APA ITU ROTAVIRUS
- Rotavirus adalah sejenis virus yang menjadi punca utama cirit birit teruk atau AGE dikalangan kanak-kanak. Dan ia merupakan PEMBUNUH KE 2 kanak-kanak selepas radang peparu.
- Penyebab utama adalah tahap kebersihan yang kurang baik. Rotavirus tersebar melalui najis yang mengandungi Rotavirus ke mulut serta makanan & air tercemar.
- Virus ini boleh berjangkit melalui permukaan peralatan permainan, tombol pintu & pinggan mangkuk yang tidak dibasuh dengan betul.
- ROTAVIRUS boleh kekal selama beberapa jam di atas kulit manusia & mampu bertahan selama beberapa hari di atas permukaan yang keras. Ia juga boleh hidup selama seminggu dalam najis individu yang di jangkiti.
- Mengikut laporan WHO seramai 2 juta pesakit dimasukkan ke Hospital kerana ROTAVIRUS setiap tahun & 400,000 pesakit maut kerana Dehidrasi (kehilangan air dalam badan)
TANDA-TANDA PENYAKIT ROTAVIRUS
- Demam
- Cirit birit air
- Muntah tanpa henti
- Dehydration
- Otot-otot sakit & cram
- Mata cengkung
- Kulit kasar & kering
- Bibir kering/pecah-pecah
- Air kencing kurang
BAGAIMANA ROTAVIRUS TERSEBAR
- Rotavirus pada najis boleh tersebar melalui tangan, objek-objek & permukaan terbuka & mungkin juga melalui sistem pernafasan. Kanak-kanak & bayi mudah dijangkiti kerana kekerapan mereka memasukkan jari ke dalam mulut.
CARA MENCEGAH
- Bayi di berikan vaksin, Vaksin Rotavirus diambil seawal 8 minggu ke 8 bulan. Di ambil melalui mulut bayi & kanak-kanak.
- Menjaga persekitaran agar sentiasa bersih.
- Penting untuk membasuh tangan dengan sabun selepas keluar tandas & sebelum memegang makanan.
Di harap perkongsian ini akan memberi panduan kepada anda, disamping dapat menambah ilmu.
Sumber : Myhealth