Showing posts with label WARNA URIN PETUNJUK KESIHATAN ANDA. Show all posts
Showing posts with label WARNA URIN PETUNJUK KESIHATAN ANDA. Show all posts

WARNA URIN PETUNJUK KESIHATAN ANDA

Hi semua...hari ni saya nak share info mengenai WARNA URIN..untuk pengetahuan anda sebenarnya penting untuk kita tahu warna urin kita. Warna urin merupakan petunjuk tahap kesihatan kita. Tak percaya??? Tahukah anda seelok-elok warna urin adalah URIN BERWANA KUNING PUCAT. jom baca selanjutnya :





1. URIN BERWARNA JERNIH
  • Bermaksud air dalam tubuh anda lebih dari cukup. Ini adalah baik untuk anda. Walau bagaimanapun air kencing yang jernih ini boleh juga disebabkan oleh HEPATITIS & DIABETES. Jadi berwaspadalah.

2. URIN BERWARNA KUNING TERANG
  • Disebabkan oleh pengambilan supplement tambahan seperti Vitamin B2 dan Riboflavin. Jangan panik & jangan risau ye..ini menunjukkan tubuh anda menggunakan vitamin tersebut dengan betul.

3. URIN BERWARNA OREN
  • Pengambilan ubat-ubatan tertentu menyebabkan urin berwarna oren. Urin berwarna oren juga disebabkan oleh DEHIDRASI atau tubuh tidak cukup air. Kurangnya air dalam tubuh menyebabkan konsentrasi urochrome menjadi pekat.

4. URIN BERWARNA KUNING GELAP.
  • Warna urin menjadi kuning gelap ini merupakan petanda anda mengalami DEHIDRASI (tidak cukup air) yang teruk.

5. URIN BERWARNA HIJAU
  • Berkemungkinan terdapat jangkitan pada pundi kencing. Jika berwarna hijau terang, ia disebabkan oleh Vitamin B berlebihan. Pewarna makanan juga boleh menyebabkan urin bertukar warna hijau. Bahkan makanan semulajadi seperti asparagus juga boleh menyebabkan urin berwarna hijau.

6. URIN BERWARNA BIRU
  • Kemungkinan ada jangkitan pada pundi kencing atau kerana Vitamin B & kalsium berlebihan. Ubat-ubatan tertentu juga boleh menyebabkan urin berwarna biru.

7. URIN BERWARNA COKLAT
  • Menunjukkan tahap kesihatan yang teruk. Jika urin berwarna coklat gelap segera lah berjumpa doktor. Ini berkemungkinan petanda penyakit hepatitis, buah pinggang, Hemolytic anemia dan lain-lain.

8. URIN BERWARNA MERAH PUCAT
  • Jika urin berwarna merah pucat berkemungkinan ada darah dalam urin tersebut. kehadiran darah dalam urin tersebut mungkin disebabkan oleh jangkitan saluran kencing, batu karang, penyakit buah pinggang atau ketumbuhan pada pundi kencing.

Sumber : www.PerenLee.com

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya merupakan Agen Shaklee anda, Sebarang pertanyaan boleh Email : julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402
SID 1042062
Johor Bahru


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up