Showing posts with label PRODUK CADANGAN. Show all posts
Showing posts with label PRODUK CADANGAN. Show all posts

CANTIK SANGAT KE STRECTHMARKS TU???

Assalamualaikum..

Hi semua...hari ni nak cerita pasal STRETCHMARKS lepas bersalin...


Ni lah rupa STRETCHMARKS...hodohkan?? kalau hodoh jangan la simpan baik kita try hilangkan...
Tapi macamana nak hilangkan STRETCHMARKS ni??



BAGAIMANA STRETCHMARKS TERJADI

1. PERUBAHAN HORMON & AKIBAT PEMBESARAN BAYI DALAM KANDUNGAN
  • Kebiasaanya stretchmarks memang akan uncul di kalangan wanita hamil, semakin kandungan membesar, perut pun akan membesar. Oleh itu akan mula muncul garis yang berwarna merah jambu yang agak lebar. Ia akan beransur-ansur berubah warna ke coklat atau keputih-putihan.
  • Terdapat juga wanita hamil yang tidak mempunyai masalah stretchmarks, ia bergantung kepada faktor genetik

2. FAKTOR GENETIK
  • Sekirannya ibu anda mempunyai masalah stretchmark anda juga mempunyai kecenderungan untuk mengalaminya. 

3. MASALAH KULIT KERING
  • Sekirannya anda menghadapi masalah kulit kering, amalkan meyapu krim pelembab bagi megelakkan stretchmarks.

4. PERUBAHAN BERAT BADAN SECARA MENDADAK
  • Kepada mereka yang mengamalkan diet yoyo,!!!apa tu diet yoyo, turun berat mendadak dan berat badan naik mendadak, juga berisiko untuk munculnya strecthmarks.

5. PENGARUH UBAT-UBATAN
  • Contohnya streroid, ubat gemuk dan ubat asthma.


CARA MENGURANGKAN STRETCHMARKS KETIKA HAMIL
  • Amalkan makanan yang berkhasiat dan vitamin semasa hamil dengan jumlah yang betul.
  • Minum air masak 8 gelas atau lebih sehari untuk kelembapan kulit
  • Pastikan berat badan anda meningkat mengikut apa yang telah di syorkan oleh doktor
  • Amalkan pemakaian losyen ataupun minyak zaitun dikawasan seperti perut, pinggang, peha dan lain-lain
  • Pengambilan diet yang mengandungi protein tinggi. Protein bertindak untuk merangsang komposisi kolagen kulit seterusnya akan mengurangkan munculnya STRETCHMARKS

CARA MENGHINDARI STRETCHMARKS


  • Bagi ibu-ibu hamil amalkan makanan tambahan yang mengandungi zink
  • Minum air yang banyak sekurang-kurangnya 2 ke 2.5 liter sehari
  • Amalkan pemakanan seimbang bagi mengelakkan kenaikkan berat badan secara mendadak
  • Biasakan diri anda untuk melakukan senaman
  • Pastikan pakaian dalam anda selesa, tidak terlalu ketat atau longgar

PRODUK CADANGAN 




1. ESP

  • Menghasilkan sel kulit yang lebih cantik. setiap 21 hari sel kulit kita akan mati, jadi kita memerlukan protein yang berkualiti tinggi supaya sel kulit dapat diganti dengan cepat.
  • ESP sumber protein lengkap, ia mampu memudarkan parut. Parut terjadi adalah akibat daripada kekurangan protein dalam badan untuk membentuk sel baru.

2. VITA E COMPLEX
  • Mengurangkan parut, kedut dan kesan rekahan. Oleh itu kulit akan kelihatan lebih cantik, mulus dan berseri
  • Vitamin E juga bertindak sebagai anti-penuaan, ia juga mampu membuatkan anda awet muda.


Saya Agen SHAKLEE JOHOR BAHRU & PASIR GUDANG.
ID No 1042062

COD Kg Melayu Majidee, Kg Bendahara, TESCO Tebrau, AEON Tebrau, Plaza Angsana, Giant Taman Suria (Southern City), Larkin Perdana, Pasar Larkin, AEON Permas Jaya, Kip Mart Masai (Pasir Gudang)

CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM 017 9291087

SIJIL HALAL SHAKLEE

Assalamualaikum..:)

Ada orang tanya produk Shaklee ni HALAL ke???
Tak de logo HALAL pun kat botol Vitamin Shaklee ni...???
Maklum lah bukan produk Malaysia kan..mana kita tahu diorang buat macamana???

Pernah jugak sebelum ni kecoh pasal isu KAPSUL LECITHIN ada unsur yang meragukan, ada yang sanggup buang semua Vitamin Shaklee ni..

Begini ye KAPSUL Vitamin Shaklee seperti LECITHIN, OMEGA GUARD dan COQHEALTH malah kesemua Vitamin Shaklee mempunyai status HALAL yang sah.

Boleh lihat gambar di bawah ye...:)




SIAPA YANG KELUARKAN SIJIL HALAL SHAKLEE??

Sijil Halal ini di keluarkan oleh Islamic Services Of America (ISA).

ISA merupakan antara Badan Islam yang di iktiraf oleh JAKIM.
Klik juga disini : Halal Accreditation (ISA)



Di bawah ini merupakan artikel yang menjawab persoalan tentang status HALAL produk Shaklee yang ditulis oleh Abdul Rahman yang merupakan Ahli Farmasi, yang berpengalaman dalam bidang penganalisaan ubat-ubatan di Makmal Kimia Ubat

Credit to :Halalscience



Hasil carian maklumat saya di portal Biro Pengawalan Farmaseutikal
Kebangsaan (BPFK).
Produk Lecithin Shaklee yang didaftarkan pada tahun 1995
dihasilkan di kilang Syarikat Shaklee di Norman, Amerika Syarikat.
Produk Lecithin Shaklee yang terbaru pula didaftarkan pada 2012
dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville . Kilang yang sama mengeluarkan
produk-produk kesihatan lain seperti Produk GNC dan USANA yang mempunyai
persijilan Halal daripada IFANCA (Islamic Food And Nutritional Council of America).
Produk Osteomatrix Caplet Shaklee yang didaftarkan di Malaysia pada tahun 2007
juga dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville, Amerika Syarikat.
Pada awal Januari 2013 pula, Puan Imatulizah telah menghantar pertanyaan
melalui email kepada Islamic Services of America (ISA) untuk
mengesahkan kesahihan Sijil Halal Produk Shaklee.
Koordinator Perkhidmatan Halal, ISA mengesahkan Sijil Halal
Produk Shaklee adalah sah dan menjamin Shaklee akan terus
mengeluarkan produk-produk yang dijamin halal termasuklah
Produk Lecithin, Omega dan Vitamin E.
Memang sebelum ini Shaklee menggunakan kapsul daripada pembekal
di Kanada. Tetapi pada masa sekarang, Shaklee telah menggunakan
pengilang baru yang mempunyai persijilan halal sedia ada untuk
produk Shaklee pasaran Malaysia.
ISA dan IFANCA merupakan badan persijilan Halal Luar Negara yang
diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.
Oleh itu, tiada keraguan ataupun was-was bagi pengguna Muslim untuk
mengamalkan Produk Suplemen Kesihatan jenama Shaklee yang terdapat di pasaran Malaysia.
P/S : Saya bukan pengamal produk shaklee, bukan penjual, bukan pengedar dan tidak mempunyai kepentingan berkaitan produk Shaklee.
Jawapan ini sekadar menjawap persoalan-persoalan yang dihantarkan
oleh pembaca-pembaca buku tulisan saya bertajuk “Halalkah Ubat Anda?”.
Buku “Halalkah Ubat Anda?” mendedahkan lebih 90 jenis ubat-ubatan yang
mengandungi unsur daripada babi. Untuk dapatkan maklumat lanjut sila layari
www.halalscience.com

Terima kasih.
Abd Rahman Baco
Penulis
halalscience.com
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Di harapkan entri ini dapat memberi keyakinan kepada anda bahawa Produk Shaklee untuk pasaran Malaysia adalah DIJAMIN HALAL..so gunakan tanpa was-was..;) 

CEGAH STROK DENGAN SHAKLEE

STROK merupakan punca kematian ketiga terbesar di Malaysia. Sesiapa sahaja boleh mengalami strok, termasuk kanak-kanak.


APA ITU STROK???


  • Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak merupakan pusat saraf kepada tubuh kita, ia mengawal setiap perbuatan serta apa yang kita fikirkan dan juga mengawal segala fungsi automatik seperti pernafasan.
  • Bagi membolehkan otak berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah tersumbat atau pecah, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.
  • Oleh itu, bahagian otak itu mula mati, ketika ini anda akan mengalami STROK, dengan pantas, dengan senyap. Kerosakan otak akan menjejaskan deria-deria anda, pertuturan, pemahaman bahasa, lumpuh sebelah badan, sikap , corak pemikiran dan ingatan berubah.

SIAPAKAH YANG BERISIKO??





1. TEKANAN DARAH TINGGI
  •  Tekanan darah tinggi yang tidak dirawat. Ini merosakan dinding arteri.

2. DIET 
  • Diet yang tinggi kandungan garam dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, diet makanan berlemak dan manis di kaitkan dengan pengasaran permukaan dan penyempitan arteri.

3. PENYAKIT KENCING MANIS (DIABETES) 
  • penghidap kencing manis berkemungkinan menghidapi tekanan darah tinggi dan aterosklerosis adalah berisiko mendapat STROK.

4. TIA
  • Pernah mengalami TIA. 1 dari 5 yang mengalami strok penuh pertama, pernah mengalami 1 atau lebih TIA sebelumnya.

5. FIBRILASI ATRIUM. 
  • Ia adalah degupan jantung yang tidak teratur meninggikan risiko pembentukkan gumpalan darah di dalam jantung dan membawanya ke otak.

6. MEROKOK 
  • Merokok akan membawa kesan negatif kepada arteri dan di kaitkan dengan tekanan darah yang lebih tinggi.

7. PENGAMBILAN ALKOHOL 
  • Pengambilan alkohol yang berpanjangan akan menyebabkan peningkatan tekanan darah yang akan menyebabkan saluran darah di otak pecah.

8. SESETENGAH PIL PERANCANG KELUARGA 
  • Ia akan menjadikan darah lebih pekat dan berkemungkinan akan bergumpal. ia juga akan menaikkan tekanan darah. 


PRODUK CADANGAN



1. OMEGA GUARD
  • Melicinkan kulit dan membuatkan kulit kemerah-merahan
  • Mencegah salur darah dari tersumbat
  • Mencegah pembekuan darah dalam badan
  • Dapat mengelakkan strok
  • Mengekalkan tekanan darah normal
  • Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
  • Mengurangkan sakit kepala
  • Merendahkan kolestrol
  • Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
  • Mengawal masalah obesiti
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita


2. VIVIX
  • Membaiki sel yang rosak dengan pantas, amat sesuai untuk mereka yg baru menjalani pembedahan.
  • Memelihara keseluruhan kesihatan
  • Anti oksida yg sangat baik - awet muda
  • Membantu anda merasa lebih bertenaga
  • Mengurangkan risiko kanser
  • Membantu pesakit diabetic
  • Menguatkan sistem imun


Saya Agen SHAKLEE JOHOR BAHRU & PASIR GUDANG.
ID No 1042062

COD Kg Melayu Majidee, Kg Bendahara, TESCO Tebrau, AEON Tebrau, Plaza Angsana, Giant Taman Suria (Southern City), Larkin Perdana, Pasar Larkin, AEON Permas Jaya, Kip Mart Masai (Pasir Gudang)

CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM 017 9291087

RAWAT KEPUTIHAN DENGAN SHAKLEE

KEPUTIHAN???? Masalah ni memang sangat biasa terjadi dikalangan wanita..tak kira sama ada yang sudah berkahwin atau belum..malahan gadis-gadis remaja turut sama mengalami masalah keputihan ini. Tetapi tidak ramai yang tahu apakah penyebab kepada masalah KEPUTIHAN ini.




PENYEBAB MASALAH KEPUTIHAN

  • Penyebab keputihan adalah disebabkan oleh kulat (jamur) yang dikenali sebagai Candida Albicans. Keputihan yang di sebabkan oleh  Candida Albicans  di kenali dengan Vulvovaginal Candidiasis.
  • Kerap berlaku kepada anak-anak gadis dan juga wanita.

GEJALA/SIMPTON UMUM 
  • Rasa gatal yang teramat sangat di bahagian luar faraj
  • Kemerahan dan kadang kala bengkak di bahagian Labia Majora ( bibir luar kemaluan )
  • Pengeluaran cecair daripada faraj yang berwarna putih dan berkeladak serta berketul-ketul menyerupai susu basi
  • Penghidap juga berkemungkinan berasa sakit ketika hubungan seks
  • Sakit ketika buang air kecil

PRODUK CADANGAN 




Saya Agen SHAKLEE JOHOR BAHRU & PASIR GUDANG.
ID No 1042062

COD Kg Melayu Majidee, Kg Bendahara, TESCO Tebrau, AEON Tebrau, Plaza Angsana, Giant Taman Suria (Southern City), Larkin Perdana, Pasar Larkin, AEON Permas Jaya, Kip Mart Masai (Pasir Gudang)

CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM 017 9291087


CEGAH SENGGUGUT DENGAN SHAKLEE





Senggugut @ period pain seringkali di alami oleh wanita ketika datang haid. Kebiasaannya apabila seseorang wanita mengalami senggugut seringkali ianya menjadi keluhan kerana ia menganggu aktiviti harian seseorang wanita.






APAKAH MAKSUD SENGGUGUT?

SENGGUGUT adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid/peroid.

Pelvis adalah tempat dimana organ-organ seperti rahim, ovari (kilang telur), saluran falopio dan pundi kencing berada.

Dalam bahasa inggeris, SENGGUGUT dipanggil 'dysmenorrhoea'. Lazimnya SENGGUGUT terbahagi kepada 2 jenis.


SENGGUGUT PRIMER
  • Senggugut ini berlaku kepada kebanyakkan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di Pelvis dan Rahim, setelah di periksa oleh doktor.
  • Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula. Tetapi ia juga boleh berlaku kepada wanita yang masih subur.

SENGGUGUT SEKUNDER
  • Senggugut ini disebabkan oleh patologi pelvis dan rahim yang biasanya berlaku dikalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur.
  • Antara sebab-sebabnya adalah :
  1. Penyakit Endometriosis. Penyakit ini dihidapi oleh 5-15% wanitayang mempunyai haid
  2. Cyst ovari dan tumor
  3. Fibroid ( kebengkakan pada rahim). Kesakitan ini berlaku apabila kedatangan haid yang banyak
  4. Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur (penyakit radang pelvis)
  5. Kongenital. ( contoh rahim bicornuate, rahim subsepta)
  6. Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD). Senggugut berkemungkinan boleh jadi lebih teruk semasa penggunaan ini pada sebilangan kecil wanita.

EPIDEMIOLOGI
  • Lebih dari 60% perempuan remaja mengalami senggugut primer. 1 dalam 10 wanita mengalami kesakitan yang teruk sehingga mengganggu aktiviti seharian mereka.
  • Kebiasaanyan ia adalah lebih kerap berlaku kepada seseorang yang merokok, mereka yang akil baligh lebih awal, dan mempunyai haid yang banyak. 
  • Senggugut adalah lebih jarang berlaku kepada wanita yang pernah atau lepas bersalin, dan yang mereka yang menggunakan pil perancang.

TANDA-TANDA

Sekirannya anda mempunyai tanda-tanda seperti berikut, segeralah berjumpa dengan doktor.

Kesakitan di bawah bahagian perut. Kesakitan ini biasanya sederhana dan mengejang, yang boleh merebak kebahagian belakang dan bahagian peha.

1. Senggugut Primer
  • Kesakitan biasanya dialami pada 2 hari pertama datang haid diikuti dengan sakit yang berkurangan pada hari berikutnya dan akan berhenti setelah haid habis. 
  • Kebiasaanya akan berlaku diantara 12 ke 24 jam dan juga 2 ke 3 hari.
  • Kesakitan ini akan berkurangan apabila umur meningkat atau setelah bersalin.
2. Senggugut Sekunder
  • Senggugut ini mempunyai tanda seperti senggugut primer tetapi sakitnya berpanjangan, bermula beberapa hari sebelum haid dan bertambah teruk. Senggugut ini menjadi lebih teruk selepas beberapa tahun haid biasa. Berikut adalah tanda-tanda berkemungkinan anda mengalami haid sekunder :
          * Haid yang tidak tetap
          * Kesakitan antara haid
          * Pendarahan yang bertambah banyak
          * Lelehan daripada faraj
          * Kesakitan ketika melakukan seks
  • Sakit Kepala, pening, letih, sakit belakang
  • Loya dan mutah, cirit-birit

KOMPLIKASI
  • Fizikal - Infertiliti (tidak dapat mengandung)
  • Mental - Stress, tidur terganggu


PRODUK CADANGAN SHAKLEE UNTUK SENGGUGUT


  1. B COMPLEX - Lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh agar lebih bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil. Kekurangan vitamin B meningkatkan paras estrogen dan kesan PMS.
  2. OSTEMATRIX - Bekalan kalsium tambahan membantu mengurangkan simpton-simpton senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan.
  3. GLA COMPLEX - Wanita yang alami senggugut tidak dapat tidak dapat menukarkan asid linolik dengan baik untuk menjadi GLA. Pengambilan GLA dapat mengurangkan simpton senggugut.



Saya Agen Shaklee bagi kawasan Johor Bahru & Pasir Gudang
Sebarang pertanyaan boleh email :julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/Whatsapp 017 9291087
ID 1042062



Sumber : Myhealth.com


























RAWAT BUASIR DENGAN SHAKLEE

APA YANG ANDA TAHU TENTANG BUASIR??

BUASIR atau nama lain HEMOROID merupakan penyakit yang terjadi di bahagian dubur. Buasir dapat dikesan apabilan saluran dubur membengkak. Ianya boleh berlaku sama ada di dalam dubur ataupun di kawasan luar. Kebiasaannya pesakit akan berasa sakit akibat daripada kesan tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar manjadi sangat sakit dan perit.


Gambaran buasir 


Bengkak terjadi disebabkan oleh pengembangan salur darah pada sel-sel yang yang melapisi saluran dubur. Selain masalah bengkak pada saluran dubur, pendarahan semasa proses pembuangan air besar juga terjadi disebabkan oleh luka apabila najis yang keras bergersel dengan dengan buasir.

SIAPAKAH YANG BERISIKO MENGHIDAP BUASIR?
  • Mereka yang mempunyai masalah sembelit,
  • Mereka yang duduk mencangkung terlalu lama di dalam tandas
  • Batuk yang teruk
  • Mengangkat barang yang berat
  • Ibu mengandung pembesaran janin dalam kandungan yang menekan saluran darah kawasan dubur
  • Ibu selepas bersalin

Terdapat 4 tahap buasir

tahap buasir


TAHAP 1
  • Berlaku pendarahan & bengkak menonjol keluar

TAHAP 2
  • Disebabkan oleh pergerakkan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan kembali kedalam saluran dubur

TAHAP 3
  • Keadaan sama seperti tahap 2, tetapi bengkak tersebut hanya akan berada di dalam setelah di tolak masuk secara fizikal.

TAHAP 4
  • Darah pekat akan keluar menyebabkan rasa sakit dan sukar untuk meneran. Ketika ini buasir berada di luar kawasan dubur.

FAKTOR YANG MENYEBABKAN BUASIR
  • Regangan yang melampau semasa pergerakan usus atau ketika sembelit
  • Cirit birit yang kronik
  • Kurangnya pengambilan makanan serat dalam diet harian
  • Mengandung atau bersalin

TANDA-TANDA BUASIR
  • Rasa sakit yang berdenyut-denyut
  • Berlaku pendarahan selepas dan sebelum buang air besar
  • Darah menitis dari saluran dubur
  • Dalam tempoh pendarahan, pesakit boleh mengalami kekurangan darah
  • Ada juga yang tidak mengalami pendarahan, ia dikenali sebagai pembengkakan dubur. Bengkak akan keluar selepas membuang air besar. Kadang kala hanya untuk tempoh sementara, kurang sakit tetapi gatal.

APAKAH PRODUK CADANGAN UNTUK BUASIR??


1. OSTEMATRIX 
  • Membantu untuk mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

2. OMEGA GUARD
  • Baik untuk sendi / otot. Kebiasaannya pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur keatas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi sakit dan sangat perit. Jadi omega guard sangat membantu untuk pengecutan otot tersebut.

3. ZINC COMPLEX
  • Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih kronik seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan sangat perit. Zinc complex berupaya menyembuhkan luka dalaman pada bahagian dubur dengan lebih cepat.

Sekirannya anda berminat dengan Vitamin shaklee ini boleh hubungi saya melalui 
email :julaizaharun@gmail.com. Atau Call/SMS/Whatsapp 017 9291087

Konsultasi Secara EKSKLUSIF & PERCUMA khas untuk anda

Saya merupakan Shaklee Independent Distributor
Julaizah Harun (jue)
ID no 1042062
FB Page : House of supplement2u & Kedai Vitamin Johor Bahru & Pasir Gudang
Follow Instagram : @julaizaharun 













ATASI DIABETES SEMASA KEHAMILAN DENGAN SHAKLEE

Ibu hamil menghidap DIABETES!!! Situasi ni memang dah biasa kita baca atau dengar, ataupun anda sendiri pernah mengalaminya. DIABETES semasa kehamilan ini lebih dikenali sebagai GESTATIONAL DIABETES MELLITUS (GDM) merupakan satu keadaan serius yang berlaku kepada wanita hamil yang sebelum ini tidak pernah menghidapi DIABETES, tetapi kini mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi dari paras mereka yang hamil normal.

APAKAH DIABETES MELITUS

  • Diabetes Melitus adalah sejenis gangguan atau ketidakaturan yang menghalang badan dari menggunakan makanan dengan berkesan.
  • Karbohidrat ringkas (gula dalam minuman ringan, kek atau jem) dan karbohidrat kompleks (kanji di dalam nasi dan mee) akan dihadamkan di dalam badan untuk membentuk glukosa.
  • Glukosa dalam aliran darah kemudianya akan di cernakan di dalam pelbagai tisu badan dan proses ini dikawal atur oleh insulin.
  • Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas iaitu organ kecil yang terletak dibelakang perut. Kekurangan insulin akan menyebabkan glukosa tidak dapat memasuki sel badan di mana ia digunakan sebagai sumber tenaga, sebaliknya glukosa akan terkumpul di dalam darah dengan berlebihan dan akan mengakibatkan DIABETES MELITUS.

SIAPAKAH YANG BERISIKO MENGALAMI GDM??

Sesiapa sahaja berisiko mengalami GDM semasa kehamilan. Pesakit yang sememangnya mempunyai DIABETES berisiko mengalami GDM. Namun, terdapat juga wanita yang tidak mempunyai DIABETES turut mengalami GDM. Antara faktor-faktor yang menyebabkan seseorang berkemungkinan menghadapi GDM adalah :
  • Sejarah keluarga yang mengalami DIABETES
  • Wanita yang berumur lebih 25 tahun
  • Berat badan yang berlebihan sebelum hamil
  • Menghidapi GDM semasa kehamilan yang lalu
  • Mengalami masalah berkaitan semasa hamil seperti hipertensi, penghasilan cecair amnion berlebihan (polihidramnions), keguguran
  • Pernah melahirkan bayi bersaiz besar (lebih 4 kg) ketika kelahiran terdahulu, lahir mati atau kelahiran cacat
  • Jangkitan kandidiasis faraj yang berulang-ulang dan jangkitan kulat pada kulit

ADAKAH GDM KERAP BERLAKU??
  • Kebiasaanya GDM dapat dikesan semasa kehamilan berusia selepas minggu ke 24 dan berlaku pada 1-14% wanita hamil setiap tahun.
  • Jika TIDAK DIRAWAT, GDM boleh menyebabkan komplikasi serius kepada ibu dan bayi yang dikandung.

GEJALA/TANDA

Kebiasaanya ia tidak akan menunjukan sebarang simpton tertentu, tetapi anda akan mengalami perkara berikut :
  • Keletihan 
  • Dahaga yang terlampau
  • Membuang air kecil dengan banyak
  • Penglihatan kabur

PRODUK CADANGAN


Sebarang pertanyaan boleh Email: julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402
SID 1042062
Agen Shaklee Berdaftar Area Johor Bahru & Pasir Gudang


CEGAH TEKANAN DARAH TINGGI DENGAN SHAKLEE

Anda biasa dengar penyakit darah tinggi atau tekanan darah tinggi??? Adakah anda tahu apa akan terjadi sekiranya tekanan darah kekal tinggi?? sekirannya tekanan darah kekal tinggi ia akan mengundang masalah-masalah serius seperti :

  • SERANGAN JANTUNG
  • STROK
  • KEGAGALAN JANTUNG
  • PENYAKIT BUAH PINGGANG
Tahukah anda terdapat 2 ukuran bagi mengukur tekanan darah. Ia biasanya diukur seperti berikut :

* 120/80mmHg
  • Nombor di atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung.
  • Nombor dibawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman.

JENIS-JENIS DARAH TINGGI

  1. Hipertensi Primer - Ini membentuk sebahagian besar dari hipertensi-hipertensi. Punca peningkatan tekanan adalah tidak diketahui. Antara faktor-faktor risiko adalah seperti berikut :
  • Sejarah Hipertensi dalam keluarga
  • Kegemukkan
  • Pengambilan garam & alkoholyang berlebihan
  • Merokok
  • Masalah tekanan yang melampau

     2.  Hipertensi Sekunder - Hipertensi ini berkaitan dengan peningkatan tekanan darah disebabkan oleh
          punca-punca atau penyakit-penyakit lain seperti :
  • Penyakit Ginjal
  • Penyakit Endokrin
  • Disebabkan pengambilan ubat-ubatan
  • Kecacatan kelahiran
  • Punca-punca lain

KOMPLIKASI

Sekiranya seseorang mengalami tekanan darah tinggi, mereka seharusnya dipantau & dirawat oleh doktor. Sekiranya tidak dikesan atau dirawat dengan betul, berkemungkinan akan membawa kepada komplikasi-komplikasi berikut :
  • STROK - yang berlaku apabila salur darah ke otak disekat, bocor & pecah
  • JANTUNG - salur darah yang membekalkan otot jantung disekat sepenuhnya.
  • KEGAGALAN JANTUNG - jantung tidak dapat mengepam darah dengan secukup-cukupnya
  • KEROSAKAN GINJAL
  • KEROSAKAN MATA

GEJALA

Kebiasaanya, kepada penghidap hipertensi primer, tiada gejala-gejala awal dapat dikesan sehinggalah komplikasi berlaku. Hanya dengan melakukan pemeriksaan tekanan darah sahaja dapat mengetahui anda penghidap hipertensi. Sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti berkut segeralah berjumpa dengan doktor ;
  • Tekanan distolik melebihi 90mmHg
  • Pembengkakkan pada pergelangan kaki & jari
  • Tercungap-cungap
  • Pandangan yang kabur
  • Pendarahan di hidung yang sering berulang
  • Sakit kepala yang berterusan
  • Pening

ELAKKAN
  • Makanan yang tinggi lemak dan garam
  • Makanan dan ubat-ubatan yang tinggi kandungan sodium
  • Bahan-bahan yang boleh meningkatkan tekanan darah anda
  • Merokok
  • Minuman beralkohol
  • Kurang bersenam
  • Kerisauan

PRODUK CADANGAN SHAKLEE


Kombinasi OMEGA GUARD, ALFALFA & GARLIC
  • OMEGA GUARD - berfungsi menurunkan bacaan kolestrol & bacaan tekanan darah tinggi
  • ALFALFA COMPLEX - Menyingkirkan lemak & kolestrol. Mencegah penyakit jantung, strok & darah tinggi
  • GARLIC - mengurangkan tekanan darah tinggi & kolestrol

ATAU

VIVIX merangkumi kesemua supplement Shaklee
  • VIVIX - Menyokong kesihatan keseluruhan

Sebarang pertanyaan mengenai produk boleh Email : julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402
Agen Shaklee berdaftar area Johor Bahru & Pasir Gudang
SID 1042062





BERPUASA DENGAN SHAKLEE

Pejam celik, pejam celik..tak sampai seminggu lagi dah nak berpuasa..bagaimana persediaan kita nak berpuasa??? persediaan fizikal & mental..insya allah diharap semuanya dah bersedia..bersedia untuk memperbanyakkan amal ibadat tu yang utama ye..Buat ibu bapa yang pertama kali nak train anak-anak untuk berpuasa tu..kena sabar banyak-banyak..latih anak-anak berpuasa ikut kemampuan anak-anak BUKAN nak berlumba sesama sendiri anak siapa yang dapat puasa penuh..sian kat anak-anak buat macam tu...

'LATIH ANAK SOLAT 5 WAKTU DULU, SECARA AUTOMATIK ANAK AKAN BELAJAR BERPUASA'  pernah dengar ni kan....:) Insya Allah sama-sama kita doa....ok sempena bulan puasa tak lama lagi ni mestilah kita nak walaupun berpuasa badan kita masih lagi KEKAL SEGAR, CERGAS & BERTENAGA..al maklum la dengan keadaan cuaca yang tak menentu PANAS & KERING ni memang cabaran untuk kita & juga anak-anak. 




Bagi mereka yang MEMENTINGKAN KESIHATAN DIRI & KELUARGA, antara produk cadangan untuk anda pada bulan puasa adalah : 





1. ESP ( SOY PROTEIN ISOLATE POWDER)
  • Membekalkan TENAGA BERPANJANGAN .
  • Mengurangkan rasa lapar. 
  • Ia turut mampu menyihatkan badan ibu-ibu sekali gus dapat menghasilkan susu badan. 
  • Mencantikkan kulit & awet muda
  • Mengurangkan risiko penyakit gastrik

2. MEAL SHAKE
  • Membekalkan multivitamin yang diperkaya dengan protein lengkap dengan 9 jenis asid amino, kalsium, magnesium & Vitamin D untuk keperluan minda, tumbesaran serta untuk tulang & gigi yang sihat. 
  • Menyihatkan tubuh badan ibu-ibu agar ibu mampu menghasilkan susu badan yang banyak.

3. PERFORMANCE DRINK SHAKLEE
  • Minuman isotonik semulajadi rendah sodium & gula
  • Mengawal & menghalang kehilangan bendalir dalam badan yang menyebabkan tubuh cepat letih & mengelakkan penyahhidratan, terutama pada bulan puasa.
  • Mengekalkan kelembapan kulit



Sebarang pertanyaan mengenai produk boleh Email : julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402 (jue)
SID 1042062
Agen Shaklee area Johor Bahru & Pasir Gudang 

MASALAH KESIHATAN LELAKI & SHAKLEE

Assalamualaikum....sebelum tulis entri ni tadi terfikir-fikir nak tulis pasal apa??? teringat pasal hari bapa terus dapat idea..nak tulis MASALAH KESIHATAN LELAKI..sebelum-sebelum ni pun tak pernah tulis pasal masalah kesihatan lelaki..banyak tulis pasal kanak-kanak & wanita je..so hari ni nak cerita apa produk Shaklee yang sesuai dengan masalah kesihatan lelaki hari ini.

Kadang-kadang kalau kita perasan lah..lifestyle kita sebenarnya banyak menyumbang kepada masalah kesihatan contoh tabiat makan, cara hidup yang terlalu sibuk membuatkan kita tak sempat nak bersenam. Kalau zaman dulu-dulu sakit jantung, stroke, darah tinggi & kolestrol, yang kita tahu orang umur 50 tahun keatas & jarang sangat kita dengar orang umur 30 an ni, sedang-sedang aktif bersukan, aktif hiking & macam-macam aktiviti boleh tumbang & malang sekalinya terus meninggal dunia...agak-agak kenapa ye..???

Tu belum lagi masalah kesihatan lelaki seperti :

1. Mati pucuk
2. Pembesaran prostat
3. Kelesuan
4. Kurang tenaga & stamina

Sayangi lah kesihatan & diri kita, ayah kita, abang-abang, adik-adik & suami kita..kadang-kadang penyakit ni datang tanpa diduga..sesar-sedar je dah sakit. Antara produk khas untuk masalah kesihatan lelaki adalah seperti berikut :



Mari kita lihat apakah fungsi ketiga-tiga produk ini :

1. VITA E COMPLEX ( RM 149.00/ 120 CAPS)
  • Dapat menghasilkan sperma yang banyak
  • Dapat memperbaiki kualiti & membantu pergerakkan sperma
  • Meningkatkan paras Testosteron di dalam badan

2. ZINC COMPLEX (RM 33.75/ 120 TABS)
  • Membantu meningkatkan kualiti sperma
  • Membantu mengoptimumkan kualiti fungsi prostat
  • Membantu mengurangkan potensi mendapatkan kanser prostat @ pembesaran prostat
  • Meningkatkan paras Testosteron untuk kehidupan seksual yang lebih baik
  • Mencegah masalah mati pucuk
  • Mengelakkan masalah keguguran rambut

3. OMEGA GUARD (RM 136.00/ 90 CAPS)
  • Mengandungi rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi iaitu EPA, DHA DLL
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Memelihara kesihatan otak, kesihatan serta fungsi-fungsi sendi.

Apakah kebaikkan ketiga-tiga produk ini ??? antara kebaikkannya adalah : 
  • Memperbaiki kesihatan prostat
  • Meningkatkan kesihatan & kecergasan badan
  • Memelihara jantung agar sihat
  • Membantu mengekalkan tekanan darah normal
  • Mengawal tahap kolestrol yang sihat

Sebarang pertanyaan mengenai produk ini boleh Email : julaizaharun @gmail.com
Call?SMS/WhatsApp : 017 9291087 @ 012 9950402
SID 1042062
Saya Agen Shaklee Sah area Johor Bahru & Pasir gudang




KURUS DENGAN SHAKLEE

Bila cakap pasal kurus..memang ramai yang nak kurus..saya sendiri pun kalau boleh nak maintain je berat badan sekarang..bukan apa..sebab nak rasa selesa bila bergerak..senang nak cari pakaian (saya pembeli online tegar tau.. hehehe), lagi satu kalau berjalan dengan suami tak segan sangat..sebab suami saya dari belum kawin sampai sekarang badannya maintain aje...jeless pulak..

Hari ni kalau kita tengok memang ada macam-macam jenis produk untuk kuruskan badan, TETAPI pastikan anda pilih produk yang BENAR-BENAR SELAMAT ye..di bimbangi nanti sebab nak KURUS akan menjejaskan KESIHATAN & MEMBAHAYAKAN NYAWA PULA. Sememangnya kalau nak kurus akan makan masa..tak de hari ni makan esok dah nampak kesan

Entri kali ni nak cerita tentang PRODUK CADANGAN UNTUK KURUS dari Shaklee. Di sini saya ingin tekankan kombinasi produk cadangan untuk kurus mempunyai 3 konsep utama. Bila lemak-lemak dah BAKAR..kena lah BUANG pulak ye..& seterusnya PEMBINAAN otot-otot , jangan salah faham ye..bina otot ni bukan macam 'body builder' tu..tapi lebih kepada MEMBENTUK TUBUH BADAN KITA agar lepas kurus takde la MENGGELEBEH di perut, di paha & lain-lain bahagian badan.

 3 konsep utama 

Gambar di atas ni adalah produk cadangan untuk mereka yang mempunyai budget yang mampu milik. Gambar dibawah di pulak untuk mereka yang mempunyai budget lebih..boleh la ambil complete produk untuk kurus ye...:)




Untuk complete produk untuk kurus terdapat tambahan seperti :

VITA LEA adalah multi-vitamin tertua didunia dengan 30 nutrisi harian lengkap. Antara manfaatnya adalah :
  • Penambah tenaga
  • Pelengkap nutrisi
  • Keupayaan sistem produktif
  • Metabolisma
  • Melindungi organ
ESP pula diperbuat daripada Non-GMO based soy yang tidak membahayakan kesihatan. ESP ini disarankan untuk ibu-ibu yang meyusukan anak. Terdapat banyak kelebihan ESP ini kepada ibu-ibu yang menyusukan anak & dalam masa yang sama ingin menurunkan berat badan. Antara kebaikkannya adalah :
  • Awet muda
  • Kawal berat badan
  • Baik dalam pemulihan uterus, ovari
  • Baik untuk hormon 
  • Pembekal tenaga
  • Mencantikkan kulit
  • Soya bukan GMO

CINCH SHAKE MIX pula disarankan kepada sesiapa sahaja kecuali ibu-ibu yang menyusukan, sebenarnya tida kesan buruk cuma bagi ibu-ibu yang menyusukan anak memerlukan sumber kalori yang lebih tinggi iaitu ESP. Antara kebaikkannya adalah :
  • Mengandungi Cinch Pro iaitu satu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina
  • Diperkaya dengan Leusina untuk memelihara otot
  • Terdapat 24 gram protein dalam setiap hidangan
  • Mengandungi kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap hidangan
  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal & membekalkan tenaga
  • Memberi 35% atau Lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin & mineral yang penting
  • Tiada perasa, pemanis. pewarna tiruan
  • Soya bukan GMO

CINCH ENERGY TEA MIX mempunyai banyak khasiat. Antaranya :
  • Sebagai pengalak tenaga semulajadi
  • Mempunyai Taurina yang meningkatkan tenaga & ketahanan badan
  • Pilihan alternatif terbaik pengemar kopi,soda atau manisan untuk mengekalkan kecergasan tubuh

B COMPLEX  membantu dalam sistem pertahanan tubuh &saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah & mampu mencegah anemia. Antara kebaikkan B complex adalah :
  • Membantu untuk megekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati & mulut, serta otot di dalam saluran usus gastro
  • Terlibat dalam penghasilan tenaga & berguna kemurungan & stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan
  • Diperlukan untuk pembentukkan darah, dengan itu ia membantu mencegah anemia
  • Membantu untuk megelakkan sawan, epilepsi dan membantu mengatasi keletihan & ketagihan makanan.


Sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan mengenai produk ini  atau nak tahu mana produk yang sesuai dengan budget anda boleh Email :julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402
SID 1042062
Johor Bahru



BERPANTANG DENGAN SHAKLEE

Kenapa anda perlu berpantang dengan SHAKLEE...??? dalam tempoh berpantang sama ada si ibu bersalin NORMAL @ CZER..tubuh ibu berada dalam keadaan yang sangat lemah, memerlukan penjagaan yang rapi & rehat yang secukupnya.

Kadang kala terdapat beberapa masalah ibu-ibu tidak dapat rehat yang secukupnya, antaranya termasuk lah anak terjaga waktu malam, ibu bangun untuk menyusukan anak, terpaksa menguruskan anak-anak yang lain & macam-macam lagi kan...Selain daripada ibu faktor pemakanan turut memainkan peranan yang penting dalam PROSES PEMULIHAN & PENYEMBUHAN, kadang kala ibu berpantang TIDAK BOLEH makan makanan tertentu untuk mengelakkan masalah LUKA LAMBAT SEMBUH & sebagainya.

Oleh itu, 'Makanan Tambahan' @ Supplement yang terbaik perlu diambil untuk memastikan ibu CEPAT SEMBUH, CERGAS & KEMBALI BERTENAGA semasa di dalam pantang. Antara produk SHAKLEE yang boleh dicadangkan kepada ibu berpantang adalah :


Cadangan Asas


1) B COMPLEX dengan asid folic
  • B complex sangat membantu dalam mengembalikan & meningkatkan tenaga ibu-ibu berpantang. Dalam tempoh berpantang, walaupun ibu-ibu disarankan untuk mendapatkan rehat yang mencukupi, kadang kala terdapat kekangan yang membuatkan si ibu tidak dapat berehat seperti anak meragam & sebagainya. 
  • B complex memberikan ibu tenaga luar biasa , di mana ia dapat menukarkan makanan kepada tenaga dengan cepat.
  • B complex juga mampu membantu ibu menghindari stress & menggelakkan meroyan kerana  B complex dapat meningkatkan pengaliran saraf dengan baik.

2) VITA LEA dengan Zat besi.
  • Mengandungi 23 jenis vitamin & mineral yang belum tentu kita mampu ambil dari sumber makanan harian , lebih-lebih lagi dalam dalam tempoh berpantang. Oleh itu Vita lea dapat memastikan badan kita mendapat semua vitamin bagi menambah kembali tenaga & meningkatkan kesihatan.
  • Mengandungi iron @ zat besi bagi membantu menghasilkan sel darah merah bagi menampung kehlangan darah semasa proses kelahiran.

3) VITA C 
  • Dapat memperbaiki tisu-tisu yang telah rosak sepanjang proses kehamilan & kelahiran, dalam masa yang sama dapat meningkatkan sistem pertahanan badan.
  • Vitamin C penting untuk pembentukan kolagen & kesannya kulit bertambah cantik

4) ZINC
  • Merupakan antara supplement terpenting dalam tempoh berpantang. Zinc sangat penting dalam mempercepatkan pembaikkan luka-luka luaran & dalaman. Ibu berpantang digalakkan memakan ikan haruan & ikan haruan sangat kaya dengan zinc, tetapi kadang kala untuk mendapatkan ikan haruan agak sukar. Oleh itu lebih mudah dengan mengambil kapsul zinc


Cadangan Tambahan

5) ESP (Energizing Soy Protein)
  • Membantu memberikan tenaga segera kepada ibu
  • Membina sel-sel baru
  • Menggalakkan pengeluaran susu ibu serta memekatkan susu ibu
  • Mencantikkan kulit ibu

6) OSTEMATRIX ( Kalsium) 
  • 1 biji Ostematrix = 1 gelas susu. Susu sangat penting dalam mengembalikan kekuatan tulang.
  • Ostematrix juga dapat menbantu mengatasi masalah sembelit & membantu pelawasan ibu-ibu berpantang.

Dengan adanya produk SHAKLEE yang mengandungi nutrisi lengkap ini, ibu-ibu berpantang dapat menjalani proses berpantang dengan sihat & sempurna, Selain itu ia juga dapat memastikan ibu kekal cantik, langsing, bertenaga & dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dengan sempurna.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya Pengedar Sah Shaklee Anda
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh Email : julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402 (jue)
SID 1042062
Johor Bahru











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up