TIP DIET KETIKA HAMIL

Tempoh kehamilan merupakan saat- saat  yang paling dinantikan oleh setiap pasangan. Perkara utama yang harus anda ketahui sekirannya anda hamil adalah, bayi akan menyerap kesemua makanan yang anda makan, oleh itu ibu-ibu hamil harus membuat pengubahsuai terhadap diet harian mereka & jangan lupa untuk dapatkan nasihat daripada doktor anda.




Berikut merupakan Tip Diet yang boleh dijadikan panduan anda ketika hamil.


1) AMBIL MAKANAN YANG KAYA DENGAN KALSIUM

  • Kalsium membantu pembinaan tulang bayi & mencegah ibu kehilangan kalsium ketika hamil akibat daripada penyerapan untuk proses tumbesaran bayi. Kalsium yang mencukupi juga dapat menghindarkan masalah tekanan darah tinggi ketika kehamilan & ia juga penting untuk fungsi normal saraf & otot.
  • Tahukah anda ibu hamil memerlukan 3 GELAS @ LEBIH Susu Rendah Lemak @ tanpa lemak @ susu soya yang kaya dengan protein setiap hari SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KEHAMILAN terutama untuk ibu-ibu yang ingin menyusukan si manja.

2) PASTIKAN CECAIR MENCUKUPI
  • Pastikan anda mendapatkan cecair yang berkhasiat mencukupi, seperti air kosong. Air penting ketika tempoh kehamilan untuk mengatasi masalah sembelit & peruntukan bagi isipadu darah berkembang yang membawa oksigen & nutrien kepada ibu & bayi. 

3) MAKAN MAKANAN YANG KAYA DENGAN ZAT BESI
  • Makanan yang kaya dengan protein, seperti daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit, ikan @ kekacang adalah sumber penting yang kaya dengan zat besi. Zat besi merupakan salah satu nutrien yang agar sukar bagi ibu-ibu hamil memperolehi dengan secukupnya ketika hamil. Ini adalah kerana zat besi penting untuk membekalkan oksigen yang normal kepada bayi, untuk perkembangan & pertumbuhan yang normal, & mencegah kelahiran pramatang.

4) MAKANAN LAUT
  • Jangan elak makanan laut ketika hamil terutama ikan, kerana terdapat lemak ikan iaitu OMEGA 3 penting untuk perkembangan penglihatan & otak bayi. Kajian mendapati sekirannya ibu cukup pengambilan DHA (97% daripada omega 3 dalam otak adalah DHA) akan mempunyai tahap IQ yang tinggi. OMEGA 3 juga dapat mengelakkan kelahiran pra matang,  & juga risiko alahan & asthma pada masa akan datang.
  • Walaubagaimana pun sekiranya ibu-ibu hamil bimbang risiko ikan tercemar dengan merkuri, sebagai alternatif lain anda boleh mengambil makanan tambahan yang kaya dengan DHA.

5) MINUM ALKOHOL, KOPI, AIR BIKARBONAT & TEH
  • Pengambilan minuman beralkohol akan menyebabkan kecacatan kepada kelahiran bayi anda. Ini sememangnya tidak dapat disangkal lagi.
  • Pengambilan kopi @ minuman berkafein dalam kajian terkini menunjukkan tiada kesan pada berat badan @ kecacatan kelahiran. Walaubagaimanapun, kajian yang terdahulu telah menemui kemungkinan ada kaitan pengambilan minuman berkafein dengan keguguran, bayi kurang berat badan & terencat pertumbuhan.

6) DIET RENDAH KARBOHIDRAT
  • Tahukah anda..ibu hamil memerlukan 40 nutrien penting untuk pertumbuhan bayi semasa proses kehamilan. jadi anda tidak digalakkan untuk skip makanan yang kaya dengan karbohidrat ketika hamil. Ini kerana di bimbangi bayi akan mendapat masalah kesihatan pada masa akan datang.

7)  PERTAMBAHAN BERAT BADAN SECARA MENDADAK
  • Peningkatan berat badan mendadak ketika hamil mampu mengundang risiko komplikasi kehamilan seperti diabetis gestasi, pra-eklampsia, kematian, kelahiran pra matang, risiko melahirkan secara ceaserean. Ramai wanita mengalami peningkatan berat badan semasa hamil & mengalami masalah untuk menurunkan berat badan selepas kelahiran , corak ini menyumbang kepada masalah kesihatan nombor 1 negara -OBESITI

Sumber Elizabeth Somer , M.A., R.D., Penulis "Nutrition For A Healthy Precnancy."

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee Anda
Sebarang Pertanyaan mengenai produk Shaklee untuk KEHAMILAN  boleh email : julaizaharun@gmail.com
SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402
SID 1042062
Johor Bahru 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up