Kalsium merupakan nutrien penting dalam pembentukkan tulang, pembinaan sel-sel & perjalanan sistem tubuh manusia. Berikut merupakan keistimewaan kalsium kepada kita......
- Kalsium merupakan mineral penting dalam tubuh & hampir semua kalsium (99%) terdapat pada tulang.Bahagian badan lain seperti gigi, plasma darah, cecair selular & tisu lembut turut mengandungi kalsium.
- Kalsium perlu untuk proses pembekuan darah, penghantaran tindak balas saraf, membekalkan tenaga untuk jantung & untuk kontraksi otot.
- Keperluan kalsium tinggi semasa diperingkat baligh & remaja seseorang.
- Pengambilan kalsium yg tidak mencukupi, penyerapan kalsium yg rendah & kehilangan kalsium boleh mengurangkan pemendapan mineral pada tulang seterusnya menyebabkan pengurangan jisim tulang.
- Bagi kanak-kanak, keperluan kalsium sangat penting untuk pembentukan & menguatkan gigi serta kuku.
- Kanak-kanak berusia antara 1 hingga 3 tahun disarankan agar mengambil lebih kurang 500mg kalsium setiap hari. Manakala, bagi kanak-kanak berusia 4 hingga 8 tahun, mereka memerlukan lebih kurang 800mg sehari.
- Pengambilan kalsium yang mencukupi juga perlu untuk pembinaan asas tulang yg kuat untuk mengurangkan risiko osteoporosis dikemudian hari.
- Oleh kerana susu kaya dengan kalsium, kanak-kanak perlu minum susu secukupnya setiap hari agar dapat memenuhi keperluan kalsium hariannya.
- Pengambilan kalsium terbaik adalah dengan minum susu. Keadaanya semulajadinya dalam bentuk cecair memudahkan ia diserap oleh tubuh.
- Segelas susu boleh memberikan anda anda kira-kira 250mg hingga 500mg kalsium. Jadi, pastikan anak anda minum 2 gelas susu sehari untuk memberikan mereka kalsium yg secukupnya setiap hari.
- Bagi kanak-kanak yg tidak gemarkan susu, ibu bapa perlulah mencari alternatif lain yg dapat membekalkan kalsium kepada anak anda.
- Makanan yg kaya dengan kalsium selain susu adalah yogurt, tauhu, brokoli, keju, roti gandum & susu soya.
- Selain daripada itu, kini terdapat banyak makanan sepeti bijirin sarapan pagi & biskut yg diperkaya dengan kalsium.Ibu Bapa perlulah meneliti label makanan untuk mengetahui kandungan kalsium yg ada di dalamnya.
- Untuk penyerapan maksimum di dalam tulang, KALSIUM HENDAKLAH DIAMBIL BERSAMA VITAMIN D.
- Kekurangan kalsium kepada kanak-kanak akan menyebabkan penyakit "Rickets".
- Kalsium TIDAK digalakkan diambil bersama dengan produk yg tinggi kandungan lemak seperti coklat kerana asid 'Oxalic' yg ada di dalam coklat akan bertindak balas dengan kalsium lalu MEMBENTUK BATU KARANG.
- Kalsium di dalam tulang tidak akan kekal selama-lamanya. Sel-sel tulang sentiasa melakukan proses pengantian kalsium.Kalsium dalam tulang turut diambil sekiranya badan tidak memperolehi dari sumber makanan.
- Kalsium yg dikunyah @ di cairkan akan lebih mudah diserap.
- Bagi mengekalkan tulang & gigi yg kuat terutama dikalangan kanak-kanak, berikan mereka snek yg kaya dengan kalsium & hidangkan lah dengan susu.
Kesimpulannya, KALSIUM merupakan nutrien penting untuk semua golongan tak kira dewasa mahupun kanak. Ingat!!! jangan abaikan kalsium untu tubuh anda.
0 comments:
Post a Comment