TIPS BANTU ANAK MENDAPAT NUTRIEN YANG MENCUKUPI

Kenapa nutrien penting untuk kanak-kanak?? Tahun-tahun awal merupakan waktu penting untuk perkembangan mental & fizikal kanak-kanak. Oleh sebab itu mereka memerlukan nutrien untuk memastikan tumbesaran berjalan lancar. Pada ketika ini, peranan ibu bapa sangat penting, dalam memastikan setiap makanan yang diambil oleh kanak-kanak benar-benar berkhasiat.




Berikut merupakan tips yang boleh di jadikan sebagai panduan bagi membantu anak anda mendapat nutrien yang cukup bagi tumbesaran yang optimum :

TIPS 1 : BERI PROTEIN YANG MENCUKUPI

Jumlah protein yang mencukupi dalam diet harian anak penting untuk kesihatannya. Protrin bukan sahaja menyumbang kepada tumbesaran tubuh anak-anak yang sedang membesar tetapi juga untuk membantu membina & memperbaiki tisu badan yan rosak. Berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrien (Recommended Nutrien Intake - RNI) untuk rakyat Malaysia, kanak-kanak yang berusia diantara 1 hingga 3 tahun memerlukan 14gram protein setiap hari, manakala kanak-kanak yang berusia diantara 4 hingga 6 tahun memerlukan sebanyak 23gram protein setiap hari.

TIPS 2 : PASTIKAN ANAK CUKUP ZAT BESI

Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, zat besi penting untuk penghasilan hemoglobin iaitu komponen dalam sel darah merah yang membawa oksigen keseluruh tubuh. Tahukah anda?? jumlah darah meningkat sejajar dengan peningkatan pertumbuhan anak. Oleh sebab itulah kanak-kanak, perlukan zat besi secukupnya. Zat besi boleh diperolehi daripada daging merah, hasil tenusu, makanan laut, legum & sayuran hijau seperti brokoli. ketahuilah bahawa vitamin c yang ada dalam buah-buahan citrus boleh membantu menyerap zat besi dari sumber bukan daging.

TIPS 3 : HADKAN PENGAMBILAN GULA

Gula merupakan karbohidrat ringkas & boleh didapati dalam buah-buahan, makanan pencuci mulut & minuman berperisa. Seperti yang diketahui ramai, gula sememangnya membekalkan tenaga tetapi kurang mengandungi nutrien, jadi ibu bapa, pastikan anak anda tidak mengambil gula berlebihan. Perlu juga dielakkan kanak-kanak mengambil air bikarbonat kerana kandungan gulanya yang sangat tinggi tetapi lebihkan memberi air kosong.

TIPS 4 : JANGAN GUNAKAN GARAM

Banyak makanan yang ada dipasaran hari ini adalah tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana mengandungi kandungan garam yang tinggi. Jadi elakkan membeli makanan siap untuk kanak-kanak antaranya makanan ringan & makanan segera. Sebaik-baiknya sediakan sendiri makanan untuk anak anda. Sekiranya anda menyediakan sendiri makanan untuk anak anda kurangkan kandungan garam di dalam makanan mereka & sekiranya penyediaan makanan bayi elakkan garam.

TIPS 5 : PENGAMBILAN LEMAK BAIK

Untuk pengetahuan anda bukan semua lemak tidak baik untuk kesihatan. Sama ada orang dewasa atau pun kanak-kanak masing-masing memerlukan lemak dalam tubuh mereka. Lemak mengandungi asid lemak yang penting & sesetengah jenis mikro nutrien yang sangat diperlukan untuk pembentukkan otak & menjalankan fungsinya dengan baik. Walaupun di kategorikan sebagai lemak baik, tetapi masih perlu mengawal pengambilannya. Ketika menyediakan makanan anak pastikan pilihlah bahan mentah yang rendah lemak tepunya, rendah asid lemak & rendah kolestrol. Elakkan makanan rendah lemak yang dikhaskan untuk orang dewasa. Sebaiknya, pilihlah makanan yang mengandungi lemak daripada sayur-sayuran & ikan kerana bahan tersebut kaya dengan omega-3 & omega-6. Omega -3 boleh didapati daripada telur, ikan laut dalam seperti salmon, tuna. Omega -6 terdapat dalam minyak kacang soya, minyak canola, biji labu, sayuran hijau & walnut.

TIPS 6 : TETAPKAN WAKTU MAKAN

Selain daripada pemakanan yang sihat, ibu bapa perlu menetapkan apabila tiba waktu makan, anak-anak perlu berada di meja makan & perlu makan. Perlu di pastikan juga apa makanan yang boleh di makan & tidak boleh boleh dimakan. Kanak-kank disarankan mengambil 3 hidangan utama & 2 hingga 3 snek hidangan sehari. Hal ini bagi membantu & mengelakkan mereka mengambil makanan ringan secara tidak terkawal serta dapat mengelakkan risiko obesiti. Antara snek ringan yang sesuai untuk kanak-kanak adalah buah-buahan, makanan tinggi serat & bijirin.

TIPS 7 : MAKAN BERSAMA KELUARGA

Berkumpul & makan bersama keluarga adalah amalan yang baik & perlu diamalkan oleh setiap keluarga. Selain dapat mengerat hubungan diantara keluarga ibu bapa dapat mengajar anak etika & adap di meja makan serta tabiat pemakanan yang sihat.


Sumber : Majalah PA&MA ( Sept 2012)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee anda
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh Email : julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402
SID 1042062
Johor Bahru

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up