APAKAH DIABETES MELITUS
- Diabetes Melitus adalah sejenis gangguan atau ketidakaturan yang menghalang badan dari menggunakan makanan dengan berkesan.
- Karbohidrat ringkas (gula dalam minuman ringan, kek atau jem) dan karbohidrat kompleks (kanji di dalam nasi dan mee) akan dihadamkan di dalam badan untuk membentuk glukosa.
- Glukosa dalam aliran darah kemudianya akan di cernakan di dalam pelbagai tisu badan dan proses ini dikawal atur oleh insulin.
- Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas iaitu organ kecil yang terletak dibelakang perut. Kekurangan insulin akan menyebabkan glukosa tidak dapat memasuki sel badan di mana ia digunakan sebagai sumber tenaga, sebaliknya glukosa akan terkumpul di dalam darah dengan berlebihan dan akan mengakibatkan DIABETES MELITUS.
SIAPAKAH YANG BERISIKO MENGALAMI GDM??
Sesiapa sahaja berisiko mengalami GDM semasa kehamilan. Pesakit yang sememangnya mempunyai DIABETES berisiko mengalami GDM. Namun, terdapat juga wanita yang tidak mempunyai DIABETES turut mengalami GDM. Antara faktor-faktor yang menyebabkan seseorang berkemungkinan menghadapi GDM adalah :
- Sejarah keluarga yang mengalami DIABETES
- Wanita yang berumur lebih 25 tahun
- Berat badan yang berlebihan sebelum hamil
- Menghidapi GDM semasa kehamilan yang lalu
- Mengalami masalah berkaitan semasa hamil seperti hipertensi, penghasilan cecair amnion berlebihan (polihidramnions), keguguran
- Pernah melahirkan bayi bersaiz besar (lebih 4 kg) ketika kelahiran terdahulu, lahir mati atau kelahiran cacat
- Jangkitan kandidiasis faraj yang berulang-ulang dan jangkitan kulat pada kulit
ADAKAH GDM KERAP BERLAKU??
- Kebiasaanya GDM dapat dikesan semasa kehamilan berusia selepas minggu ke 24 dan berlaku pada 1-14% wanita hamil setiap tahun.
- Jika TIDAK DIRAWAT, GDM boleh menyebabkan komplikasi serius kepada ibu dan bayi yang dikandung.
GEJALA/TANDA
Kebiasaanya ia tidak akan menunjukan sebarang simpton tertentu, tetapi anda akan mengalami perkara berikut :
- Keletihan
- Dahaga yang terlampau
- Membuang air kecil dengan banyak
- Penglihatan kabur
PRODUK CADANGAN
Sebarang pertanyaan boleh Email: julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402
SID 1042062
Agen Shaklee Berdaftar Area Johor Bahru & Pasir Gudang
0 comments:
Post a Comment