APAKAH MAKSUD SENGGUGUT?
SENGGUGUT adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid/peroid.
Pelvis adalah tempat dimana organ-organ seperti rahim, ovari (kilang telur), saluran falopio dan pundi kencing berada.
Dalam bahasa inggeris, SENGGUGUT dipanggil 'dysmenorrhoea'. Lazimnya SENGGUGUT terbahagi kepada 2 jenis.
SENGGUGUT PRIMER
- Senggugut ini berlaku kepada kebanyakkan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di Pelvis dan Rahim, setelah di periksa oleh doktor.
- Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula. Tetapi ia juga boleh berlaku kepada wanita yang masih subur.
SENGGUGUT SEKUNDER
- Senggugut ini disebabkan oleh patologi pelvis dan rahim yang biasanya berlaku dikalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur.
- Antara sebab-sebabnya adalah :
- Penyakit Endometriosis. Penyakit ini dihidapi oleh 5-15% wanitayang mempunyai haid
- Cyst ovari dan tumor
- Fibroid ( kebengkakan pada rahim). Kesakitan ini berlaku apabila kedatangan haid yang banyak
- Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur (penyakit radang pelvis)
- Kongenital. ( contoh rahim bicornuate, rahim subsepta)
- Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD). Senggugut berkemungkinan boleh jadi lebih teruk semasa penggunaan ini pada sebilangan kecil wanita.
EPIDEMIOLOGI
- Lebih dari 60% perempuan remaja mengalami senggugut primer. 1 dalam 10 wanita mengalami kesakitan yang teruk sehingga mengganggu aktiviti seharian mereka.
- Kebiasaanyan ia adalah lebih kerap berlaku kepada seseorang yang merokok, mereka yang akil baligh lebih awal, dan mempunyai haid yang banyak.
- Senggugut adalah lebih jarang berlaku kepada wanita yang pernah atau lepas bersalin, dan yang mereka yang menggunakan pil perancang.
TANDA-TANDA
Sekirannya anda mempunyai tanda-tanda seperti berikut, segeralah berjumpa dengan doktor.
Kesakitan di bawah bahagian perut. Kesakitan ini biasanya sederhana dan mengejang, yang boleh merebak kebahagian belakang dan bahagian peha.
1. Senggugut Primer
- Kesakitan biasanya dialami pada 2 hari pertama datang haid diikuti dengan sakit yang berkurangan pada hari berikutnya dan akan berhenti setelah haid habis.
- Kebiasaanya akan berlaku diantara 12 ke 24 jam dan juga 2 ke 3 hari.
- Kesakitan ini akan berkurangan apabila umur meningkat atau setelah bersalin.
2. Senggugut Sekunder
- Senggugut ini mempunyai tanda seperti senggugut primer tetapi sakitnya berpanjangan, bermula beberapa hari sebelum haid dan bertambah teruk. Senggugut ini menjadi lebih teruk selepas beberapa tahun haid biasa. Berikut adalah tanda-tanda berkemungkinan anda mengalami haid sekunder :
* Haid yang tidak tetap
* Kesakitan antara haid
* Pendarahan yang bertambah banyak
* Lelehan daripada faraj
* Kesakitan ketika melakukan seks
- Sakit Kepala, pening, letih, sakit belakang
- Loya dan mutah, cirit-birit
KOMPLIKASI
- Fizikal - Infertiliti (tidak dapat mengandung)
- Mental - Stress, tidur terganggu
PRODUK CADANGAN SHAKLEE UNTUK SENGGUGUT
- B COMPLEX - Lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh agar lebih bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil. Kekurangan vitamin B meningkatkan paras estrogen dan kesan PMS.
- OSTEMATRIX - Bekalan kalsium tambahan membantu mengurangkan simpton-simpton senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan.
- GLA COMPLEX - Wanita yang alami senggugut tidak dapat tidak dapat menukarkan asid linolik dengan baik untuk menjadi GLA. Pengambilan GLA dapat mengurangkan simpton senggugut.
Saya Agen Shaklee bagi kawasan Johor Bahru & Pasir Gudang
Sebarang pertanyaan boleh email :julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/Whatsapp 017 9291087
ID 1042062
Sumber : Myhealth.com
0 comments:
Post a Comment