Showing posts with label SIJIL HALAL SHAKLEE. Show all posts
Showing posts with label SIJIL HALAL SHAKLEE. Show all posts

SIJIL HALAL SHAKLEE

Assalamualaikum..:)

Ada orang tanya produk Shaklee ni HALAL ke???
Tak de logo HALAL pun kat botol Vitamin Shaklee ni...???
Maklum lah bukan produk Malaysia kan..mana kita tahu diorang buat macamana???

Pernah jugak sebelum ni kecoh pasal isu KAPSUL LECITHIN ada unsur yang meragukan, ada yang sanggup buang semua Vitamin Shaklee ni..

Begini ye KAPSUL Vitamin Shaklee seperti LECITHIN, OMEGA GUARD dan COQHEALTH malah kesemua Vitamin Shaklee mempunyai status HALAL yang sah.

Boleh lihat gambar di bawah ye...:)




SIAPA YANG KELUARKAN SIJIL HALAL SHAKLEE??

Sijil Halal ini di keluarkan oleh Islamic Services Of America (ISA).

ISA merupakan antara Badan Islam yang di iktiraf oleh JAKIM.
Klik juga disini : Halal Accreditation (ISA)



Di bawah ini merupakan artikel yang menjawab persoalan tentang status HALAL produk Shaklee yang ditulis oleh Abdul Rahman yang merupakan Ahli Farmasi, yang berpengalaman dalam bidang penganalisaan ubat-ubatan di Makmal Kimia Ubat

Credit to :Halalscience



Hasil carian maklumat saya di portal Biro Pengawalan Farmaseutikal
Kebangsaan (BPFK).
Produk Lecithin Shaklee yang didaftarkan pada tahun 1995
dihasilkan di kilang Syarikat Shaklee di Norman, Amerika Syarikat.
Produk Lecithin Shaklee yang terbaru pula didaftarkan pada 2012
dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville . Kilang yang sama mengeluarkan
produk-produk kesihatan lain seperti Produk GNC dan USANA yang mempunyai
persijilan Halal daripada IFANCA (Islamic Food And Nutritional Council of America).
Produk Osteomatrix Caplet Shaklee yang didaftarkan di Malaysia pada tahun 2007
juga dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville, Amerika Syarikat.
Pada awal Januari 2013 pula, Puan Imatulizah telah menghantar pertanyaan
melalui email kepada Islamic Services of America (ISA) untuk
mengesahkan kesahihan Sijil Halal Produk Shaklee.
Koordinator Perkhidmatan Halal, ISA mengesahkan Sijil Halal
Produk Shaklee adalah sah dan menjamin Shaklee akan terus
mengeluarkan produk-produk yang dijamin halal termasuklah
Produk Lecithin, Omega dan Vitamin E.
Memang sebelum ini Shaklee menggunakan kapsul daripada pembekal
di Kanada. Tetapi pada masa sekarang, Shaklee telah menggunakan
pengilang baru yang mempunyai persijilan halal sedia ada untuk
produk Shaklee pasaran Malaysia.
ISA dan IFANCA merupakan badan persijilan Halal Luar Negara yang
diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.
Oleh itu, tiada keraguan ataupun was-was bagi pengguna Muslim untuk
mengamalkan Produk Suplemen Kesihatan jenama Shaklee yang terdapat di pasaran Malaysia.
P/S : Saya bukan pengamal produk shaklee, bukan penjual, bukan pengedar dan tidak mempunyai kepentingan berkaitan produk Shaklee.
Jawapan ini sekadar menjawap persoalan-persoalan yang dihantarkan
oleh pembaca-pembaca buku tulisan saya bertajuk “Halalkah Ubat Anda?”.
Buku “Halalkah Ubat Anda?” mendedahkan lebih 90 jenis ubat-ubatan yang
mengandungi unsur daripada babi. Untuk dapatkan maklumat lanjut sila layari
www.halalscience.com

Terima kasih.
Abd Rahman Baco
Penulis
halalscience.com
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Di harapkan entri ini dapat memberi keyakinan kepada anda bahawa Produk Shaklee untuk pasaran Malaysia adalah DIJAMIN HALAL..so gunakan tanpa was-was..;) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up