Showing posts with label BUAH & SAYUR RAMUAN CANTIK SEMULAJADI. Show all posts
Showing posts with label BUAH & SAYUR RAMUAN CANTIK SEMULAJADI. Show all posts

BUAH & SAYUR RAMUAN CANTIK SEMULAJADI

Wajah PUTIH, GEBU, CANTIK & BERSERI semangnya idaman setiap semua orang baik perempuan mahupun lelaki, tidak mengira usia tua atau pun muda. Pelbagai jenis produk kecantikan yang berada dipasaran hari ini, mampu untuk menjadikan wajah seseorang CANTIK & SIHAT. Ada juga yang sangup berhabisan wang untuk mendapatkan rawatan kecantikan di pusat-pusat kecantikan & juga klinik semata-mata untuk mendapatkan kesan yang maksimum.

Tetapi, tahukah anda terdapat cara yang paling MUDAH & SELAMAT untuk merawat kulit ??? hanya manfaatkan sayur-sayuran & buah-buahan sahaja, yang pastinya sangat menjimatkan & tidak memberikan kesan sampingan.


Kiwi
1. KIWI

  • Buah kiwi mampu merawat wajah agar lebih cerah dan membersihkan kotoran serta membuang sel-sel mati yang terdapat dalam liang-liang pori wajah.
  • Hanya perli kisar buah kiwi, sapukan pada wajah sebagai masker dan biarkan selama 10 minit. kemudian bilas.

kubis
2. KUBIS
  • kubis tergolong dalam kumpulan brokoli & bunga kubis. Kebiasaanya kubis dijadikan bahan makanan seperti salad, sup atau ulaman.
  • Kubis mengandungi pelbagai vitamin penting seperti Vitamin B1, Vitamin B6, Vitamin C, Vitamin E & Vitamin K. Kandungan nutrisinya mampu mencantik & menyihatkan kulit.
  • Caranya kukus beberapa helai kubis hingga lembut, kemudian perah dengan tuala kecil yang kering & bersih sehingga kesemua cecair dalam kubis berpindah pada tuala. Letakkan tuala pada wajah. Biarkan semalaman
  • Sulfur yang terdapat dalam kubis mampu mengatasi & mencegah jerawat, gunakan topeng dari jus kubis untuk mencegah jerawat.


Limau nipis
3. LIMAU NIPIS
  • Mempunyai kandungan Vitamin C dan zat anti oksidan yang bermanfaat untuk mengecilkan liang-liang roma, menghaluskan serta mencerahkan wajah.
  • Caranya, belah kepada 2 bahagian, perah jusnya, sapu ke wajah dan biarkan selama 10 ke 20 minit, kemudian cucilah dengan air suam. Teruskan basuh dengan air sejuk.


Epal
4. EPAL
  • Buah epal mempunyai manfaat untuk mengurangkan lebihan minyak di wajah.
  • Caranya, blend buah epal, seeloknya jangan di tambah dengan air semasa blend, sapukan pada  wajah dan biarkan selamat 30 minit, kemudian basuh dengan air bersih.


Tomato
5. TOMATO
  • Kaya dengan anti oksidan yang mampu mengatasi iritasi pada kulit akibat daripada sinaran matahari, mengurangkan bintik hitam & mencerahkan warna kulit wajah.
  • Caranya, haluskan 1 biji tomato di campur dengan 1 sudu madu. Sapukan pada wajah dan biarkan selama 15 minit. Kemudian basuh dengan air suam


Pisang
6. PISANG
  • Manfaat pisang adalah mampu meremajakan kulit dan membuatkan kulit menjadi lembap dan kenyal.
  • Caranya, sebiji pisang dibuang kulitnya dan isinya dihancurkan, ditambah 1 sudu madu. Sapu ke wajah dan dibiarkan selama 30 minit. Kemudian bersihkan dengan air suam.


Timun
7. TIMUN
  • Bermanfaat untuk menanggalkan noda-noda hitam pada wajah & boleh membuatkan wajah berseri.
  • Caranya, 1/2 biji timun, kupas hingga bersih. Ditambah 1 sudu susu tanpa lemak & 1 sudu palin yogurt, kisar hingga halus. Sapu ke wajah dan biarkan selama 20 minit, kemudian bilas dengan air suam.



Avocado
8. AVOKADO
  • Avokado mempunyai manfaat untuk menurunkan lemak pada tubuh. Selain daripada itu, ia juga  digunakan untuk menjaga kelembapan wajah dan memberi nutrisi yang boleh melicinkan wajah. Mempunyai kandungan Vitamin C & E.
  • Caranya, Lenyek atau kisar Avokado, sapukan ke wajah hingga rata. Biarkan selama 15 minit. Kemudian basuh dengan air bersih.

Teratai
9. TERATAI
  • Ambil kelopak dari bunga teratai. Tumbuk kelopak hingga halus, campur dengan madu  dan susu untuk membuat pes.
  • Gunakan larutan ini seminggu sekali bertujuan untuk mencerahkan wajah secara semulajadi

Ubi Sengkuang

10. UBI SENGKUANG
  • Jadikan sengkuang sebagai masker, bertujuan untuk menyegarkan & membersihkan wajah.
  • Caranya, parutkan sengkuang untuk mendapatkan airnya, biarkan seketika untuk mendapatkan mendapatan sari sengkuang. Setelah mendap buang airnya, mendapan ini lah yang akan dijadikan masker
  • Sapu ke wajah sehingga rata, biarkan selama 30 minit atau kering. Kemudian bilas dengan air bersih.

Strawberry
11. STRAWBERRY
  • Strawberry mengandungi asid salisiat (salah satu jenis asid beta-hydroxy yang membantu mengetatkan pori kulit wajah), silika serta Vitamin B,C, E dan K berupaya menyihatkan, meremajakan & mencerahkan kulit wajah.
  • Caranya, lumatkan beberapa buah sehingga hancur & halus, sapukan pada wajah, biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.

Betik
12. BETIK
  • Betik boleh digunakan sebagai peeler, kerana ianya mengandungi enzim yang boleh meluruhkan sel-sel kulit mati.
  • Caranya, ambil 1/4 bauh betik masak, kupas dan lumatkan. Sapu pada wajah, biarkan lebih kurang 10 minit. Kemudian cuci wajah dengan air suam.


Mudah bukan..??? sangat senang. Kalau nak cantik kena lah rajin. Harap tips ni dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Sumber Majalah Rapi Bil. 234 (september 2014)

Saya Agen SHAKLEE JOHOR BAHRU & PASIR GUDANG.
ID No 1042062

COD Kg Melayu Majidee, Kg Bendahara, TESCO Tebrau, AEON Tebrau, Plaza Angsana, Giant Taman Suria (Southern City), Larkin Perdana, Pasar Larkin, AEON Permas Jaya, Kip Mart Masai (Pasir Gudang)

CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM 017 9291087

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up