- Penyakit Lupus atau Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) adalah penyakit Auto- imun, dimana antibodi seseorang bertindak balas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini boleh menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain dalam badan.
- Gejala biasa yang dialami oleh penghidap SLE adalah radang kulit & sakit sendi (Arthritis), selalunya diiringi keletihan & demam. Penyakit ini ada masanya tidak aktif, iaitu dapat dikawal ( remission) & adamasanya aktif ( relapse)
JENIS-JENIS LUPUS
1) Sistemik Lupus Eritematosus (SLE)
- Yang biasa kita dengar & ketahui, gejalanya sama ada mungkin sederha @ serius.
- Biasanya menyerang mereka yang berumur 15 hingga 45 tahun
- Walaubagaimana pun terdapat sebilangan kecil penghidap adalah kanak-kanak & mereka yg berumur lebih 45 tahun.
- Penyakit kulit yang kronik dimana terdapat tompok-tompok merah (malar rash) dimuka, badan, kulit kepala, kaki & tangan.
- Kulit akan menjadi tebal & bersisik serta akan meninggal parut.
- Sebilangan kecil mereka yang menghidap DLE boleh mendapat SLE
3) Lupus Neonatal
- Keadaan yang boleh berlaku kepada bayi yang bari dilahirkan oleh Pesakit SLE, kemungkinan disebabkan oleh auto-antibodi didalam darah ibu yg dipanggil anti-Ro (SSA) & anti- La (SSB).
- Akibatnya, bayi akan mengalami keradangan kulit, masalah hati & masalah darah (low blood count).
- Gejala ini akan hilang sedikit demi sedikit dalam masa beberapa bulan.Walaubagaimanapun kes ini jarang ditemui.
- Bayi yang lahir dengan masalah Lupus Neonatal berkemungkinan juga mengalami masalah jantung yang menganggu masalah jantung.
TANDA-TANDA & GEJALA SLE
- Sakit pada sendi
- Demam berlarutan
- Lesu
- Ruam pada kulit muka & badan
- Anemia
- Sensitif pada cahaya matahari
- Ulser mulut
- Keguguran rambut
PUNCA SLE
- Jangkitan virus
- Hormon
- Faktor persekitaran
- Keturunan
PANDUAN PESAKIT SLE
- Diet - Kenali makanan yang sesuai dengan sitem pertahanan tubuh sendiri & makanan harus seimbang & berkhasiat.
- Senaman - Ia membantu memperbaiki pergerakkan sendi tetapi jangan melakukan senaman yang lasak.
- Tekanan - Elakkan tekanan kerana ia boleh menyebabkan penyakit ini menjadi aktif, sebaiknya sentiasa berfikiran positif
- Perlindungan Kulit - Sapukan perlindung daripada sinaran matahari SPF
- Gunakan payung, topi @ baju lengan panjang bagi mengelakkan terkena pancaran matahari
- Pakai cermin mata hitam
- Ubat-ubatan - Makan ubat mengikut arahan doktor
- Jangan makan ubat hospital bersama ubat-ubatan lain kerana dikhuatiri, wujud tindak balas ubat-ubatan.
- Rawatan susulan - Patuhi jadual susulan yang telah ditetapkan
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee anda
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee Email : julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402
SID 1042062
Johor Bahru
0 comments:
Post a Comment