KENAPA BERAT BADAN SUSAH NAK TURUN??



Ada tak diantara anda sekarang ni dalam proses berdiet??? Dah berapa lama anda berdiet?? Berapa lama anda makan ubat kurus ??? tetapi berat badan masih lagi sama...MAINTAIN je. Takde perubahan. Ubat dah 4, 5 jenama tukar. tapi tak kurus-kurus makin MONTEL ada lah...SALAH UBAT ATAU SALAH ANDA???

Jom kita baca sikit KENAPA BERAT BADAN SUSUH NAK TURUN??

1. PENGAMBILAN AIR SODA 
  • Soda atau minuman bergas, memang mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi. Dalam minuman ini mengandungi 65 kalori, yang sememangnya TIDAK akan membuatkan anda kenyang. Jadi walaupun anda mengambil minuman soda, keinginan anda makan dalam kuntiti yang banyak tetap ada. Tahukah anda sekiranya anda mengambil minuman soda 2-3 gelas sehari, berkemungkinan berat badan anda akan bertambah sehingga 30% dari biasa.

2. KURANG TIDUR
  • Tidur yang kurang dari 5 jam sehari akan mempengahuri minda anda dan sekali gus mengawal keinginan untuk makan malam. Jadi semakin sikit anda tidur, semakin banyak masa untuk anda makan.

3. TIDAK BERSARAPAN
  • Seseorang yang melambatkan sarapan, berisiko sebanyak 4 kali ganda daripada orang yang mengambil sarapan untuk mendapat OBESITI. Membiarkan perut anda kosong pada waktu pagi melambatkan metabolisme badan dan menahan rasa lapar serta sekali gus menyebabkan anda makan dalam kuantiti yang banyak pada waktu tengahari.

4. MAKAN TERLALU CEPAT
  • Kunyah makanan perlahan-lahan. Sekiranya anda kunyah makanan perlahan -lahan, anda akan mengambil lebih sedikit kalori setiap kali anda makan. Sekurang-kurangnya anda memerlukan masa 20 minit untuk perut mendapat isyarat dari otak bahawa anda sudah kenyang.

5. KURANG MINUM AIR PUTIH
  • Dalam kajian, didapati sekiranya seseorang sedang berdiet mengambil air putih 2 gelas sebelum makan akan membuatkan berat badannya berkurang sebanyak 30% lebih banyak dari mereka yang tidak minum.

6. BERKAWAN DENGAN MEREKA YANG SAMA BERAT BADAN
  • Kajian di dalam New England Journal Of Medicine menunjukkan seseorang itu lebih cenderung untuk menjadi obesiti apabila mereka berkawan dengan mereka yang ada obesiti. Ini tidak bermaksud anda tidak boleh berkawan dengan mereka tetapi gaya hidup dan pola pemakanan sangat mempengaruhi anda. 
  • So apa perlu anda lakukan ubah mereka dengan mengajak bersenam bersama dan ubah pola pemakanan yang sihat.

7. MAKAN KETIKA STRESS / TERTEKAN
  • Ada diantara kita ketika stress akan makan makanan yang manis, bertujuan untuk menghilangkan stress. Jadi ketika keinginan makan makanan manis datang ketika stress, alihkan fikiran dengan melakukan akitiviti senaman atau tidur.

8. KURANGKAN PENGAMBILAN KARBOHIDRAT
  • Pengambilan karbohidrat seperti mee, nasi putih dapat meningkatkan hormon serotinin yang menyebabkan anda ingin makan lagi. Jadi gantikan karbohidrat sederhana dengan karbohidrat kompleks seperti beras perang atau oatmeal.

9. MAKAN DALAM KUANTITI YANG BANYAK
  • seseorang yang makan dalam kuantiti yang besar boleh menambah kalori dalam bada sebanyak 50% berbanding dengan mereka yang makan dalam kunatiti yang kecil dan kunyah secara perlahan-lahan.

10. MALAS BERSENAM
  • Walaupun telah mengurangkan pengambilan makanan, tetapi mungkin tidak dapat mengecilkan bahagian pinggang anda yang berlemak tanpa senaman. Senang cerita badan cepat naik kalau malas bersenam.

11. MAKAN LEWAT MALAM
  • Mengikut kajian daripada Journal Obesity, seseorang yang makan selepas jam 8 malam akan mendapat lebih banyak kalori. Jadi jika keinginan anda untuk makan waktu tengah malam itu sedang menggila, carilah makanan yang rendah kandungan gula dan lemak seperti susu rendah lemak, air masak, buah-buahan atau roti oatmeal. 


Saya agen SHAKLEE Johor Bahru & Pasir Gudang
COD area KG Melayu Majidee, Kg Bendahara, Tesco Tebrau, Aeon Tebrau, Aeon Permas jaya, Plaza Angsana, Larkin Perdana, Pasar Larkin, Giant taman suria, Kip Mart pasir gudang
Email : julaizaharun@gmail.com
Call/ SMS/Whatsapp/ Telegram 017 9291087
ID 1042062

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up