BAYI BESAR SUSAH NAK BERSALIN???

Hiii...entri kali ni nak cerita pasal 'betul ke kalau bayi besar akan sukarkan proses bersalin'??? sekirannya berat badan ibu hamil meningkat tidak semestinya berat bayi juga akan meningkat. Berat bayi yang dianggap berat adalah berat yang melebihi 4.5 kg, manakala size normal adalah 3.4 kg.



PUNCA MASALAH BAYI BESAR

  • Faktor genetik, sekiranya anda dulu dilahirkan sebagai bayi besar, maka bayi yang dikandung turut berisiko bersaiz besar.
  • Tahap gula dalam darah yang tidak dikawal dengan baik seperti diabetes sedia ada @ diabetes ketika hamil.
  • Obesiti, Indek Jisim Badan (BMI) yang meningkat tinggi pada awal kehamilan, kenaikkan berat badan yang terlalu banyak ketika hamil & terlebih hari @ minggu dari tarikh jangkaan bersalin.
  • Jantina bayi turut memainkan peranan dalam menentukan saiz bayi. Kandungan bayi lelaki dikatakan lebih berisiko tinggi untuk bersaiz besar berbanding dengan bayi perempuan.

RISIKO BAYI BESAR

1) Kesukaran bersalin

  • Anda mungkin berisiko tinggi untuk menghadapi komplikasi seperti perineum koyak mahupun kehilangan darah yang banyak. Juga boleh menyebabkan cedera semasa lahir. Ini termasuklah pendarahan dibawah kulit kepala, patah tulang & lemah @ lumpuh anggota tangan iaitu Erb's Palsy yang berkait rapat dengan kecederaan saraf flexus berhampiran bahu.
  • Masalah Shoulder dystocia sewaktu lahir dimana bahunya tersekat di tulang pubik. Hal ini jarang sekali berlaku namun tetap serius & memerlukan perhatian serta-merta bagi mengelakkan kecederaan teruk mahupun kematian bayi.
2) Melahirkan secara caesarean

  • Pembedahan dilakukan agar dapat menghindari komplikasi-komplikasi yang mungkin boleh meragut nyawa bayi mahupun anda sendiri. Alternatif lain selain daripada kelahiran secara caesarean, anda mungkin diberi pilihan untuk menerima ubat cetusan kontraksi (induce) lebih awal dari tarikh jangkaan bersalin.
  • Masih berpeluang melahirkan secara normal. Kajian yang pernah dijalankan menunjukkan bahawa 88% wanita yang disyaki menghamilkan bayi bersaiz besar berjaya melalui proses kelahiran secara normal.

KESAN SELEPAS BERSALIN

  • Bayi yang dialhikan saiz besar adalah normal melainkan dia mengalami shoulder dystocia semasa dilahirkan. Shoulder Dystocia boleh mengakibatkan tulang selangkanya cedera hingga memberi kesan kepada saraf di bahu & lengan.
  • Kerosakkan saraf boleh berlaku di antara 4% hingga 16% di kalangan bayi yang mengalami Shoulder Dystocia. Masalah ini lebih cenderung untuk berlaku kepada bayi yang memerlukan banyak bantuan saat dia dilahirkan. Walau bagaimanapun, dalam kes tertentu, ia juga boleh disebabkan oleh tekanan kontraksi yang terlalu kuat.
  • Sekiranya bayi tidak mengalami kerosakkan saraf, dia biasanya berupaya untuk pulih sepenuhnya dengan menjalani rawatan tertentu. Tulang selangka yang patanh juga boleh sembuh tanpa sebarang masalah lain.


Sumber : Mingguan Wanita (Bil 1589/Mei 2014)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee anda
Sebarang pertanyaan boleh Email : julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402
SID 1042062
Johor Bahru

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up