APA ITU DIET ATKINS

Biasa dengar pasal DIET ATKINS..tapi tak pernah nak ambil tahu pun..tapi tadi terbaca pasal diet ni...so sekarang saja nak share dengan anda-anda..mungkin berguna..

APA ITU DIET ATKINS

DIET ATKINS ialah sejenis corak pemakanan yang telah diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat & lemak di dalam badan.

Dengan mengurangkan & menghadkan makanan karbohidrat seperti nasi, mee, kentang & gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini akan membuatkan berat badan anda akan berkurangan.

Sebenarnya DIET ATKINS telah lama diperkenalkan oleh Dr. Atkins iaitu pada tahun 1970 lagi tetapi agak kurang mendapat sambutan. Dr. Atkins telah membuat kajian mengenai Low Carbohydrate Diet & mendapati mereka yang mengamalkan pemakanan KURANG dalam karbohidrat tetapi TINGGI dalam PROTEIN mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan & kekal langsing seumur hidup.

Atkins Nutritional Approach (ANA) ada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh DISIPLIN & KONSISTEN jika ingin mencapai berat badan yang anda inginkan. 4 peringkat tersebut adalah :


  1. Induction ( permulaan & pengenalan) 2 minggu @ lebih, ikut keadaan & berat badan seseorang
  2. Ongoing Weight Lost ( penyusutan berat berterusan)
  3. Pre- Maintenance
  4. Lifetime Maintenance

Semasa 2 minggu Induction : (TIDAK BOLEH SENTUH)
  1. Nasi, Mee, Mee hoon, laksa, laksana, spagetti, fettucini, vermicelli, kueh tiew & segala yang seangkatan dengannya.
  2. Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastri & seangkatan dengannya.
  3. Elakkan gula, gula pasir, gula merah, gula melaka, madu, gula-gula & apa-apa yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
  4. Elakkan buah-buahan (selepas 2 minggu baru makan tapi berpada-pada)
  5. Elakkan minuman bergula, jus buah-buhan, minuman bergas (coke,100 plus & lain2)..kurangkan pengambilan kopi!!
  6. Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, Nacho, Pop corn, jeruk manis.
  7. Elakkan segala bentuk kacang selama 2 minggu
  8. Elakkan makan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
  9. Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut & lain-lain

BOLEH MAKAN
  1. Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, di goreng (tanpa tepung)
  2. Semua ikan - boleh bakar, grill, steam, goreng (tanpa tepung). Tak kira ikan salmon, tenggiri, pari, terubuk @ ikan bilis.
  3. Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, salai & lain-lain
  4. Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong sebab sotong tinggi karbohidrat.
  5. Sayur - terutama sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, seperti sawi, bayam, timun, salad.. & lain-lain.
  6. Keju jenis Cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari
  7. Air kosong, air mineral - 8 gelas sehari atau lebih untuk elakkan sembelit.
  8. Burger - buang roti bun atas & bawah. Makan daging burger & salad sahaja
  9. Pizza makan topping sahaja
  10. Makan Vitamin & supplement seperti spirulinna @ multivitamin untuk menambah tenaga & kuatkan daya ketahanan badan
PASTIKAN MINUM AIR BANYAK.

Makanan yang TIDAK BOLEH MAKAN sepanjang 2 minggu INDUCTION
  1. Minuman bergula seperti buah-buhan, air bergas (coke, pepsi & lain-lain) minuman berkafein, kopi, milo, horlick, barli & lain-lain
  2. Sayuran berkarbohidrat tinggi seperti kentang, segala jenis ubi & lobak
  3. Buah-buahan tak kira apa jenis pun terutama pisang ( 23.7 garam karbohidrat sebiji)
  4. Semua jenis roti, tak kira putih @ berfiber, berinti @ tidak
  5. Produk tenusu, seperti susu, yogurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
  6. Kek, biskut & semua produk bergandum
  7. Makanan ringan seperti potato chips, gula-gula, chocolate, pop corn, ais cream.
  8. Kekacang, peanut @ pistachio dan lai-lain.
  9. Mee, mee hoon, spagetti, macaroni , pasta.
  10. Pizza, Nachos, tortilla chip, donut @ fast food
  11. Gula (gula putih, gula perang, gula melaka)
  12. Nasi putih, pulut, brown rice...sepinggan 22 gram karbohidrat.

JIKA BERDIET JANGAN SESEKALI SKIP SARAPAN, MAKAN TENGAH HARI & MAKAN MALAM. (Makan malam sebelum 8.00 mlm)

CONTOH SARAPAN
  • Telur rebus / telur separuh masak - 2 biji ( 0.6 gram karbohidrat)
  • Chicken Slice - 2-3 keping (0 gram karbohodrat)
  • Air suam 1-2 gelas (0 gram karbohidrat)
  • Keju 2 keping ( 1 gram karbohidrat)
MAKAN TENGAHARI/ MAKAN MALAM
  • Ikan panggang - 1-2 keping (0 gram karbohidrat)
  • Sup ayam - 1 mangkuk ( 0.5 - 1 gram karbohidrat)
  • Ayam goreng - 1-2 ketul ( 0.5 - 1 gram karbohidrat)
  • Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk ( 1-3 gram karbohidrat)
  • Telur goreng - 1-2 biji ( 1 - 1.5 gram karbohidrat)
JANGAN LEBIH DARI 20 GRAM KARBOHIDRAT SEHARI KALAU NAK KURUS

TAHUKAH ANDA!!!
  • 1 pinggan penuh nasi = 88 gram karbohidrat
  • 1/2 pinggan nasi (nasi separuh) = 44 gram karbohidrat
  • 1/4 pinggan nasi = 22 gram karbohidrat
  • Mee (mi hun/spagetti/laksa/laksam/fettuccini)= 10 - 100 gram karbohidrat (meehoon paling rendah karbohidrat = lebih kurang 10 gram sepinggan)

......................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

Saya merupakan Agen Shaklee Sah Anda di kawasan Johor Bahru & Pasir Gudang
Sebarang pertanyaan boleh Email: julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 0179291087 @ 012 9950402
SID 1042062





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up