Showing posts with label TIP & DIET. Show all posts
Showing posts with label TIP & DIET. Show all posts

JANGAN MAKAN SEMBARANGAN UBAT

Assalamualaikum..

Hi semua..dah nak bersawang dah blog ni hehehehe...

hmm apa entry nak cerita hari ni ye..:)

ok, biasanya lah kita atau anak kita kalau demam, selesema atau batuk, cara CEPAT & MUDAH kita akan mebeli Ubat di kedai atau FARMASI sahaja.





Sebelum kita makan atau berikan anak-anak kita ubat pastikan 2 PERKARA ini, TARIKH LUPUT & ATURAN MAKAN. Selain daripada itu terdapat juga perkara yang perlu kita ambil tahu, tetapi masih lagi PENTING :


1. JANGAN CAMPUR


  • Hindari dari mengambil 2 jenis ubat sekali gus tanpa pengawasan doktor. Ini kerana percampuran ubat akan menpengaruhi reaksi ubat tersebut. LEBIH BURUK lagi sekirannya pengambilan berjenis-jenis ubat akan menghasilkan zat yang tidak berkhasiat.
  • Ubat yang di ambil atas nasihat doktor sudah diatur jadual pengambilannya supaya ianya selamat.

2. HABISKAN ANTIBIOTIK

  • Bila dah SIHAT, antibiotik pun kita tolak ketepi, alasannya badan dah SEMBUH. Sebenarnya antibiotik perlu dihabiskan walaupun badan kita sudah sihat. Ia adalah untuk menggelakkan sisa-sisa penyakit yang tinggal dalam tubuh dan peyakit akan berulang kembali.

3. JANGAN KONGSI

  • Deskripsi ubat yang diberikan oleh doktor adalah untuk individu itu sahaja BUKAN untuk di KONGSI-KONGSI dengan orang lain. Deskripsi ubat untuk setiap individu adalah berbeza walaupun mempunyai sakit yang sama. Oleh itu, jangan berkongsi.

4. TAK SEMBUH 

  • Tubuh tidak menunjukkan tanda-tanda untuk sembuh, sedangkan anda telah makan seperti yang disarankan semasa anda membeli. Anda WAJIB rasa curiga, sekiranyan setelah 3 hari demam masih belum sembuh.
  • Segeralah berjumpa doktor, paling penting untuk kanak-kanak.

5. KESAN UBAT

  • selepas makan ubat anda akan MENGANTUK itu adalah perkara biasa, tetapi sekiranya berlaku ALAHAN seperti ruam, elok lah hentikan pengambilan ubat, segeralah berjumpa doktor.


Saya Agen SHAKLEE JOHOR BAHRU & PASIR GUDANG.
ID No 1042062

COD Kg Melayu Majidee, Kg Bendahara, TESCO Tebrau, AEON Tebrau, Plaza Angsana, Giant Taman Suria (Southern City), Larkin Perdana, Pasar Larkin, AEON Permas Jaya, Kip Mart Masai (Pasir Gudang)

CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM 017 9291087





KENAPA BERAT BADAN SUSAH NAK TURUN??



Ada tak diantara anda sekarang ni dalam proses berdiet??? Dah berapa lama anda berdiet?? Berapa lama anda makan ubat kurus ??? tetapi berat badan masih lagi sama...MAINTAIN je. Takde perubahan. Ubat dah 4, 5 jenama tukar. tapi tak kurus-kurus makin MONTEL ada lah...SALAH UBAT ATAU SALAH ANDA???

Jom kita baca sikit KENAPA BERAT BADAN SUSUH NAK TURUN??

1. PENGAMBILAN AIR SODA 
  • Soda atau minuman bergas, memang mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi. Dalam minuman ini mengandungi 65 kalori, yang sememangnya TIDAK akan membuatkan anda kenyang. Jadi walaupun anda mengambil minuman soda, keinginan anda makan dalam kuntiti yang banyak tetap ada. Tahukah anda sekiranya anda mengambil minuman soda 2-3 gelas sehari, berkemungkinan berat badan anda akan bertambah sehingga 30% dari biasa.

2. KURANG TIDUR
  • Tidur yang kurang dari 5 jam sehari akan mempengahuri minda anda dan sekali gus mengawal keinginan untuk makan malam. Jadi semakin sikit anda tidur, semakin banyak masa untuk anda makan.

3. TIDAK BERSARAPAN
  • Seseorang yang melambatkan sarapan, berisiko sebanyak 4 kali ganda daripada orang yang mengambil sarapan untuk mendapat OBESITI. Membiarkan perut anda kosong pada waktu pagi melambatkan metabolisme badan dan menahan rasa lapar serta sekali gus menyebabkan anda makan dalam kuantiti yang banyak pada waktu tengahari.

4. MAKAN TERLALU CEPAT
  • Kunyah makanan perlahan-lahan. Sekiranya anda kunyah makanan perlahan -lahan, anda akan mengambil lebih sedikit kalori setiap kali anda makan. Sekurang-kurangnya anda memerlukan masa 20 minit untuk perut mendapat isyarat dari otak bahawa anda sudah kenyang.

5. KURANG MINUM AIR PUTIH
  • Dalam kajian, didapati sekiranya seseorang sedang berdiet mengambil air putih 2 gelas sebelum makan akan membuatkan berat badannya berkurang sebanyak 30% lebih banyak dari mereka yang tidak minum.

6. BERKAWAN DENGAN MEREKA YANG SAMA BERAT BADAN
  • Kajian di dalam New England Journal Of Medicine menunjukkan seseorang itu lebih cenderung untuk menjadi obesiti apabila mereka berkawan dengan mereka yang ada obesiti. Ini tidak bermaksud anda tidak boleh berkawan dengan mereka tetapi gaya hidup dan pola pemakanan sangat mempengaruhi anda. 
  • So apa perlu anda lakukan ubah mereka dengan mengajak bersenam bersama dan ubah pola pemakanan yang sihat.

7. MAKAN KETIKA STRESS / TERTEKAN
  • Ada diantara kita ketika stress akan makan makanan yang manis, bertujuan untuk menghilangkan stress. Jadi ketika keinginan makan makanan manis datang ketika stress, alihkan fikiran dengan melakukan akitiviti senaman atau tidur.

8. KURANGKAN PENGAMBILAN KARBOHIDRAT
  • Pengambilan karbohidrat seperti mee, nasi putih dapat meningkatkan hormon serotinin yang menyebabkan anda ingin makan lagi. Jadi gantikan karbohidrat sederhana dengan karbohidrat kompleks seperti beras perang atau oatmeal.

9. MAKAN DALAM KUANTITI YANG BANYAK
  • seseorang yang makan dalam kuantiti yang besar boleh menambah kalori dalam bada sebanyak 50% berbanding dengan mereka yang makan dalam kunatiti yang kecil dan kunyah secara perlahan-lahan.

10. MALAS BERSENAM
  • Walaupun telah mengurangkan pengambilan makanan, tetapi mungkin tidak dapat mengecilkan bahagian pinggang anda yang berlemak tanpa senaman. Senang cerita badan cepat naik kalau malas bersenam.

11. MAKAN LEWAT MALAM
  • Mengikut kajian daripada Journal Obesity, seseorang yang makan selepas jam 8 malam akan mendapat lebih banyak kalori. Jadi jika keinginan anda untuk makan waktu tengah malam itu sedang menggila, carilah makanan yang rendah kandungan gula dan lemak seperti susu rendah lemak, air masak, buah-buahan atau roti oatmeal. 


Saya agen SHAKLEE Johor Bahru & Pasir Gudang
COD area KG Melayu Majidee, Kg Bendahara, Tesco Tebrau, Aeon Tebrau, Aeon Permas jaya, Plaza Angsana, Larkin Perdana, Pasar Larkin, Giant taman suria, Kip Mart pasir gudang
Email : julaizaharun@gmail.com
Call/ SMS/Whatsapp/ Telegram 017 9291087
ID 1042062

5 SEBAB MINUM AIR PUTIH SEBAIK BANGUN TIDUR





Air masak, air putih, air kosong..walaupun bunyi berlainan tapi maksudnya sama..kita tahu apa kepentingan air kepada tubuh kita, tapi tahu tak waktu yang paling sesuai untuk minum air kosong ni..?? nak-nak pulak kepada mereka yang mengamalkan pengambilan supplement, pengambilan air kosong secukupnya menjadi faktor keberkesanan supplement yang diambil.

Salah satu waktu yang sesuai adalah sebaik sahaja anda bangun dari tidur. Nak tahu apa sebab-sebabnya :


1. SEIMBANGKAN SISTEM BUAH PINGGANG
  • Tubuh memiliki air yang cukup dan terhidrasi akan memaksimumkan fungsi tubuh, air kosong mampu untuk seimbangkan cairan dan juga mampu untuk mencegah jangkitan.

2. KULIT LEBIH BERSERI
  • Minum air putih boleh membantu kita menyingkirkan toksin di dalam tubuh, seterusnya mampu menjadikan kulit lebih berseri.

3. MELANGSINGKAN TUBUH
  • Sekirangnya anda ingin tubuh yang langsing cuba amalkan minum 2 gelas air kosong setiap bangun tidur. minum air pada pagi hari mampu meningkatkan metabolisme tubuh sebanyak 24%.

4. MENAMBAH DARAH
  • Ketika anda berasa lesu, pening dan anemia, minumlah air dengan jumlah yang mencukupi. Ia membantu dalam proses pembentukan sel darah yang baru dan membantu pembentukkan sel otot.

5. MEMBERSIHKAN USUS
  • Minum air ketika perut kosong mampu membantu unuk membersihkan usus dan membuatkannya lebih mudah untuk menyerap nutrisi makanan yang masuk kemudiannya.



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh Email : julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402
SID 1042062
Agen Shaklee berdaftar area Johor bahru & Pasir Gudang

5 MAKANAN KEMPISKAN PERUT

BUNCIT !!! BOROI !!! BOYOT !!!..semua ni adik beradik je. Masalah perut buncit bukan sahaja di alami oleh wanita tetapi lelaki pun tak kurang hebatnya mengalami masalah ni. Ada juga kalangan kita yang berdiet..berat badan dah turut TAPI kat perut tu...DEGIL!!!!

Untuk mengatasi masalah perut buncit ni anda sememangnya memerlukan tahap disiplin yang sangat tinggi. Amalan cara hidup yang sihat dengan bersenam dan mengamalkan diet seimbang. Selain itu, cuba anda lebihkan 5 jenis makanan ini dalam menu harian anda :




1. BLUEBERI MEMBANTU MEMBAKAR LEMAK

  • Kajian menunjukkan blueberi dapat membantu membakar lemak pada perut. Buah ini juga boleh mengekalkan kebanyakkan kelebihan nutrisi.




2. SALAD TINGGI KANDUNGAN SERAT
  • Salad diperkaya dengan vitamin dan mineral. Ia juga rendah kalori dan mempunyai kandungan serat yang tinggi. Khasiat yang terkandung dalam salad akan membekalkan nutrien kepada tubuh. Malah ia juga akan membuatkan anda rasa kenyang dan bertenaga. Amalan pengambilan salad sebelum waktu makan akan mengurangkan pengambilan makanan.




3. BADAM BENTUK PERUT LEBIH MENARIK
  • Tahukah anda badam sebenarnya sangat membantu dalam membakar lemak di perut anda. Badam merupakan sumber terbaik untuk mendapatkan Monounsaturated Fats. Ia juga dipercayai dapat membentuk perut kerana mempunyai sumber protein dan serat sayur-sayuran.



4. SALMON BAKAR KALORI
  • Makanan berprotein tinggi seperti ikan dapat membantu membakar kalori apabila dihadamkan. Pilihan yang terbaik adalah tuna dan salmon kerana ikan tersebut mengandungi kandungan Omega-3 yang sangat baik untuk tubuh anda.



5. AMALKAN OAT KETIKA SARAPAN
  • Pengambilan sarapan adalah sangat penting kerana ia memberikan tenaga kepada tubuh untuk memulakan aktiviti harian. Elakkan pengambilan sarapan yang mempunyai kalori yang tingggi seperti NASI LEMAK & ROTI CANAI. Sebaliknya amalkan pengambilan sarapan seperti oat. Ia kaya dengan serat yang dapat menbantu prose penghadaman. Elakkan oat yang berperisa kerana kandungan kalori tinggi sebaliknya pilihan perisa original.
Sumber : Mingguan Wanita (Bil 1594 jun 2014)


**Info HERB LAX dari Shaklee berfungsi untuk mengatasi masalah SEMBELIT, MENURUNKAN BERAT BADAN, DETOX & MENGEMPISKAN PERUT

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya merupakan Agen Shaklee Berdaftar area Johor Bahru & Pasir Gudang
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh Email : julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402
SID 1042062









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up