Showing posts with label TIPS UNTUK DAPATKAN KUKU YANG CANTIK. Show all posts
Showing posts with label TIPS UNTUK DAPATKAN KUKU YANG CANTIK. Show all posts

TIPS UNTUK DAPATKAN KUKU YANG CANTIK

Tahukah anda keadaan kuku seseorang mampu memberi gambaran keperibadian seseorang?? Bila cantik, tumpuan tidak hanya kepada wajah atau kulit seseorang sahaja..kuku pun memainkan peranan yang besar jugak...:)..cuba bayangkan anda bertemu dengan seseorang tak kira la, lelaki ataupun perempuan..pakaian yang cantik dan berjenama..kemas dan bergaya..TAPI kuku KOTOR & PECAH !!! mesti dalam hati 'dressing' dah ok tapi kuku FAIL.!!!!

So kalau tak nak digelarkan sebagai pemalas atau pengotor baik anda jaga kuku anda..Tak semestinya nak jaga kuku kena pergi spa, di rumah pun boleh tau...ok sekarang saya akan kongsikan tips macamana nak jaga kuku anda di rumah.





1. POTONG KUKU DENGAN BETUL

  • Potong kuku selepas mandi sebaik-baiknya pada waktu pagi, kerana pada waktu ini kuku lembut dan mudah dipotong.
  • Jangan potong terlalu pendek kerana dikhuatiri akan mencederakan kulit.
  • Selepas potong anda disarankan untuk membersihkan tangan & merendam jari di dalam air suam yang telah di campur dengan pati lemon dan setitis minyak zaitun.

2. BUANG KUTIKEL
  • Selepas merendam, sapulah kri kutikel untuk membuang sel-sel kulit mati.



3. LAKUKAN URUTAN
  • Urutan berfungsi untuk melancarkan aliran darah. Lakukan urutan pada tangan terutama pada bahagian jari.

4. SAPU LOSYEN SEBELUM TIDUR
  • Sapu losyen sebelum tidur di seluruh tubuh dan jadikan sebagai rutin.
  • Penggunaan yang konsisten mampu menghindari kulit kering dan juga mampu mengatasi kukupatah dan rapuh
  • Selain losyen boleh juga gunakan minyak zaitun yang kaya dengan Vitamin E

5. TUKAR STOKIN SETIAP HARI
  • Sekirannya memakai stokin, pastikan material stokin dari gentian kapas yang mampu menyerap peluh.
  • Pastikan anda menukar stokin setiap hari bagi mengelakkan pembiakan bakteria yang menyebabkan kaki anda berbau.





6. JAGA KEBERSIHAN KASUT
  • Pastikan anda tidak memakai kasut yang sama setiap hari terutama kasut yang bertutup. Pemakaian kasut bertutup seharian akan menyebabkan haba terperangkap.
  • Masalah kelembapan terperangkap akan mengundang masalah kaki berbau kerana jangkitan kuman.

7. PAKAI SARUNG TANGAN.
  • Sebaiknya gunakanl lah sarung tangan ketika anda melakukan kerja rumah seperti mencuci pinggan dan berkebun.
  • Penggunaan sarung tangan bukan sahaja mampu memelihara kelembutan kulit, malah dapat melindungi kuku daripada kotoran dan bahan kimia yang terkandung dalam bahan pencuci.

8. SUPPLEMENT/VITAMIN
  • Bagi mendapatkan kuku yang sihat dan cantik, penjagaan dalamn pun sangat penting. Anda di sarankan mengambil 300 mikrogram Vitamin B setiap hari.
  • Selain itu amalkan pemakan sihat, kerana diet yang seimbang mampu membekalkan nutrien yang penting kepada tubuh.
  • Contohnya, segelas susu dan 2 biji telur separuh masak mampu mencantikkan dan menyihatkan kuku anda.








Saya Agen SHAKLEE JOHOR BAHRU & PASIR GUDANG.
ID No 1042062

COD Kg Melayu Majidee, Kg Bendahara, TESCO Tebrau, AEON Tebrau, Plaza Angsana, Giant Taman Suria (Southern City), Larkin Perdana, Pasar Larkin, AEON Permas Jaya, Kip Mart Masai (Pasir Gudang)

CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM 017 9291087


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up