Showing posts with label PANDUAN ATASI MASALAH TIDUR IBU HAMIL. Show all posts
Showing posts with label PANDUAN ATASI MASALAH TIDUR IBU HAMIL. Show all posts

PANDUAN ATASI MASALAH TIDUR IBU HAMIL

Saat kehamilan sememangnya akan membuat kita berasa sangat teruja, bermula dari awal kelahiran lagi para ibu akan sedaya upaya mencari maklumat tentang kehamilan. Di awal usia kadungan biasanya si ibu tidak mengalami masalah kesukaran tidur tetapi apabila usia kandungan semakin membesar, si ibu mula mengalami masalah untuk tidur lena. Kebanyakkan pakar perubatan akan meyarankan ibu-ibu untuk tidur secara mengiring terutama selepas minggu ke-16 kehamilan.

Kenapa pentingnya tidur mengiring bagi ibu hamil??

  • Memastikan bayi mendapat aliran darah dengan lancar, kerana inferior vena cava di bahagian belakang sebelah kanan tulang belakang mengembalikan darah dari tubuh bahagian bawah ke jantung.
  • Membantu buah pinggang menjalankan aktiviti perkumuhan dengan baik, dan ia dapat mengurangkan masalah pembengkakan di bahagian kaki, pergelangan kaki & tangan.






Berikut merupakan panduan yang boleh diikuti untuk atasi masalah tidur.

1. POSISI TIDUR MENGIRING KE KIRI
  • Tidur mengiring ke sebelah kiri merupakan posisi tidur terbaik yang sangat disyorkan sepanjang kehamilan, maka usahakan untuk tidur mengiring ke sebelah kiri.

2. MANDI AIR SUAM
  • Sebelum tidur mandi air suam, Rasa segar akan membuatkan anda tidur lebih lena.

3. ELAKKAN MAKAN BANYAK SEBELUM TIDUR
  • Tempoh kehamilan kadang-kadang membuatkan anda kerap lapar & adakala nya selera makan anda bertambah walaupun sudah sampai waktu tidur. Elakkan makan terlalu banyak, cuba ambil snek yang berkhasiat sebagai alternatif.

4. MINUM SUSU SUAM
  • Kandungan asid amino tryptophan di dalam susu yang meningkatkan kadar serotonim ke dalam otak akan membantu anda untuk tidur lebih nyenyak.

5. AMALAN TARIK NAFAS
  • Latihan menarik nafas dengan teratur dapat membantu mengurangkan ketegangan otot sekali gus membantu anda mendapatkan tidur dengan lebih baik. Dalam keadaan duduk, berdiri atau berbaring, tarik nafas melalui hidung secara perlahan & tahan nafas selama satu hingga dua saat. Kemudian hembus & keluarkan nafas melalui mulut perlahan-lahan. lakukan dalam 10 kali.

6. BERSENAM
  • Senaman teratur untuk elakkan kekejangan kaki. Namun, adalah tidak digalakkan untuk bersenam beberapa jam sebelum tidur kerana endorfin & adrenalin yang dirembeskan akan membuatkan mata anda kekal berjaga.

7. BANTAL YANG MENYANGGA
  • Sangga perut & pinggang dengan bantal yang bersesuaian. Ini dapat membantu menyelaraskan pinggul & tulang belakang untuk mendapatkan keselesaan berpanjangan ketika tidur.

8. SUHU BILIK
  • Kebiasaan ibu-ibu hamil akan berasa  panas & tidak selesa, ini sedikit sebanyak akan mengganggu lena tidur anda. Jadi pastikan suhu bilik anda sentiasa nyaman. Jika tidak menggunakan pendingin hawa, pastikan aliran udara di dalam bilik sentiasa lancar & tidak menimbulkan kepanasan melampau.

9. KATIL YANG SELESA
  • Pastikan katil & tilam adalah berkualiti & dalam keadaan yang baik serta dapat memberi sokongan yang baik pada tulang belakang. Sekurang-kurangnya ia membantu anda memberi sokongan yang baik pada tulang belakang

10. RUTIN TIDUR
  • Biasakan diri anda untuk melakukan rutin yang menenangkan sebelum tidur seperti mandi dengan air suam, menyapu pelembab pada bahagian kulit yang kering & baca bacaan ringan. 

11. PAKAIAN TIDUR
  • Baju tidur yang dipakai turut memainkan peranan yang penting. Pakai pakaian tidur yang mampu menyerap peluh dengan baik.

12. SUASANA BILIK TIDUR
  • Pastikan keadaan bilik tidur anda berada dalam keadaan kemas & teratur, kerana ia dapat mengundang mood tidur anda.

sumber Majalah pa&ma (Julai 2012)


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya merupakan Agen Shaklee anda Sebarang pertanyaan boleh Email : julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 0179291087 @ 012 9950402
SID 1042062
Johor Bahru
  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up