PENYAKIT KAWASAKI pada awalnya telah dikenali sebagai SINDROM KELENJAR & KULIT atau dikenali sebagai MUCOCUTANEOUS LYMPH NODE SYNDROME sebelum dinamakan sebagai Penyakit Kawasaki bersempena dengan nama Doktor Pakar Kanak-Kanak di Jepun iaitu Tomikasu Kawasaki yang mengesan penyakit ini pada tahun 1960.
Sebahagian besar pesakit ini adalah kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke bawah. Statistik di Amerika Syarikat menunjukkan Penyakit ini merupakan penyakit utama yang menyebabkan penyakit jantung 'acquired' dikalangan kanak-kanak, malah bilangan kes makin meningkat terutama di negara membangun.
PUNCA PENYAKIT KAWASAKI
- Punca penyakit masih belum di kenal pasti tetapi ia berkaitan dengan jangkitan virus/bakteria dan daya tahan yang lemah pada bayi & kanak-kanak.
- Terdapat juga kajian di Jepun, Penyakit ini berkaitan dengan toksin bakteria yang merangsang tubuh badan menghasilkan antibodi terhadap salur darah, menyebabkan pesakit kerap mendapat komplikasi berkaitan dengan salur darah.
TANDA-TANDA PENYAKIT KAWASAKI
- Demam berpanjangan lebih dari 5 hari @ berminggu &
- Suhu ketika demam mencecah 40 darjah celcius
- Keadaan kanak-kanak akan menjadi gelisah kerana suhu terlalu tinggi
- Selepas 2,3 hari demam akan tumbuh ruam pada badan
- Muka & mata menjadi kemerahan,
- Sakit pada mulut & lidah
- Sakit pada kelenjar leher & ketiak & membengkak
- Kadang kala cirit birit
KOMPLIKASI PENYAKIT KAWASAKI
Kebanyakkan kanak-kanak akan sembuh dengan sendiri dalam masa 2-3 minggu sekiranya mendapat rawatan di hospital. TETAPI lebih kurang 20-30% pesakit kanak-kanak akan mendapat komplikasi akibat daripada penyakit ini.
Antara komplikasi adalah seperti :
- Aneurisma arteri koronari
- Myokarditis ( jangkitan pada otot jantung)
- Penyakit Injap mitral
- Kegagalan jantung berfungsi
Sekirannya hasil ujian mendapati sel darah putih bertambah & sel platlet dalam darah juga meningkat 2 kali ganda dari biasa, kanak-kanak tersebut disahkan menghidap PENYAKIT KAWASAKI.
RAWATAN PENYAKIT KAWASAKI
- Rawatan utama adalah menggunakan IMMUNOGLOBULIN yang diberi secara intravena iaitu titisan ke dalam nadi. Berfungsi mengurangkan radang pada jantung & menghalang kerosakan arteri koronari.
- Penggunaan ASPIRIN dapat mengurangkan kadar keradangan pada jantung & di beri bersama IMMUNOGLOBULIN pada peringkat paling krtikal.
KESEDARAN TENTANG PENYAKIT KAWASAKI
- 30%-50% pesakit kanak-kanak akan mula mendapat komplikasi akibat penyakit ini seperti Aneurisma Arteri Koronari iaitu pembesaran arteri, jangkitan pada otot jantung @ Myokarditis, Injap jantung rosak & Kegagalan jantung berfungsi.
- Kebanyakkan bayi maut akibat penyakit ini kerana lambat diselamatkan selepas seminggu menghidapi penyakit ini tanpa disedari oleh ibu bapa akibat kurang pengetahuan tentang penyakit ini.