TIPS 1 : PILIH PEMBERSIH WAJAH YANG SESUAI
Gunakan pembersih wajah berasaskan air, tekstur gel, minyak @ busa lembut. Elakkan lah pembersih wajah berbentuk sabun @ berbuku kerana ia mengandungi detergen yang membuatkan kulit semakin kering. Bagi kesan maksimum, anda digalakkan memilih pembersih yang mengandungi mineral tanah liat, ia dapat menyerap lebihan minyak pada wajah tanpa membuat kulir kering.
TIPS 2 : GUNA PENYEGAR
Selepas membersihkan wajah, disiplinkan diri untuk menggunakan penyegar. Pilih penyegar yang mengandungi antioksidan, berasaskan air @ gliserin. Ia membuatkan kulit wajah segar & menyeimbangkan minyak. Anda disarankan untuk memilih penyegar khas untuk kulit kombinasi yang tidak mengandungi alkohol.
TIPS 3 : PELEMBAP KHAS
Sapu pelembap secara konsisten, 2 kali sehari terutama dibahagian yang kering iaitu disekitar mata, bibir & pipi. Namun dikawasan zon T yang berminyak, sapukan krim pelembap secara nipis. Pilih pelembap bertekstur gel @ losen yang mengandungi lebihan air untuk melembapkan kulit yang kering tanpa membuatkannya lebih berminyak.
TIPS 4 : ALAS BEDAK YANG SESUAI
Bagi yang mempunyai kulit kombinasi, pilihlah alas bedak yang jenis matte atau pressed powder yang mengandungi tabir suria minimum SPF 15. Ia membantu mengawal lebihan minyak & mengelakkan kulit menjadi lebih kering.
TIPS 5 : KRIM PERLINDUNGAN CAHAYA MATAHARI
Jika tidak menggunakan alas bedak, anda digalakkan pakai krim perlindungan cahaya matahari berfomula titanium dioxide, zinc oxcide @ avobenzone. Kombinasi bahan ini sangat sesuai untuk wanita yang mempunyai jenis kulit kombinasi. Pemilihan produk yang tepat akan membuatkan kulit halus, licin, lembap & tona menjadi lebih sekata.
TIPS 6 : BEDAK TABUR
Untuk menampilah lebih natural, gunakan bedak tabur. Ia mudah meresap & membuatkan kulit licin sekata. Litupannya lebih sempurna & tidak bercapuk. Sekiranya anda yang mengemari bedak padat, pilih bedak yang bebas minyak, noncomedogenic & hypoallergenic.
TIPS 7 : MASKER WAJAH
Masker yang berasaskan bahan semulajadi seperti timun, tomato & lidah buaya amat sesuai untuk anda si kulit kombinasi. Pilih masker berbentuk gel @ clay mask untuk kawasan berminyak (dagu, dahi & hidung) dan masker krim khusus bahagian wajah yang kering (pipi, mata & bibir).
TIPS 8 : SUPPLEMEN
Walaupun menggunakan produk kecantikkan, anda digalakkan mengambil supplemen. Produk kecantikkan kebanyakkan hanya merawat luaran, supplemen pula merawat dalaman. Amalkan supplemen seperti Vitamin A, C, E & Zinc. Supplemen membekalkan nutrien yang mencukupi untuk tubuh & menyalurkan khasiat tersebut pada seluruh anggota badan termasuk wajah.
TIPS 9 : PERAWATAN MALAM
Penjagaan wajah pada malam hari sangat penting. Selepas membersihkan wajah, sapukan penyegar diikuti krim malam & krim mata. Pilih produk krim malam yang mengandungi tretinoin, Ia membantu pertumbuhan sel baru ketika anda tidur. Jenis gel @ losen adalah pilihan terbaik.
TIPS 10 : MINUM AIR SECUKUPNYA
Jangan lupa amalkan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air yang mencukupi akan membantu wajah tampak berseri, segar & lembap.
PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN
- Elakkan membersihkan wajah terlalu kerap kerana ini akan menyebabkan kulit bertambah kering. Memadai dengan membersihkan wajah 2 kali sehari sahaja.
- Gunakan tisu khas untuk menyerap lebihan minyak pada wajah.
- Jika mempunyai busget lebih, boleh la lakukan rawatan pengelupasan di spa
- Jangan sesekali picit jerawat @ menyentuh wajah dengan tangan yang kotor. Ia akan menyebabkan jangkitan kuman & parut
Sumber : Majalah wanita ( Bil 1581/Mac 2014)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee anda
Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee boleh Email : julaizah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402
SID 1042062
Johor Bahru
0 comments:
Post a Comment