Tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrien - Alfalfa telah digunakan oleh manusia sejak lebih dari 2500 tahun & telah dikenalpasti sebagai makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi & zat galian. Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakkannya tidak banyak terdapat dalam buah-buahan, mahupun sayuran. Ia kaya dengan protin, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian,10 vitamin, 8 enzim & fitokimia. 10 biji Alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.
1. MENURUNKAN PARAS KOLESTROL
- Terdapat bukti KLINIKAL yang meyakinkan bahawa alfalfa dapat merendahkan paras bacaan kolestrol. Dalam beberapa ujian, supplemen alfalfa mengurangkan paras kolestrol dalam darah, terutama bagi individu yang mempunyai paras kolestrol yang tinggi yang dikenali sebagai Hyperlipoproteinemia Jenis II. Alfalfa bertindak menghalang agar kolestrol tidak melekat & teringgal dalam dinding saluran darah. Malah yang lebih baik ia dapat menurunkan kolestrol buruk (LDL) & mengekalkan kolestrol baik (HDL) sahaja.
2. MENGAWAL DIABETES
- Alfalfa bertindak untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah.
3. MENCEGAH PENYAKIT JANTUNG & STROK
- Kajian daripada Universiti Michigan telah melaporkan bahawa Saponin yang terkandung di dalam Alfalfa boleh menghalang penyerapan kolestrol & menghalang pembentukkan plak di dalam arteri seterusnya membantu dalam mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung & strok.
4. ATHRITIS
- Alfalfa diperkaya dengan kandungan mineral seperti kalsium, magnesium , fosforus & kalium. Alfalfa mempunyai fungsi detoksifikasi yang akan membersihkan dan mengeluarkan asid dari darah yang membawa kepada penyakit arthritis. Ia membantu mengurangkan keradangan, meningkatkan fleksibiliti & mengurangkan kebengkakan
5. ASTHMA
- Alfalfa membantu mencegah serangan asma secara semulajadi. Alfalfa mempunyai sifat anti-radang, yang diperlukan untuk membantu mencegah saluran pernafasan daripada menjadi radang & menghalang kesesakan nafas.
6. ALERGI/ECZEMA
- Alfalfa mengandungi protein yang membantu pertumbuhan sel & tisu dalam badan. Ia juga bertindak sebagai detoksifikasi semulajadi agen antioksidan. Oleh itu, Alfalfa dapat membantu meredakan kulit gatal yang disebabkan oleh alergi @ eczema.
7. MERAWAT BUAH PINGGANG, PUNDI KENCING & PROSTAT.
- Alfalfa berperanan dalam membantu kesihatan buah pinggang, pundi kencing & prostat kerana ia bertindak sebagai diuretik semulajadi yang membantu dalam pengeluaran sisa.
8. SINUS/RESDUNG
- Sinus, kesesakkan pada rongga hidung & paru-paru yang biasa disebabkan oleh jangkitan, alergi @ reaksi alahan kepada makanan. Ia juga berpunca dari hasil kerosakkan tisu daripada pendedahan toksin. Pembentukkan cecair & rembesan mukus adalah disebabkan oleh pembebasan histamin yang berlebihan, yang mengembangkan darah & limpa yang membawa kepada rembesan mukus daripada sel-sel dalam membran mukus. Benih & pucuk Alfalfa mempunyai Antihistamin & mempunyai kesan penenang kepada membran mukus. Tambahan pula, bahan antimikrob daun alfalfa membantu dalam melegakan kesesakan rongga hidung yang disebabkan oleh bakteria, virus & kulat.
- Alfalfa adalah tumbuhan yang sangat berkhasiat & kaya dengan mineral penting & mikronutrein lain.Ia mampu meningkatkan bekalan susu & penghasilan susu ibu. Oleh itu, ia dapat meningkatkan kauliti susu ibu.
10. BADAN & NAFAS BERBAU
- Alfalfa diperkayakan dengan klorofil. Oleh itu, ia bertindak mencegah bau badan, melawan jangkitan & bakteria secara semulajadi.
- Keputihan adalah lendiran putih yang normal di alami oleh setiap wanita. simpton keputihan yang berbau, di sertai dengan warna & kegatalan adalah disebabkan oleh jangkitan kulat. Alfalfa bertindak sebagai antiseptik yang melawan jangkitan & bakteria serta dapat melegakan kegatalan.
Sebarang pertanyaan boleh Email : julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402
SID 1042062
Johor Bahru
0 comments:
Post a Comment