Untuk mengatasi masalah perut buncit ni anda sememangnya memerlukan tahap disiplin yang sangat tinggi. Amalan cara hidup yang sihat dengan bersenam dan mengamalkan diet seimbang. Selain itu, cuba anda lebihkan 5 jenis makanan ini dalam menu harian anda :
1. BLUEBERI MEMBANTU MEMBAKAR LEMAK
- Kajian menunjukkan blueberi dapat membantu membakar lemak pada perut. Buah ini juga boleh mengekalkan kebanyakkan kelebihan nutrisi.
2. SALAD TINGGI KANDUNGAN SERAT
- Salad diperkaya dengan vitamin dan mineral. Ia juga rendah kalori dan mempunyai kandungan serat yang tinggi. Khasiat yang terkandung dalam salad akan membekalkan nutrien kepada tubuh. Malah ia juga akan membuatkan anda rasa kenyang dan bertenaga. Amalan pengambilan salad sebelum waktu makan akan mengurangkan pengambilan makanan.
3. BADAM BENTUK PERUT LEBIH MENARIK
- Tahukah anda badam sebenarnya sangat membantu dalam membakar lemak di perut anda. Badam merupakan sumber terbaik untuk mendapatkan Monounsaturated Fats. Ia juga dipercayai dapat membentuk perut kerana mempunyai sumber protein dan serat sayur-sayuran.
4. SALMON BAKAR KALORI
- Makanan berprotein tinggi seperti ikan dapat membantu membakar kalori apabila dihadamkan. Pilihan yang terbaik adalah tuna dan salmon kerana ikan tersebut mengandungi kandungan Omega-3 yang sangat baik untuk tubuh anda.
5. AMALKAN OAT KETIKA SARAPAN
- Pengambilan sarapan adalah sangat penting kerana ia memberikan tenaga kepada tubuh untuk memulakan aktiviti harian. Elakkan pengambilan sarapan yang mempunyai kalori yang tingggi seperti NASI LEMAK & ROTI CANAI. Sebaliknya amalkan pengambilan sarapan seperti oat. Ia kaya dengan serat yang dapat menbantu prose penghadaman. Elakkan oat yang berperisa kerana kandungan kalori tinggi sebaliknya pilihan perisa original.
Sumber : Mingguan Wanita (Bil 1594 jun 2014)
**Info HERB LAX dari Shaklee berfungsi untuk mengatasi masalah SEMBELIT, MENURUNKAN BERAT BADAN, DETOX & MENGEMPISKAN PERUT
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya merupakan Agen Shaklee Berdaftar area Johor Bahru & Pasir Gudang
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh Email : julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402
SID 1042062