Showing posts with label PENYAKIT KAWASAKI. Show all posts
Showing posts with label PENYAKIT KAWASAKI. Show all posts

PENYAKIT KAWASAKI / COXSACKIE

Pernah dengar PENYAKIT KAWASAKI???? Bukan Motor cap KAWASAKI ye....Tetapi Penyakit Kawasaki...entri kali nak cerita sikit tentang penyakit kawasaki iaitu penyakit yang berkaitan dengan bayi & kanak-kanak.

PENYAKIT KAWASAKI pada awalnya telah dikenali sebagai SINDROM KELENJAR & KULIT atau dikenali sebagai MUCOCUTANEOUS LYMPH NODE SYNDROME sebelum dinamakan sebagai Penyakit Kawasaki bersempena dengan nama Doktor Pakar Kanak-Kanak di Jepun iaitu Tomikasu Kawasaki yang mengesan penyakit ini pada tahun 1960.

Sebahagian besar pesakit ini adalah kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke bawah. Statistik di Amerika Syarikat menunjukkan Penyakit ini merupakan penyakit utama yang menyebabkan penyakit jantung 'acquired' dikalangan kanak-kanak, malah bilangan kes makin meningkat terutama di negara membangun.



PUNCA PENYAKIT KAWASAKI

  • Punca penyakit masih belum di kenal pasti tetapi ia berkaitan dengan jangkitan virus/bakteria dan daya tahan yang lemah pada bayi & kanak-kanak.
  • Terdapat juga kajian di Jepun, Penyakit ini berkaitan dengan toksin bakteria yang merangsang tubuh badan menghasilkan antibodi terhadap salur darah, menyebabkan pesakit kerap mendapat komplikasi berkaitan dengan salur darah.

TANDA-TANDA PENYAKIT KAWASAKI


  • Demam berpanjangan lebih dari 5 hari @ berminggu & 
  • Suhu ketika demam mencecah 40 darjah celcius
  • Keadaan kanak-kanak akan menjadi gelisah kerana suhu terlalu tinggi
  • Selepas 2,3 hari demam akan tumbuh ruam pada badan
  • Muka & mata menjadi kemerahan,
  • Sakit pada mulut & lidah
  • Sakit pada kelenjar leher & ketiak & membengkak
  • Kadang kala cirit birit

KOMPLIKASI PENYAKIT KAWASAKI

Kebanyakkan kanak-kanak akan sembuh dengan sendiri dalam masa 2-3 minggu sekiranya mendapat rawatan di hospital. TETAPI lebih kurang 20-30% pesakit kanak-kanak akan mendapat komplikasi akibat daripada penyakit ini.

Antara komplikasi adalah seperti :
  • Aneurisma arteri koronari
  • Myokarditis ( jangkitan pada otot jantung)
  • Penyakit Injap mitral
  • Kegagalan jantung berfungsi
Sekirannya hasil ujian mendapati sel darah putih bertambah & sel platlet dalam darah juga meningkat 2 kali ganda dari biasa, kanak-kanak tersebut disahkan menghidap PENYAKIT KAWASAKI.


RAWATAN PENYAKIT KAWASAKI
  • Rawatan utama adalah menggunakan IMMUNOGLOBULIN yang diberi secara intravena iaitu titisan ke dalam nadi. Berfungsi mengurangkan radang pada jantung & menghalang kerosakan arteri koronari.
  • Penggunaan ASPIRIN dapat mengurangkan kadar keradangan pada jantung & di beri bersama IMMUNOGLOBULIN pada peringkat paling krtikal.

KESEDARAN TENTANG PENYAKIT KAWASAKI
  • 30%-50% pesakit kanak-kanak akan mula mendapat komplikasi akibat penyakit ini seperti Aneurisma Arteri Koronari iaitu pembesaran arteri, jangkitan pada otot jantung @ Myokarditis, Injap jantung rosak & Kegagalan jantung berfungsi.
  • Kebanyakkan bayi maut akibat penyakit ini kerana lambat diselamatkan selepas seminggu menghidapi penyakit ini tanpa disedari oleh ibu bapa akibat kurang pengetahuan tentang penyakit ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up