PROMO BERGANDA-GANDA SEPTEMBER 2014 DARI SHAKLEE

Asalam & selamat pagi semua...

Lain macam je tajuk entri ni...PROMO BERGANDA-GANDA DARI SHAKLEE..kenapa yek??
Haa..ni nak bagi tau kepada anda-anda semua bulan ni ada 2 PROMO iaitu pertama :

1. PROMO MEAL SHAKES SHAKLEE

  • Beli 3 PERCUMA 1 Meal Shakes, yang bestnya Promo Meal Shakes ni dari September hingga Oktober 2014, 2 bulan lama tu...:)
2. PROMO COLLAGEN POWDER SHAKLEE

  • Beli 6 PERCUMA 1 Collagen Powder, yang ni bulan September sahaja ye :)





Serba ringkas mengenai khasiat serta kebaikkan MEAL SHAKES & COLLAGEN POWDER adalah :

1. Kebaikkan MEAL SHAKES
  • Mengandungi asid folik dan Biotin untuk membantu tumbesaran
  • Menyediakan nutrisi lengkap dengan 24 jenis vitamin, mineral dan zat penting
  • Kaya dengan serat larut yang membantu membuang lemak berlebihan
  • Mengandungi Vitamin B lengkap, zat besi untuk membina sel darah merah yang sihat
  • Kaya dengan protein yang membantu pembinaan sel-sel kuli, kuku, rambut dan lain-lain
  • Kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel
  • Mengandungi vitamin A,C,E, Zinc, Selenium - agen anti-oksidan yang melawan penyakit.
2. Kebaikkan COLLAGEN POWDER
  • Anti Penuaan - kurangkan liang pori, kedutan & garis-garis halus penuaan.
  • Mencerahkan kulit - cerahkan kulit, kurangkan pigmentasi, kurangkan jeragat.
  • Mengembalikan keanjalan - kulit anjal, lembut & tegang
  • Melembapkan kulit - bantu lembapkan kulit, kurangkan kekeringan & elastisiti
  • Menyuburkan rambut - kuatkan rambut, kurangkan masalah rambut gugur/bercabang, rambut tebal & bersinar
  • Melancarkan pergerakkan - kurangkan kesakitan dan geseran sendi-sendi


Saya Agen SHAKLEE JOHOR BAHRU & PASIR GUDANG.
ID No 1042062

COD Kg Melayu Majidee, Kg Bendahara, TESCO Tebrau, AEON Tebrau, Plaza Angsana, Giant Taman Suria (Southern City), Larkin Perdana, Pasar Larkin, AEON Permas Jaya, Kip Mart Masai (Pasir Gudang)

CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM 017 9291087

Email julaizaharun@gmail.com
FB : Julaizah Harun



KENAPA BERAT BADAN SUSAH NAK TURUN??



Ada tak diantara anda sekarang ni dalam proses berdiet??? Dah berapa lama anda berdiet?? Berapa lama anda makan ubat kurus ??? tetapi berat badan masih lagi sama...MAINTAIN je. Takde perubahan. Ubat dah 4, 5 jenama tukar. tapi tak kurus-kurus makin MONTEL ada lah...SALAH UBAT ATAU SALAH ANDA???

Jom kita baca sikit KENAPA BERAT BADAN SUSUH NAK TURUN??

1. PENGAMBILAN AIR SODA 
  • Soda atau minuman bergas, memang mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi. Dalam minuman ini mengandungi 65 kalori, yang sememangnya TIDAK akan membuatkan anda kenyang. Jadi walaupun anda mengambil minuman soda, keinginan anda makan dalam kuntiti yang banyak tetap ada. Tahukah anda sekiranya anda mengambil minuman soda 2-3 gelas sehari, berkemungkinan berat badan anda akan bertambah sehingga 30% dari biasa.

2. KURANG TIDUR
  • Tidur yang kurang dari 5 jam sehari akan mempengahuri minda anda dan sekali gus mengawal keinginan untuk makan malam. Jadi semakin sikit anda tidur, semakin banyak masa untuk anda makan.

3. TIDAK BERSARAPAN
  • Seseorang yang melambatkan sarapan, berisiko sebanyak 4 kali ganda daripada orang yang mengambil sarapan untuk mendapat OBESITI. Membiarkan perut anda kosong pada waktu pagi melambatkan metabolisme badan dan menahan rasa lapar serta sekali gus menyebabkan anda makan dalam kuantiti yang banyak pada waktu tengahari.

4. MAKAN TERLALU CEPAT
  • Kunyah makanan perlahan-lahan. Sekiranya anda kunyah makanan perlahan -lahan, anda akan mengambil lebih sedikit kalori setiap kali anda makan. Sekurang-kurangnya anda memerlukan masa 20 minit untuk perut mendapat isyarat dari otak bahawa anda sudah kenyang.

5. KURANG MINUM AIR PUTIH
  • Dalam kajian, didapati sekiranya seseorang sedang berdiet mengambil air putih 2 gelas sebelum makan akan membuatkan berat badannya berkurang sebanyak 30% lebih banyak dari mereka yang tidak minum.

6. BERKAWAN DENGAN MEREKA YANG SAMA BERAT BADAN
  • Kajian di dalam New England Journal Of Medicine menunjukkan seseorang itu lebih cenderung untuk menjadi obesiti apabila mereka berkawan dengan mereka yang ada obesiti. Ini tidak bermaksud anda tidak boleh berkawan dengan mereka tetapi gaya hidup dan pola pemakanan sangat mempengaruhi anda. 
  • So apa perlu anda lakukan ubah mereka dengan mengajak bersenam bersama dan ubah pola pemakanan yang sihat.

7. MAKAN KETIKA STRESS / TERTEKAN
  • Ada diantara kita ketika stress akan makan makanan yang manis, bertujuan untuk menghilangkan stress. Jadi ketika keinginan makan makanan manis datang ketika stress, alihkan fikiran dengan melakukan akitiviti senaman atau tidur.

8. KURANGKAN PENGAMBILAN KARBOHIDRAT
  • Pengambilan karbohidrat seperti mee, nasi putih dapat meningkatkan hormon serotinin yang menyebabkan anda ingin makan lagi. Jadi gantikan karbohidrat sederhana dengan karbohidrat kompleks seperti beras perang atau oatmeal.

9. MAKAN DALAM KUANTITI YANG BANYAK
  • seseorang yang makan dalam kuantiti yang besar boleh menambah kalori dalam bada sebanyak 50% berbanding dengan mereka yang makan dalam kunatiti yang kecil dan kunyah secara perlahan-lahan.

10. MALAS BERSENAM
  • Walaupun telah mengurangkan pengambilan makanan, tetapi mungkin tidak dapat mengecilkan bahagian pinggang anda yang berlemak tanpa senaman. Senang cerita badan cepat naik kalau malas bersenam.

11. MAKAN LEWAT MALAM
  • Mengikut kajian daripada Journal Obesity, seseorang yang makan selepas jam 8 malam akan mendapat lebih banyak kalori. Jadi jika keinginan anda untuk makan waktu tengah malam itu sedang menggila, carilah makanan yang rendah kandungan gula dan lemak seperti susu rendah lemak, air masak, buah-buahan atau roti oatmeal. 


Saya agen SHAKLEE Johor Bahru & Pasir Gudang
COD area KG Melayu Majidee, Kg Bendahara, Tesco Tebrau, Aeon Tebrau, Aeon Permas jaya, Plaza Angsana, Larkin Perdana, Pasar Larkin, Giant taman suria, Kip Mart pasir gudang
Email : julaizaharun@gmail.com
Call/ SMS/Whatsapp/ Telegram 017 9291087
ID 1042062

CEGAH SENGGUGUT DENGAN SHAKLEE





Senggugut @ period pain seringkali di alami oleh wanita ketika datang haid. Kebiasaannya apabila seseorang wanita mengalami senggugut seringkali ianya menjadi keluhan kerana ia menganggu aktiviti harian seseorang wanita.






APAKAH MAKSUD SENGGUGUT?

SENGGUGUT adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid/peroid.

Pelvis adalah tempat dimana organ-organ seperti rahim, ovari (kilang telur), saluran falopio dan pundi kencing berada.

Dalam bahasa inggeris, SENGGUGUT dipanggil 'dysmenorrhoea'. Lazimnya SENGGUGUT terbahagi kepada 2 jenis.


SENGGUGUT PRIMER
  • Senggugut ini berlaku kepada kebanyakkan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di Pelvis dan Rahim, setelah di periksa oleh doktor.
  • Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula. Tetapi ia juga boleh berlaku kepada wanita yang masih subur.

SENGGUGUT SEKUNDER
  • Senggugut ini disebabkan oleh patologi pelvis dan rahim yang biasanya berlaku dikalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur.
  • Antara sebab-sebabnya adalah :
  1. Penyakit Endometriosis. Penyakit ini dihidapi oleh 5-15% wanitayang mempunyai haid
  2. Cyst ovari dan tumor
  3. Fibroid ( kebengkakan pada rahim). Kesakitan ini berlaku apabila kedatangan haid yang banyak
  4. Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur (penyakit radang pelvis)
  5. Kongenital. ( contoh rahim bicornuate, rahim subsepta)
  6. Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD). Senggugut berkemungkinan boleh jadi lebih teruk semasa penggunaan ini pada sebilangan kecil wanita.

EPIDEMIOLOGI
  • Lebih dari 60% perempuan remaja mengalami senggugut primer. 1 dalam 10 wanita mengalami kesakitan yang teruk sehingga mengganggu aktiviti seharian mereka.
  • Kebiasaanyan ia adalah lebih kerap berlaku kepada seseorang yang merokok, mereka yang akil baligh lebih awal, dan mempunyai haid yang banyak. 
  • Senggugut adalah lebih jarang berlaku kepada wanita yang pernah atau lepas bersalin, dan yang mereka yang menggunakan pil perancang.

TANDA-TANDA

Sekirannya anda mempunyai tanda-tanda seperti berikut, segeralah berjumpa dengan doktor.

Kesakitan di bawah bahagian perut. Kesakitan ini biasanya sederhana dan mengejang, yang boleh merebak kebahagian belakang dan bahagian peha.

1. Senggugut Primer
  • Kesakitan biasanya dialami pada 2 hari pertama datang haid diikuti dengan sakit yang berkurangan pada hari berikutnya dan akan berhenti setelah haid habis. 
  • Kebiasaanya akan berlaku diantara 12 ke 24 jam dan juga 2 ke 3 hari.
  • Kesakitan ini akan berkurangan apabila umur meningkat atau setelah bersalin.
2. Senggugut Sekunder
  • Senggugut ini mempunyai tanda seperti senggugut primer tetapi sakitnya berpanjangan, bermula beberapa hari sebelum haid dan bertambah teruk. Senggugut ini menjadi lebih teruk selepas beberapa tahun haid biasa. Berikut adalah tanda-tanda berkemungkinan anda mengalami haid sekunder :
          * Haid yang tidak tetap
          * Kesakitan antara haid
          * Pendarahan yang bertambah banyak
          * Lelehan daripada faraj
          * Kesakitan ketika melakukan seks
  • Sakit Kepala, pening, letih, sakit belakang
  • Loya dan mutah, cirit-birit

KOMPLIKASI
  • Fizikal - Infertiliti (tidak dapat mengandung)
  • Mental - Stress, tidur terganggu


PRODUK CADANGAN SHAKLEE UNTUK SENGGUGUT


  1. B COMPLEX - Lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh agar lebih bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil. Kekurangan vitamin B meningkatkan paras estrogen dan kesan PMS.
  2. OSTEMATRIX - Bekalan kalsium tambahan membantu mengurangkan simpton-simpton senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan.
  3. GLA COMPLEX - Wanita yang alami senggugut tidak dapat tidak dapat menukarkan asid linolik dengan baik untuk menjadi GLA. Pengambilan GLA dapat mengurangkan simpton senggugut.



Saya Agen Shaklee bagi kawasan Johor Bahru & Pasir Gudang
Sebarang pertanyaan boleh email :julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/Whatsapp 017 9291087
ID 1042062



Sumber : Myhealth.com


























RAWAT BUASIR DENGAN SHAKLEE

APA YANG ANDA TAHU TENTANG BUASIR??

BUASIR atau nama lain HEMOROID merupakan penyakit yang terjadi di bahagian dubur. Buasir dapat dikesan apabilan saluran dubur membengkak. Ianya boleh berlaku sama ada di dalam dubur ataupun di kawasan luar. Kebiasaannya pesakit akan berasa sakit akibat daripada kesan tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar manjadi sangat sakit dan perit.


Gambaran buasir 


Bengkak terjadi disebabkan oleh pengembangan salur darah pada sel-sel yang yang melapisi saluran dubur. Selain masalah bengkak pada saluran dubur, pendarahan semasa proses pembuangan air besar juga terjadi disebabkan oleh luka apabila najis yang keras bergersel dengan dengan buasir.

SIAPAKAH YANG BERISIKO MENGHIDAP BUASIR?
  • Mereka yang mempunyai masalah sembelit,
  • Mereka yang duduk mencangkung terlalu lama di dalam tandas
  • Batuk yang teruk
  • Mengangkat barang yang berat
  • Ibu mengandung pembesaran janin dalam kandungan yang menekan saluran darah kawasan dubur
  • Ibu selepas bersalin

Terdapat 4 tahap buasir

tahap buasir


TAHAP 1
  • Berlaku pendarahan & bengkak menonjol keluar

TAHAP 2
  • Disebabkan oleh pergerakkan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan kembali kedalam saluran dubur

TAHAP 3
  • Keadaan sama seperti tahap 2, tetapi bengkak tersebut hanya akan berada di dalam setelah di tolak masuk secara fizikal.

TAHAP 4
  • Darah pekat akan keluar menyebabkan rasa sakit dan sukar untuk meneran. Ketika ini buasir berada di luar kawasan dubur.

FAKTOR YANG MENYEBABKAN BUASIR
  • Regangan yang melampau semasa pergerakan usus atau ketika sembelit
  • Cirit birit yang kronik
  • Kurangnya pengambilan makanan serat dalam diet harian
  • Mengandung atau bersalin

TANDA-TANDA BUASIR
  • Rasa sakit yang berdenyut-denyut
  • Berlaku pendarahan selepas dan sebelum buang air besar
  • Darah menitis dari saluran dubur
  • Dalam tempoh pendarahan, pesakit boleh mengalami kekurangan darah
  • Ada juga yang tidak mengalami pendarahan, ia dikenali sebagai pembengkakan dubur. Bengkak akan keluar selepas membuang air besar. Kadang kala hanya untuk tempoh sementara, kurang sakit tetapi gatal.

APAKAH PRODUK CADANGAN UNTUK BUASIR??


1. OSTEMATRIX 
  • Membantu untuk mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

2. OMEGA GUARD
  • Baik untuk sendi / otot. Kebiasaannya pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur keatas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi sakit dan sangat perit. Jadi omega guard sangat membantu untuk pengecutan otot tersebut.

3. ZINC COMPLEX
  • Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih kronik seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan sangat perit. Zinc complex berupaya menyembuhkan luka dalaman pada bahagian dubur dengan lebih cepat.

Sekirannya anda berminat dengan Vitamin shaklee ini boleh hubungi saya melalui 
email :julaizaharun@gmail.com. Atau Call/SMS/Whatsapp 017 9291087

Konsultasi Secara EKSKLUSIF & PERCUMA khas untuk anda

Saya merupakan Shaklee Independent Distributor
Julaizah Harun (jue)
ID no 1042062
FB Page : House of supplement2u & Kedai Vitamin Johor Bahru & Pasir Gudang
Follow Instagram : @julaizaharun 













CARA MANDIKAN BABY DENGAN BETUL

Hi..semua selamat hari raya aidilfitri..masih dalam mood raya...??? baru semalam balik dari pahang. 2 minggu blog ni tak de entri baru...Hari ni saya nak cerita CARA MANDIKAN BABY DENGAN BETUL..insya allah saya kongsikan cara & tips ni untuk bakal-bakal ibu & untuk diri saya sendiri.



Cara pegang baby dengan betul ketika mandikan baby

Cara pegang baby dengan betul ketika mandikan baby




Antara panduan untuk memandikan baby adalah :

  1. Masukkan air suam kedalam besen mandi baby, periksa air dengan termometer atau pun dengan menggunakan siku. JANGAN sesekali menggunakan air sejuk kerana suhu badan baby akan menurun atau hipotermia, serta berisiko untuk terkena sawan. Anda juga tidak disarankan untuk membuka kipas untuk tujuan menyejukkan baby.
  2. Waktu yang sesuai untuk memandikan baby adalah di antara pukul 10 pagi dan 5 petang.
  3. Selepas mandi jangan biarkan baby dalam keadaan bogel, sebaiknya bedung atau balut baby dengan napkin untuk mengelakkan baby berasa sejuk.

Antara langkah yang perlu dilakukan adalah :

Langkah 1
  • Cuci muka baby dengan kapas atau sapu tangan yang yang telah di celup dengan air suam. Lap di bahagian mata terlebih dahulu

Langkah 2
  • Bersihkan kepala baby, ampu kepala baby dan kepitkan telinga baby dengan jari bertujuan untuk mengelakkan air masuk kedalam telinga. Letakkan sedikit syampu dan gosok kepala baby perlahan-lahan, ketika ini sikat rambut baby untuk mengeluarkan lendir yang melekat. Kemudian keringkan.

Langkah 3
  • Siram badan baby sedikit demi sedikit, gosok badan baby dengan sabun di bahagian pelipat seperti peha, ketiak, kaki dan punngung. Kemudian bilas dengan air dan keringkan

Langkah 4
  • Sekiranya tali pusat baby belum tertanggal, bersihkan tali pusat sebelum baby dipakaikan dengan baju. Gunakan kapas yang bersih bersama air suam atau ubat cucian khas tali pusat. Bersihkan tali pusat dari atas ke bawah kemudian lap sekeliling tali pusat dan bersihkan klip tali pusat. INGAT satu kapas untuk satu kali lap untuk mengelakkan jangkitan. Pastikan tali pusat sentiasa bersih dan kering, jangan sapukan sebarang minyak, bedak, ubat atau pelembap yang tidak disarankan oleh doktor.

Langkah 5
  • Sapukan losyen dan bedak ke badan baby serta pakaikan pakaian. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya merupakan Agent Shaklee berdaftar di kawasan Johor Bahru & Pasir Gudang
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh Email : julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up