Showing posts with label BILA BAYI TUMBUH GIGI. Show all posts
Showing posts with label BILA BAYI TUMBUH GIGI. Show all posts

BILA SI MANJA TUMBUH GIGI

Setiap ibu bapa mesti mengalami situasi di mana, anak akan meragam bila tumbuh gigi, betul tak??? ini perkara biasa sebenarnya. Untuk pengetahuan anda gigi bayi sudah mula terbentuk ketika janin berumur 6 minggu di dalam kandungan & seterusnya akan berkembang sehingga lah bayi tersebut lahir.




Kebiasaanya gigi di bahagian tengah bawah akan tumbuh terlebih dahulu, kemudian di ikuti gigi tengah atas, kemudian diikuti pula dengan gigi lain. Kebiasaanya apabila gigi bayi mula tumbuh bayi akan mengalami tanda-tanda seperti :

  • Bayi akan meragam, kerap menangis & lekas marah
  • Bayi akan mengalami demam
  • Bayi akan mengeluarkan air liur yang banyak
  • Bayi cenderung untuk lebih suka mengigit & mengunyah objek yang dipegang
  • Adakala akan mengalami bengkak
  • Bayi akan sering memasukkan jarinya ke dalam mulut

FUNGSI GIGI SUSU
  • Penting dalam mempengaruhi keadaan & kelancaran pertumbuhan gigi kekal.
  • Berfungsi untuk mengunyah makanan, & membantu perkembangan tulang & otot rahang
  • Membantu proses percakapan kanak-kanak & membuka ruang untuk pertumbuhan gigi kekal kanak-kanak

ELAK RISIKO JANGKITAN

Kebiasaanya Teether akan digunakan untuk merangsang pertumbuhan gigi bayi. Ini akan membuatkan bayi merasa selesa. Ibu bapa perlu mengelakkan risiko penggunaan theether seperti jangkitan @ luka. Sebaiknya ibu bapa perlu :
  • Pastikan kebersihan theether, sebaik sahaja sudah digunakan basuh dengan air panas @ bahan pencuci khas & simpan di tempat yang bersih
  • Pilih Theether yang diperbuat daripada lateks & berisi gel
  • Sesuaikan theether dengan mulut bayi
  • Pilih daripada pengeluar yang mempunyai reputasi baik.

TIPS REDAKAN NYERI GIGI BAYI

Bayi kerap berasa tidak selesa apabila tumbuh gigi hingga menyebabkan mereka meragam. Berikut merupakan panduan yang boleh digunakan bagi mengelakkan bayi meragam :
  • Ais krim buah mampu membuat gusi yang sakit terasa sejuk.
  • Pisang yang disejukkan, potong kepada bahagian yang kecil
  • Biskut theething sebagai alternatif yang cukup praktikal
  • Botol berisi air sejuk. Rasa dingin mematikan rasa nyeri pada gusi
  • Berikan theether yang telah disejukkan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee anda
Sebarang pertanyaan boleh Email : julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402
SID 1042062
Johor Bahru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up