Showing posts with label PENYAKIT KANAK-KANAK. Show all posts
Showing posts with label PENYAKIT KANAK-KANAK. Show all posts

BAYI & SELESEMA. TAHUKAH ANDA 200 VIRUS PENYEBAB SELESEMA???

Asalam...hi entri kali ni nak cerita tentang SELESEMA...apa yang kita tahu tentang selesema??? Tahukah anda terdapat 200 Virus yang menyebabkan selesema!!!




  • Selesema merupakan jangkitan salur pernafasan atas yang memberi kesan terhadap salur hidung & kerongkong yang disebabkan oleh VIRUS. Selesema boleh merebak apabila seseorang itu bercakap, batuk, bersin atau menyentuh secara langsung. Tahukah anda terdapat 200 VIRUS selesema & jenis virus  pula berbeza mengikut musim...???
  • Penggunaan ANTIBIOTIK tidak akan menghapuskan virus. Tetapi jangkitan itu akan hilang dengan sendirinya, KECUALI jika terdapat jangkitan Sekunder. Antibiotik ini hanya diperlukan apabila berlakunya jangkitan sekunder.  
  • Bagi kanak-kanak dengan sistem imunisasi yang rendah boleh mendapat selesema lebih kerap daripada orang dewasa, kanak-kanak boleh mendapat selesema antara 6 hingga 12 kali setahun, manakala orang dewasa pula minimum 2 kali setahun.
GEJALA
  • Kerongkong yang kering & sakit- Ini mungkin gejala pertama sekali yang akan dihadapi.
  • Pengeluaran lendir cair & pekat
  • Bersin
  • Hidung tersumbat
  • Sakit kepala
  • Demam
  • Sakit badan

CARA RAWAT SELESEMA KEPADA BAYI

  • Tidak banyak yang boleh dilakukan kecuali memastikan anak anda mendapatkan rehat & memberikan banyak minum air @ jus buah-buahan.
  • Sekiranya badan mereka panas, boleh berikan paracetamol di bawah pengawasan doktor. INGAT jangan sesekali berikan anak anda ubat selesema tanpa berunding dengan doktor terutama untuk anak dibawah umur 1 tahun.
  • Berikut terdapat beberapa cara untuk melegakan ketidakselesaan mereka :
  1. Sekiranya hidung bayi tersumbat, tinggikan kepala tilam dengan meletakkan tuala dibawah tilam. Tidur mencondong boleh melegakan hidung meleleh hingus. Jangan gunakan bantal untuk meninggikan kepala bayi anda ( akan menyebabkan bayi mati lemas) & jangan letak bantal dibawah tilam.
  2. Lapkan hidung supaya bayi anda boleh bernafas dengan mudah. Anda boleh menyapu jeli petroleum diluar lubang hidung untuk mengurangkan kerengsaan. Jika bayi sukar menyusu kerana hidung tersumbat, minta doktor mempreskripsikan larutan bergaram untuk diletakkan disetiap lubang hidung setiap 15 minit sebelum penyusuan. 
  3. Cuba gunakan pengewap kabut dingin untuk melembapkan udara. Atau bawa bayi ke bilik mandi bersama anda, buka air panas @ pancuran mandi, tutup pintu & duduk di dalam keadaan berwap tersebut selama 15 minit. Jangan lupa tukar pakaian bayi selepas mandian berwap.
  4. Jika bayi anda menghidapi hidung tersumbat tanpa sebarang simpton lain, periksakan lubang hidungnya kalau-kalau terdapat objek asing. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee anda
Sebarang pertanyaan boleh Email :julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402
SID 1042062
Johor Bahru 

SI KECILKU BATUK!!! APA PERLU ANDA LAKUKAN???

Bila si kecil anda batuk...bukan sahaja mereka akan meragam..tapi siap pakej tak nak makan, kurang tidur & macam-macam lagi. Sebagai ibu apa yang perlu anda lakukan ketika anda batuk??? berikut merupakan antara panduan untuk anda lakukan rawatan ketika si kecil anda batuk.





BATUK BERKAHAK

Sekiranya anak anda batuk berkahak, anda perlu terlungkupkan anak di pangkuan. Kemudian tepuk-tepuk bahagian belakang badannya supaya kahaknya dapat mengalir keluar. Ingat jangan sesekali berikan ubat-ubatan yang menyekat batuk kerana ia akan meningkatkan risiko jangkitan sekiranya kahak itu tidak keluar.


BATUK MALAM

Jika anak anda kerap batuk pada waktu malam, baringkan anak anda dengan menggunakan bantal yang tinggi dalam keadaan kepala & bahunya tersandar pada bantal. Kedudukan sebegini dapat menghindari cecair dari hidung turun ke tekak sehingga kebahagian belakang tekak yang boleh menyebabkan batuk.


TEKAK GATAL

Bagi melegakan masalah tekak gatal, anda boleh berikan anak anda air limau panas yang diletakkan dengan sedikit madu. Pastikan anak anda minum banyak air agar kahaknya cair & mudah keluar.


BATUK SEHINGGA SUKAR BERNAFAS

Sekiranya batuk anak anda berbunyi keras, bantu anak anda bernafas dengan lebih lega dengan melakukan pengewapan sekitar 20 minit. Ia boleh dilakukan dengan air panas di dalam besen @ sekiranya mempunyai tab mandi sehingga bilik air penuh dengan wap air panas.


BILA HARUS BERTEMU DOKTOR???

  • Batuk tidak reda setelah 3 ke 4 hari
  • Bila tidur malam anak anda terganggu
  • Terdapat benda asing ditekak yang tidak dapat dikeluarkan walaupun dengan batuk yang kuat
  • Batuk yang disertai dengan bunyi desah
  • Batuk yang mengeluarkan darah
  • Mengalami kesukaran bernafas sehingga bibir, wajah & lidah berwarna biru.

Sumber : Mingguan Wanita (Bil 1581/ Mac 2014)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee anda
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh Email : julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402
SID 1042062
Johor Bahru
 

CIRIT BIRIT BAYI & KANAK-KANAK



Cirit birit sememangnya biasa terjadi di kalangan bayi & kanak-kanak. Biasanya cirit birit ini akan sembuh tanpa terjadinya komplikasi lain. Cirit birit bermaksud membuang air besar yang lebih lembik & berair daripada biasa. Najis akan keluar kerap daripada biasa.


  • Cirit-birit Akut - keadaan ini terjadi secara tiba-tiba & akan berterusan tetapi kurang daripada 2 minggu
  • Cirit-birit Kronik - Cirit birit yang terjadi secara berlarutan (berterusan) lebih 2 minggu

PENYEBAB CIRIT-BIRIT
  • Kebiasaannya disebabkan oleh makanan & minuman yang tercemar menyebabkan jangkitan pada usus & cirit-birit.
  • Terdapat juga sebab-sebab lain terjadinya cirit-birit seperti :
          1) Virus - Contoh Rotavirus, Norovirus & Astrovirus
          2) Bakteria - Contoh Shigella, Campylobacter, Escherichia Coli
          3) Parasit - Contoh Giardia lambdia, Entamoeba Histolytica.
  • Punca-punca yang disebabkan bukan dari jangkitan:
         1) Kurang toleransi terhadap makanan - kurang toleransi terhadap laktosa
         2) Reaksi terhadap ubat-ubatan - sesetengah antibiotik
         3) Penyakit berkaitan usus - penyakit radang usus (inflammantory bowel desease), penyakit coeliac.
         4) Functional bowel desease - sindrom iritasi usus


TANDA-TANDA CIRIT-BIRIT
  • Membuang air besar dengan lebih kerap
  • Najis berair dengan/tanpa lendir
  • Mual @ muntah-muntah
  • Demam
  • Sakit/kejang perut
  • Kembung perut
  • Hilang selera makan
# kanak-kanak mungkin kelihatan normal Atau mungkin ada tanda-tanda Dehidrasi


TANDA-TANDA DEHIDRASI
  • Dehidrasi kategori ringan & sederhana
         1) Mulut & lidah kering
         2) Bibir kering & merekah
         3) Tiada @ sedikit sahaja air mata jika menangis
         4) Tidak kencing selama 4-6 jam (lampin tidak basah untuk tempoh tersebut)
         5) Ubun-ubun kepala bayi tenggelam
         6) Meragam

  • Dehidrasi kategori teruk terdapat semua tanda-tanda diatas diikuti dgn :
         1) kulit kering & berkedut
         2) Kanak-kanak kelihatan tidak bermaya, keletihan & tidak aktif
         3) Mata cengkung
         4) Sukar bernafas
         5) Nadi yang sangat lemah & sangat cepat
         6) Tangan & kaki sejuk
         7) Tidak mahu makan


TANDA-TANDA BAHAYA 
  • Tanda-tanda dehidrasi
  • Darah pada najis @ najis berwarna kehitaman
  • Cirit birit berterusan selama 48 jam
  • Susut berat badan
  • Keadaan mengantuk @ kelalian
  • Demam melebihi suhu 38 darjah celcius
  • Tidak mahu makan


KESAN CIRIT BIRIT YANG TERUK
  • Organ badan tidak berfungsi termasuk kegagalan ginjal
  • Jangkitan sistemik melibatkan keseluruhan badan
  • Kurang toleransi terhadap laktosa peringkat sekunder
  • Rasa sakit disekeliling kawasan dubur
  • Kematian


PENGURUSAN BAYI & KANAK-KANAK YANG MENGHIDAPI CIRIT BIRIT

1) Rehidrasi
  • Adalah penting menggantikan air & mineral dalam badan untuk mencegah dehidrasi
  • Teruskan penyusuan susu ibu disamping memberi air garam rehidrasi (ORS)
  • Sekiranya bayi tidak minum susu badan, teruskan memberi makanan biasa & air garam rehidrasi
2) Fasa pemulihan
  • Apabila keadaan anak bertambah baik, teruskan pemberian susu badan & garam ORS. Tambah sedikit demi sedikit apabila selera anak kembali.
  • Makanan biasa boleh diteruskan selepas 24 jam hingga 48 jam jika anak anda bertambah pulih
  • Keadaan najis mungkin akan mangambil masa sehingga 7 hari untuk kembali seperti biasa
3) Susu
  • Elakkan menukar susu formula sesuka hati
  • Dapatkan nasihat daripada doktor sekiranya susu formula tidak sesuai dengan bayi anda
4) Ubat-ubatan

    Ubat untuk menghentikan cirit birit perlu dielakkan kerana :
  • Tiadak selamat untuk bayi & kanak-kanak
  • Akan mengganggu keupayaan badan untuk menghapuskan jangkitan
5) Antibiotik
  • Secara umumnya tidak perlu tetapi kadang kala diberikan oleh doktor untuk jangkitan bakteria usus yang jarang-jarang berlaku. 
6) Krim sapu
  • Krim seperti jeli petrolium & zink oksida boleh membantu melegakan kesakitan bahagian punggung bayi yang sakit.

PENCEGAHAN CIRIT BIRIT DIKALANGAN KANAK-KANAK
  • Pastikan air minuman anak anda bersih & dimasak
  • Pastikan anak anda menggunakan alatan yang bersih untuk makanan & minuman
  • Sterilkan botol susu kanak-kanak @ bayi
  • Elakkan makan yang mentah kecuali disediakan oleh anda sendiri
  • Cuci tangan dengan bersih selepas menyediakan makanan mentah seperti daging, menggunakan tandas, menukar lampin bayi & sebelum memegang makanan.
  • Pastikan lampin pakai buang, dibuang dengan betul

Sumber : Myhealth

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee anda.
Sebarang pertanyaan boleh Email : julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 0179291087 @ 012 9950402
SID 1042062
Johor Bahru

PENYAKIT KAWASAKI / COXSACKIE

Pernah dengar PENYAKIT KAWASAKI???? Bukan Motor cap KAWASAKI ye....Tetapi Penyakit Kawasaki...entri kali nak cerita sikit tentang penyakit kawasaki iaitu penyakit yang berkaitan dengan bayi & kanak-kanak.

PENYAKIT KAWASAKI pada awalnya telah dikenali sebagai SINDROM KELENJAR & KULIT atau dikenali sebagai MUCOCUTANEOUS LYMPH NODE SYNDROME sebelum dinamakan sebagai Penyakit Kawasaki bersempena dengan nama Doktor Pakar Kanak-Kanak di Jepun iaitu Tomikasu Kawasaki yang mengesan penyakit ini pada tahun 1960.

Sebahagian besar pesakit ini adalah kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke bawah. Statistik di Amerika Syarikat menunjukkan Penyakit ini merupakan penyakit utama yang menyebabkan penyakit jantung 'acquired' dikalangan kanak-kanak, malah bilangan kes makin meningkat terutama di negara membangun.



PUNCA PENYAKIT KAWASAKI

  • Punca penyakit masih belum di kenal pasti tetapi ia berkaitan dengan jangkitan virus/bakteria dan daya tahan yang lemah pada bayi & kanak-kanak.
  • Terdapat juga kajian di Jepun, Penyakit ini berkaitan dengan toksin bakteria yang merangsang tubuh badan menghasilkan antibodi terhadap salur darah, menyebabkan pesakit kerap mendapat komplikasi berkaitan dengan salur darah.

TANDA-TANDA PENYAKIT KAWASAKI


  • Demam berpanjangan lebih dari 5 hari @ berminggu & 
  • Suhu ketika demam mencecah 40 darjah celcius
  • Keadaan kanak-kanak akan menjadi gelisah kerana suhu terlalu tinggi
  • Selepas 2,3 hari demam akan tumbuh ruam pada badan
  • Muka & mata menjadi kemerahan,
  • Sakit pada mulut & lidah
  • Sakit pada kelenjar leher & ketiak & membengkak
  • Kadang kala cirit birit

KOMPLIKASI PENYAKIT KAWASAKI

Kebanyakkan kanak-kanak akan sembuh dengan sendiri dalam masa 2-3 minggu sekiranya mendapat rawatan di hospital. TETAPI lebih kurang 20-30% pesakit kanak-kanak akan mendapat komplikasi akibat daripada penyakit ini.

Antara komplikasi adalah seperti :
  • Aneurisma arteri koronari
  • Myokarditis ( jangkitan pada otot jantung)
  • Penyakit Injap mitral
  • Kegagalan jantung berfungsi
Sekirannya hasil ujian mendapati sel darah putih bertambah & sel platlet dalam darah juga meningkat 2 kali ganda dari biasa, kanak-kanak tersebut disahkan menghidap PENYAKIT KAWASAKI.


RAWATAN PENYAKIT KAWASAKI
  • Rawatan utama adalah menggunakan IMMUNOGLOBULIN yang diberi secara intravena iaitu titisan ke dalam nadi. Berfungsi mengurangkan radang pada jantung & menghalang kerosakan arteri koronari.
  • Penggunaan ASPIRIN dapat mengurangkan kadar keradangan pada jantung & di beri bersama IMMUNOGLOBULIN pada peringkat paling krtikal.

KESEDARAN TENTANG PENYAKIT KAWASAKI
  • 30%-50% pesakit kanak-kanak akan mula mendapat komplikasi akibat penyakit ini seperti Aneurisma Arteri Koronari iaitu pembesaran arteri, jangkitan pada otot jantung @ Myokarditis, Injap jantung rosak & Kegagalan jantung berfungsi.
  • Kebanyakkan bayi maut akibat penyakit ini kerana lambat diselamatkan selepas seminggu menghidapi penyakit ini tanpa disedari oleh ibu bapa akibat kurang pengetahuan tentang penyakit ini.


ROTAVIRUS DIKALANGAN KANAK-KANAK

Pernahkah anda dengar atau terbaca Penyakit ROTAVIRUS...??? First time saya dengar penyakit Rotavirus semasa anak saya pernah di jangkiti penyakit ni masa dia berumur 6 bulan...bermula dengan demam, muntah & cirit birit, saya tak tunggu lama terus pergi ke hospital daerah..di masukkan ke wad. Setelah 5 hari di wad anak saya di sahkan mengalami DEMAM DENGGI. Terkejut memang terkejut...selepas tu kami terus di hantar & 'berkampung' di Hospital daerah lain sebab ada doktor pakar disana...selama 7 @ 8 hari disana...cirit birit masih berterusan. Bila keluar dari hospital, anak kami masih mengalami muntah & cirit birit..kami terus ke KPJ Tawakkal 4 hari lagi berkampung disana. Anak kami di sahkan ROTAVIRUS @ AGE.



APA ITU ROTAVIRUS
  • Rotavirus adalah sejenis virus yang menjadi punca utama cirit birit teruk atau AGE dikalangan kanak-kanak. Dan ia merupakan PEMBUNUH KE 2 kanak-kanak selepas radang peparu.
  • Penyebab utama adalah tahap kebersihan yang kurang baik. Rotavirus tersebar melalui najis yang mengandungi Rotavirus ke mulut serta makanan & air tercemar.
  • Virus ini boleh berjangkit melalui permukaan peralatan permainan, tombol pintu & pinggan mangkuk yang tidak dibasuh dengan betul.
  • ROTAVIRUS boleh kekal selama beberapa jam di atas kulit manusia & mampu bertahan selama beberapa hari di atas permukaan yang keras. Ia juga boleh hidup selama seminggu dalam najis individu yang di jangkiti.
  • Mengikut laporan WHO seramai 2 juta pesakit dimasukkan ke Hospital kerana ROTAVIRUS setiap tahun & 400,000 pesakit maut kerana Dehidrasi (kehilangan air dalam badan)




TANDA-TANDA PENYAKIT ROTAVIRUS
  • Demam
  • Cirit birit air
  • Muntah tanpa henti
  • Dehydration
  • Otot-otot sakit & cram
  • Mata cengkung
  • Kulit kasar & kering
  • Bibir kering/pecah-pecah
  • Air kencing kurang

BAGAIMANA ROTAVIRUS TERSEBAR
  • Rotavirus pada najis boleh tersebar melalui tangan, objek-objek & permukaan terbuka & mungkin juga melalui sistem pernafasan. Kanak-kanak & bayi mudah dijangkiti kerana kekerapan mereka memasukkan jari ke dalam mulut.

CARA MENCEGAH
  • Bayi di berikan vaksin, Vaksin Rotavirus diambil seawal 8 minggu ke 8 bulan. Di ambil melalui mulut bayi & kanak-kanak.
  • Menjaga persekitaran agar sentiasa bersih.
  • Penting untuk membasuh tangan dengan sabun selepas keluar tandas & sebelum memegang makanan.

Di harap perkongsian ini akan memberi panduan kepada anda, disamping dapat menambah ilmu.

Sumber : Myhealth

AWAS...SI MANJA BERISIKO MAUT AKIBAT PNEUMONIA



Batuk, demam & selesema, sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan kanak-kanak. Penyakit boleh dikatakan penyakit yang sangat biasa menyerang kanak-kanak. Apabila penyakit ni menyerang kanak-kanak, ia boleh menyebabkan kanak-kanak tiada selera makan & tidak mahu minum susu. Paling bahaya sekali kanak-kanak berkemungkinan akan tersedak susu disebabkan batuk & kahak yang terlalu banyak.  Mungkin ini perkara biasa di alami oleh anak-anak anda...anak saya pun biasa mengalami masalah batuk & kahak ni...penting bagi anda ibu bapa APABILA BATUK BERTERUSAN SELAMA 3 HARI..perlu berjumpa doktor kerana di bimbangi, paru-paru kanak-kanak dijangkiti virus yang akan menyebabkan PNEUMONIA.

Secara umumnya jangkitan paru-paru adalah berkaitan dengan PNEUMONIA. PNEUMONIA akan menyebabkan seseorang mengalami kesukaran untuk bernafas. Ini adalah kerana saluran udara pada paru-paru DIPENUHI NANAH & LENDIR yang akan menyebabkan sistem pernafasan tidak dapat berfungsi dengan baik.

Keadaan ini jika dibiarkan akan mengakibatkan oksigen tidak sampai ke dalam darah & sel tubuh. Kekurangan oksigen akan menyebabkan kanak-kanak sukar bernafas & akan mengakibatkan kehilangan nyawa.




PUNCA PNEUMONIA

  • Pneumonia terjadi disebabkan oleh jangkitan bakteria, virus, fungus & parasit. Antara bakteria yang menyebabkan Pneumonia adalah 'Streptococcus Pneumoniae', 'Haemophilus Influenzea', 'Chlamydia Trachomatis', 'Mychoplasma Pneumoniae' & 'Legionella Pneumophila' . Jangkitan kuman @ virus yang menyebabkan jangkitan hidung, batuk, selesema & berterusan kepada paru-paru.

PENCEGAHAN AWAL PNUEMONIA
  • Bagi kanak aktif agak sukar dikesan tetapi apabila mereka menunjukkan tanda-tanda lesu, mudah meragam, tidak mahu minum susu & tidak aktif. Pada awalnya bronkitis sebelum bertukar menjadi kronik iaitu PNEUMONIA.
  • Segera berjumpa doktor sekirannya kanak-kanak batuk berterusan selama 3 hari. Kanak-kanak di taska berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan penyakit ini disebabkan persekitaran yang sempit & terlalu ramai kanak-kanak, serta perkongsian bekas makanan & minuman.
  • PERLU DIINGAT bayi yang berusia 1 hingga 3 bulan sepatutnya sihat & tidak ada sebab untuk bayi mengalami demam. Sekirannya demam perlu untuk jalani pemeriksaan imunisasinya.
  • Jangkitan kuman pada paru-paru boleh jadi sangat serius dalam masa yg sangat singkat terutama dikalangan anak-anak kecil. Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) @ kekurangan oksigen.

SIMPTON
  • Demam panas
  • Batuk dengan @ tanpa kahak
  • Sakit dada
  • Tiada selera makan, tidak mahu makan
  • Rasa tidak sihat , sering merengek
  • Pernafasan laju @ susah bernafas
  • Muntah @ cirit birit
* Beza batuk biasa & batuk pneumonia
  • Batuk biasa bunyinya 'tidak dalam' berbanding dengan batuk akibat pneumonia
* Batuk Pneumonia
  • Bunyinya 'dalam' dan kerap terjadi pada waktu malam hingga pagi. Kahak berhimpun kerana kerap batuk pada waktu malam.
5 TIPS MUDAH
  • Sentiasa menyediakan termometer untuk memantau suhu badan anak anda
  • Sediakan puting susu Y-cut iaitu susu hanya akan keluar apabila dihisap oleh anak anda. Jenis puting ini dapat membantu mengelakkan anak tersedak susu.
  • Pastikan persekitaran taska bersih & tidak terlalu ramai kanak-kanak
  • Dapatkan rawatan doktor jika demam, selesema & batuk tidak pulih dalam masa 3 hari
  • Teruskan penyusuan susu ibu bagi meningkatkan antibodi. 
Diharap perkongsian ini dapat dijadikan panduan untuk anda semua. Seharusnya ibu bapa menyedari risiko PNEUMONIA boleh membawa maut, tanpa kita sedari. Persoalannya berita yang kita lihat di akhbar 'bayi mati tersedak susu' adakah punca dari susu @ jangkitan paru-paru yang tanpa kita sedari.

Sebarang pertanyaan mengenai produk SHAKLEE boleh Email: julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402
SID 1042062
Johor Bahru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up