Showing posts with label PENYAKIT LUPUS @ SLE. Show all posts
Showing posts with label PENYAKIT LUPUS @ SLE. Show all posts

PENYAKIT LUPUS @ SLE

APA ITU PENYAKIT SLE??


  • Penyakit Lupus atau Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) adalah penyakit Auto- imun, dimana antibodi seseorang bertindak balas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri.  Ini boleh menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf,  atau organ-organ lain dalam badan. 
  • Gejala biasa yang dialami oleh penghidap SLE adalah radang kulit & sakit sendi (Arthritis), selalunya diiringi keletihan & demam. Penyakit ini ada masanya tidak aktif, iaitu dapat dikawal ( remission) & adamasanya aktif ( relapse)




JENIS-JENIS LUPUS

1) Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) 
  • Yang biasa kita dengar & ketahui, gejalanya sama ada mungkin sederha @ serius.
  • Biasanya menyerang mereka yang berumur 15 hingga 45 tahun
  • Walaubagaimana pun terdapat sebilangan kecil penghidap adalah kanak-kanak & mereka yg berumur lebih 45 tahun.
2) Diskoid Lupus Eritematosus (DLE)
  • Penyakit kulit yang kronik dimana terdapat tompok-tompok merah (malar rash) dimuka, badan, kulit kepala, kaki & tangan.
  • Kulit akan menjadi tebal & bersisik serta akan meninggal parut. 
  • Sebilangan kecil mereka yang menghidap DLE boleh mendapat SLE
3) Lupus Neonatal
  • Keadaan yang boleh berlaku kepada bayi yang bari dilahirkan oleh Pesakit SLE, kemungkinan disebabkan oleh auto-antibodi didalam darah ibu yg dipanggil anti-Ro (SSA) & anti- La (SSB).
  • Akibatnya, bayi akan mengalami keradangan kulit, masalah hati & masalah darah (low blood count). 
  • Gejala ini akan hilang sedikit demi sedikit dalam masa beberapa bulan.Walaubagaimanapun kes ini jarang ditemui.
  • Bayi yang lahir dengan masalah Lupus Neonatal berkemungkinan juga mengalami masalah jantung yang menganggu masalah jantung.

TANDA-TANDA & GEJALA SLE
  • Sakit pada sendi
  • Demam berlarutan
  • Lesu
  • Ruam pada kulit muka & badan
  • Anemia
  • Sensitif pada cahaya matahari
  • Ulser mulut
  • Keguguran rambut

PUNCA SLE
  • Jangkitan virus
  • Hormon
  • Faktor persekitaran
  • Keturunan

PANDUAN PESAKIT SLE
  • Diet - Kenali makanan yang sesuai dengan sitem pertahanan tubuh sendiri & makanan harus seimbang & berkhasiat.
  • Senaman - Ia membantu memperbaiki pergerakkan sendi tetapi jangan melakukan senaman yang lasak.
  • Tekanan - Elakkan tekanan kerana ia boleh menyebabkan penyakit ini menjadi aktif, sebaiknya sentiasa berfikiran positif
  • Perlindungan Kulit - Sapukan perlindung daripada sinaran matahari SPF
  • Gunakan payung, topi @ baju lengan panjang bagi mengelakkan terkena pancaran matahari
  • Pakai cermin mata hitam
  • Ubat-ubatan - Makan ubat mengikut arahan doktor 
  • Jangan makan ubat hospital bersama ubat-ubatan lain kerana dikhuatiri, wujud tindak balas ubat-ubatan.
  • Rawatan susulan - Patuhi jadual susulan yang telah ditetapkan


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee anda
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee Email : julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402 
SID 1042062
Johor Bahru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up