Selalunya minuman berkafein akan dikaitkan dengan 'kopi'. Apa yang kita tahu kopi semamangnya mengandungi kafein & ibu bapa sememangnya tidak akan mengalakkan anak-anak untuk minum kopi..betul tak??? Tetapi TAHUKAH anda... kafein bukan sahaja ada dalam kopi...minuman ringan bergas, coklat, teh, ais krim & ubatan melegakan sakit juga mengandungi kafein, secara sengaja @ tidak sengaja kita telah memberi minuman berkafein kepada anak-anak tanpa kita sedari.
Minuman ringan
coklat
Ais krim
Di kanada terdapat garis panduan yang menyarankan kanak-kanak prasekolah mengambil kafein kurang daripada 45 miligram sehari. Ini setara dengan jumlah kafein yang didapati dalam 355 miligram dalam minuman bergas & 4 kepingan (seberat 43 gram) dalam coklat bersusu.
Kafein adalah bahan semulajadi yang dikeluarkan pada bahagian daun & biji kebanyakkan tumbuhan. Ia juga dihasilkan secara tiruan yang ditambah pada jenis makanan tertentu.
Kafein bertindak serupa kepada kanak-kanak mahupun orang dewasa. Ia merangsang sistem saraf utama. Pada tahap paling rendah, ia membuatkan pengambil kafein berasa lebih peka & cergas.
Bagaimanapun pengambilan kafein yang berlebihan mampu mengundang masalah seperti gementar, sakit perut, pening, sukar memberi tumpuan, sukar tidur serta peningkatan kadar degupan jantung & tekanan darah.
Kesan ini turut akan di hadapi oleh kanak-kanak walaupun hanya sedikit sahaja pengambilan kafein. Pengambilan kafein dikalangan kanak-kanak juga harus dihadkan kerana :
- Akan meningkatkan risiko kegemukkan melampau sebanyak 60% Contohnya pengambilan minuman ringan manis setiap hari.
- Pengambilan yang berlebihan akan membuat kanak-kanak kurang mendapat khasiat untuk pembentukkan tulang & gigi
- Kafein bersifat diuretik yang menyebabkan tubuh menyingkirkan air (melalui pembuangan air kecil).
Diharap perkongsian ini dapat dijadikan panduan untuk kita bersama.
0 comments:
Post a Comment