ATASI DIABETES SEMASA KEHAMILAN DENGAN SHAKLEE

Ibu hamil menghidap DIABETES!!! Situasi ni memang dah biasa kita baca atau dengar, ataupun anda sendiri pernah mengalaminya. DIABETES semasa kehamilan ini lebih dikenali sebagai GESTATIONAL DIABETES MELLITUS (GDM) merupakan satu keadaan serius yang berlaku kepada wanita hamil yang sebelum ini tidak pernah menghidapi DIABETES, tetapi kini mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi dari paras mereka yang hamil normal.

APAKAH DIABETES MELITUS

  • Diabetes Melitus adalah sejenis gangguan atau ketidakaturan yang menghalang badan dari menggunakan makanan dengan berkesan.
  • Karbohidrat ringkas (gula dalam minuman ringan, kek atau jem) dan karbohidrat kompleks (kanji di dalam nasi dan mee) akan dihadamkan di dalam badan untuk membentuk glukosa.
  • Glukosa dalam aliran darah kemudianya akan di cernakan di dalam pelbagai tisu badan dan proses ini dikawal atur oleh insulin.
  • Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas iaitu organ kecil yang terletak dibelakang perut. Kekurangan insulin akan menyebabkan glukosa tidak dapat memasuki sel badan di mana ia digunakan sebagai sumber tenaga, sebaliknya glukosa akan terkumpul di dalam darah dengan berlebihan dan akan mengakibatkan DIABETES MELITUS.

SIAPAKAH YANG BERISIKO MENGALAMI GDM??

Sesiapa sahaja berisiko mengalami GDM semasa kehamilan. Pesakit yang sememangnya mempunyai DIABETES berisiko mengalami GDM. Namun, terdapat juga wanita yang tidak mempunyai DIABETES turut mengalami GDM. Antara faktor-faktor yang menyebabkan seseorang berkemungkinan menghadapi GDM adalah :
  • Sejarah keluarga yang mengalami DIABETES
  • Wanita yang berumur lebih 25 tahun
  • Berat badan yang berlebihan sebelum hamil
  • Menghidapi GDM semasa kehamilan yang lalu
  • Mengalami masalah berkaitan semasa hamil seperti hipertensi, penghasilan cecair amnion berlebihan (polihidramnions), keguguran
  • Pernah melahirkan bayi bersaiz besar (lebih 4 kg) ketika kelahiran terdahulu, lahir mati atau kelahiran cacat
  • Jangkitan kandidiasis faraj yang berulang-ulang dan jangkitan kulat pada kulit

ADAKAH GDM KERAP BERLAKU??
  • Kebiasaanya GDM dapat dikesan semasa kehamilan berusia selepas minggu ke 24 dan berlaku pada 1-14% wanita hamil setiap tahun.
  • Jika TIDAK DIRAWAT, GDM boleh menyebabkan komplikasi serius kepada ibu dan bayi yang dikandung.

GEJALA/TANDA

Kebiasaanya ia tidak akan menunjukan sebarang simpton tertentu, tetapi anda akan mengalami perkara berikut :
  • Keletihan 
  • Dahaga yang terlampau
  • Membuang air kecil dengan banyak
  • Penglihatan kabur

PRODUK CADANGAN


Sebarang pertanyaan boleh Email: julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402
SID 1042062
Agen Shaklee Berdaftar Area Johor Bahru & Pasir Gudang


CEGAH TEKANAN DARAH TINGGI DENGAN SHAKLEE

Anda biasa dengar penyakit darah tinggi atau tekanan darah tinggi??? Adakah anda tahu apa akan terjadi sekiranya tekanan darah kekal tinggi?? sekirannya tekanan darah kekal tinggi ia akan mengundang masalah-masalah serius seperti :

  • SERANGAN JANTUNG
  • STROK
  • KEGAGALAN JANTUNG
  • PENYAKIT BUAH PINGGANG
Tahukah anda terdapat 2 ukuran bagi mengukur tekanan darah. Ia biasanya diukur seperti berikut :

* 120/80mmHg
  • Nombor di atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung.
  • Nombor dibawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman.

JENIS-JENIS DARAH TINGGI

  1. Hipertensi Primer - Ini membentuk sebahagian besar dari hipertensi-hipertensi. Punca peningkatan tekanan adalah tidak diketahui. Antara faktor-faktor risiko adalah seperti berikut :
  • Sejarah Hipertensi dalam keluarga
  • Kegemukkan
  • Pengambilan garam & alkoholyang berlebihan
  • Merokok
  • Masalah tekanan yang melampau

     2.  Hipertensi Sekunder - Hipertensi ini berkaitan dengan peningkatan tekanan darah disebabkan oleh
          punca-punca atau penyakit-penyakit lain seperti :
  • Penyakit Ginjal
  • Penyakit Endokrin
  • Disebabkan pengambilan ubat-ubatan
  • Kecacatan kelahiran
  • Punca-punca lain

KOMPLIKASI

Sekiranya seseorang mengalami tekanan darah tinggi, mereka seharusnya dipantau & dirawat oleh doktor. Sekiranya tidak dikesan atau dirawat dengan betul, berkemungkinan akan membawa kepada komplikasi-komplikasi berikut :
  • STROK - yang berlaku apabila salur darah ke otak disekat, bocor & pecah
  • JANTUNG - salur darah yang membekalkan otot jantung disekat sepenuhnya.
  • KEGAGALAN JANTUNG - jantung tidak dapat mengepam darah dengan secukup-cukupnya
  • KEROSAKAN GINJAL
  • KEROSAKAN MATA

GEJALA

Kebiasaanya, kepada penghidap hipertensi primer, tiada gejala-gejala awal dapat dikesan sehinggalah komplikasi berlaku. Hanya dengan melakukan pemeriksaan tekanan darah sahaja dapat mengetahui anda penghidap hipertensi. Sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti berkut segeralah berjumpa dengan doktor ;
  • Tekanan distolik melebihi 90mmHg
  • Pembengkakkan pada pergelangan kaki & jari
  • Tercungap-cungap
  • Pandangan yang kabur
  • Pendarahan di hidung yang sering berulang
  • Sakit kepala yang berterusan
  • Pening

ELAKKAN
  • Makanan yang tinggi lemak dan garam
  • Makanan dan ubat-ubatan yang tinggi kandungan sodium
  • Bahan-bahan yang boleh meningkatkan tekanan darah anda
  • Merokok
  • Minuman beralkohol
  • Kurang bersenam
  • Kerisauan

PRODUK CADANGAN SHAKLEE


Kombinasi OMEGA GUARD, ALFALFA & GARLIC
  • OMEGA GUARD - berfungsi menurunkan bacaan kolestrol & bacaan tekanan darah tinggi
  • ALFALFA COMPLEX - Menyingkirkan lemak & kolestrol. Mencegah penyakit jantung, strok & darah tinggi
  • GARLIC - mengurangkan tekanan darah tinggi & kolestrol

ATAU

VIVIX merangkumi kesemua supplement Shaklee
  • VIVIX - Menyokong kesihatan keseluruhan

Sebarang pertanyaan mengenai produk boleh Email : julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402
Agen Shaklee berdaftar area Johor Bahru & Pasir Gudang
SID 1042062





5 SEBAB MINUM AIR PUTIH SEBAIK BANGUN TIDUR





Air masak, air putih, air kosong..walaupun bunyi berlainan tapi maksudnya sama..kita tahu apa kepentingan air kepada tubuh kita, tapi tahu tak waktu yang paling sesuai untuk minum air kosong ni..?? nak-nak pulak kepada mereka yang mengamalkan pengambilan supplement, pengambilan air kosong secukupnya menjadi faktor keberkesanan supplement yang diambil.

Salah satu waktu yang sesuai adalah sebaik sahaja anda bangun dari tidur. Nak tahu apa sebab-sebabnya :


1. SEIMBANGKAN SISTEM BUAH PINGGANG
  • Tubuh memiliki air yang cukup dan terhidrasi akan memaksimumkan fungsi tubuh, air kosong mampu untuk seimbangkan cairan dan juga mampu untuk mencegah jangkitan.

2. KULIT LEBIH BERSERI
  • Minum air putih boleh membantu kita menyingkirkan toksin di dalam tubuh, seterusnya mampu menjadikan kulit lebih berseri.

3. MELANGSINGKAN TUBUH
  • Sekirangnya anda ingin tubuh yang langsing cuba amalkan minum 2 gelas air kosong setiap bangun tidur. minum air pada pagi hari mampu meningkatkan metabolisme tubuh sebanyak 24%.

4. MENAMBAH DARAH
  • Ketika anda berasa lesu, pening dan anemia, minumlah air dengan jumlah yang mencukupi. Ia membantu dalam proses pembentukan sel darah yang baru dan membantu pembentukkan sel otot.

5. MEMBERSIHKAN USUS
  • Minum air ketika perut kosong mampu membantu unuk membersihkan usus dan membuatkannya lebih mudah untuk menyerap nutrisi makanan yang masuk kemudiannya.



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh Email : julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402
SID 1042062
Agen Shaklee berdaftar area Johor bahru & Pasir Gudang

PUNCA BEKALAN SUSU MENURUN

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan bekalan susu ibu merundum seperti

  • Menunggu terlalu lama untuk memulakan proses penyusuan
  • Tidak menyusukan dengan kerap
  • Penggunaan ubat-ubatan tertentu
  • Pembedahan payu dara
  • Kelahiran pra matang
  • Obesiti
  • Ibu bergantung kepada insulin (kencing manis)




berikut adalah beberapa faktor yang boleh menyebabkan bekalan susu ibu boleh merundum. Semestinya bagi ibu-ibu ingin memastikan bekalan susu sentiasa mencukupi. Selain daripada itu faktor tekanan & keletihan yang akan mengundang STRESS sedikit sebanyak akan menyebabkan susu ibu bakal merundum..

Apa yang perlu anda lakukan untuk meningkatkan pengeluaran susu??

1. MENYUSU SECEPAT MUNGKIN
  • Menunggu terlalu lama untuk memulakan penyusuan akan menyebabkan bekalan susu menjadi rendah.
  • Tahukah anda..?? sentuhan kulit anda dan bayi anda selepas kelahiran akan mendorong bayi anda menyusu dalam jam pertama selepas kelahiran.

2. MENYUSU DENGAN KERAP 
  • Untuk minggu pertama kelahiran, susu kan bayi anda sekurang-kurangnya setiap 2-3 jam atau mengepam secara konsisten 2-3 jam
  • Kurang menyusukan bayi akan menyebabkan bekalan susu ibu bakal merundum

3. WASPADA TERHADAP CARA PENYUSUAN
  • Sekiranya anda menyusukan hanya sebelah payu dara pasti kan sebelah lagi anda pam, untuk melegakan tekanan dan melindungi bekalan susu.

4. JANGAN SKIP SESI PENYUSUAN
  • Sekiranya anda seorang wanita yang bekerjaya, untuk menyusukan bayi anda pada waktu tertentu adalah mustahil, lakukan sedikit pelaburan dengan membeli peralatan untuk proses pam susu di tempat kerja anda.

5. PENGGUNAAN PUTING (PACIFIER)
  • Sekiranya anda membuat keputusan untuk memberikan bayi anda puting (pacifier) tunggu lah sehingga bayi anda berumur 4 hingga 6 minggu selepas kelahiran, ia bertujuan untuk penyesuaian & mewujudkan bekalan susu anda

6. BERHATI-HATI DENGAN UBAT-UBATAN
  • Penggunaan ubat-ubatan tertentu boleh menyebabkan penurunan bekalan susu, termasuklah ubat-ubatan seperti Pseudoephidrine (Sudafed, Zyrtec-D dan lain-lain)

7. ELAKKAN ALKOHOL DAN NIKOTIN
  • Pengambilan minuman beralkohol dan rokok walaupun dalam kuantiti yan sedikit turut menyumbang kepada penurunan bekalan susu anda.

Bekalan susu anda makin hari makin drop??? anda rungsing??Ingin dapatkan supplement yang SELAMAT?? klik link dibawah 


atau sebarang pertanyaan boleh Email:julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402 (jue)
SID 10420602
Agen Shaklee Berdaftar area Johor Bahru & Pasir Gudang

CUSTOMER SHAKLEE BOLEH ORDER ONLINE SENDIRI !!!

Berita baik untuk pelanggan Shaklee..sekarang ni anda boleh order produk anda sendiri melalui online..mudah kan...gambar di bawah ni contoh saya post di FB..anda hanya perlu klik yang bertanda merah tu...kemudian anda akan direct masuk ke dalam shaklee2u.com.my...dan ikutlah arahan seterusnya....

Dari segi pembayaran pula sistem ni menggunakan credit card @ debit card...mudah & sangat senang..;)



Sebarang pertanyaan boleh email :julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhtasApp 017 9291087 @ 012 9291087
Agen Shaklee Area Johor Bahru & Pasir Gudang

TIPS ELAK GASTRIK DIBULAN PUASA

Hi semua...hari ni dah masuk hari ke 5 kita berpuasa..Alhamdulillah sekejap betul masa berlalu...ada yang mengalami masalah untuk berpuasa terutamanya GASTRIK..boleh baca artikel ni...memang dah lama tapi mungkin boleh dijadikan panduan..termasuk saya pun penghidap GASTRIK jugak..tapi alhamdulillah..dari tahun lepas sampai tahun ni..tak de masalah tinggal puasa sebab gastrik..

ok..di sini saya nak kongsikan beberapa TIPS untuk elakkan gastrik di bulan puasa:
  • Wajibkan diri anda untuk bersahur, serta mengambil berat tentang pemakanan anda ketika bersahur
  • Amalkan bersahur waktu menjelang imsak BUKAN sebelum waktu tidur malam
  • Bersederhana ketika berbuka puasa kerana makan secara berlebihan akan menyebabkan sebu hulu hati
  • Elakkan makan sepanjang malam sertatidur dalam keadaan perut penuh. Ini adalah kerana keadaan ini hanya akan membebakan usus yang perlu berehat semasa anda tidur
  • Elakkan tidur selepas sahur kerana keadaan ini akan melemahkan sistem penghadaman anda
  • Elakkan makanan yang bercuka, berempah dan berlemak
  • Bersahur dengan makanan bukan sahaja air
  • Amalkan solat sunat tarawih bagi memudahkan penghadaman





------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya merupakan Agen Shaklee berdaftar di Johor Bahru & Pasir Gudang
Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee boleh Email: julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402
SID 1042062
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up