SENAMAN KHAS UNTUK IBU HAMIL

Ibu hamil perlu bersenam ke??? mestilah perlu..tapi tak ada lah macam orang biasa bersenam macam jogging, berlari & sebagainya. Sebenarnya semasa mengandung pun ibu-ibu perlu bersenam tetapi kenalah senaman yang bersesuaian dengan ibu hamil. Majalah Rapi (1 jan 2013/bil 203), "Antara kebaikkan bersenam semasa hamil adalah mengurangkan masalah sakit belakang, meregangkan otot-otot tubuh serta dapat menenangkan minda & dalam masa yang sama dapat meningkatkan stamina".



MENGAPA SENAMAN BAIK UNTUK IBU HAMIL
  • Membantu mempersiapkan diri anda untuk bersalin dengan memperkukuhkan otot-otot, membina ketahanan, serta dapat mengembalikan bentuk badan asal seperti sebelum hamil.
  • Mengekalkan kehidupan aktif semasa hamil.Badan mengelurkan hormon 'relaxin' semasa mengandung yang akan melonggarkan sendi-sendi sebagai persediaan untuk bersalin.
  • Dengan melakukan senaman dapat mengurangkan anda mengalami sakit pinggang, kekejangan kaki, sembelit & juga kekurangan oksigen untuk bernafas serta dalam masa yang sama anda berupaya untuk menampung berat badan yang makin bertambah.
  • Banyak kajian menunjukkan senaman ketika hamil dapat membantu memudahkan proses bersalin kerana ibu-ibu mempunyai tenaga yang kuat semasa proses kelahiran. Ini adalah kerana dengan bersenam aliran darah akan menjadi lebih lancar.
  • Senaman boleh dilakukan pada waktu pagi & tengahari diantara 15 ke 30 minit mengikut kemampuan masing-masing. Manakala jenis senaman pula perlulah bersifat lembut & sederhana. 
  • SEELOKNYA DAPATKAN NASIHAT DOKTOR SEBELUM MENCUBA SEBARANG PROGRAM SENAMAN.
JENIS-JENIS SENAMAN YANG SESUAI UNTUK IBU HAMIL
  • Senaman leher
  • Senaman tangan
  • Senaman kaki
  • Senaman pernafasan
  • Senaman abdomen (perut)
  • Senaman regangan
  • Senaman peredaran darah
  • Senaman pelvis (senaman mengangkat punggung)
  • Senaman otot-otot pelvis (senaman otot-otot punggung)
Berjalan, berjoging, berenang & menghadiri kelas antenatal sangat digalakkan kepada ibu-ibu hamil. Setiap senaman dilakukan mesti secara sederhana & tidak berlebihan. HENTIKAN senaman sekiranya terjadi perkara yang tidak normal seperti pendarahan, sakit menusuk di bahagian perut, kehilangan nafas, keletihan melampau @ sebarang keadaan tidak normal yang lain & segeralah berhubung dengan doktor.

Sumber : Majalah Rapi (Jan 2013/Bil 203)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Saya Pengedar Sah Shaklee anda. Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh 
Call/SMS/WhatsApp : 017 9291087 @ 012 9950402
SID 1042062
Johor Bahru


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up