BAGAIMANA MENANGANI ANAK SI 'PICKY EATERS'???

Setiap kali tiba waktu makan ibu-ibu akan stress !!!sebab apa ye??? anak susah nak makan, terlalu cerewet & tiada selera makan. Mungkin anak anda tergolong dalam golongan 'picky eaters' iaitu anak yang sangat cerewet & memilih makanan tertentu. Jom baca tips-tips untuk menangani si 'picky eaters' :



1) JANGAN PAKSA ANAK ANDA MAKAN
  • Jika anak anda tidak lapar, jangan paksa mereka untuk makan, bagi mereka masa & jangan merasuah mereka (contoh kalau makan nasi dapat Jajan)  rasuah anda akan memburukkan lagi keadaan. Lebih teruk lagi anak anda akan merasakan waktu makan adalah masa yang sangat "menakutkan". Hidangkan makan dalam kuantiti yang sedikit dahulu bagi mengelakkan anak-anak rasa 'terpaksa' makan.


2) KONSISTEN & TEGAS
  • Ibu bapa haru memastikan waktu makan sama setiap hari, hidangan 3 jenis hidangan sihat setiap hari & makanan ringan yang sihat di antara waktu makan. Pelbagaikan jenis makanan yang sihat, bagi mengelakkan mereka makan makanan ringan. Tetapkan waktu tertentu untuk minum jus & susu. Pastikan latih anak anda minum air selepas makan bukan berselang seli makan & minum air.


3) BERHATI & SABAR DALAM MENCUBA MAKANAN BARU
  • Kebiasaannya apabila anda menghidangkan makanan baru yang anak-anak tidak pernah makan, mereka akan memegang & rasa terlebih dahulu  & mungkin juga akan meluah semula. Apa yang perlu anda lakukan adalah menghidangkan makanan tersebut berulang kali. Galakkan anak anda bercakap tentang warna makanan, bentuk, rasa & bau. Hidangkan makanan baru dengan makanan kegemaran mereka.


4) JADIKAN MAKAN ITU MENYERONOKKAN
  • Perlu kreatif untuk menarik minat si 'picky eaters' & jadikan waktu makan masa yang ditunggu-tunggu. Hidangkan dalam bentuk yang menarik & hiaskan.


5) MASAK BERSAMA ANAK ANDA
  • Bagi menarik minat mereka untuk makan, anda boleh mempelawa anak anda untuk membantu anda memasak. Dari situ anda boleh tahu apa yang mereka ingin makan. 


6) JADILAH CONTOH KEPADA ANAK ANDA
  • Pastikan ibu bapa menjadi contoh terbaik kepada anak-anak. Sekiranya kita ingin melihat anak kita makan makanan yang sihat, pastikan anda pun makan makanan yang sihat juga. Anak umpama cermin bagi diri kita, apa yang kita makan, anak-anak akan makan.


7) TUTUP TV KETIKA MAKAN
  • Jangan sesekali makan sambil menonton Tv, kerana ini akan menganggu tumpuan mereka untuk menghabiskan makanan mereka. Sebaiknya tutup tv, disiplinkan anak anda, waktu makan mesti berada di meja makan supaya mereka boleh fokus kepada makanan. Harus di ingat iklan makanan di tv banyak memberi impak dalam mempergaruhi keinginan anak terhadap makanan yang tidak sihat.


8) BIARKAN ANAK MAKAN SENDIRI
  • Sekirannya anak anda sudah pandai memasukkan makanan ke dalam mulut, biarkan mereka menyuap makanan mereka sendiri. Sedikit sebanyak ini akan menarik minat mereka untuk makan. Anda tak perlu risau kalau mereka makan bersepah, ini lagi baik dari mereka tak nak makan langsung.


9) JANGAN BAGI PILIHAN KEPADA ANAK.
  • Menyediakan hidangan berasingan kepada anak anda setelah mereka menolak makanan yang asal akan menyebabkan menjadi lebih 'picky eaters'. Teruskan menyediakan makanan yang sihat sehingga menjadi kebiasaan kepada anak anda. 

harap-harap tips ni dapat membantu ibu-ibu dalam usaha untuk menangani anak-anak yang di kategorikan sebagai 'picky eaters'...jangan putus asa & sentiasa berusaha google resepi baru..amalkan supplement bagi menambah selera makan anak-anak...


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up