Cirit birit sememangnya biasa terjadi di kalangan bayi & kanak-kanak. Biasanya cirit birit ini akan sembuh tanpa terjadinya komplikasi lain. Cirit birit bermaksud membuang air besar yang lebih lembik & berair daripada biasa. Najis akan keluar kerap daripada biasa.
- Cirit-birit Akut - keadaan ini terjadi secara tiba-tiba & akan berterusan tetapi kurang daripada 2 minggu
- Cirit-birit Kronik - Cirit birit yang terjadi secara berlarutan (berterusan) lebih 2 minggu
PENYEBAB CIRIT-BIRIT
- Kebiasaannya disebabkan oleh makanan & minuman yang tercemar menyebabkan jangkitan pada usus & cirit-birit.
- Terdapat juga sebab-sebab lain terjadinya cirit-birit seperti :
1) Virus - Contoh Rotavirus, Norovirus & Astrovirus
2) Bakteria - Contoh Shigella, Campylobacter, Escherichia Coli
3) Parasit - Contoh Giardia lambdia, Entamoeba Histolytica.
- Punca-punca yang disebabkan bukan dari jangkitan:
2) Reaksi terhadap ubat-ubatan - sesetengah antibiotik
3) Penyakit berkaitan usus - penyakit radang usus (inflammantory bowel desease), penyakit coeliac.
4) Functional bowel desease - sindrom iritasi usus
TANDA-TANDA CIRIT-BIRIT
- Membuang air besar dengan lebih kerap
- Najis berair dengan/tanpa lendir
- Mual @ muntah-muntah
- Demam
- Sakit/kejang perut
- Kembung perut
- Hilang selera makan
TANDA-TANDA DEHIDRASI
- Dehidrasi kategori ringan & sederhana
2) Bibir kering & merekah
3) Tiada @ sedikit sahaja air mata jika menangis
4) Tidak kencing selama 4-6 jam (lampin tidak basah untuk tempoh tersebut)
5) Ubun-ubun kepala bayi tenggelam
6) Meragam
- Dehidrasi kategori teruk terdapat semua tanda-tanda diatas diikuti dgn :
2) Kanak-kanak kelihatan tidak bermaya, keletihan & tidak aktif
3) Mata cengkung
4) Sukar bernafas
5) Nadi yang sangat lemah & sangat cepat
6) Tangan & kaki sejuk
7) Tidak mahu makan
TANDA-TANDA BAHAYA
- Tanda-tanda dehidrasi
- Darah pada najis @ najis berwarna kehitaman
- Cirit birit berterusan selama 48 jam
- Susut berat badan
- Keadaan mengantuk @ kelalian
- Demam melebihi suhu 38 darjah celcius
- Tidak mahu makan
- Organ badan tidak berfungsi termasuk kegagalan ginjal
- Jangkitan sistemik melibatkan keseluruhan badan
- Kurang toleransi terhadap laktosa peringkat sekunder
- Rasa sakit disekeliling kawasan dubur
- Kematian
1) Rehidrasi
- Adalah penting menggantikan air & mineral dalam badan untuk mencegah dehidrasi
- Teruskan penyusuan susu ibu disamping memberi air garam rehidrasi (ORS)
- Sekiranya bayi tidak minum susu badan, teruskan memberi makanan biasa & air garam rehidrasi
- Apabila keadaan anak bertambah baik, teruskan pemberian susu badan & garam ORS. Tambah sedikit demi sedikit apabila selera anak kembali.
- Makanan biasa boleh diteruskan selepas 24 jam hingga 48 jam jika anak anda bertambah pulih
- Keadaan najis mungkin akan mangambil masa sehingga 7 hari untuk kembali seperti biasa
3) Susu
- Elakkan menukar susu formula sesuka hati
- Dapatkan nasihat daripada doktor sekiranya susu formula tidak sesuai dengan bayi anda
4) Ubat-ubatan
Ubat untuk menghentikan cirit birit perlu dielakkan kerana :
- Tiadak selamat untuk bayi & kanak-kanak
- Akan mengganggu keupayaan badan untuk menghapuskan jangkitan
5) Antibiotik
- Secara umumnya tidak perlu tetapi kadang kala diberikan oleh doktor untuk jangkitan bakteria usus yang jarang-jarang berlaku.
6) Krim sapu
- Krim seperti jeli petrolium & zink oksida boleh membantu melegakan kesakitan bahagian punggung bayi yang sakit.
PENCEGAHAN CIRIT BIRIT DIKALANGAN KANAK-KANAK
- Pastikan air minuman anak anda bersih & dimasak
- Pastikan anak anda menggunakan alatan yang bersih untuk makanan & minuman
- Sterilkan botol susu kanak-kanak @ bayi
- Elakkan makan yang mentah kecuali disediakan oleh anda sendiri
- Cuci tangan dengan bersih selepas menyediakan makanan mentah seperti daging, menggunakan tandas, menukar lampin bayi & sebelum memegang makanan.
- Pastikan lampin pakai buang, dibuang dengan betul
Sumber : Myhealth
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee anda.
Sebarang pertanyaan boleh Email : julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 0179291087 @ 012 9950402
SID 1042062
Johor Bahru