TIP UNTUK SI KULIT KERING

Faktor cuaca yang panas & kering akan mengundang pelbagai masalah antaranya kesihatan kulit seperti kulit mudah menjadi kering, merekah, mengelupas serta menggalakkan pertumbuhan pigmentasi. Sekiranya di biarkan secara berterusan kulit akan menjadi kusam, tidak bermaya & tona kulit tidak sekata.



Bagi memastikan kulit cantik & segar, ada beberapa tip yang boleh di jadikan panduan :

1) GUNAKAN PELEMBAP

  • Selepas mencuci muka & menyapu penyegar, sapukan pula pelembap pada muka & leher. Kemudian boleh lah sapukan bedak asas. Pemakaian pelembap adalah penting untuk membantu kulit mendapatkan nutrien yang mencukupi bagi menghalang kekeringan kulit. Pelembap juga dapat membantu kulit kelihatan lebih sihat, lembap & bersinar.

2) SENTIASA GUNAKAN LOSEN
  • Penjagaan kulit tidak terbatas untuk kulit muka sahaja, tetapi penjagaan kulit tubuh juga penting. Selepas mandi,sapukan losen secara nipis keseluruh tubuh. Sekirannya tidak suka menggunakan losen, anda boleh gunakan minyak zaiton @ krim khusus untuk melindungi kulit.

3) GUNAKAN PAYUNG
  • Gunakan lah payung kerana ia mampu untuk melindungi kulit dari pancaran cahaya matahari yang mampu merosakkan kulit kita. Penggunaan payung banyak membantu kita untuk melindungi kulit dari cahaya matahari. Abaikan sahaja kalau ada orang yang melabelkan anda sebagai 'puteri lilin'.

4) BERSIHKAN WAJAH DENGAN SEMPURNA
  • Apabila pulang dari tempat kerja @ apa2 aktiviti luar, pastikan wajah & muka rehat seketika. Kemudian bersihkan wajah & tubuh dengan sempurna. Sekirannya mengenakan solekan pastikan dibersihkan dengan 'makeup remover' & bersikan dengan pencuci muka. Pastikan tiada kotoran yang tertinggal. 

5) MASKER 
  • Kalau nak cantik mestilah rajin. Gunakan masker untuk mengatasi masalah kulit anda yang kering. Khasiat yang terdapat di dalam masker akan membekalkan nutrien kepada kulit, sekali gus dapat menjadikan wajah kita sihat & cantik.

6) LAKUKAN RAWATAN DI SPA.
  • Sekiranya berkemampuan lakukan terapi wajah & tubuh anda di spa.Lakukan perawatan khusus untuk wajah, begitu juga dengan tubuh, perawatan lulur & urutan sangat sesuai untuk merehatkan tubuh badan anda.

7) BAHAN ALAMI
  • Kepada yang rajin & hendak berjimat anda boleh manfaatkan bahan2 dari alam semulajadi, contohnya hampas kelapa amat mujarab untuk melembapkan & melembutkan kulit. Ia juga dapat menghilangkan daki & mengurangkan kesan hitam pada bahagian ketiak & bahagian intim yang lain. Untuk muka pula anda boleh mencuba menyapu muka denga sayur kubis yang dihancurkan. Ubi sengkuang & tomato yang dilenyek sesuai untuk merawat wajah yang kering.

Sumber : Mingguan Wanita (Bil 1585/ April 2014)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee anda
Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee boleh Email : julaizaharun@gmail.com
Call?SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402
SID 1042062
Johor Bahru

4 comments:

Alynn Azman said...

Assalammualaikum ... singgah sini dan follow :) memg tgh strss dgn muka skrg ni. gud info for me . kulit sensitif =,=''

julaizah harun said...

wslm...dh follow...tq..harap tips ni dapat membantu...:)

Miss Boo said...

thanks for sharing info ne kak... :)

julaizah harun said...

wlcome Miss Boo...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up