Setiap ibu bapa Menginginkan anak-anak sentiasa membesar dengan sihat..betul tak??? Salah satu faktor anak-anak membesar dengan sihat adalah melalui pemakanan. Namun begitu, perubahan zaman telah mewujudkan pelbagai jenis makanan yang TIDAK SIHAT untuk pertumbuhan kanak-kanak. Antaranya, FAST FOOD, SNEK-SNEK RINGAN & macam-macam lagi.
TAHUKAH ANDA???? Terdapat 5 jenis makanan yang perlu dielakkan dari kanak-kanak tetapi kebiasaan selalu diberikan kepada kanak-kanak di Malaysia samada untuk breakfast, lunch atau dinner.
1) BIJIRIN UNTUK SARAPAN PAGI
- Yang ni memang dah menjadi kebiasaan kepada ibu bapa di Malaysia untuk anak-anak bersarapan pagi, termasuk juga saya dulu-dulu la. Pengaruh iklan di TV & pembungkusan memang menarik perhatian kanak-kanak. Hakikatnya, kuantiti gula adalah amat tinggi & melebihi keperluan kanak-kanak.
2) DAGING PROSES
- Mudah disediakan & cepat...keluar dari peti ais, defrost & masak. TETAPI perasan tak daging ini fungsinya macam span menyerap minyak masak semasa menggoreng & ditambah lagi dengan bahan pengawet. Ini akan meningkatkan risiko penyakit jantung & kanser. Memang kesan tidak drastik tetapi untuk jangka masa panjang.
3) KENTANG GORENG
- Langsung tiada khasiat tetapi sangat digemari oleh kanak-kank & juga orang dewasa. Apa yang ada pada kentang goreng hanyalah LEMAK & GARAM yang amat tinggi!!!!
4) PIZZA
- Kebiasaanya kalau di bandar-bandar makanan segera seperti pizza memang tidak asing lagi..paling senang & mudah nak dapat...telefon, order & hantar ke rumah. Namun, sememangnya tidak sihat bahan pengawet serta kandungan kalori & lemak yang tinggi.
5) SNEK RINGAN / KEROPOK
- Kebanyakkan makan ini dihasikan daripada tepung yang diproses , ditambah pengawet, pewarna, perasa sintetik & minyak yang meningkatkan tahap kolestrol.
Oleh itu, sebagai ibu bapa seharusnya memantau pemakanan anak-anak. Nak stop serta merta memang tak boleh, tetapi tak salah kalau cuba kurangkan sedikit demi sedikit..bukan untuk orang lain untuk anak & diri sendiri jugak...:)
0 comments:
Post a Comment