Showing posts with label TIPS & KEHAMILAN. Show all posts
Showing posts with label TIPS & KEHAMILAN. Show all posts

MAKANAN YANG PERLU DI JAUHI OLEH IBU HAMIL

Assalamualaikum..

Hi semua..

Hari ni nak cerita pasal MAKANAN YANG PERLU DI JAUHI OLEH IBU HAMIL.

Kebiasaanya bila hamil, selera ibu-ibu hamil ni berubah, rasa nak makan je, tengok meggi pun terliur. hehehe. Masa saya mengandung dulu pun, mak saya pun ada pesan bila mengandung ni ada makanan tertentu tak boleh makan, bertujuan untuk jaga kandungan.

Antara jenis makanan yang perlu di elakkan adalah :




1. MAKANAN / MINUMAN BERKAFEIN

  • Pengambilan makanan dan minuman berkafein seperti minuman bergas, coklat, kopi dan sebagainya boleh mendatangkan kesan buruk kepada perkembangan bayi yang tidak normal. Ia termasuklah masalah seperti bayi mempunyai kurang berat semasa di lahirkan. Malahan kafien juga di katakan mampu untuk MEROSAKAN kandungan kalsium tulang ibu hamil.








2. GULA
  • Ibu hamil perlu kurangkan pengambilan gula ketika hamil, kerana ia boleh mengakibatkan komplikasi seperti kencing manis semasa mengandung dan bayi berisiko untuk saiz besar.








3. VITAMIN A
  • Apa juga Vitamin A yang melebihi 5000iu boleh menyebabkan kecacatan muka, kepala, jantung dan saraf bayi. Anda boleh mengambil beta karotena yang banyak terkandung dalam lobak merah. Makanan yang mengandungi Vitamin A dari sumber hati haiwan perlu di elak.






4. RAKSA/MERKURI
  • Makanan laut seperti Tuna, Mecerel (kembung besar) dan beberapa jenis ikan bersaiz besar yang mengandungi kandungan raksa/merkuri yang tinggi. Kerana pengambilan makanan yang mengandungi raksa yang tinggi boleh merosakkan bayi





5. MAKANAN YANG DIPROSES
  • Antara yang popular adalah sosej. Sosej berkemungkinan mengandungi kandungan nitrat & nitrit yang tinggi. Jadi ibu-ibu hamil perlu mengurangkan pengambilannya.





6. PRODUK TENUSU
  • Susu yang TIDAK DIPASTEUR dan sesetengah keju berkemungkinan mengandungi BAKTERIA LISTERIA yang boleh menyebabkan keguguran di awal kehamilan dan kelahiran pra matang. Keju yang yang di yakini selamat adalah dari jenis keju keras seperti Cheddar, Edam dan Parmesan, Mozzarella, Feta, Marscapone dan Krim Keju.




7. KACANG TANAH
  • Sekirannya anda mempunyai sejarah ahli keluarga yang mempunyai alahan terhadap kacang maka perlu elakkan pengambilan kacang tanah. Kacang tanah merupa satu-satunya jenis kekacang yang boleh meningkatkan alahan kacang di kalangan bayi.






8. TELUR KUNING 
  • Telur kuning yang tidak di masak sempurna /separuh masak berkemungkinan mengandungi SALMONELLA. Kebiasaannya jarang memberi kesan kepada bayi tetapi mampu membuat ibu-ibu mengalami mutah yang serius, cirit-birit, demam dan dehidrasi. Pastika telur yang hendak di makan di masak sempurna/masak penuh.




9. MAKANAN MENTAH
  • Makanan mentah seperti SUSHI boleh menyebabkan komplikasi, oleh itu oleh di jauhi buat sementara waktu.
  • TOXOPLAMOSIS - penyakit yang di akibatkan oleh parasit yang terdapat dalam daging mentah dan sayuran yang tidak di cuci dengan sempurna. Boleh menyebabkan jangkita Intrauterine yang serius di kalangan bayi.
  • CIRIT BIRIT - terdapat dalam daging ayam dan telur yang tidak di masak sempurna. Membahayakan bayi jika tidak di rawat dengan segera.
  • JANGKITAN CACING - pengambilan ikan mentah boleh menyebabkan jangkitan cacing. Cacing akan memakan segala zat yang diperlukan oleh bayi.
  • KEGUGURAN, KELAHIRAN PRA MATANG & KERACUNAN - punca utama adalah di sebabkan pengambilan keju yang mengandungi bakteria listeria, kebiasaanya keju yang tidak DIPASTEUR.



Saya Agen SHAKLEE JOHOR BAHRU & PASIR GUDANG.
ID No 1042062

COD Kg Melayu Majidee, Kg Bendahara, TESCO Tebrau, AEON Tebrau, Plaza Angsana, Giant Taman Suria (Southern City), Larkin Perdana, Pasar Larkin, AEON Permas Jaya, Kip Mart Masai (Pasir Gudang)

CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM 017 9291087




KHAS BUAT IBU, KELENGKAPAN SEBELUM, SELEPAS DAN SEMASA BERSALIN

Assalamualaiku..

Hi semua..

Entri kali ni nak bagi panduan kepada bakal-bakal ibu apa yang perlu mereka sediakan SEBELUM, SELEPAS & SEMASA BERSALIN.

Bukan apa kadang-kadang pening jugak terutama ibu-ibu yang baru pertama kali nak menyambut kelahiran cahaya mata sulung ni.



BARANG KEPERLUAN BABY

  • Baju pakai siang - 5 helai ( terpulang kepada anda )
  • Baju pakai malam - 5 helai ( terpulang kepada anda)
  • Stokin tangan dan kaki baby
  • Napkin - untuk bedung baby
  • Pampers New born
  • Wet tissue @ tisu basah
  • Selimut dan bantal baby
  • Minyak telon @ minyak yuyi
  • Kain lampin
  • Barut baby
  • Tuala
  • Sabun baby
  • Syampu baby
  • Sikat baby
  • losyen
  • Putik kapas
  • Bedak baby
  • Besen mandi baby
  • Pelapik getah
  • Kelambu baby
  • Bakul @ rak alatan baby
  • Pemotong kuku baby
  • Bakul @ rak pakaian baby
  • Beg baby
  • Tilam kekabu
  • Katil baby - (terpulang kepada anda)
  • Termometer
  • Nursing pillow - (terpulang kepada anda)
  • Car seat @ stroller - (terpulang kepada anda)
  • Botol susu , berus botol & pencuci khas botol baby
  • Sabun pencuci khas pakaian baby

BARANG-BARANG KEPERLUAN IBU
  • Set jamu @ supplement bersalin
  • Stokin
  • Bra khas menyusu
  • Baju untuk menyusu -kemeja 
  • Maternity pad @ Over night pad pun ok
  • Bengkung
  • Pati ikan haruan
  • Biskut, milo & susu
  • Minyak panas
  • Panties pakai buang - (terpulang kepada anda)

Semua keperluan ni saya sediakan masa kandungan saya dalam lingkungan 7 ke 8 bulan. Takut baby keluar awal tak de lah nanti kelam kabut. Lagi pun bila dan sampai hujung-hujung tak larat dah nak shopping ni.

Ok tadi sekarang ni list barang-barang keperluan kalau nak pergi ke hospital. Sediakan siap-siap dalam bag, saya dulu sediakan 2 bag. 1 bag saya, lagi satu bag baby. kemana-mana korang pergi bawak lah..nak balik kampung ke berjalan jauh-jauh ke..sentiasa ready.




Apa perlu ada dalam :

BEG BABY
  • Baju 4 helai
  • Kain lampin - 3 helai
  • Stokin tangan dan kaki baby- 3 helai
  • Napkin - kain bedung baby  2 helai
  • Pampers 10 keping
  • Barut -3 helai
  • Bantal 
  • Tuala
  • Minyak yuyi @ minyak telon

BEG IBU
  • Buku Merah
  • Ic
  • Baju - 2 helai
  • Kain batik @ skirt labuh
  • Pad - 10 keping
  • Minyak panas
  • Tuala
  • Berus gigi, ubat gigi, sabun
  • Termos
  • Gelas 
  • Sudu
  • Biskut
  • Milo 3 in 1
  • Charger hand phone
  • Panties pakai buang - terpulang kepada anda


Di harap list-list di atas ni dapat di jadikan panduan untuk anda dalam menyediakan kelengkapan baby dan anda nanti.


Saya Agen SHAKLEE JOHOR BAHRU & PASIR GUDANG.
ID No 1042062

COD Kg Melayu Majidee, Kg Bendahara, TESCO Tebrau, AEON Tebrau, Plaza Angsana, Giant Taman Suria (Southern City), Larkin Perdana, Pasar Larkin, AEON Permas Jaya, Kip Mart Masai (Pasir Gudang)

CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM 017 9291087





POSISI TIDUR YANG MAMPU ANCAM KESELAMATAN BAYI

Biasanya ibu-ibu yang berada di penghujung kehamilan akan mengalami kesukaran untuk tidur. Tahukah anda?? posisi tidur yang salah mampun mengancam keselamatan bayi di dalam rahim anda. Semakin bayi anda membesar , ia akan mengambil ruang abdomen yang akan sedikit sebanyak menganggu PERNAFASAN, PENGHADAMAN, KELANCARAN PEMBUANGAN AIR KECIL & BESAR SERTA MEMPERLAHANKAN PEREDARAN DARAH.

Seharusnya ibu hamil perlu tahu posisi tidur terbaik untuk diri anda. Ini untuk memastikan keselesaan anda dan juga bayi di dalam kandungan.


POSISI YANG PERLU DI ELAKKAN





1. TERLENTANG

  • Ketika anda hamil, dan anda tidur secara terlentang, berat bayi adalah di anggarkan 2 ke 3 kilogram, menekan bahagian abdomen anda, tentu anda akan berasa senak dan sukar untuk bernafas.
  • Posisi ini akan menyebabkan rahim memberi tekanan fizikal pada saluran darah besar dan menghalang kelancaran darah bergerak ke bahagian jantung. Ini akan menggangggu  bekalan OKSIGEN dan NUTRIEN kepada bayi dalam kandungan.






2. MENIARAP
  • Tidur meniarap bukan sahaja perlu di elakkan apabila kandungan makin membesar, tetapi seawal kehamilan pun perlu di elakkan.
  • Kesan tidur posisi meniarap atau terlentang akan menyebabkan darah yang membawa oksigen dan nutrien tidak sampai kepada bayi dalam kandungan dan berisiko menyebabkan kematian.


POSISI TIDUR YANG DI GALAKKAN





1. MENGIRING
  • Posisi ini merupakan posisi terbaik untuk ibu hamil. Boleh mengiring sama ada ke kiri ataupun ke kanan. Sebaiknya ikutlah sunah Rasulullah s.a.w mengiring ke sebelah kanan.
  • Posisi tidur sebegini tidak akan menganggu peredaran darah. Malahan akan menyebabkan lebih banyak nutrien dan oksigen akan di hantar kepada bayi.



Saya Agen SHAKLEE JOHOR BAHRU & PASIR GUDANG.
ID No 1042062

COD Kg Melayu Majidee, Kg Bendahara, TESCO Tebrau, AEON Tebrau, Plaza Angsana, Giant Taman Suria (Southern City), Larkin Perdana, Pasar Larkin, AEON Permas Jaya, Kip Mart Masai (Pasir Gudang)

CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM 017 9291087

PUNCA BEKALAN SUSU MENURUN

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan bekalan susu ibu merundum seperti

  • Menunggu terlalu lama untuk memulakan proses penyusuan
  • Tidak menyusukan dengan kerap
  • Penggunaan ubat-ubatan tertentu
  • Pembedahan payu dara
  • Kelahiran pra matang
  • Obesiti
  • Ibu bergantung kepada insulin (kencing manis)




berikut adalah beberapa faktor yang boleh menyebabkan bekalan susu ibu boleh merundum. Semestinya bagi ibu-ibu ingin memastikan bekalan susu sentiasa mencukupi. Selain daripada itu faktor tekanan & keletihan yang akan mengundang STRESS sedikit sebanyak akan menyebabkan susu ibu bakal merundum..

Apa yang perlu anda lakukan untuk meningkatkan pengeluaran susu??

1. MENYUSU SECEPAT MUNGKIN
  • Menunggu terlalu lama untuk memulakan penyusuan akan menyebabkan bekalan susu menjadi rendah.
  • Tahukah anda..?? sentuhan kulit anda dan bayi anda selepas kelahiran akan mendorong bayi anda menyusu dalam jam pertama selepas kelahiran.

2. MENYUSU DENGAN KERAP 
  • Untuk minggu pertama kelahiran, susu kan bayi anda sekurang-kurangnya setiap 2-3 jam atau mengepam secara konsisten 2-3 jam
  • Kurang menyusukan bayi akan menyebabkan bekalan susu ibu bakal merundum

3. WASPADA TERHADAP CARA PENYUSUAN
  • Sekiranya anda menyusukan hanya sebelah payu dara pasti kan sebelah lagi anda pam, untuk melegakan tekanan dan melindungi bekalan susu.

4. JANGAN SKIP SESI PENYUSUAN
  • Sekiranya anda seorang wanita yang bekerjaya, untuk menyusukan bayi anda pada waktu tertentu adalah mustahil, lakukan sedikit pelaburan dengan membeli peralatan untuk proses pam susu di tempat kerja anda.

5. PENGGUNAAN PUTING (PACIFIER)
  • Sekiranya anda membuat keputusan untuk memberikan bayi anda puting (pacifier) tunggu lah sehingga bayi anda berumur 4 hingga 6 minggu selepas kelahiran, ia bertujuan untuk penyesuaian & mewujudkan bekalan susu anda

6. BERHATI-HATI DENGAN UBAT-UBATAN
  • Penggunaan ubat-ubatan tertentu boleh menyebabkan penurunan bekalan susu, termasuklah ubat-ubatan seperti Pseudoephidrine (Sudafed, Zyrtec-D dan lain-lain)

7. ELAKKAN ALKOHOL DAN NIKOTIN
  • Pengambilan minuman beralkohol dan rokok walaupun dalam kuantiti yan sedikit turut menyumbang kepada penurunan bekalan susu anda.

Bekalan susu anda makin hari makin drop??? anda rungsing??Ingin dapatkan supplement yang SELAMAT?? klik link dibawah 


atau sebarang pertanyaan boleh Email:julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402 (jue)
SID 10420602
Agen Shaklee Berdaftar area Johor Bahru & Pasir Gudang

TIPS PEMAKANAN IBU HAMIL DI BULAN PUASA

Alhamdulillah..akhirnya tiba juga ramadhan yang kita tunggu-tunggu..kepada semua selamat menunaikan ibadah puasa pada tahun ini dengan sempurna. Dalam bulan puasa ni kalau boleh semua orang memang tidak akan lepaskan peluang sedaya upaya untuk berpuasa, tidak ketinggalan juga buat ibu-ibu hamil.




Bagi memastikan ibu-ibu dan bayi di dalam kandungan mendapat nutrien yang mencukupi semasa bulan puasa ini, berikut merupakan antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh ibu-ibu hamil. Antaranya :

  • Pastikan anda minum air yang banyak ketika bersahur dan berbuka puasa, ia adalah bertujuan untuk mengelakkan dehidrasi yang akan membahayakan bayi di dalam kandungan.
  • Pastikan anda memakan makan yang mampu memberikan anda tenaga seperti kurma dan kekacang secara beransur-ansur ketika anda berbuka puasa. Ini adalah kerana makanan ini akan memberikan anda tenaga walaupun setelah beberapa jam berbuka puasa.
  • Elakkan makan yang tinggi kandungan gula, kerana ia akan mengakibatkan paras gula di dalam badan naik secara mendadak. Makanan seperti ini hanya akan memberi tenaga hanya seketika sahaja.
  • Jangan lupa, pastikan anda makan makanan yang tinggi kandungan protein seperti daging dan telur untuk tumbesaran bayi didalam kandungan.

** Pengambilan supplement untuk ibu hamil ketika berpuasa ESP & MEAL SHAKE untuk memastikan ibu sentiasa SIHAT, CERGAS & BERTENAGA

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee boleh Email : julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402
SID 1042062
Agen Shaklee area Johor Bahru & Pasir Gudang

KENAPA WANITA GEMUK SELEPAS BERSALIN???

Jangan rasa tersindir pulak dengan tajuk ni...bukan niat nak menyindir tetapi sekadar perkongsian maklumat sahaja. Saya sendiri dulu pun ada mengalami masalah ni..sebelum kahwin memang saya dikategori kan seorang kurus dengan tinggi 165 cm berat cuma 48 kg..Kurus la tu kan..time ni memang seronok..sebab tak payah control makan..rembat apa je..confirm berat tak kan naik..Tapi selepas bersalin tu dia berat badan cecah 65 kg..pada saya berat la..sebab baju-baju dah ketat, seluar dah ketat..kemudian dah start rasa tak selesa..terutama bila solat bangun dari sujud SAKIT LUTUT..




Anda nak tahu kenapa kebanyakkan wanita menjadi gemuk selepas bersalin?? jom baca ni :


1. PERUBAHAN HORMON

  • ketika kita berada dalam tempoh kehamilan hormon badan turut mengalami perubahan, kehamilan akan menyebabkan perembesan dalaman & menyebabkan kadar metabolisme sel lemak tidak dapat berfungsi dengan seimbang dan normal. Ini akan menyebabkan berat badan anda naik mendadak.

2. SELERA MAKAN BERTAMBAH
  • Diawal-awal kehamilan, mungkin anda akan mengalami simpton kehamilan seperti loya, muntah-muntah dan sebagainya yang akan menyebabkan anda hilang selera makan untuk seketika. Tetapi apabila tempoh kehamilan menginjak ke bulan 4 dan seterusnya, selera makan anda pun akan menjadi seperti sedia kala atau selera anda semakin bertambah-tambah. Disini apabila anda mengambil makanan yang berlemak, protein dan kaya dengan gula tanpa kawalan akan menyebabkan berat badan anda meningkat.

3. TEMPOH BERPANTANG
  • Tahukah anda semasa dalam proses berpantang perut & hati memerlukan masa menyesuaikan semula proses penghadaman. Oleh itu penting semasa berpantang untuk menjaga pemakanan dan pengambilan supplement untuk proses pemulihan. Sekirannya anda makan tanpa kawalan dengan tujuan untuk mempercepatkan proses baik pulih, sisa makanan yang tidak di hadam akan terkumpul di dalam badan anda. Ini lah yang dikatakan LEMAK terkumpul.

4. TABIAT MEROKOK
  • Tabiat merokok sebelum anda hamil juga merupakan salah satu punca anda mengalami kegemukkan. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya merupakan Agen Sah Shaklee area Johor Bahru & Pasir Gudang
Sebarang pertanyaan mengenai produk boleh Email : julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402
SID 1042062

PANDUAN ATASI MASALAH TIDUR IBU HAMIL

Saat kehamilan sememangnya akan membuat kita berasa sangat teruja, bermula dari awal kelahiran lagi para ibu akan sedaya upaya mencari maklumat tentang kehamilan. Di awal usia kadungan biasanya si ibu tidak mengalami masalah kesukaran tidur tetapi apabila usia kandungan semakin membesar, si ibu mula mengalami masalah untuk tidur lena. Kebanyakkan pakar perubatan akan meyarankan ibu-ibu untuk tidur secara mengiring terutama selepas minggu ke-16 kehamilan.

Kenapa pentingnya tidur mengiring bagi ibu hamil??

  • Memastikan bayi mendapat aliran darah dengan lancar, kerana inferior vena cava di bahagian belakang sebelah kanan tulang belakang mengembalikan darah dari tubuh bahagian bawah ke jantung.
  • Membantu buah pinggang menjalankan aktiviti perkumuhan dengan baik, dan ia dapat mengurangkan masalah pembengkakan di bahagian kaki, pergelangan kaki & tangan.






Berikut merupakan panduan yang boleh diikuti untuk atasi masalah tidur.

1. POSISI TIDUR MENGIRING KE KIRI
  • Tidur mengiring ke sebelah kiri merupakan posisi tidur terbaik yang sangat disyorkan sepanjang kehamilan, maka usahakan untuk tidur mengiring ke sebelah kiri.

2. MANDI AIR SUAM
  • Sebelum tidur mandi air suam, Rasa segar akan membuatkan anda tidur lebih lena.

3. ELAKKAN MAKAN BANYAK SEBELUM TIDUR
  • Tempoh kehamilan kadang-kadang membuatkan anda kerap lapar & adakala nya selera makan anda bertambah walaupun sudah sampai waktu tidur. Elakkan makan terlalu banyak, cuba ambil snek yang berkhasiat sebagai alternatif.

4. MINUM SUSU SUAM
  • Kandungan asid amino tryptophan di dalam susu yang meningkatkan kadar serotonim ke dalam otak akan membantu anda untuk tidur lebih nyenyak.

5. AMALAN TARIK NAFAS
  • Latihan menarik nafas dengan teratur dapat membantu mengurangkan ketegangan otot sekali gus membantu anda mendapatkan tidur dengan lebih baik. Dalam keadaan duduk, berdiri atau berbaring, tarik nafas melalui hidung secara perlahan & tahan nafas selama satu hingga dua saat. Kemudian hembus & keluarkan nafas melalui mulut perlahan-lahan. lakukan dalam 10 kali.

6. BERSENAM
  • Senaman teratur untuk elakkan kekejangan kaki. Namun, adalah tidak digalakkan untuk bersenam beberapa jam sebelum tidur kerana endorfin & adrenalin yang dirembeskan akan membuatkan mata anda kekal berjaga.

7. BANTAL YANG MENYANGGA
  • Sangga perut & pinggang dengan bantal yang bersesuaian. Ini dapat membantu menyelaraskan pinggul & tulang belakang untuk mendapatkan keselesaan berpanjangan ketika tidur.

8. SUHU BILIK
  • Kebiasaan ibu-ibu hamil akan berasa  panas & tidak selesa, ini sedikit sebanyak akan mengganggu lena tidur anda. Jadi pastikan suhu bilik anda sentiasa nyaman. Jika tidak menggunakan pendingin hawa, pastikan aliran udara di dalam bilik sentiasa lancar & tidak menimbulkan kepanasan melampau.

9. KATIL YANG SELESA
  • Pastikan katil & tilam adalah berkualiti & dalam keadaan yang baik serta dapat memberi sokongan yang baik pada tulang belakang. Sekurang-kurangnya ia membantu anda memberi sokongan yang baik pada tulang belakang

10. RUTIN TIDUR
  • Biasakan diri anda untuk melakukan rutin yang menenangkan sebelum tidur seperti mandi dengan air suam, menyapu pelembab pada bahagian kulit yang kering & baca bacaan ringan. 

11. PAKAIAN TIDUR
  • Baju tidur yang dipakai turut memainkan peranan yang penting. Pakai pakaian tidur yang mampu menyerap peluh dengan baik.

12. SUASANA BILIK TIDUR
  • Pastikan keadaan bilik tidur anda berada dalam keadaan kemas & teratur, kerana ia dapat mengundang mood tidur anda.

sumber Majalah pa&ma (Julai 2012)


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya merupakan Agen Shaklee anda Sebarang pertanyaan boleh Email : julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 0179291087 @ 012 9950402
SID 1042062
Johor Bahru
  

TIP DIET KETIKA HAMIL

Tempoh kehamilan merupakan saat- saat  yang paling dinantikan oleh setiap pasangan. Perkara utama yang harus anda ketahui sekirannya anda hamil adalah, bayi akan menyerap kesemua makanan yang anda makan, oleh itu ibu-ibu hamil harus membuat pengubahsuai terhadap diet harian mereka & jangan lupa untuk dapatkan nasihat daripada doktor anda.




Berikut merupakan Tip Diet yang boleh dijadikan panduan anda ketika hamil.


1) AMBIL MAKANAN YANG KAYA DENGAN KALSIUM

  • Kalsium membantu pembinaan tulang bayi & mencegah ibu kehilangan kalsium ketika hamil akibat daripada penyerapan untuk proses tumbesaran bayi. Kalsium yang mencukupi juga dapat menghindarkan masalah tekanan darah tinggi ketika kehamilan & ia juga penting untuk fungsi normal saraf & otot.
  • Tahukah anda ibu hamil memerlukan 3 GELAS @ LEBIH Susu Rendah Lemak @ tanpa lemak @ susu soya yang kaya dengan protein setiap hari SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KEHAMILAN terutama untuk ibu-ibu yang ingin menyusukan si manja.

2) PASTIKAN CECAIR MENCUKUPI
  • Pastikan anda mendapatkan cecair yang berkhasiat mencukupi, seperti air kosong. Air penting ketika tempoh kehamilan untuk mengatasi masalah sembelit & peruntukan bagi isipadu darah berkembang yang membawa oksigen & nutrien kepada ibu & bayi. 

3) MAKAN MAKANAN YANG KAYA DENGAN ZAT BESI
  • Makanan yang kaya dengan protein, seperti daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit, ikan @ kekacang adalah sumber penting yang kaya dengan zat besi. Zat besi merupakan salah satu nutrien yang agar sukar bagi ibu-ibu hamil memperolehi dengan secukupnya ketika hamil. Ini adalah kerana zat besi penting untuk membekalkan oksigen yang normal kepada bayi, untuk perkembangan & pertumbuhan yang normal, & mencegah kelahiran pramatang.

4) MAKANAN LAUT
  • Jangan elak makanan laut ketika hamil terutama ikan, kerana terdapat lemak ikan iaitu OMEGA 3 penting untuk perkembangan penglihatan & otak bayi. Kajian mendapati sekirannya ibu cukup pengambilan DHA (97% daripada omega 3 dalam otak adalah DHA) akan mempunyai tahap IQ yang tinggi. OMEGA 3 juga dapat mengelakkan kelahiran pra matang,  & juga risiko alahan & asthma pada masa akan datang.
  • Walaubagaimana pun sekiranya ibu-ibu hamil bimbang risiko ikan tercemar dengan merkuri, sebagai alternatif lain anda boleh mengambil makanan tambahan yang kaya dengan DHA.

5) MINUM ALKOHOL, KOPI, AIR BIKARBONAT & TEH
  • Pengambilan minuman beralkohol akan menyebabkan kecacatan kepada kelahiran bayi anda. Ini sememangnya tidak dapat disangkal lagi.
  • Pengambilan kopi @ minuman berkafein dalam kajian terkini menunjukkan tiada kesan pada berat badan @ kecacatan kelahiran. Walaubagaimanapun, kajian yang terdahulu telah menemui kemungkinan ada kaitan pengambilan minuman berkafein dengan keguguran, bayi kurang berat badan & terencat pertumbuhan.

6) DIET RENDAH KARBOHIDRAT
  • Tahukah anda..ibu hamil memerlukan 40 nutrien penting untuk pertumbuhan bayi semasa proses kehamilan. jadi anda tidak digalakkan untuk skip makanan yang kaya dengan karbohidrat ketika hamil. Ini kerana di bimbangi bayi akan mendapat masalah kesihatan pada masa akan datang.

7)  PERTAMBAHAN BERAT BADAN SECARA MENDADAK
  • Peningkatan berat badan mendadak ketika hamil mampu mengundang risiko komplikasi kehamilan seperti diabetis gestasi, pra-eklampsia, kematian, kelahiran pra matang, risiko melahirkan secara ceaserean. Ramai wanita mengalami peningkatan berat badan semasa hamil & mengalami masalah untuk menurunkan berat badan selepas kelahiran , corak ini menyumbang kepada masalah kesihatan nombor 1 negara -OBESITI

Sumber Elizabeth Somer , M.A., R.D., Penulis "Nutrition For A Healthy Precnancy."

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee Anda
Sebarang Pertanyaan mengenai produk Shaklee untuk KEHAMILAN  boleh email : julaizaharun@gmail.com
SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402
SID 1042062
Johor Bahru 

BAYI BESAR SUSAH NAK BERSALIN???

Hiii...entri kali ni nak cerita pasal 'betul ke kalau bayi besar akan sukarkan proses bersalin'??? sekirannya berat badan ibu hamil meningkat tidak semestinya berat bayi juga akan meningkat. Berat bayi yang dianggap berat adalah berat yang melebihi 4.5 kg, manakala size normal adalah 3.4 kg.



PUNCA MASALAH BAYI BESAR

  • Faktor genetik, sekiranya anda dulu dilahirkan sebagai bayi besar, maka bayi yang dikandung turut berisiko bersaiz besar.
  • Tahap gula dalam darah yang tidak dikawal dengan baik seperti diabetes sedia ada @ diabetes ketika hamil.
  • Obesiti, Indek Jisim Badan (BMI) yang meningkat tinggi pada awal kehamilan, kenaikkan berat badan yang terlalu banyak ketika hamil & terlebih hari @ minggu dari tarikh jangkaan bersalin.
  • Jantina bayi turut memainkan peranan dalam menentukan saiz bayi. Kandungan bayi lelaki dikatakan lebih berisiko tinggi untuk bersaiz besar berbanding dengan bayi perempuan.

RISIKO BAYI BESAR

1) Kesukaran bersalin

  • Anda mungkin berisiko tinggi untuk menghadapi komplikasi seperti perineum koyak mahupun kehilangan darah yang banyak. Juga boleh menyebabkan cedera semasa lahir. Ini termasuklah pendarahan dibawah kulit kepala, patah tulang & lemah @ lumpuh anggota tangan iaitu Erb's Palsy yang berkait rapat dengan kecederaan saraf flexus berhampiran bahu.
  • Masalah Shoulder dystocia sewaktu lahir dimana bahunya tersekat di tulang pubik. Hal ini jarang sekali berlaku namun tetap serius & memerlukan perhatian serta-merta bagi mengelakkan kecederaan teruk mahupun kematian bayi.
2) Melahirkan secara caesarean

  • Pembedahan dilakukan agar dapat menghindari komplikasi-komplikasi yang mungkin boleh meragut nyawa bayi mahupun anda sendiri. Alternatif lain selain daripada kelahiran secara caesarean, anda mungkin diberi pilihan untuk menerima ubat cetusan kontraksi (induce) lebih awal dari tarikh jangkaan bersalin.
  • Masih berpeluang melahirkan secara normal. Kajian yang pernah dijalankan menunjukkan bahawa 88% wanita yang disyaki menghamilkan bayi bersaiz besar berjaya melalui proses kelahiran secara normal.

KESAN SELEPAS BERSALIN

  • Bayi yang dialhikan saiz besar adalah normal melainkan dia mengalami shoulder dystocia semasa dilahirkan. Shoulder Dystocia boleh mengakibatkan tulang selangkanya cedera hingga memberi kesan kepada saraf di bahu & lengan.
  • Kerosakkan saraf boleh berlaku di antara 4% hingga 16% di kalangan bayi yang mengalami Shoulder Dystocia. Masalah ini lebih cenderung untuk berlaku kepada bayi yang memerlukan banyak bantuan saat dia dilahirkan. Walau bagaimanapun, dalam kes tertentu, ia juga boleh disebabkan oleh tekanan kontraksi yang terlalu kuat.
  • Sekiranya bayi tidak mengalami kerosakkan saraf, dia biasanya berupaya untuk pulih sepenuhnya dengan menjalani rawatan tertentu. Tulang selangka yang patanh juga boleh sembuh tanpa sebarang masalah lain.


Sumber : Mingguan Wanita (Bil 1589/Mei 2014)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee anda
Sebarang pertanyaan boleh Email : julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402
SID 1042062
Johor Bahru

 

SENAMAN KHAS UNTUK IBU HAMIL

Ibu hamil perlu bersenam ke??? mestilah perlu..tapi tak ada lah macam orang biasa bersenam macam jogging, berlari & sebagainya. Sebenarnya semasa mengandung pun ibu-ibu perlu bersenam tetapi kenalah senaman yang bersesuaian dengan ibu hamil. Majalah Rapi (1 jan 2013/bil 203), "Antara kebaikkan bersenam semasa hamil adalah mengurangkan masalah sakit belakang, meregangkan otot-otot tubuh serta dapat menenangkan minda & dalam masa yang sama dapat meningkatkan stamina".



MENGAPA SENAMAN BAIK UNTUK IBU HAMIL
  • Membantu mempersiapkan diri anda untuk bersalin dengan memperkukuhkan otot-otot, membina ketahanan, serta dapat mengembalikan bentuk badan asal seperti sebelum hamil.
  • Mengekalkan kehidupan aktif semasa hamil.Badan mengelurkan hormon 'relaxin' semasa mengandung yang akan melonggarkan sendi-sendi sebagai persediaan untuk bersalin.
  • Dengan melakukan senaman dapat mengurangkan anda mengalami sakit pinggang, kekejangan kaki, sembelit & juga kekurangan oksigen untuk bernafas serta dalam masa yang sama anda berupaya untuk menampung berat badan yang makin bertambah.
  • Banyak kajian menunjukkan senaman ketika hamil dapat membantu memudahkan proses bersalin kerana ibu-ibu mempunyai tenaga yang kuat semasa proses kelahiran. Ini adalah kerana dengan bersenam aliran darah akan menjadi lebih lancar.
  • Senaman boleh dilakukan pada waktu pagi & tengahari diantara 15 ke 30 minit mengikut kemampuan masing-masing. Manakala jenis senaman pula perlulah bersifat lembut & sederhana. 
  • SEELOKNYA DAPATKAN NASIHAT DOKTOR SEBELUM MENCUBA SEBARANG PROGRAM SENAMAN.
JENIS-JENIS SENAMAN YANG SESUAI UNTUK IBU HAMIL
  • Senaman leher
  • Senaman tangan
  • Senaman kaki
  • Senaman pernafasan
  • Senaman abdomen (perut)
  • Senaman regangan
  • Senaman peredaran darah
  • Senaman pelvis (senaman mengangkat punggung)
  • Senaman otot-otot pelvis (senaman otot-otot punggung)
Berjalan, berjoging, berenang & menghadiri kelas antenatal sangat digalakkan kepada ibu-ibu hamil. Setiap senaman dilakukan mesti secara sederhana & tidak berlebihan. HENTIKAN senaman sekiranya terjadi perkara yang tidak normal seperti pendarahan, sakit menusuk di bahagian perut, kehilangan nafas, keletihan melampau @ sebarang keadaan tidak normal yang lain & segeralah berhubung dengan doktor.

Sumber : Majalah Rapi (Jan 2013/Bil 203)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Saya Pengedar Sah Shaklee anda. Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh 
Call/SMS/WhatsApp : 017 9291087 @ 012 9950402
SID 1042062
Johor Bahru


KEPENTINGAN KALSIUM UNTUK IBU HAMIL

Tahukah anda ibu hamil memerlukan KALSIUM LEBIH DARI ORANG BIASA???

KALSIUM merupakan mineral yang paling banyak diperlukan oleh tubuh. Keperluaan harian kalsium adalah 800mg untuk orang dewasa lebih 25 tahun, manakala 1,000mg untuk mereka yang berusia 50 tahun ke atas. Ibu hamil pula memerlukan 1,200mg kalsium per hari.

Kalsium sangat penting untuk ibu-ibu hamil. So..ibu2 hamil sila JANGAN ABAIKAN KEPENTINGAN KALSIUM ye...ini adalah kerana, kalsium yg diambil dari makanan/susu akan disalurkan kepada bayi dalam kandungan & sekirannya kalsium ibu tidak mencukupi, bayi akan mengambil kalsium yang ada pada tulang & gigi anda. Perkara ini akan menyebabkan ibu mengalami sakit gigi, gigi mudah gugur, kekejangan urat & kaki.

Oleh sebab itu, ibu hamil amatlah digalakkan mengambil kalsium yg cukup bagi membina tulang & otot bayi semasa proses tumbesaran dalam rahim. Kalsium yg cukup membantu bayi berkembang dengan baik & kesihatan ibu lebih terjamin.


OSTEMATRIX Shaklee adalah pilihan terbaik, kerana ia lengkap dengan Vitamin D & Magnesium yg membantu penyerapan kalsium dalam tubuh menjadi lebih baik. Kalsium penting untuk ibu hamil mendapatkan tidur yg berkualiti. Tidur yg berkualiti & lena membantu ibu hamil berada dalam keadaan cergas & tidak mudah lesu.

Kalsium yg mencukupi juga mencegah kekejangan urat, membantu melegakan sakit kepala & mengurangkan rasa sakit ketika bersalin. Apa maksudnya??? maksudnya ibu mempunyai tenaga yg banyak ketika proses kelahiran...ye la kan semasa proses kelahiran ni ada yg sekejap aje...ada yg lama..jadi pengambilan kalsium ni sangat membantu ibu utk kekal bertenaga selepas kelahiran juga. Bagi yg bersali secara Czer juga banyak manfaatnya kerana sebelum czer ibu akan berpuasa lepas czer pun tak boleh makan terus...so kalsium ni berfungsi untuk beri tenaga kepada ibu2. Pembuangan lepas bersalin pun lawas & tiada masalah sembelit.

sebarang pertanyaan boleh Email : julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402
SID : 1042062




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up