CARA MANDIKAN BABY DENGAN BETUL

Hi..semua selamat hari raya aidilfitri..masih dalam mood raya...??? baru semalam balik dari pahang. 2 minggu blog ni tak de entri baru...Hari ni saya nak cerita CARA MANDIKAN BABY DENGAN BETUL..insya allah saya kongsikan cara & tips ni untuk bakal-bakal ibu & untuk diri saya sendiri.



Cara pegang baby dengan betul ketika mandikan baby

Cara pegang baby dengan betul ketika mandikan baby




Antara panduan untuk memandikan baby adalah :

  1. Masukkan air suam kedalam besen mandi baby, periksa air dengan termometer atau pun dengan menggunakan siku. JANGAN sesekali menggunakan air sejuk kerana suhu badan baby akan menurun atau hipotermia, serta berisiko untuk terkena sawan. Anda juga tidak disarankan untuk membuka kipas untuk tujuan menyejukkan baby.
  2. Waktu yang sesuai untuk memandikan baby adalah di antara pukul 10 pagi dan 5 petang.
  3. Selepas mandi jangan biarkan baby dalam keadaan bogel, sebaiknya bedung atau balut baby dengan napkin untuk mengelakkan baby berasa sejuk.

Antara langkah yang perlu dilakukan adalah :

Langkah 1
  • Cuci muka baby dengan kapas atau sapu tangan yang yang telah di celup dengan air suam. Lap di bahagian mata terlebih dahulu

Langkah 2
  • Bersihkan kepala baby, ampu kepala baby dan kepitkan telinga baby dengan jari bertujuan untuk mengelakkan air masuk kedalam telinga. Letakkan sedikit syampu dan gosok kepala baby perlahan-lahan, ketika ini sikat rambut baby untuk mengeluarkan lendir yang melekat. Kemudian keringkan.

Langkah 3
  • Siram badan baby sedikit demi sedikit, gosok badan baby dengan sabun di bahagian pelipat seperti peha, ketiak, kaki dan punngung. Kemudian bilas dengan air dan keringkan

Langkah 4
  • Sekiranya tali pusat baby belum tertanggal, bersihkan tali pusat sebelum baby dipakaikan dengan baju. Gunakan kapas yang bersih bersama air suam atau ubat cucian khas tali pusat. Bersihkan tali pusat dari atas ke bawah kemudian lap sekeliling tali pusat dan bersihkan klip tali pusat. INGAT satu kapas untuk satu kali lap untuk mengelakkan jangkitan. Pastikan tali pusat sentiasa bersih dan kering, jangan sapukan sebarang minyak, bedak, ubat atau pelembap yang tidak disarankan oleh doktor.

Langkah 5
  • Sapukan losyen dan bedak ke badan baby serta pakaikan pakaian. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya merupakan Agent Shaklee berdaftar di kawasan Johor Bahru & Pasir Gudang
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh Email : julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up