Showing posts with label MAKANAN YANG PERLU DIJAUHI OLEH IBU HAMIL. Show all posts
Showing posts with label MAKANAN YANG PERLU DIJAUHI OLEH IBU HAMIL. Show all posts

MAKANAN YANG PERLU DI JAUHI OLEH IBU HAMIL

Assalamualaikum..

Hi semua..

Hari ni nak cerita pasal MAKANAN YANG PERLU DI JAUHI OLEH IBU HAMIL.

Kebiasaanya bila hamil, selera ibu-ibu hamil ni berubah, rasa nak makan je, tengok meggi pun terliur. hehehe. Masa saya mengandung dulu pun, mak saya pun ada pesan bila mengandung ni ada makanan tertentu tak boleh makan, bertujuan untuk jaga kandungan.

Antara jenis makanan yang perlu di elakkan adalah :




1. MAKANAN / MINUMAN BERKAFEIN

  • Pengambilan makanan dan minuman berkafein seperti minuman bergas, coklat, kopi dan sebagainya boleh mendatangkan kesan buruk kepada perkembangan bayi yang tidak normal. Ia termasuklah masalah seperti bayi mempunyai kurang berat semasa di lahirkan. Malahan kafien juga di katakan mampu untuk MEROSAKAN kandungan kalsium tulang ibu hamil.








2. GULA
  • Ibu hamil perlu kurangkan pengambilan gula ketika hamil, kerana ia boleh mengakibatkan komplikasi seperti kencing manis semasa mengandung dan bayi berisiko untuk saiz besar.








3. VITAMIN A
  • Apa juga Vitamin A yang melebihi 5000iu boleh menyebabkan kecacatan muka, kepala, jantung dan saraf bayi. Anda boleh mengambil beta karotena yang banyak terkandung dalam lobak merah. Makanan yang mengandungi Vitamin A dari sumber hati haiwan perlu di elak.






4. RAKSA/MERKURI
  • Makanan laut seperti Tuna, Mecerel (kembung besar) dan beberapa jenis ikan bersaiz besar yang mengandungi kandungan raksa/merkuri yang tinggi. Kerana pengambilan makanan yang mengandungi raksa yang tinggi boleh merosakkan bayi





5. MAKANAN YANG DIPROSES
  • Antara yang popular adalah sosej. Sosej berkemungkinan mengandungi kandungan nitrat & nitrit yang tinggi. Jadi ibu-ibu hamil perlu mengurangkan pengambilannya.





6. PRODUK TENUSU
  • Susu yang TIDAK DIPASTEUR dan sesetengah keju berkemungkinan mengandungi BAKTERIA LISTERIA yang boleh menyebabkan keguguran di awal kehamilan dan kelahiran pra matang. Keju yang yang di yakini selamat adalah dari jenis keju keras seperti Cheddar, Edam dan Parmesan, Mozzarella, Feta, Marscapone dan Krim Keju.




7. KACANG TANAH
  • Sekirannya anda mempunyai sejarah ahli keluarga yang mempunyai alahan terhadap kacang maka perlu elakkan pengambilan kacang tanah. Kacang tanah merupa satu-satunya jenis kekacang yang boleh meningkatkan alahan kacang di kalangan bayi.






8. TELUR KUNING 
  • Telur kuning yang tidak di masak sempurna /separuh masak berkemungkinan mengandungi SALMONELLA. Kebiasaannya jarang memberi kesan kepada bayi tetapi mampu membuat ibu-ibu mengalami mutah yang serius, cirit-birit, demam dan dehidrasi. Pastika telur yang hendak di makan di masak sempurna/masak penuh.




9. MAKANAN MENTAH
  • Makanan mentah seperti SUSHI boleh menyebabkan komplikasi, oleh itu oleh di jauhi buat sementara waktu.
  • TOXOPLAMOSIS - penyakit yang di akibatkan oleh parasit yang terdapat dalam daging mentah dan sayuran yang tidak di cuci dengan sempurna. Boleh menyebabkan jangkita Intrauterine yang serius di kalangan bayi.
  • CIRIT BIRIT - terdapat dalam daging ayam dan telur yang tidak di masak sempurna. Membahayakan bayi jika tidak di rawat dengan segera.
  • JANGKITAN CACING - pengambilan ikan mentah boleh menyebabkan jangkitan cacing. Cacing akan memakan segala zat yang diperlukan oleh bayi.
  • KEGUGURAN, KELAHIRAN PRA MATANG & KERACUNAN - punca utama adalah di sebabkan pengambilan keju yang mengandungi bakteria listeria, kebiasaanya keju yang tidak DIPASTEUR.



Saya Agen SHAKLEE JOHOR BAHRU & PASIR GUDANG.
ID No 1042062

COD Kg Melayu Majidee, Kg Bendahara, TESCO Tebrau, AEON Tebrau, Plaza Angsana, Giant Taman Suria (Southern City), Larkin Perdana, Pasar Larkin, AEON Permas Jaya, Kip Mart Masai (Pasir Gudang)

CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM 017 9291087




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up