Showing posts with label TIP CANTIK. Show all posts
Showing posts with label TIP CANTIK. Show all posts

TIPS UNTUK DAPATKAN KUKU YANG CANTIK

Tahukah anda keadaan kuku seseorang mampu memberi gambaran keperibadian seseorang?? Bila cantik, tumpuan tidak hanya kepada wajah atau kulit seseorang sahaja..kuku pun memainkan peranan yang besar jugak...:)..cuba bayangkan anda bertemu dengan seseorang tak kira la, lelaki ataupun perempuan..pakaian yang cantik dan berjenama..kemas dan bergaya..TAPI kuku KOTOR & PECAH !!! mesti dalam hati 'dressing' dah ok tapi kuku FAIL.!!!!

So kalau tak nak digelarkan sebagai pemalas atau pengotor baik anda jaga kuku anda..Tak semestinya nak jaga kuku kena pergi spa, di rumah pun boleh tau...ok sekarang saya akan kongsikan tips macamana nak jaga kuku anda di rumah.





1. POTONG KUKU DENGAN BETUL

  • Potong kuku selepas mandi sebaik-baiknya pada waktu pagi, kerana pada waktu ini kuku lembut dan mudah dipotong.
  • Jangan potong terlalu pendek kerana dikhuatiri akan mencederakan kulit.
  • Selepas potong anda disarankan untuk membersihkan tangan & merendam jari di dalam air suam yang telah di campur dengan pati lemon dan setitis minyak zaitun.

2. BUANG KUTIKEL
  • Selepas merendam, sapulah kri kutikel untuk membuang sel-sel kulit mati.



3. LAKUKAN URUTAN
  • Urutan berfungsi untuk melancarkan aliran darah. Lakukan urutan pada tangan terutama pada bahagian jari.

4. SAPU LOSYEN SEBELUM TIDUR
  • Sapu losyen sebelum tidur di seluruh tubuh dan jadikan sebagai rutin.
  • Penggunaan yang konsisten mampu menghindari kulit kering dan juga mampu mengatasi kukupatah dan rapuh
  • Selain losyen boleh juga gunakan minyak zaitun yang kaya dengan Vitamin E

5. TUKAR STOKIN SETIAP HARI
  • Sekirannya memakai stokin, pastikan material stokin dari gentian kapas yang mampu menyerap peluh.
  • Pastikan anda menukar stokin setiap hari bagi mengelakkan pembiakan bakteria yang menyebabkan kaki anda berbau.





6. JAGA KEBERSIHAN KASUT
  • Pastikan anda tidak memakai kasut yang sama setiap hari terutama kasut yang bertutup. Pemakaian kasut bertutup seharian akan menyebabkan haba terperangkap.
  • Masalah kelembapan terperangkap akan mengundang masalah kaki berbau kerana jangkitan kuman.

7. PAKAI SARUNG TANGAN.
  • Sebaiknya gunakanl lah sarung tangan ketika anda melakukan kerja rumah seperti mencuci pinggan dan berkebun.
  • Penggunaan sarung tangan bukan sahaja mampu memelihara kelembutan kulit, malah dapat melindungi kuku daripada kotoran dan bahan kimia yang terkandung dalam bahan pencuci.

8. SUPPLEMENT/VITAMIN
  • Bagi mendapatkan kuku yang sihat dan cantik, penjagaan dalamn pun sangat penting. Anda di sarankan mengambil 300 mikrogram Vitamin B setiap hari.
  • Selain itu amalkan pemakan sihat, kerana diet yang seimbang mampu membekalkan nutrien yang penting kepada tubuh.
  • Contohnya, segelas susu dan 2 biji telur separuh masak mampu mencantikkan dan menyihatkan kuku anda.








Saya Agen SHAKLEE JOHOR BAHRU & PASIR GUDANG.
ID No 1042062

COD Kg Melayu Majidee, Kg Bendahara, TESCO Tebrau, AEON Tebrau, Plaza Angsana, Giant Taman Suria (Southern City), Larkin Perdana, Pasar Larkin, AEON Permas Jaya, Kip Mart Masai (Pasir Gudang)

CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM 017 9291087


BUAH & SAYUR RAMUAN CANTIK SEMULAJADI

Wajah PUTIH, GEBU, CANTIK & BERSERI semangnya idaman setiap semua orang baik perempuan mahupun lelaki, tidak mengira usia tua atau pun muda. Pelbagai jenis produk kecantikan yang berada dipasaran hari ini, mampu untuk menjadikan wajah seseorang CANTIK & SIHAT. Ada juga yang sangup berhabisan wang untuk mendapatkan rawatan kecantikan di pusat-pusat kecantikan & juga klinik semata-mata untuk mendapatkan kesan yang maksimum.

Tetapi, tahukah anda terdapat cara yang paling MUDAH & SELAMAT untuk merawat kulit ??? hanya manfaatkan sayur-sayuran & buah-buahan sahaja, yang pastinya sangat menjimatkan & tidak memberikan kesan sampingan.


Kiwi
1. KIWI

  • Buah kiwi mampu merawat wajah agar lebih cerah dan membersihkan kotoran serta membuang sel-sel mati yang terdapat dalam liang-liang pori wajah.
  • Hanya perli kisar buah kiwi, sapukan pada wajah sebagai masker dan biarkan selama 10 minit. kemudian bilas.

kubis
2. KUBIS
  • kubis tergolong dalam kumpulan brokoli & bunga kubis. Kebiasaanya kubis dijadikan bahan makanan seperti salad, sup atau ulaman.
  • Kubis mengandungi pelbagai vitamin penting seperti Vitamin B1, Vitamin B6, Vitamin C, Vitamin E & Vitamin K. Kandungan nutrisinya mampu mencantik & menyihatkan kulit.
  • Caranya kukus beberapa helai kubis hingga lembut, kemudian perah dengan tuala kecil yang kering & bersih sehingga kesemua cecair dalam kubis berpindah pada tuala. Letakkan tuala pada wajah. Biarkan semalaman
  • Sulfur yang terdapat dalam kubis mampu mengatasi & mencegah jerawat, gunakan topeng dari jus kubis untuk mencegah jerawat.


Limau nipis
3. LIMAU NIPIS
  • Mempunyai kandungan Vitamin C dan zat anti oksidan yang bermanfaat untuk mengecilkan liang-liang roma, menghaluskan serta mencerahkan wajah.
  • Caranya, belah kepada 2 bahagian, perah jusnya, sapu ke wajah dan biarkan selama 10 ke 20 minit, kemudian cucilah dengan air suam. Teruskan basuh dengan air sejuk.


Epal
4. EPAL
  • Buah epal mempunyai manfaat untuk mengurangkan lebihan minyak di wajah.
  • Caranya, blend buah epal, seeloknya jangan di tambah dengan air semasa blend, sapukan pada  wajah dan biarkan selamat 30 minit, kemudian basuh dengan air bersih.


Tomato
5. TOMATO
  • Kaya dengan anti oksidan yang mampu mengatasi iritasi pada kulit akibat daripada sinaran matahari, mengurangkan bintik hitam & mencerahkan warna kulit wajah.
  • Caranya, haluskan 1 biji tomato di campur dengan 1 sudu madu. Sapukan pada wajah dan biarkan selama 15 minit. Kemudian basuh dengan air suam


Pisang
6. PISANG
  • Manfaat pisang adalah mampu meremajakan kulit dan membuatkan kulit menjadi lembap dan kenyal.
  • Caranya, sebiji pisang dibuang kulitnya dan isinya dihancurkan, ditambah 1 sudu madu. Sapu ke wajah dan dibiarkan selama 30 minit. Kemudian bersihkan dengan air suam.


Timun
7. TIMUN
  • Bermanfaat untuk menanggalkan noda-noda hitam pada wajah & boleh membuatkan wajah berseri.
  • Caranya, 1/2 biji timun, kupas hingga bersih. Ditambah 1 sudu susu tanpa lemak & 1 sudu palin yogurt, kisar hingga halus. Sapu ke wajah dan biarkan selama 20 minit, kemudian bilas dengan air suam.



Avocado
8. AVOKADO
  • Avokado mempunyai manfaat untuk menurunkan lemak pada tubuh. Selain daripada itu, ia juga  digunakan untuk menjaga kelembapan wajah dan memberi nutrisi yang boleh melicinkan wajah. Mempunyai kandungan Vitamin C & E.
  • Caranya, Lenyek atau kisar Avokado, sapukan ke wajah hingga rata. Biarkan selama 15 minit. Kemudian basuh dengan air bersih.

Teratai
9. TERATAI
  • Ambil kelopak dari bunga teratai. Tumbuk kelopak hingga halus, campur dengan madu  dan susu untuk membuat pes.
  • Gunakan larutan ini seminggu sekali bertujuan untuk mencerahkan wajah secara semulajadi

Ubi Sengkuang

10. UBI SENGKUANG
  • Jadikan sengkuang sebagai masker, bertujuan untuk menyegarkan & membersihkan wajah.
  • Caranya, parutkan sengkuang untuk mendapatkan airnya, biarkan seketika untuk mendapatkan mendapatan sari sengkuang. Setelah mendap buang airnya, mendapan ini lah yang akan dijadikan masker
  • Sapu ke wajah sehingga rata, biarkan selama 30 minit atau kering. Kemudian bilas dengan air bersih.

Strawberry
11. STRAWBERRY
  • Strawberry mengandungi asid salisiat (salah satu jenis asid beta-hydroxy yang membantu mengetatkan pori kulit wajah), silika serta Vitamin B,C, E dan K berupaya menyihatkan, meremajakan & mencerahkan kulit wajah.
  • Caranya, lumatkan beberapa buah sehingga hancur & halus, sapukan pada wajah, biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.

Betik
12. BETIK
  • Betik boleh digunakan sebagai peeler, kerana ianya mengandungi enzim yang boleh meluruhkan sel-sel kulit mati.
  • Caranya, ambil 1/4 bauh betik masak, kupas dan lumatkan. Sapu pada wajah, biarkan lebih kurang 10 minit. Kemudian cuci wajah dengan air suam.


Mudah bukan..??? sangat senang. Kalau nak cantik kena lah rajin. Harap tips ni dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Sumber Majalah Rapi Bil. 234 (september 2014)

Saya Agen SHAKLEE JOHOR BAHRU & PASIR GUDANG.
ID No 1042062

COD Kg Melayu Majidee, Kg Bendahara, TESCO Tebrau, AEON Tebrau, Plaza Angsana, Giant Taman Suria (Southern City), Larkin Perdana, Pasar Larkin, AEON Permas Jaya, Kip Mart Masai (Pasir Gudang)

CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM 017 9291087

10 TIP UNTUK KULIT BERMINYAK

kulit berminyak...dulu-dulu masa muda belia..memang kulit berminyak lah..tapi sekarang ni dah jadi kombinasi..tapi kepada yang alami kulit berminyak ni, memang rimas sangat..rasa macam minyak kat muka tu boleh buat goreng telur pun ada...:). Bila dah berminyak sekali lah pakej dengan berjerawat. Biasanya dulu2 kalau berminyak memang kerap la cuci muka...



Jerawat biasanya akan muncul bila minyak/sebum, bakteria & sel kulit mati menyumbat liang roma kulit muka. Biasa kalau kulit jenis berminyak ni, potensi nak dapat jerawat memang lah tinggi. Berikut adalah tip yang boleh dijadikan panduan kepada mereka yang dikategorikan sebagai 'Si Oily Skin'.


1) JANGAN BERSIHKAN MUKA TERLALU KERAP

  • Situasi ni memang biasa dilakukan termasuklah saya, konon-kononya dengan harapan basuh muka dengan cleanser sekerap yang mungkin jerawat kecut & kulit tak berminyak. TETAPI keadaan ini sebenarnya akan menyebabkan kulit semakin berminyak & berjerawat. Memadailah dengan hanya mencuci dengan cleanser 2 kali sehari sahaja (pagi & malam)

2) KERAP MENGGUNAKAN SCRUB MUKA
  • Bila menyental muka scrub, kita akan rasa muka akan menjadi lebih halus & licin. Menggunakan scrub yang bertekstur kasar akan mengakibatkan iritasi kepada kulit muka anda. Seharusnya scrub hanya perlu dilakukan 1 ke 3 kali sahaja seminggu. Gunakan lah scrub yang halus teksturnya, diurut dengan lembut (bukan sental ye), di basuh dengan air suam.

3) TIDAK MEMBERSIHKAN PELUH
  • Sekirannya kita melakukan aktiviti lasak yang menyebabkan kita berpeluh-peluh, seeloknya basuh muka & terus mandi, jangan sesekali biarkan peluh kering dengan sendiri. Dengan biarkan peluh kering sendiri, anda sedang 'membiak' kan jerawat.

4) PICIT JERAWAT
  • Ni normal, pantang tengok jerawat, rasa geram aje...sebenarnya tabiat memicit jerawat dengan kuku akan memburukkan lagi keadaan kulit & akan meninggalkan kesan parut yang hodoh. Elakkan picit jerawat dengan kuku, gunakan losen khas untuk kecutkan jerawat.

5) BUIH SYAMPU RAMBUT
  • kalau nak bersyampu tu ok, tak de masalah, TETAPI pastikan jangan dibiarkan meleleh-leleh dekat muka, sebab kandungan syampu ada bahan pelembap/minyak untuk melembutkan rambut, jadi tak sesuai la kene muka terutama bahagian dahi tu.

6) ELAKKAN PRODUK RAMBUT TERKENA MUKA
  • Pastikan semasa gunakan spray rambut, gel & mousse, elakkan terkena bahagian muka. Apabila terkena bahagian muka akan mengakibatkan pori-pori tersumbat dengan bahan-bahan yang terdapat dalam produk penjagaan rambut tersebut.

7) MAKANAN BERMINYAK
  • Makanan berminyak boleh sebabkan kulit kita berjerawat & berminyak dengan lebih teruk dari biasa. Jadi amalkan lah makanan yang berkhasiat & seimbang, kurangkan makanan berminyak adalah sebaiknya.

8) PEMILIHAN BAHAN KOSMETIK
  • Sekirannya anda mempunyai masalah kulit berminyak pastikan produk kosmetik anda sesuai untuk kulit berminyak. Pastikan produk tersebut oil-free & non-acnegenic @ non-comodegenic untuk mengelakkan jerawat anda sukar untuk pulih.

9) TERUSKAN TREATMENT JERAWAT
  • Sekiranya anda menjalani rawatan pakar untuk jerawat, pastikan apabila kulit anda sembuh dari jerawat, jangan lah sewenang-wenangnye berhenti dari mendapatkan rawatan tersebut. Seelok untuk menghindari jerawat muncul semula dapatkan nasihat doktor, amalkan supplement untuk mendapatkan kulit bebas jerawat & sihat.

10) PRODUK PENCERAHAN
  • Sememangnya kulit cerah adalah idaman semua, tetapi untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak & berjerawat, produk pencerahan kulit sememangnya tidak digalakkan kerana ianya akan membuatkan kulit semakin berminyak, semakin berjerawat & berkemungkinan munculnya pigmentasi. Oleh itu, pastikan jenis kulit anda terlebih dahulu, kemudian gunalah produk penjagaan muka khas untuk kulit berminyak @ berjerawat. Insha Allah kesesuaian produk & penjagaan yang betul akan memulihan masalah jerawat anda. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee anda
Sebarang pertanyaan boleh Email : julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402
SID 1042062
Johor Bahru

TIP UNTUK SI KULIT KERING

Faktor cuaca yang panas & kering akan mengundang pelbagai masalah antaranya kesihatan kulit seperti kulit mudah menjadi kering, merekah, mengelupas serta menggalakkan pertumbuhan pigmentasi. Sekiranya di biarkan secara berterusan kulit akan menjadi kusam, tidak bermaya & tona kulit tidak sekata.



Bagi memastikan kulit cantik & segar, ada beberapa tip yang boleh di jadikan panduan :

1) GUNAKAN PELEMBAP

  • Selepas mencuci muka & menyapu penyegar, sapukan pula pelembap pada muka & leher. Kemudian boleh lah sapukan bedak asas. Pemakaian pelembap adalah penting untuk membantu kulit mendapatkan nutrien yang mencukupi bagi menghalang kekeringan kulit. Pelembap juga dapat membantu kulit kelihatan lebih sihat, lembap & bersinar.

2) SENTIASA GUNAKAN LOSEN
  • Penjagaan kulit tidak terbatas untuk kulit muka sahaja, tetapi penjagaan kulit tubuh juga penting. Selepas mandi,sapukan losen secara nipis keseluruh tubuh. Sekirannya tidak suka menggunakan losen, anda boleh gunakan minyak zaiton @ krim khusus untuk melindungi kulit.

3) GUNAKAN PAYUNG
  • Gunakan lah payung kerana ia mampu untuk melindungi kulit dari pancaran cahaya matahari yang mampu merosakkan kulit kita. Penggunaan payung banyak membantu kita untuk melindungi kulit dari cahaya matahari. Abaikan sahaja kalau ada orang yang melabelkan anda sebagai 'puteri lilin'.

4) BERSIHKAN WAJAH DENGAN SEMPURNA
  • Apabila pulang dari tempat kerja @ apa2 aktiviti luar, pastikan wajah & muka rehat seketika. Kemudian bersihkan wajah & tubuh dengan sempurna. Sekirannya mengenakan solekan pastikan dibersihkan dengan 'makeup remover' & bersikan dengan pencuci muka. Pastikan tiada kotoran yang tertinggal. 

5) MASKER 
  • Kalau nak cantik mestilah rajin. Gunakan masker untuk mengatasi masalah kulit anda yang kering. Khasiat yang terdapat di dalam masker akan membekalkan nutrien kepada kulit, sekali gus dapat menjadikan wajah kita sihat & cantik.

6) LAKUKAN RAWATAN DI SPA.
  • Sekiranya berkemampuan lakukan terapi wajah & tubuh anda di spa.Lakukan perawatan khusus untuk wajah, begitu juga dengan tubuh, perawatan lulur & urutan sangat sesuai untuk merehatkan tubuh badan anda.

7) BAHAN ALAMI
  • Kepada yang rajin & hendak berjimat anda boleh manfaatkan bahan2 dari alam semulajadi, contohnya hampas kelapa amat mujarab untuk melembapkan & melembutkan kulit. Ia juga dapat menghilangkan daki & mengurangkan kesan hitam pada bahagian ketiak & bahagian intim yang lain. Untuk muka pula anda boleh mencuba menyapu muka denga sayur kubis yang dihancurkan. Ubi sengkuang & tomato yang dilenyek sesuai untuk merawat wajah yang kering.

Sumber : Mingguan Wanita (Bil 1585/ April 2014)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee anda
Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee boleh Email : julaizaharun@gmail.com
Call?SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402
SID 1042062
Johor Bahru

10 TIPS RAWAT WAJAH UNTUK KULIT KOMBINASI

Apa itu kulit kombinasi??? kulit kombinasi ni kebiasaannya berminyak disekitar dahi, hidung & dagu manakala bahagian pipi & mata mengalami masalah kulit kering. Berikut merupakan 10 tip untuk mengatasi masalah si kulit kombinasi.



TIPS 1 : PILIH PEMBERSIH WAJAH YANG SESUAI

Gunakan pembersih wajah berasaskan air, tekstur gel, minyak @ busa lembut. Elakkan lah pembersih wajah berbentuk sabun @ berbuku kerana ia mengandungi detergen yang membuatkan kulit semakin kering. Bagi kesan maksimum, anda digalakkan memilih pembersih yang mengandungi mineral tanah liat, ia dapat menyerap lebihan minyak pada wajah tanpa membuat kulir kering.

TIPS 2 : GUNA PENYEGAR

Selepas membersihkan wajah, disiplinkan diri untuk menggunakan penyegar. Pilih penyegar yang mengandungi antioksidan, berasaskan air @ gliserin. Ia membuatkan kulit wajah segar & menyeimbangkan minyak. Anda disarankan untuk memilih penyegar khas untuk kulit kombinasi yang tidak mengandungi alkohol.




TIPS 3 : PELEMBAP KHAS

Sapu pelembap secara konsisten, 2 kali sehari terutama dibahagian yang kering iaitu disekitar mata, bibir & pipi. Namun dikawasan zon T yang berminyak, sapukan krim pelembap secara nipis. Pilih pelembap bertekstur gel @ losen yang mengandungi lebihan air untuk melembapkan kulit yang kering tanpa membuatkannya lebih berminyak.

TIPS 4 : ALAS BEDAK YANG SESUAI

Bagi yang mempunyai kulit kombinasi, pilihlah alas bedak yang jenis matte atau pressed powder yang mengandungi tabir suria minimum SPF 15. Ia membantu mengawal lebihan minyak & mengelakkan kulit menjadi lebih kering.




TIPS 5 : KRIM PERLINDUNGAN CAHAYA MATAHARI

Jika tidak menggunakan alas bedak, anda digalakkan pakai krim perlindungan cahaya matahari berfomula titanium dioxide, zinc oxcide @ avobenzone. Kombinasi bahan ini sangat sesuai untuk wanita yang mempunyai jenis kulit kombinasi. Pemilihan produk yang tepat akan membuatkan kulit halus, licin, lembap & tona menjadi lebih sekata.

TIPS 6 : BEDAK TABUR

Untuk menampilah lebih natural, gunakan bedak tabur. Ia mudah meresap & membuatkan kulit licin sekata. Litupannya lebih sempurna & tidak bercapuk. Sekiranya anda yang mengemari bedak padat, pilih bedak yang bebas minyak, noncomedogenic & hypoallergenic.

TIPS 7 : MASKER WAJAH

Masker yang berasaskan bahan semulajadi seperti timun, tomato & lidah buaya amat sesuai untuk anda si kulit kombinasi. Pilih masker berbentuk gel @ clay mask untuk kawasan berminyak (dagu, dahi & hidung) dan masker krim khusus bahagian wajah yang kering (pipi, mata & bibir).



TIPS 8 : SUPPLEMEN

Walaupun menggunakan produk kecantikkan, anda digalakkan mengambil supplemen. Produk kecantikkan kebanyakkan hanya merawat luaran, supplemen pula merawat dalaman. Amalkan supplemen seperti Vitamin A, C, E & Zinc. Supplemen membekalkan nutrien yang mencukupi untuk tubuh & menyalurkan khasiat tersebut pada seluruh anggota badan termasuk wajah.

TIPS 9 : PERAWATAN MALAM

Penjagaan wajah pada malam hari sangat penting. Selepas membersihkan wajah, sapukan penyegar diikuti krim malam & krim mata. Pilih produk krim malam yang mengandungi tretinoin, Ia membantu pertumbuhan sel baru ketika anda tidur. Jenis gel @ losen adalah pilihan terbaik.

TIPS 10 : MINUM AIR SECUKUPNYA

Jangan lupa amalkan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air yang mencukupi akan membantu wajah tampak berseri, segar & lembap.


PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN

  • Elakkan membersihkan wajah terlalu kerap kerana ini akan menyebabkan kulit bertambah kering. Memadai dengan membersihkan wajah 2 kali sehari sahaja.
  • Gunakan tisu khas untuk menyerap lebihan minyak pada wajah.
  • Jika mempunyai busget lebih, boleh la lakukan rawatan pengelupasan di spa
  • Jangan sesekali picit jerawat @ menyentuh wajah dengan tangan yang kotor. Ia akan menyebabkan jangkitan kuman & parut

Sumber : Majalah wanita ( Bil 1581/Mac 2014)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee anda
Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee boleh Email : julaizah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402
SID 1042062
Johor Bahru

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up