Showing posts with label KEPENTINGAN KALSIUM. Show all posts
Showing posts with label KEPENTINGAN KALSIUM. Show all posts

KEPENTINGAN KALSIUM





Kalsium merupakan nutrien penting dalam pembentukkan tulang, pembinaan sel-sel & perjalanan sistem tubuh manusia. Berikut merupakan  keistimewaan kalsium kepada kita......

  1. Kalsium merupakan mineral penting dalam tubuh & hampir semua kalsium (99%) terdapat pada tulang.Bahagian badan lain seperti gigi, plasma darah, cecair selular & tisu lembut turut mengandungi kalsium.
  2. Kalsium perlu untuk proses pembekuan darah, penghantaran tindak balas saraf, membekalkan tenaga untuk jantung & untuk kontraksi otot.
  3. Keperluan kalsium tinggi semasa diperingkat baligh & remaja seseorang.
  4. Pengambilan kalsium yg tidak mencukupi, penyerapan kalsium yg rendah & kehilangan kalsium boleh mengurangkan pemendapan mineral pada tulang seterusnya menyebabkan pengurangan jisim tulang.
  5. Bagi kanak-kanak, keperluan kalsium sangat penting untuk pembentukan & menguatkan gigi serta kuku.
  6. Kanak-kanak berusia antara 1 hingga 3 tahun disarankan agar mengambil lebih kurang 500mg kalsium setiap hari. Manakala, bagi kanak-kanak berusia 4 hingga 8 tahun, mereka memerlukan lebih kurang 800mg sehari.
  7. Pengambilan kalsium yang mencukupi juga perlu untuk pembinaan asas tulang yg kuat untuk mengurangkan risiko osteoporosis dikemudian hari.
  8. Oleh kerana susu kaya dengan kalsium, kanak-kanak perlu minum susu secukupnya setiap hari agar dapat memenuhi keperluan kalsium hariannya.
  9. Pengambilan kalsium terbaik adalah dengan minum susu. Keadaanya semulajadinya dalam bentuk cecair memudahkan ia diserap oleh tubuh.
  10. Segelas susu boleh memberikan anda anda kira-kira 250mg hingga 500mg kalsium. Jadi, pastikan anak anda minum 2 gelas susu sehari untuk memberikan mereka kalsium yg secukupnya setiap hari.
  11. Bagi kanak-kanak yg tidak gemarkan susu, ibu bapa perlulah mencari alternatif lain yg dapat membekalkan kalsium kepada anak anda.
  12. Makanan yg kaya dengan kalsium selain susu adalah yogurt, tauhu, brokoli, keju, roti gandum & susu soya.
  13. Selain daripada itu, kini terdapat banyak makanan sepeti bijirin sarapan pagi & biskut yg diperkaya dengan kalsium.Ibu Bapa perlulah meneliti label makanan untuk mengetahui kandungan kalsium yg ada di dalamnya.
  14. Untuk penyerapan maksimum di dalam tulang, KALSIUM HENDAKLAH DIAMBIL BERSAMA VITAMIN D.
  15. Kekurangan kalsium kepada kanak-kanak akan menyebabkan penyakit "Rickets".
  16. Kalsium TIDAK digalakkan diambil bersama dengan produk yg tinggi kandungan lemak seperti coklat kerana asid 'Oxalic' yg ada di dalam coklat akan bertindak balas dengan kalsium lalu MEMBENTUK BATU KARANG.
  17. Kalsium di dalam tulang tidak akan kekal selama-lamanya. Sel-sel tulang sentiasa melakukan proses pengantian kalsium.Kalsium dalam tulang turut diambil sekiranya badan tidak memperolehi dari sumber makanan.
  18. Kalsium yg dikunyah @ di cairkan akan lebih mudah diserap.
  19. Bagi mengekalkan tulang & gigi yg kuat terutama dikalangan kanak-kanak, berikan mereka snek yg kaya dengan kalsium & hidangkan lah dengan susu.
Kesimpulannya, KALSIUM merupakan nutrien penting untuk semua golongan tak kira dewasa mahupun kanak. Ingat!!! jangan abaikan kalsium untu tubuh anda.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up