Showing posts with label TIP & KANAK-KANAK. Show all posts
Showing posts with label TIP & KANAK-KANAK. Show all posts

ANAK SAYA ALAHAN SUSU LEMBU

Assalamualaikum..

Hi semua...

Pernah kah, anda dengar bayi mengalami alahan susu formula yang berasaskan susu lembu??

Saya memang bercadang untuk fully breasfeed anak saya sehingga umur at least 2 tahun. May be, banyak faktor yang mempengaruhi keadaan waktu saya dalam pantang, membuatkan saya tak dapat melakukan penyusuan sehingga umur anak saya 2 tahun.

Macam-macam jenama yang kami guna dan tukar sebab apabila anak saya minum susu formula, anak saya mula menghidapi ECZEMA di sekitar muka dan leher.






APA ITU ALAHAN SUSU LEMBU?

  • Susu adalah terdiri daripada protein, gula lemak, vitamin, bahan galian dan air. Terdapat sebahagian daripada kanak-kanak mengalami masalah sistem immunologi abnormal yang mempunyai tindak balas terhadap protein susu. Situasi ini lebih di kenali sebagai ALAHAN SUSU LEMBU.
  • Di anggarkan 1-5 % bayi mempunyai alahan kepada protein yang terdapat dalam susu lembu dan susu formula yang berasaskan susu lembu.
  • Kebanyakkannya akan bebas dari alahan ini di antara umur 2 ke 3 tahun.


Alahan susu lembu (sumber kosmo)



TANDA-TANDA ALAHAN

Tanda-tanda alahan ini adalah untuk jangka masa 6 bulan pertama

  • Serangan gejala nafas berbunyi, gatal, muntah, ruam, bengkak pelupuk mata dan bahagian lain badan (angioedema) dan tindak balas seluruh badan (anaphylaxis) yang cepat dan akan menyerang secara tiba-tiba.
  • Tindak balas yang agak lewat seperti berak cair, najis berdarah, perut memulas dan tumbesaran terbantut

MASALAH YANG TIMBUL DARI ALAHAN SUSU LEMBU
  • Mempunyai risiko tinggi untuk menghidapi Asthma dan Eczema
  • Penyakit usus yang di sebabkan oleh alahan susu lembu memyebabkan anak tidak membesar
  • Kekurangan zat makanan boleh berlaku sekiranya penukaran susu bukan berasaskan susu lembu tidak di lakukan pada peringkat bayi
  • Kemungkinan berlakunya kematian di sebabkan serangan teruk (anaphylaxis)

Sekirannya ALAHAN berlarutan segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

Sumber : myhealth.com


Saya Agen SHAKLEE JOHOR BAHRU & PASIR GUDANG.
ID No 1042062

COD Kg Melayu Majidee, Kg Bendahara, TESCO Tebrau, AEON Tebrau, Plaza Angsana, Giant Taman Suria (Southern City), Larkin Perdana, Pasar Larkin, AEON Permas Jaya, Kip Mart Masai (Pasir Gudang)

CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM 017 9291087




CARA MANDIKAN BABY DENGAN BETUL

Hi..semua selamat hari raya aidilfitri..masih dalam mood raya...??? baru semalam balik dari pahang. 2 minggu blog ni tak de entri baru...Hari ni saya nak cerita CARA MANDIKAN BABY DENGAN BETUL..insya allah saya kongsikan cara & tips ni untuk bakal-bakal ibu & untuk diri saya sendiri.



Cara pegang baby dengan betul ketika mandikan baby

Cara pegang baby dengan betul ketika mandikan baby




Antara panduan untuk memandikan baby adalah :

  1. Masukkan air suam kedalam besen mandi baby, periksa air dengan termometer atau pun dengan menggunakan siku. JANGAN sesekali menggunakan air sejuk kerana suhu badan baby akan menurun atau hipotermia, serta berisiko untuk terkena sawan. Anda juga tidak disarankan untuk membuka kipas untuk tujuan menyejukkan baby.
  2. Waktu yang sesuai untuk memandikan baby adalah di antara pukul 10 pagi dan 5 petang.
  3. Selepas mandi jangan biarkan baby dalam keadaan bogel, sebaiknya bedung atau balut baby dengan napkin untuk mengelakkan baby berasa sejuk.

Antara langkah yang perlu dilakukan adalah :

Langkah 1
  • Cuci muka baby dengan kapas atau sapu tangan yang yang telah di celup dengan air suam. Lap di bahagian mata terlebih dahulu

Langkah 2
  • Bersihkan kepala baby, ampu kepala baby dan kepitkan telinga baby dengan jari bertujuan untuk mengelakkan air masuk kedalam telinga. Letakkan sedikit syampu dan gosok kepala baby perlahan-lahan, ketika ini sikat rambut baby untuk mengeluarkan lendir yang melekat. Kemudian keringkan.

Langkah 3
  • Siram badan baby sedikit demi sedikit, gosok badan baby dengan sabun di bahagian pelipat seperti peha, ketiak, kaki dan punngung. Kemudian bilas dengan air dan keringkan

Langkah 4
  • Sekiranya tali pusat baby belum tertanggal, bersihkan tali pusat sebelum baby dipakaikan dengan baju. Gunakan kapas yang bersih bersama air suam atau ubat cucian khas tali pusat. Bersihkan tali pusat dari atas ke bawah kemudian lap sekeliling tali pusat dan bersihkan klip tali pusat. INGAT satu kapas untuk satu kali lap untuk mengelakkan jangkitan. Pastikan tali pusat sentiasa bersih dan kering, jangan sapukan sebarang minyak, bedak, ubat atau pelembap yang tidak disarankan oleh doktor.

Langkah 5
  • Sapukan losyen dan bedak ke badan baby serta pakaikan pakaian. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya merupakan Agent Shaklee berdaftar di kawasan Johor Bahru & Pasir Gudang
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh Email : julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402


BILA SI MANJA TUMBUH GIGI

Setiap ibu bapa mesti mengalami situasi di mana, anak akan meragam bila tumbuh gigi, betul tak??? ini perkara biasa sebenarnya. Untuk pengetahuan anda gigi bayi sudah mula terbentuk ketika janin berumur 6 minggu di dalam kandungan & seterusnya akan berkembang sehingga lah bayi tersebut lahir.




Kebiasaanya gigi di bahagian tengah bawah akan tumbuh terlebih dahulu, kemudian di ikuti gigi tengah atas, kemudian diikuti pula dengan gigi lain. Kebiasaanya apabila gigi bayi mula tumbuh bayi akan mengalami tanda-tanda seperti :

  • Bayi akan meragam, kerap menangis & lekas marah
  • Bayi akan mengalami demam
  • Bayi akan mengeluarkan air liur yang banyak
  • Bayi cenderung untuk lebih suka mengigit & mengunyah objek yang dipegang
  • Adakala akan mengalami bengkak
  • Bayi akan sering memasukkan jarinya ke dalam mulut

FUNGSI GIGI SUSU
  • Penting dalam mempengaruhi keadaan & kelancaran pertumbuhan gigi kekal.
  • Berfungsi untuk mengunyah makanan, & membantu perkembangan tulang & otot rahang
  • Membantu proses percakapan kanak-kanak & membuka ruang untuk pertumbuhan gigi kekal kanak-kanak

ELAK RISIKO JANGKITAN

Kebiasaanya Teether akan digunakan untuk merangsang pertumbuhan gigi bayi. Ini akan membuatkan bayi merasa selesa. Ibu bapa perlu mengelakkan risiko penggunaan theether seperti jangkitan @ luka. Sebaiknya ibu bapa perlu :
  • Pastikan kebersihan theether, sebaik sahaja sudah digunakan basuh dengan air panas @ bahan pencuci khas & simpan di tempat yang bersih
  • Pilih Theether yang diperbuat daripada lateks & berisi gel
  • Sesuaikan theether dengan mulut bayi
  • Pilih daripada pengeluar yang mempunyai reputasi baik.

TIPS REDAKAN NYERI GIGI BAYI

Bayi kerap berasa tidak selesa apabila tumbuh gigi hingga menyebabkan mereka meragam. Berikut merupakan panduan yang boleh digunakan bagi mengelakkan bayi meragam :
  • Ais krim buah mampu membuat gusi yang sakit terasa sejuk.
  • Pisang yang disejukkan, potong kepada bahagian yang kecil
  • Biskut theething sebagai alternatif yang cukup praktikal
  • Botol berisi air sejuk. Rasa dingin mematikan rasa nyeri pada gusi
  • Berikan theether yang telah disejukkan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee anda
Sebarang pertanyaan boleh Email : julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402
SID 1042062
Johor Bahru

TIPS BANTU ANAK MENDAPAT NUTRIEN YANG MENCUKUPI

Kenapa nutrien penting untuk kanak-kanak?? Tahun-tahun awal merupakan waktu penting untuk perkembangan mental & fizikal kanak-kanak. Oleh sebab itu mereka memerlukan nutrien untuk memastikan tumbesaran berjalan lancar. Pada ketika ini, peranan ibu bapa sangat penting, dalam memastikan setiap makanan yang diambil oleh kanak-kanak benar-benar berkhasiat.




Berikut merupakan tips yang boleh di jadikan sebagai panduan bagi membantu anak anda mendapat nutrien yang cukup bagi tumbesaran yang optimum :

TIPS 1 : BERI PROTEIN YANG MENCUKUPI

Jumlah protein yang mencukupi dalam diet harian anak penting untuk kesihatannya. Protrin bukan sahaja menyumbang kepada tumbesaran tubuh anak-anak yang sedang membesar tetapi juga untuk membantu membina & memperbaiki tisu badan yan rosak. Berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrien (Recommended Nutrien Intake - RNI) untuk rakyat Malaysia, kanak-kanak yang berusia diantara 1 hingga 3 tahun memerlukan 14gram protein setiap hari, manakala kanak-kanak yang berusia diantara 4 hingga 6 tahun memerlukan sebanyak 23gram protein setiap hari.

TIPS 2 : PASTIKAN ANAK CUKUP ZAT BESI

Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, zat besi penting untuk penghasilan hemoglobin iaitu komponen dalam sel darah merah yang membawa oksigen keseluruh tubuh. Tahukah anda?? jumlah darah meningkat sejajar dengan peningkatan pertumbuhan anak. Oleh sebab itulah kanak-kanak, perlukan zat besi secukupnya. Zat besi boleh diperolehi daripada daging merah, hasil tenusu, makanan laut, legum & sayuran hijau seperti brokoli. ketahuilah bahawa vitamin c yang ada dalam buah-buahan citrus boleh membantu menyerap zat besi dari sumber bukan daging.

TIPS 3 : HADKAN PENGAMBILAN GULA

Gula merupakan karbohidrat ringkas & boleh didapati dalam buah-buahan, makanan pencuci mulut & minuman berperisa. Seperti yang diketahui ramai, gula sememangnya membekalkan tenaga tetapi kurang mengandungi nutrien, jadi ibu bapa, pastikan anak anda tidak mengambil gula berlebihan. Perlu juga dielakkan kanak-kanak mengambil air bikarbonat kerana kandungan gulanya yang sangat tinggi tetapi lebihkan memberi air kosong.

TIPS 4 : JANGAN GUNAKAN GARAM

Banyak makanan yang ada dipasaran hari ini adalah tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana mengandungi kandungan garam yang tinggi. Jadi elakkan membeli makanan siap untuk kanak-kanak antaranya makanan ringan & makanan segera. Sebaik-baiknya sediakan sendiri makanan untuk anak anda. Sekiranya anda menyediakan sendiri makanan untuk anak anda kurangkan kandungan garam di dalam makanan mereka & sekiranya penyediaan makanan bayi elakkan garam.

TIPS 5 : PENGAMBILAN LEMAK BAIK

Untuk pengetahuan anda bukan semua lemak tidak baik untuk kesihatan. Sama ada orang dewasa atau pun kanak-kanak masing-masing memerlukan lemak dalam tubuh mereka. Lemak mengandungi asid lemak yang penting & sesetengah jenis mikro nutrien yang sangat diperlukan untuk pembentukkan otak & menjalankan fungsinya dengan baik. Walaupun di kategorikan sebagai lemak baik, tetapi masih perlu mengawal pengambilannya. Ketika menyediakan makanan anak pastikan pilihlah bahan mentah yang rendah lemak tepunya, rendah asid lemak & rendah kolestrol. Elakkan makanan rendah lemak yang dikhaskan untuk orang dewasa. Sebaiknya, pilihlah makanan yang mengandungi lemak daripada sayur-sayuran & ikan kerana bahan tersebut kaya dengan omega-3 & omega-6. Omega -3 boleh didapati daripada telur, ikan laut dalam seperti salmon, tuna. Omega -6 terdapat dalam minyak kacang soya, minyak canola, biji labu, sayuran hijau & walnut.

TIPS 6 : TETAPKAN WAKTU MAKAN

Selain daripada pemakanan yang sihat, ibu bapa perlu menetapkan apabila tiba waktu makan, anak-anak perlu berada di meja makan & perlu makan. Perlu di pastikan juga apa makanan yang boleh di makan & tidak boleh boleh dimakan. Kanak-kank disarankan mengambil 3 hidangan utama & 2 hingga 3 snek hidangan sehari. Hal ini bagi membantu & mengelakkan mereka mengambil makanan ringan secara tidak terkawal serta dapat mengelakkan risiko obesiti. Antara snek ringan yang sesuai untuk kanak-kanak adalah buah-buahan, makanan tinggi serat & bijirin.

TIPS 7 : MAKAN BERSAMA KELUARGA

Berkumpul & makan bersama keluarga adalah amalan yang baik & perlu diamalkan oleh setiap keluarga. Selain dapat mengerat hubungan diantara keluarga ibu bapa dapat mengajar anak etika & adap di meja makan serta tabiat pemakanan yang sihat.


Sumber : Majalah PA&MA ( Sept 2012)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee anda
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh Email : julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402
SID 1042062
Johor Bahru

KANAK-KANAK VS MINUMAN & MAKANAN BERKAFEIN...SENGAJA @ TIDAK SENGAJA




Selalunya minuman berkafein akan dikaitkan dengan 'kopi'. Apa yang kita tahu kopi semamangnya mengandungi kafein & ibu bapa sememangnya tidak akan mengalakkan anak-anak untuk minum kopi..betul tak??? Tetapi TAHUKAH anda... kafein bukan sahaja ada dalam kopi...minuman ringan bergas, coklat, teh, ais krim & ubatan melegakan sakit juga mengandungi kafein, secara sengaja @ tidak sengaja kita telah memberi minuman berkafein kepada anak-anak tanpa kita sedari.

Minuman ringan



coklat



Ais krim

Di kanada terdapat garis panduan yang menyarankan kanak-kanak prasekolah mengambil kafein kurang daripada 45 miligram sehari. Ini setara dengan jumlah kafein yang didapati dalam 355 miligram dalam minuman bergas & 4 kepingan (seberat 43 gram) dalam coklat bersusu.

Kafein adalah bahan semulajadi yang dikeluarkan pada bahagian daun & biji kebanyakkan tumbuhan. Ia juga dihasilkan secara tiruan yang ditambah pada jenis makanan tertentu.

Kafein bertindak serupa kepada kanak-kanak mahupun orang dewasa. Ia merangsang sistem saraf utama. Pada tahap paling rendah, ia membuatkan pengambil kafein berasa lebih peka & cergas.

Bagaimanapun pengambilan kafein yang berlebihan mampu mengundang masalah seperti gementar, sakit perut, pening, sukar memberi tumpuan, sukar tidur serta peningkatan kadar degupan jantung & tekanan darah.

Kesan ini turut akan di hadapi oleh kanak-kanak walaupun hanya sedikit sahaja pengambilan kafein. Pengambilan kafein dikalangan kanak-kanak juga harus dihadkan kerana :

  • Akan meningkatkan risiko kegemukkan melampau sebanyak 60% Contohnya pengambilan minuman ringan manis setiap hari.
  • Pengambilan yang berlebihan akan membuat kanak-kanak kurang mendapat khasiat untuk pembentukkan tulang & gigi
  • Kafein bersifat diuretik yang menyebabkan tubuh menyingkirkan air (melalui pembuangan air kecil).
Diharap perkongsian ini dapat dijadikan panduan untuk kita bersama.

BAGAIMANA MENANGANI ANAK SI 'PICKY EATERS'???

Setiap kali tiba waktu makan ibu-ibu akan stress !!!sebab apa ye??? anak susah nak makan, terlalu cerewet & tiada selera makan. Mungkin anak anda tergolong dalam golongan 'picky eaters' iaitu anak yang sangat cerewet & memilih makanan tertentu. Jom baca tips-tips untuk menangani si 'picky eaters' :



1) JANGAN PAKSA ANAK ANDA MAKAN
  • Jika anak anda tidak lapar, jangan paksa mereka untuk makan, bagi mereka masa & jangan merasuah mereka (contoh kalau makan nasi dapat Jajan)  rasuah anda akan memburukkan lagi keadaan. Lebih teruk lagi anak anda akan merasakan waktu makan adalah masa yang sangat "menakutkan". Hidangkan makan dalam kuantiti yang sedikit dahulu bagi mengelakkan anak-anak rasa 'terpaksa' makan.


2) KONSISTEN & TEGAS
  • Ibu bapa haru memastikan waktu makan sama setiap hari, hidangan 3 jenis hidangan sihat setiap hari & makanan ringan yang sihat di antara waktu makan. Pelbagaikan jenis makanan yang sihat, bagi mengelakkan mereka makan makanan ringan. Tetapkan waktu tertentu untuk minum jus & susu. Pastikan latih anak anda minum air selepas makan bukan berselang seli makan & minum air.


3) BERHATI & SABAR DALAM MENCUBA MAKANAN BARU
  • Kebiasaannya apabila anda menghidangkan makanan baru yang anak-anak tidak pernah makan, mereka akan memegang & rasa terlebih dahulu  & mungkin juga akan meluah semula. Apa yang perlu anda lakukan adalah menghidangkan makanan tersebut berulang kali. Galakkan anak anda bercakap tentang warna makanan, bentuk, rasa & bau. Hidangkan makanan baru dengan makanan kegemaran mereka.


4) JADIKAN MAKAN ITU MENYERONOKKAN
  • Perlu kreatif untuk menarik minat si 'picky eaters' & jadikan waktu makan masa yang ditunggu-tunggu. Hidangkan dalam bentuk yang menarik & hiaskan.


5) MASAK BERSAMA ANAK ANDA
  • Bagi menarik minat mereka untuk makan, anda boleh mempelawa anak anda untuk membantu anda memasak. Dari situ anda boleh tahu apa yang mereka ingin makan. 


6) JADILAH CONTOH KEPADA ANAK ANDA
  • Pastikan ibu bapa menjadi contoh terbaik kepada anak-anak. Sekiranya kita ingin melihat anak kita makan makanan yang sihat, pastikan anda pun makan makanan yang sihat juga. Anak umpama cermin bagi diri kita, apa yang kita makan, anak-anak akan makan.


7) TUTUP TV KETIKA MAKAN
  • Jangan sesekali makan sambil menonton Tv, kerana ini akan menganggu tumpuan mereka untuk menghabiskan makanan mereka. Sebaiknya tutup tv, disiplinkan anak anda, waktu makan mesti berada di meja makan supaya mereka boleh fokus kepada makanan. Harus di ingat iklan makanan di tv banyak memberi impak dalam mempergaruhi keinginan anak terhadap makanan yang tidak sihat.


8) BIARKAN ANAK MAKAN SENDIRI
  • Sekirannya anak anda sudah pandai memasukkan makanan ke dalam mulut, biarkan mereka menyuap makanan mereka sendiri. Sedikit sebanyak ini akan menarik minat mereka untuk makan. Anda tak perlu risau kalau mereka makan bersepah, ini lagi baik dari mereka tak nak makan langsung.


9) JANGAN BAGI PILIHAN KEPADA ANAK.
  • Menyediakan hidangan berasingan kepada anak anda setelah mereka menolak makanan yang asal akan menyebabkan menjadi lebih 'picky eaters'. Teruskan menyediakan makanan yang sihat sehingga menjadi kebiasaan kepada anak anda. 

harap-harap tips ni dapat membantu ibu-ibu dalam usaha untuk menangani anak-anak yang di kategorikan sebagai 'picky eaters'...jangan putus asa & sentiasa berusaha google resepi baru..amalkan supplement bagi menambah selera makan anak-anak...


TAHUKAH ANDA ??? 5 JENIS MAKANAN PERLU DI ELAK DARI KANAK-KANAK

5 JENIS MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN DARI KANAK-KANAK

Setiap ibu bapa Menginginkan anak-anak sentiasa membesar dengan sihat..betul tak??? Salah satu faktor anak-anak membesar dengan sihat adalah melalui pemakanan. Namun begitu, perubahan zaman telah mewujudkan pelbagai jenis makanan yang TIDAK SIHAT untuk pertumbuhan kanak-kanak. Antaranya, FAST FOOD, SNEK-SNEK RINGAN & macam-macam lagi.

TAHUKAH ANDA???? Terdapat 5 jenis makanan yang perlu dielakkan dari kanak-kanak tetapi kebiasaan selalu diberikan kepada kanak-kanak di Malaysia samada untuk breakfast, lunch atau dinner.


1) BIJIRIN UNTUK SARAPAN PAGI


  • Yang ni memang dah menjadi kebiasaan kepada ibu bapa di Malaysia untuk anak-anak bersarapan pagi, termasuk juga saya dulu-dulu la. Pengaruh iklan di TV & pembungkusan memang menarik perhatian kanak-kanak. Hakikatnya, kuantiti gula adalah amat tinggi & melebihi keperluan kanak-kanak.




2) DAGING PROSES


  • Mudah disediakan & cepat...keluar dari peti ais, defrost & masak. TETAPI perasan tak daging ini fungsinya macam span menyerap minyak masak semasa menggoreng & ditambah lagi dengan bahan pengawet. Ini akan meningkatkan risiko penyakit jantung & kanser. Memang kesan tidak drastik tetapi untuk jangka masa panjang.




3) KENTANG GORENG


  • Langsung tiada khasiat tetapi sangat digemari oleh kanak-kank & juga orang dewasa. Apa yang ada pada kentang goreng hanyalah LEMAK & GARAM yang amat tinggi!!!!




4) PIZZA


  • Kebiasaanya kalau di bandar-bandar makanan segera seperti pizza memang tidak asing lagi..paling senang & mudah nak dapat...telefon, order & hantar ke rumah. Namun, sememangnya tidak sihat bahan pengawet serta kandungan kalori & lemak yang tinggi.




5) SNEK RINGAN / KEROPOK


  • Kebanyakkan makan ini dihasikan daripada tepung yang diproses , ditambah pengawet, pewarna, perasa sintetik & minyak yang meningkatkan tahap kolestrol.




Oleh itu, sebagai ibu bapa seharusnya memantau pemakanan anak-anak. Nak stop serta merta memang tak boleh, tetapi tak salah kalau cuba kurangkan sedikit demi sedikit..bukan untuk orang lain untuk anak & diri sendiri jugak...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up