Jerawat biasanya akan muncul bila minyak/sebum, bakteria & sel kulit mati menyumbat liang roma kulit muka. Biasa kalau kulit jenis berminyak ni, potensi nak dapat jerawat memang lah tinggi. Berikut adalah tip yang boleh dijadikan panduan kepada mereka yang dikategorikan sebagai 'Si Oily Skin'.
1) JANGAN BERSIHKAN MUKA TERLALU KERAP
- Situasi ni memang biasa dilakukan termasuklah saya, konon-kononya dengan harapan basuh muka dengan cleanser sekerap yang mungkin jerawat kecut & kulit tak berminyak. TETAPI keadaan ini sebenarnya akan menyebabkan kulit semakin berminyak & berjerawat. Memadailah dengan hanya mencuci dengan cleanser 2 kali sehari sahaja (pagi & malam)
2) KERAP MENGGUNAKAN SCRUB MUKA
- Bila menyental muka scrub, kita akan rasa muka akan menjadi lebih halus & licin. Menggunakan scrub yang bertekstur kasar akan mengakibatkan iritasi kepada kulit muka anda. Seharusnya scrub hanya perlu dilakukan 1 ke 3 kali sahaja seminggu. Gunakan lah scrub yang halus teksturnya, diurut dengan lembut (bukan sental ye), di basuh dengan air suam.
3) TIDAK MEMBERSIHKAN PELUH
- Sekirannya kita melakukan aktiviti lasak yang menyebabkan kita berpeluh-peluh, seeloknya basuh muka & terus mandi, jangan sesekali biarkan peluh kering dengan sendiri. Dengan biarkan peluh kering sendiri, anda sedang 'membiak' kan jerawat.
4) PICIT JERAWAT
- Ni normal, pantang tengok jerawat, rasa geram aje...sebenarnya tabiat memicit jerawat dengan kuku akan memburukkan lagi keadaan kulit & akan meninggalkan kesan parut yang hodoh. Elakkan picit jerawat dengan kuku, gunakan losen khas untuk kecutkan jerawat.
5) BUIH SYAMPU RAMBUT
- kalau nak bersyampu tu ok, tak de masalah, TETAPI pastikan jangan dibiarkan meleleh-leleh dekat muka, sebab kandungan syampu ada bahan pelembap/minyak untuk melembutkan rambut, jadi tak sesuai la kene muka terutama bahagian dahi tu.
- Pastikan semasa gunakan spray rambut, gel & mousse, elakkan terkena bahagian muka. Apabila terkena bahagian muka akan mengakibatkan pori-pori tersumbat dengan bahan-bahan yang terdapat dalam produk penjagaan rambut tersebut.
- Makanan berminyak boleh sebabkan kulit kita berjerawat & berminyak dengan lebih teruk dari biasa. Jadi amalkan lah makanan yang berkhasiat & seimbang, kurangkan makanan berminyak adalah sebaiknya.
- Sekirannya anda mempunyai masalah kulit berminyak pastikan produk kosmetik anda sesuai untuk kulit berminyak. Pastikan produk tersebut oil-free & non-acnegenic @ non-comodegenic untuk mengelakkan jerawat anda sukar untuk pulih.
- Sekiranya anda menjalani rawatan pakar untuk jerawat, pastikan apabila kulit anda sembuh dari jerawat, jangan lah sewenang-wenangnye berhenti dari mendapatkan rawatan tersebut. Seelok untuk menghindari jerawat muncul semula dapatkan nasihat doktor, amalkan supplement untuk mendapatkan kulit bebas jerawat & sihat.
- Sememangnya kulit cerah adalah idaman semua, tetapi untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak & berjerawat, produk pencerahan kulit sememangnya tidak digalakkan kerana ianya akan membuatkan kulit semakin berminyak, semakin berjerawat & berkemungkinan munculnya pigmentasi. Oleh itu, pastikan jenis kulit anda terlebih dahulu, kemudian gunalah produk penjagaan muka khas untuk kulit berminyak @ berjerawat. Insha Allah kesesuaian produk & penjagaan yang betul akan memulihan masalah jerawat anda.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee anda
Sebarang pertanyaan boleh Email : julaizaharun@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp 017 9291087 @ 012 9950402
SID 1042062
Johor Bahru