MENGAPA SENAMAN BAIK UNTUK IBU HAMIL
- Membantu mempersiapkan diri anda untuk bersalin dengan memperkukuhkan otot-otot, membina ketahanan, serta dapat mengembalikan bentuk badan asal seperti sebelum hamil.
- Mengekalkan kehidupan aktif semasa hamil.Badan mengelurkan hormon 'relaxin' semasa mengandung yang akan melonggarkan sendi-sendi sebagai persediaan untuk bersalin.
- Dengan melakukan senaman dapat mengurangkan anda mengalami sakit pinggang, kekejangan kaki, sembelit & juga kekurangan oksigen untuk bernafas serta dalam masa yang sama anda berupaya untuk menampung berat badan yang makin bertambah.
- Banyak kajian menunjukkan senaman ketika hamil dapat membantu memudahkan proses bersalin kerana ibu-ibu mempunyai tenaga yang kuat semasa proses kelahiran. Ini adalah kerana dengan bersenam aliran darah akan menjadi lebih lancar.
- Senaman boleh dilakukan pada waktu pagi & tengahari diantara 15 ke 30 minit mengikut kemampuan masing-masing. Manakala jenis senaman pula perlulah bersifat lembut & sederhana.
- SEELOKNYA DAPATKAN NASIHAT DOKTOR SEBELUM MENCUBA SEBARANG PROGRAM SENAMAN.
JENIS-JENIS SENAMAN YANG SESUAI UNTUK IBU HAMIL
- Senaman leher
- Senaman tangan
- Senaman kaki
- Senaman pernafasan
- Senaman abdomen (perut)
- Senaman regangan
- Senaman peredaran darah
- Senaman pelvis (senaman mengangkat punggung)
- Senaman otot-otot pelvis (senaman otot-otot punggung)
Berjalan, berjoging, berenang & menghadiri kelas antenatal sangat digalakkan kepada ibu-ibu hamil. Setiap senaman dilakukan mesti secara sederhana & tidak berlebihan. HENTIKAN senaman sekiranya terjadi perkara yang tidak normal seperti pendarahan, sakit menusuk di bahagian perut, kehilangan nafas, keletihan melampau @ sebarang keadaan tidak normal yang lain & segeralah berhubung dengan doktor.
Sumber : Majalah Rapi (Jan 2013/Bil 203)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya Pengedar Sah Shaklee anda. Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh
Email : julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp : 017 9291087 @ 012 9950402
SID 1042062
Johor Bahru