terencat pertumbuhan.

6) DIET RENDAH KARBOHIDRAT
  • Tahukah anda..ibu hamil memerlukan 40 nutrien penting untuk pertumbuhan bayi semasa proses kehamilan. jadi anda tidak digalakkan untuk skip makanan yang kaya dengan karbohidrat ketika hamil. Ini kerana di bimbangi bayi akan mendapat masalah kesihatan pada masa akan datang.

7)  PERTAMBAHAN BERAT BADAN SECARA MENDADAK
  • Peningkatan berat badan mendadak ketika hamil mampu mengundang risiko komplikasi kehamilan seperti diabetis gestasi, pra-eklampsia, kematian, kelahiran pra matang, risiko melahirkan secara ceaserean. Ramai wanita mengalami peningkatan berat badan semasa hamil & mengalami masalah untuk menurunkan berat badan selepas kelahiran , corak ini menyumbang kepada masalah kesihatan nombor 1 negara -OBESITI

Sumber Elizabeth Somer , M.A., R.D., Penulis "Nutrition For A Healthy Precnancy."

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee Anda
Sebarang Pertanyaan mengenai produk Shaklee untuk KEHAMILAN  boleh email : julaizaharun@gmail.com
SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402
SID 1042062
Johor Bahru 

BERPANTANG DENGAN SHAKLEE

Kenapa anda perlu berpantang dengan SHAKLEE...??? dalam tempoh berpantang sama ada si ibu bersalin NORMAL @ CZER..tubuh ibu berada dalam keadaan yang sangat lemah, memerlukan penjagaan yang rapi & rehat yang secukupnya.

Kadang kala terdapat beberapa masalah ibu-ibu tidak dapat rehat yang secukupnya, antaranya termasuk lah anak terjaga waktu malam, ibu bangun untuk menyusukan anak, terpaksa menguruskan anak-anak yang lain & macam-macam lagi kan...Selain daripada ibu faktor pemakanan turut memainkan peranan yang penting dalam PROSES PEMULIHAN & PENYEMBUHAN, kadang kala ibu berpantang TIDAK BOLEH makan makanan tertentu untuk mengelakkan masalah LUKA LAMBAT SEMBUH & sebagainya.

Oleh itu, 'Makanan Tambahan' @ Supplement yang terbaik perlu diambil untuk memastikan ibu CEPAT SEMBUH, CERGAS & KEMBALI BERTENAGA semasa di dalam pantang. Antara produk SHAKLEE yang boleh dicadangkan kepada ibu berpantang adalah :


Cadangan Asas


1) B COMPLEX dengan asid folic
  • B complex sangat membantu dalam mengembalikan & meningkatkan tenaga ibu-ibu berpantang. Dalam tempoh berpantang, walaupun ibu-ibu disarankan untuk mendapatkan rehat yang mencukupi, kadang kala terdapat kekangan yang membuatkan si ibu tidak dapat berehat seperti anak meragam & sebagainya. 
  • B complex memberikan ibu tenaga luar biasa , di mana ia dapat menukarkan makanan kepada tenaga dengan cepat.
  • B complex juga mampu membantu ibu menghindari stress & menggelakkan meroyan kerana  B complex dapat meningkatkan pengaliran saraf dengan baik.

2) VITA LEA dengan Zat besi.
  • Mengandungi 23 jenis vitamin & mineral yang belum tentu kita mampu ambil dari sumber makanan harian , lebih-lebih lagi dalam dalam tempoh berpantang. Oleh itu Vita lea dapat memastikan badan kita mendapat semua vitamin bagi menambah kembali tenaga & meningkatkan kesihatan.
  • Mengandungi iron @ zat besi bagi membantu menghasilkan sel darah merah bagi menampung kehlangan darah semasa proses kelahiran.

3) VITA C 
  • Dapat memperbaiki tisu-tisu yang telah rosak sepanjang proses kehamilan & kelahiran, dalam masa yang sama dapat meningkatkan sistem pertahanan badan.
  • Vitamin C penting untuk pembentukan kolagen & kesannya kulit bertambah cantik

4) ZINC
  • Merupakan antara supplement terpenting dalam tempoh berpantang. Zinc sangat penting dalam mempercepatkan pembaikkan luka-luka luaran & dalaman. Ibu berpantang digalakkan memakan ikan haruan & ikan haruan sangat kaya dengan zinc, tetapi kadang kala untuk mendapatkan ikan haruan agak sukar. Oleh itu lebih mudah dengan mengambil kapsul zinc


Cadangan Tambahan

5) ESP (Energizing Soy Protein)
  • Membantu memberikan tenaga segera kepada ibu
  • Membina sel-sel baru
  • Menggalakkan pengeluaran susu ibu serta memekatkan susu ibu
  • Mencantikkan kulit ibu

6) OSTEMATRIX ( Kalsium) 
  • 1 biji Ostematrix = 1 gelas susu. Susu sangat penting dalam mengembalikan kekuatan tulang.
  • Ostematrix juga dapat menbantu mengatasi masalah sembelit & membantu pelawasan ibu-ibu berpantang.

Dengan adanya produk SHAKLEE yang mengandungi nutrisi lengkap ini, ibu-ibu berpantang dapat menjalani proses berpantang dengan sihat & sempurna, Selain itu ia juga dapat memastikan ibu kekal cantik, langsing, bertenaga & dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dengan sempurna.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya Pengedar Sah Shaklee Anda
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh Email : julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402 (jue)
SID 1042062
Johor Bahru











PENYAKIT LUPUS @ SLE

APA ITU PENYAKIT SLE??


  • Penyakit Lupus atau Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) adalah penyakit Auto- imun, dimana antibodi seseorang bertindak balas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri.  Ini boleh menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf,  atau organ-organ lain dalam badan. 
  • Gejala biasa yang dialami oleh penghidap SLE adalah radang kulit & sakit sendi (Arthritis), selalunya diiringi keletihan & demam. Penyakit ini ada masanya tidak aktif, iaitu dapat dikawal ( remission) & adamasanya aktif ( relapse)




JENIS-JENIS LUPUS

1) Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) 
  • Yang biasa kita dengar & ketahui, gejalanya sama ada mungkin sederha @ serius.
  • Biasanya menyerang mereka yang berumur 15 hingga 45 tahun
  • Walaubagaimana pun terdapat sebilangan kecil penghidap adalah kanak-kanak & mereka yg berumur lebih 45 tahun.
2) Diskoid Lupus Eritematosus (DLE)
  • Penyakit kulit yang kronik dimana terdapat tompok-tompok merah (malar rash) dimuka, badan, kulit kepala, kaki & tangan.
  • Kulit akan menjadi tebal & bersisik serta akan meninggal parut. 
  • Sebilangan kecil mereka yang menghidap DLE boleh mendapat SLE
3) Lupus Neonatal
  • Keadaan yang boleh berlaku kepada bayi yang bari dilahirkan oleh Pesakit SLE, kemungkinan disebabkan oleh auto-antibodi didalam darah ibu yg dipanggil anti-Ro (SSA) & anti- La (SSB).
  • Akibatnya, bayi akan mengalami keradangan kulit, masalah hati & masalah darah (low blood count). 
  • Gejala ini akan hilang sedikit demi sedikit dalam masa beberapa bulan.Walaubagaimanapun kes ini jarang ditemui.
  • Bayi yang lahir dengan masalah Lupus Neonatal berkemungkinan juga mengalami masalah jantung yang menganggu masalah jantung.

TANDA-TANDA & GEJALA SLE
  • Sakit pada sendi
  • Demam berlarutan
  • Lesu
  • Ruam pada kulit muka & badan
  • Anemia
  • Sensitif pada cahaya matahari
  • Ulser mulut
  • Keguguran rambut

PUNCA SLE
  • Jangkitan virus
  • Hormon
  • Faktor persekitaran
  • Keturunan

PANDUAN PESAKIT SLE
  • Diet - Kenali makanan yang sesuai dengan sitem pertahanan tubuh sendiri & makanan harus seimbang & berkhasiat.
  • Senaman - Ia membantu memperbaiki pergerakkan sendi tetapi jangan melakukan senaman yang lasak.
  • Tekanan - Elakkan tekanan kerana ia boleh menyebabkan penyakit ini menjadi aktif, sebaiknya sentiasa berfikiran positif
  • Perlindungan Kulit - Sapukan perlindung daripada sinaran matahari SPF
  • Gunakan payung, topi @ baju lengan panjang bagi mengelakkan terkena pancaran matahari
  • Pakai cermin mata hitam
  • Ubat-ubatan - Makan ubat mengikut arahan doktor 
  • Jangan makan ubat hospital bersama ubat-ubatan lain kerana dikhuatiri, wujud tindak balas ubat-ubatan.
  • Rawatan susulan - Patuhi jadual susulan yang telah ditetapkan


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee anda
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee Email : julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402 
SID 1042062
Johor Bahru

PARENTING TIPS

Hi..morning...saje je nak share...khas untuk anda yang susah sangat nak lepaskan gadget tu....especially..parent & parent to be...1 day kan...panduan sesama kita, gadget memang penting...tapi hadkan nak2 bila si anak perlukan perhatian dari kita..memori anak ni sangat kuat, jangan sampai semua memori kita pada anak..parent sentiasa pegang gadget lebih dari pandang mata mereka...#sharing is caring....




  1.  Bila anak anda sedang bercakap dengan anda PASTIKAN pandang anak anda BUKAN gadget anda.
  2. Ambil penduli apa yang anak anda post di media social...zaman kan dah canggih parent kena tahu apa media social yg anak anda gunakan, at least parent kena tahu apa itu INSTAGRAM, TWITTER kalau nak sebut byk sangat...jgn lupa 'follow anak anda' (anak remaja)
  3. Bila anda bermain dengan anak anda...simpan lah gadget, nanti2 boleh check...:)
  4. Gunakan gadget anda untuk tengok video2 yang menarik, macam video berbentuk pembelajaran, ada unsur keagamaan  khas untuk kanak-kanak...game tu tak payah la ye nanti addicted, susah nak stop.
  5. Bila kita ajar anak, time makan kena makan (fokus)..sama lah dengan parent kena fokus,' no gadget' sewaktu makan.
  6. Waktu keluar dgn anak, jalan2 @ shopping2...simpan dulu gadget...banyak kemungkinan akan jadi, takut terlepas pandang, menyesal nanti :)
  7. Guna gadget untuk rapatkan hubungan dengan anak , jadi kawan kepada anak tak semestinya keluar sama @ share problem...'just say hi'...tanya khabar pun ok...tak semestinya call, text pun ok...WhatsApp, We chat, Line, Kakao..macam2 lah...(anak remaja)
  8. Sekali sekala buat lah video chat dengan anak..ini boleh dikirakan sebagai 'spot check' untuk anak anda (anak remaja)...:) 
  9. Sedang sibuk guna gadget...tiba2 anak datang kepada anda...maknanya 'they need your attention'...apa perlu anda buat??? 'stop using your gadget'...
  10. Hadkan penggunaan gadget, supaya memori anak anda tentang anda, anda tidak terlalu asyik dengan gadget anda...


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya Pengedar Sah Shaklee anda
Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee boleh Email : julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402 (jue)
SID 1042062
Johor Bahru


10 TIP UNTUK KULIT BERMINYAK

kulit berminyak...dulu-dulu masa muda belia..memang kulit berminyak lah..tapi sekarang ni dah jadi kombinasi..tapi kepada yang alami kulit berminyak ni, memang rimas sangat..rasa macam minyak kat muka tu boleh buat goreng telur pun ada...:). Bila dah berminyak sekali lah pakej dengan berjerawat. Biasanya dulu2 kalau berminyak memang kerap la cuci muka...



Jerawat biasanya akan muncul bila minyak/sebum, bakteria & sel kulit mati menyumbat liang roma kulit muka. Biasa kalau kulit jenis berminyak ni, potensi nak dapat jerawat memang lah tinggi. Berikut adalah tip yang boleh dijadikan panduan kepada mereka yang dikategorikan sebagai 'Si Oily Skin'.


1) JANGAN BERSIHKAN MUKA TERLALU KERAP

  • Situasi ni memang biasa dilakukan termasuklah saya, konon-kononya dengan harapan basuh muka dengan cleanser sekerap yang mungkin jerawat kecut & kulit tak berminyak. TETAPI keadaan ini sebenarnya akan menyebabkan kulit semakin berminyak & berjerawat. Memadailah dengan hanya mencuci dengan cleanser 2 kali sehari sahaja (pagi & malam)

2) KERAP MENGGUNAKAN SCRUB MUKA
  • Bila menyental muka scrub, kita akan rasa muka akan menjadi lebih halus & licin. Menggunakan scrub yang bertekstur kasar akan mengakibatkan iritasi kepada kulit muka anda. Seharusnya scrub hanya perlu dilakukan 1 ke 3 kali sahaja seminggu. Gunakan lah scrub yang halus teksturnya, diurut dengan lembut (bukan sental ye), di basuh dengan air suam.

3) TIDAK MEMBERSIHKAN PELUH
  • Sekirannya kita melakukan aktiviti lasak yang menyebabkan kita berpeluh-peluh, seeloknya basuh muka & terus mandi, jangan sesekali biarkan peluh kering dengan sendiri. Dengan biarkan peluh kering sendiri, anda sedang 'membiak' kan jerawat.

4) PICIT JERAWAT
  • Ni normal, pantang tengok jerawat, rasa geram aje...sebenarnya tabiat memicit jerawat dengan kuku akan memburukkan lagi keadaan kulit & akan meninggalkan kesan parut yang hodoh. Elakkan picit jerawat dengan kuku, gunakan losen khas untuk kecutkan jerawat.

5) BUIH SYAMPU RAMBUT
  • kalau nak bersyampu tu ok, tak de masalah, TETAPI pastikan jangan dibiarkan meleleh-leleh dekat muka, sebab kandungan syampu ada bahan pelembap/minyak untuk melembutkan rambut, jadi tak sesuai la kene muka terutama bahagian dahi tu.

6) ELAKKAN PRODUK RAMBUT TERKENA MUKA
  • Pastikan semasa gunakan spray rambut, gel & mousse, elakkan terkena bahagian muka. Apabila terkena bahagian muka akan mengakibatkan pori-pori tersumbat dengan bahan-bahan yang terdapat dalam produk penjagaan rambut tersebut.

7) MAKANAN BERMINYAK
  • Makanan berminyak boleh sebabkan kulit kita berjerawat & berminyak dengan lebih teruk dari biasa. Jadi amalkan lah makanan yang berkhasiat & seimbang, kurangkan makanan berminyak adalah sebaiknya.

8) PEMILIHAN BAHAN KOSMETIK
  • Sekirannya anda mempunyai masalah kulit berminyak pastikan produk kosmetik anda sesuai untuk kulit berminyak. Pastikan produk tersebut oil-free & non-acnegenic @ non-comodegenic untuk mengelakkan jerawat anda sukar untuk pulih.

9) TERUSKAN TREATMENT JERAWAT
  • Sekiranya anda menjalani rawatan pakar untuk jerawat, pastikan apabila kulit anda sembuh dari jerawat, jangan lah sewenang-wenangnye berhenti dari mendapatkan rawatan tersebut. Seelok untuk menghindari jerawat muncul semula dapatkan nasihat doktor, amalkan supplement untuk mendapatkan kulit bebas jerawat & sihat.

10) PRODUK PENCERAHAN
  • Sememangnya kulit cerah adalah idaman semua, tetapi untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak & berjerawat, produk pencerahan kulit sememangnya tidak digalakkan kerana ianya akan membuatkan kulit semakin berminyak, semakin berjerawat & berkemungkinan munculnya pigmentasi. Oleh itu, pastikan jenis kulit anda terlebih dahulu, kemudian gunalah produk penjagaan muka khas untuk kulit berminyak @ berjerawat. Insha Allah kesesuaian produk & penjagaan yang betul akan memulihan masalah jerawat anda. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee anda
Sebarang pertanyaan boleh Email : julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402
SID 1042062
Johor Bahru

DOA/ AYAT AL QURAN UNTUK MEMBUNUH KANSER

Hi entri kali ni nak kongsi dengan kawan2 ayat-ayat Al-quran yang boleh diamalkan untuk membunuh sel-sel kanser. Selain dari ubat-ubatan, kimo & lain-lain kaedah alternatif sebagai ikhtiar untuk menyembuhkan kanser, terdapat beberapa ayat-ayat di dalam Al-quran boleh diamalkan sebagai ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit. Jangan sesekali berputus asa...kongsikan bersama ahli keluarga, saudara mara, rakan-rakan & sahabat anda ayat-ayat berikut :




Sebaik-baiknya dimulai dengan :

  1. Istighfar 10 kali
  2. Selawat Nabi 10 kali
  3. Al-Fatihah 1 kali
Sediakan sebotol air ,setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit boleh minum air tersebut setiap hari, sapu / mandi pada anggota yang kena kanser. Ikhtiar, doa & tawakal, semuanya atas kehendak Allah S.W.T.
  1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91)
  2. Surah Al Araf (Ayat 70-81)
  3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28)
  4. Surah An Anbiyaa' (Ayat 38-50)
  5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227)
  6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52)
  7. Surah Ghafir (Ayat 67-77)
  8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70)
Sumber : blog E-Na Lovelykitchen


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee anda
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh Email : julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402
SID 1042062
Johor Bahru

TIP UNTUK SI KULIT KERING

Faktor cuaca yang panas & kering akan mengundang pelbagai masalah antaranya kesihatan kulit seperti kulit mudah menjadi kering, merekah, mengelupas serta menggalakkan pertumbuhan pigmentasi. Sekiranya di biarkan secara berterusan kulit akan menjadi kusam, tidak bermaya & tona kulit tidak sekata.



Bagi memastikan kulit cantik & segar, ada beberapa tip yang boleh di jadikan panduan :

1) GUNAKAN PELEMBAP

  • Selepas mencuci muka & menyapu penyegar, sapukan pula pelembap pada muka & leher. Kemudian boleh lah sapukan bedak asas. Pemakaian pelembap adalah penting untuk membantu kulit mendapatkan nutrien yang mencukupi bagi menghalang kekeringan kulit. Pelembap juga dapat membantu kulit kelihatan lebih sihat, lembap & bersinar.

2) SENTIASA GUNAKAN LOSEN
  • Penjagaan kulit tidak terbatas untuk kulit muka sahaja, tetapi penjagaan kulit tubuh juga penting. Selepas mandi,sapukan losen secara nipis keseluruh tubuh. Sekirannya tidak suka menggunakan losen, anda boleh gunakan minyak zaiton @ krim khusus untuk melindungi kulit.

3) GUNAKAN PAYUNG
  • Gunakan lah payung kerana ia mampu untuk melindungi kulit dari pancaran cahaya matahari yang mampu merosakkan kulit kita. Penggunaan payung banyak membantu kita untuk melindungi kulit dari cahaya matahari. Abaikan sahaja kalau ada orang yang melabelkan anda sebagai 'puteri lilin'.

4) BERSIHKAN WAJAH DENGAN SEMPURNA
  • Apabila pulang dari tempat kerja @ apa2 aktiviti luar, pastikan wajah & muka rehat seketika. Kemudian bersihkan wajah & tubuh dengan sempurna. Sekirannya mengenakan solekan pastikan dibersihkan dengan 'makeup remover' & bersikan dengan pencuci muka. Pastikan tiada kotoran yang tertinggal. 

5) MASKER 
  • Kalau nak cantik mestilah rajin. Gunakan masker untuk mengatasi masalah kulit anda yang kering. Khasiat yang terdapat di dalam masker akan membekalkan nutrien kepada kulit, sekali gus dapat menjadikan wajah kita sihat & cantik.

6) LAKUKAN RAWATAN DI SPA.
  • Sekiranya berkemampuan lakukan terapi wajah & tubuh anda di spa.Lakukan perawatan khusus untuk wajah, begitu juga dengan tubuh, perawatan lulur & urutan sangat sesuai untuk merehatkan tubuh badan anda.

7) BAHAN ALAMI
  • Kepada yang rajin & hendak berjimat anda boleh manfaatkan bahan2 dari alam semulajadi, contohnya hampas kelapa amat mujarab untuk melembapkan & melembutkan kulit. Ia juga dapat menghilangkan daki & mengurangkan kesan hitam pada bahagian ketiak & bahagian intim yang lain. Untuk muka pula anda boleh mencuba menyapu muka denga sayur kubis yang dihancurkan. Ubi sengkuang & tomato yang dilenyek sesuai untuk merawat wajah yang kering.

Sumber : Mingguan Wanita (Bil 1585/ April 2014)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee anda
Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee boleh Email : julaizaharun@gmail.com
Call?SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402
SID 1042062
Johor Bahru

BILA SI MANJA TUMBUH GIGI

Setiap ibu bapa mesti mengalami situasi di mana, anak akan meragam bila tumbuh gigi, betul tak??? ini perkara biasa sebenarnya. Untuk pengetahuan anda gigi bayi sudah mula terbentuk ketika janin berumur 6 minggu di dalam kandungan & seterusnya akan berkembang sehingga lah bayi tersebut lahir.




Kebiasaanya gigi di bahagian tengah bawah akan tumbuh terlebih dahulu, kemudian di ikuti gigi tengah atas, kemudian diikuti pula dengan gigi lain. Kebiasaanya apabila gigi bayi mula tumbuh bayi akan mengalami tanda-tanda seperti :

  • Bayi akan meragam, kerap menangis & lekas marah
  • Bayi akan mengalami demam
  • Bayi akan mengeluarkan air liur yang banyak
  • Bayi cenderung untuk lebih suka mengigit & mengunyah objek yang dipegang
  • Adakala akan mengalami bengkak
  • Bayi akan sering memasukkan jarinya ke dalam mulut

FUNGSI GIGI SUSU
  • Penting dalam mempengaruhi keadaan & kelancaran pertumbuhan gigi kekal.
  • Berfungsi untuk mengunyah makanan, & membantu perkembangan tulang & otot rahang
  • Membantu proses percakapan kanak-kanak & membuka ruang untuk pertumbuhan gigi kekal kanak-kanak

ELAK RISIKO JANGKITAN

Kebiasaanya Teether akan digunakan untuk merangsang pertumbuhan gigi bayi. Ini akan membuatkan bayi merasa selesa. Ibu bapa perlu mengelakkan risiko penggunaan theether seperti jangkitan @ luka. Sebaiknya ibu bapa perlu :
  • Pastikan kebersihan theether, sebaik sahaja sudah digunakan basuh dengan air panas @ bahan pencuci khas & simpan di tempat yang bersih
  • Pilih Theether yang diperbuat daripada lateks & berisi gel
  • Sesuaikan theether dengan mulut bayi
  • Pilih daripada pengeluar yang mempunyai reputasi baik.

TIPS REDAKAN NYERI GIGI BAYI

Bayi kerap berasa tidak selesa apabila tumbuh gigi hingga menyebabkan mereka meragam. Berikut merupakan panduan yang boleh digunakan bagi mengelakkan bayi meragam :
  • Ais krim buah mampu membuat gusi yang sakit terasa sejuk.
  • Pisang yang disejukkan, potong kepada bahagian yang kecil
  • Biskut theething sebagai alternatif yang cukup praktikal
  • Botol berisi air sejuk. Rasa dingin mematikan rasa nyeri pada gusi
  • Berikan theether yang telah disejukkan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee anda
Sebarang pertanyaan boleh Email : julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402
SID 1042062
Johor Bahru

BAYI & SELESEMA. TAHUKAH ANDA 200 VIRUS PENYEBAB SELESEMA???

Asalam...hi entri kali ni nak cerita tentang SELESEMA...apa yang kita tahu tentang selesema??? Tahukah anda terdapat 200 Virus yang menyebabkan selesema!!!




  • Selesema merupakan jangkitan salur pernafasan atas yang memberi kesan terhadap salur hidung & kerongkong yang disebabkan oleh VIRUS. Selesema boleh merebak apabila seseorang itu bercakap, batuk, bersin atau menyentuh secara langsung. Tahukah anda terdapat 200 VIRUS selesema & jenis virus  pula berbeza mengikut musim...???
  • Penggunaan ANTIBIOTIK tidak akan menghapuskan virus. Tetapi jangkitan itu akan hilang dengan sendirinya, KECUALI jika terdapat jangkitan Sekunder. Antibiotik ini hanya diperlukan apabila berlakunya jangkitan sekunder.  
  • Bagi kanak-kanak dengan sistem imunisasi yang rendah boleh mendapat selesema lebih kerap daripada orang dewasa, kanak-kanak boleh mendapat selesema antara 6 hingga 12 kali setahun, manakala orang dewasa pula minimum 2 kali setahun.
GEJALA
  • Kerongkong yang kering & sakit- Ini mungkin gejala pertama sekali yang akan dihadapi.
  • Pengeluaran lendir cair & pekat
  • Bersin
  • Hidung tersumbat
  • Sakit kepala
  • Demam
  • Sakit badan

CARA RAWAT SELESEMA KEPADA BAYI

  • Tidak banyak yang boleh dilakukan kecuali memastikan anak anda mendapatkan rehat & memberikan banyak minum air @ jus buah-buahan.
  • Sekiranya badan mereka panas, boleh berikan paracetamol di bawah pengawasan doktor. INGAT jangan sesekali berikan anak anda ubat selesema tanpa berunding dengan doktor terutama untuk anak dibawah umur 1 tahun.
  • Berikut terdapat beberapa cara untuk melegakan ketidakselesaan mereka :
  1. Sekiranya hidung bayi tersumbat, tinggikan kepala tilam dengan meletakkan tuala dibawah tilam. Tidur mencondong boleh melegakan hidung meleleh hingus. Jangan gunakan bantal untuk meninggikan kepala bayi anda ( akan menyebabkan bayi mati lemas) & jangan letak bantal dibawah tilam.
  2. Lapkan hidung supaya bayi anda boleh bernafas dengan mudah. Anda boleh menyapu jeli petroleum diluar lubang hidung untuk mengurangkan kerengsaan. Jika bayi sukar menyusu kerana hidung tersumbat, minta doktor mempreskripsikan larutan bergaram untuk diletakkan disetiap lubang hidung setiap 15 minit sebelum penyusuan. 
  3. Cuba gunakan pengewap kabut dingin untuk melembapkan udara. Atau bawa bayi ke bilik mandi bersama anda, buka air panas @ pancuran mandi, tutup pintu & duduk di dalam keadaan berwap tersebut selama 15 minit. Jangan lupa tukar pakaian bayi selepas mandian berwap.
  4. Jika bayi anda menghidapi hidung tersumbat tanpa sebarang simpton lain, periksakan lubang hidungnya kalau-kalau terdapat objek asing. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee anda
Sebarang pertanyaan boleh Email :julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402
SID 1042062
Johor Bahru 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up