KEBAIKKAN MINYAK IKAN, DHA,EPA,OMEGA-3 UNTUK KESIHATAN


Apa yang kita faham & tahu di antara MINYAK IKAN, DHA, EPA & OMEGA GUARD????

DHA adalah singkatan daripada perkataan DOCOSAHEXAENOIC ASID. DHA tergolong dalam kumpulan Essential Fatty Asid. Ini bermakna sumber utamanya tidak di keluarkan oleh tubuh badan kita. Badan hanya mengeluarkan sedikit sahaja DHA. Bayi mendapat sedikit sahaja DHA daripada susu yg diberikan oleh ibu. Sumber utamanya adalah dari pemakanan. 

Tahukah anda 60% otak manusia adalah diperbuat daripada lemak??? kebanyakkan lemak ini adalah daripada DHA. Oleh itu DHA amat penting untuk pertumbuhan otak yang sihat.


SUMBER UTAMA

Sumber utama DHA adalah dari ikan laut dalam seperti salmon & ikan kod. Persediaan minyak ikan (fish oil) yang banyak dijual di farmasi-farmasi dengan pelbagai jenama mengandungi DHA & satu lagi bahan yang dinamakan EPA (EICOSAPENTAENOIC ASID). DHA & EPA akan membentuk OMEGA -3. Sumber utama DHA yg lain adalah daging & telur.


KEBAIKKAN UTAMA DHA

Antara kebaikkan utama adalah :
  • Pertumbuhan otak yg cergas. Oleh itu amat penting bagi pelajar semasa proses pembelajaran.
  • Pertumbuhan retina mata, amat baik untuk penglihatan.
  • Pertumbuhan saraf-saraf


KELEBIHAN LAIN DHA

Antara kelebihan lain DHA & minyak ikan  (Omega-3 iaitu kombinasi DHA + EPA) adalah :
  • Mengurangkan triglycerides (lemak)
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung & saluran darah tersumbat
  • Mengurang risiko tekanan darah tinggi
  • Mengurangkan risiko tekanan perasaan (depression) & Alzheimer
  • Mengurangkan risiko mendapat penyakit-penyakit lain seperti kencing manis (Type II), Arthritis (sakit sendi), Myocardial Infraction, Atherosclerosis & juga kanser





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up