APAKAH KEBAIKAN VITAMIN C YANG PERLU ANDA KETAHUI???

Assalamualaikum...

Hi semua...

Apa yang anda tahu tentang VITAMIN C??




Vitamin C sangat penting untuk tubuh kita kerana tubuh kita tidak dapat menghasilkan Vitamin C. Kita perlu dapatkan Vitamin C daripada sumber lain dari makanan.

KAJIAN SAINTIFIK juga menunjukkan bahawa Vitamin C berpotensi untuk mencegah sesetengah jenis BARAH, penyakit berkaitan dengan JANTUNG, masalah ALAHAN dan juga masalah KETIDAKSUBURAN dikalangan lelaki. Vitamin C juga mampu untuk mencegah dan menyembuhkan JANGKITAN VIRUS seperti demam dan selesema. Ia juga penting untuk menguatkan sistem imun tubuh kita.


FAKTA MENGENAI VITAMIN C

Vitamin C merupakan Vitamin Larut air yang terdapat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Vitamin C sangat penting utnuk pertumbuhan gigi, tulang, tisu bawah kulit dan tulang rawan.

Tahukah anda??? akibatkan daripada KEKURANGAN VITAMIN C akan menyebabkan KOLAGEN di dalam badan anda menjadi LEMAH dan TIDAK AKTIF.

Kekurangan Vitamin C yang berterusan akan menyebabkan SKURVI (Sejenis penyakit yang menyebabkan lemah seluruh badan, anema dan adema). Bagi SKURVI yang lebih serius, sel otot akan merekah dan berlaku jangkitan mulut, mengakibatkan penghidap mengalami muntah berdarah, pendarahan pada otak dan demam panas yang boleh membawa kematian.


KENAPA PERLUNYA VITAMIN C.

Vitamin C penting untuk:

  • Pembentukan gigi, tulang, tisu bawah kulit dan rawan yang sihat.
  • Menguatkan sistem imunisasi badan
  • Menghapuskan radikal bebas
  • Mencegah kanser dan penyakit-penyakit lain

MENGAPA PERLU VITAMIN C SETIAP HARI.

Tubuh kita TIDAK BOLEH menghasilkan Vitamin C, disebabkan ia merupakan Vitamin larut air maka ia TIDAK BOLEH disimpan. Sekiranya Vitamin C yang berlebihan dalam tubuh seseorang ianya dengan mudah akan disingkirkan daripada tubuh kita.

Selain daripada itu Vitamin C akan termusnah akibat daripada KEPANASAN dan pendedahan kepada SINARAN ULTRAUNGU. Malahan sesetngah jenis makanan kandungan Vitamin C akan termusnah sebelum sempat kita ambil.

Oleh itu, penting bagi kita untuk mendapatkan bekalan Vitamin C tambahan bagi memperolehi faedah yang lebih OPTIMUM.




Saya Agen SHAKLEE JOHOR BAHRU & PASIR GUDANG.
ID No 1042062

COD Kg Melayu Majidee, Kg Bendahara, TESCO Tebrau, AEON Tebrau, Plaza Angsana, Giant Taman Suria (Southern City), Larkin Perdana, Pasar Larkin, AEON Permas Jaya, Kip Mart Masai (Pasir Gudang)

CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM 017 9291087



MAKANAN YANG PERLU DI JAUHI OLEH IBU HAMIL

Assalamualaikum..

Hi semua..

Hari ni nak cerita pasal MAKANAN YANG PERLU DI JAUHI OLEH IBU HAMIL.

Kebiasaanya bila hamil, selera ibu-ibu hamil ni berubah, rasa nak makan je, tengok meggi pun terliur. hehehe. Masa saya mengandung dulu pun, mak saya pun ada pesan bila mengandung ni ada makanan tertentu tak boleh makan, bertujuan untuk jaga kandungan.

Antara jenis makanan yang perlu di elakkan adalah :




1. MAKANAN / MINUMAN BERKAFEIN

  • Pengambilan makanan dan minuman berkafein seperti minuman bergas, coklat, kopi dan sebagainya boleh mendatangkan kesan buruk kepada perkembangan bayi yang tidak normal. Ia termasuklah masalah seperti bayi mempunyai kurang berat semasa di lahirkan. Malahan kafien juga di katakan mampu untuk MEROSAKAN kandungan kalsium tulang ibu hamil.








2. GULA
  • Ibu hamil perlu kurangkan pengambilan gula ketika hamil, kerana ia boleh mengakibatkan komplikasi seperti kencing manis semasa mengandung dan bayi berisiko untuk saiz besar.








3. VITAMIN A
  • Apa juga Vitamin A yang melebihi 5000iu boleh menyebabkan kecacatan muka, kepala, jantung dan saraf bayi. Anda boleh mengambil beta karotena yang banyak terkandung dalam lobak merah. Makanan yang mengandungi Vitamin A dari sumber hati haiwan perlu di elak.






4. RAKSA/MERKURI
  • Makanan laut seperti Tuna, Mecerel (kembung besar) dan beberapa jenis ikan bersaiz besar yang mengandungi kandungan raksa/merkuri yang tinggi. Kerana pengambilan makanan yang mengandungi raksa yang tinggi boleh merosakkan bayi





5. MAKANAN YANG DIPROSES
  • Antara yang popular adalah sosej. Sosej berkemungkinan mengandungi kandungan nitrat & nitrit yang tinggi. Jadi ibu-ibu hamil perlu mengurangkan pengambilannya.





6. PRODUK TENUSU
  • Susu yang TIDAK DIPASTEUR dan sesetengah keju berkemungkinan mengandungi BAKTERIA LISTERIA yang boleh menyebabkan keguguran di awal kehamilan dan kelahiran pra matang. Keju yang yang di yakini selamat adalah dari jenis keju keras seperti Cheddar, Edam dan Parmesan, Mozzarella, Feta, Marscapone dan Krim Keju.




7. KACANG TANAH
  • Sekirannya anda mempunyai sejarah ahli keluarga yang mempunyai alahan terhadap kacang maka perlu elakkan pengambilan kacang tanah. Kacang tanah merupa satu-satunya jenis kekacang yang boleh meningkatkan alahan kacang di kalangan bayi.






8. TELUR KUNING 
  • Telur kuning yang tidak di masak sempurna /separuh masak berkemungkinan mengandungi SALMONELLA. Kebiasaannya jarang memberi kesan kepada bayi tetapi mampu membuat ibu-ibu mengalami mutah yang serius, cirit-birit, demam dan dehidrasi. Pastika telur yang hendak di makan di masak sempurna/masak penuh.




9. MAKANAN MENTAH
  • Makanan mentah seperti SUSHI boleh menyebabkan komplikasi, oleh itu oleh di jauhi buat sementara waktu.
  • TOXOPLAMOSIS - penyakit yang di akibatkan oleh parasit yang terdapat dalam daging mentah dan sayuran yang tidak di cuci dengan sempurna. Boleh menyebabkan jangkita Intrauterine yang serius di kalangan bayi.
  • CIRIT BIRIT - terdapat dalam daging ayam dan telur yang tidak di masak sempurna. Membahayakan bayi jika tidak di rawat dengan segera.
  • JANGKITAN CACING - pengambilan ikan mentah boleh menyebabkan jangkitan cacing. Cacing akan memakan segala zat yang diperlukan oleh bayi.
  • KEGUGURAN, KELAHIRAN PRA MATANG & KERACUNAN - punca utama adalah di sebabkan pengambilan keju yang mengandungi bakteria listeria, kebiasaanya keju yang tidak DIPASTEUR.



Saya Agen SHAKLEE JOHOR BAHRU & PASIR GUDANG.
ID No 1042062

COD Kg Melayu Majidee, Kg Bendahara, TESCO Tebrau, AEON Tebrau, Plaza Angsana, Giant Taman Suria (Southern City), Larkin Perdana, Pasar Larkin, AEON Permas Jaya, Kip Mart Masai (Pasir Gudang)

CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM 017 9291087




ANAK SAYA ALAHAN SUSU LEMBU

Assalamualaikum..

Hi semua...

Pernah kah, anda dengar bayi mengalami alahan susu formula yang berasaskan susu lembu??

Saya memang bercadang untuk fully breasfeed anak saya sehingga umur at least 2 tahun. May be, banyak faktor yang mempengaruhi keadaan waktu saya dalam pantang, membuatkan saya tak dapat melakukan penyusuan sehingga umur anak saya 2 tahun.

Macam-macam jenama yang kami guna dan tukar sebab apabila anak saya minum susu formula, anak saya mula menghidapi ECZEMA di sekitar muka dan leher.






APA ITU ALAHAN SUSU LEMBU?

  • Susu adalah terdiri daripada protein, gula lemak, vitamin, bahan galian dan air. Terdapat sebahagian daripada kanak-kanak mengalami masalah sistem immunologi abnormal yang mempunyai tindak balas terhadap protein susu. Situasi ini lebih di kenali sebagai ALAHAN SUSU LEMBU.
  • Di anggarkan 1-5 % bayi mempunyai alahan kepada protein yang terdapat dalam susu lembu dan susu formula yang berasaskan susu lembu.
  • Kebanyakkannya akan bebas dari alahan ini di antara umur 2 ke 3 tahun.


Alahan susu lembu (sumber kosmo)



TANDA-TANDA ALAHAN

Tanda-tanda alahan ini adalah untuk jangka masa 6 bulan pertama

  • Serangan gejala nafas berbunyi, gatal, muntah, ruam, bengkak pelupuk mata dan bahagian lain badan (angioedema) dan tindak balas seluruh badan (anaphylaxis) yang cepat dan akan menyerang secara tiba-tiba.
  • Tindak balas yang agak lewat seperti berak cair, najis berdarah, perut memulas dan tumbesaran terbantut

MASALAH YANG TIMBUL DARI ALAHAN SUSU LEMBU
  • Mempunyai risiko tinggi untuk menghidapi Asthma dan Eczema
  • Penyakit usus yang di sebabkan oleh alahan susu lembu memyebabkan anak tidak membesar
  • Kekurangan zat makanan boleh berlaku sekiranya penukaran susu bukan berasaskan susu lembu tidak di lakukan pada peringkat bayi
  • Kemungkinan berlakunya kematian di sebabkan serangan teruk (anaphylaxis)

Sekirannya ALAHAN berlarutan segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

Sumber : myhealth.com


Saya Agen SHAKLEE JOHOR BAHRU & PASIR GUDANG.
ID No 1042062

COD Kg Melayu Majidee, Kg Bendahara, TESCO Tebrau, AEON Tebrau, Plaza Angsana, Giant Taman Suria (Southern City), Larkin Perdana, Pasar Larkin, AEON Permas Jaya, Kip Mart Masai (Pasir Gudang)

CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM 017 9291087




KHAS BUAT IBU, KELENGKAPAN SEBELUM, SELEPAS DAN SEMASA BERSALIN

Assalamualaiku..

Hi semua..

Entri kali ni nak bagi panduan kepada bakal-bakal ibu apa yang perlu mereka sediakan SEBELUM, SELEPAS & SEMASA BERSALIN.

Bukan apa kadang-kadang pening jugak terutama ibu-ibu yang baru pertama kali nak menyambut kelahiran cahaya mata sulung ni.



BARANG KEPERLUAN BABY

  • Baju pakai siang - 5 helai ( terpulang kepada anda )
  • Baju pakai malam - 5 helai ( terpulang kepada anda)
  • Stokin tangan dan kaki baby
  • Napkin - untuk bedung baby
  • Pampers New born
  • Wet tissue @ tisu basah
  • Selimut dan bantal baby
  • Minyak telon @ minyak yuyi
  • Kain lampin
  • Barut baby
  • Tuala
  • Sabun baby
  • Syampu baby
  • Sikat baby
  • losyen
  • Putik kapas
  • Bedak baby
  • Besen mandi baby
  • Pelapik getah
  • Kelambu baby
  • Bakul @ rak alatan baby
  • Pemotong kuku baby
  • Bakul @ rak pakaian baby
  • Beg baby
  • Tilam kekabu
  • Katil baby - (terpulang kepada anda)
  • Termometer
  • Nursing pillow - (terpulang kepada anda)
  • Car seat @ stroller - (terpulang kepada anda)
  • Botol susu , berus botol & pencuci khas botol baby
  • Sabun pencuci khas pakaian baby

BARANG-BARANG KEPERLUAN IBU
  • Set jamu @ supplement bersalin
  • Stokin
  • Bra khas menyusu
  • Baju untuk menyusu -kemeja 
  • Maternity pad @ Over night pad pun ok
  • Bengkung
  • Pati ikan haruan
  • Biskut, milo & susu
  • Minyak panas
  • Panties pakai buang - (terpulang kepada anda)

Semua keperluan ni saya sediakan masa kandungan saya dalam lingkungan 7 ke 8 bulan. Takut baby keluar awal tak de lah nanti kelam kabut. Lagi pun bila dan sampai hujung-hujung tak larat dah nak shopping ni.

Ok tadi sekarang ni list barang-barang keperluan kalau nak pergi ke hospital. Sediakan siap-siap dalam bag, saya dulu sediakan 2 bag. 1 bag saya, lagi satu bag baby. kemana-mana korang pergi bawak lah..nak balik kampung ke berjalan jauh-jauh ke..sentiasa ready.




Apa perlu ada dalam :

BEG BABY
  • Baju 4 helai
  • Kain lampin - 3 helai
  • Stokin tangan dan kaki baby- 3 helai
  • Napkin - kain bedung baby  2 helai
  • Pampers 10 keping
  • Barut -3 helai
  • Bantal 
  • Tuala
  • Minyak yuyi @ minyak telon

BEG IBU
  • Buku Merah
  • Ic
  • Baju - 2 helai
  • Kain batik @ skirt labuh
  • Pad - 10 keping
  • Minyak panas
  • Tuala
  • Berus gigi, ubat gigi, sabun
  • Termos
  • Gelas 
  • Sudu
  • Biskut
  • Milo 3 in 1
  • Charger hand phone
  • Panties pakai buang - terpulang kepada anda


Di harap list-list di atas ni dapat di jadikan panduan untuk anda dalam menyediakan kelengkapan baby dan anda nanti.


Saya Agen SHAKLEE JOHOR BAHRU & PASIR GUDANG.
ID No 1042062

COD Kg Melayu Majidee, Kg Bendahara, TESCO Tebrau, AEON Tebrau, Plaza Angsana, Giant Taman Suria (Southern City), Larkin Perdana, Pasar Larkin, AEON Permas Jaya, Kip Mart Masai (Pasir Gudang)

CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM 017 9291087





CHIMIEY DAN OMEGA GUARD SHAKLEE PART #2

Assalamualaikum..

Hi semua..

Hari ni nak sambung lagi cerita part #2 , pasal Chimiey dan Omega Guard Shaklee.

Sebenarnya Chimiey baru keluar ward malam tadi. Masalah kesihatan biasa dia asthma. Chimiey ni budaknya aktif sangat. Diam bila tidur atau pun tak sihat je. Last Chimiey kena asthma bulan 5 baru ni. Sama juga dengan yang terbaru ni kami duduk semalaman je.


BILA CHIMIEY MULA DAPAT ASTHMA??

Nak kata dapat dari mula lahir?? tak. Start dapat serangan ni masa umur dia 1 tahun lebih, bermula dengan selesema , batuk dan terus mengalami masalah susah nak bernafas. Biasanya kami kalau dia dah mula selesama dan batuk tu memang berjaga-jaga lah dalam pukul 2 ke 3 pagi akan ke hospital untuk dapatkan ned.



BERAPA KERAP SERANGAN ASTHMA CHIMIEY??

Masa umur chimiey dalam lingkungan 1 ke 2 tahun, jarak serangan asthma 2 ke 3 bulan. 3 bulan tu kira dah lama sangat la tu, hospital tu kira rumah ke dua lah, sampai nurse pun dah boleh kenal dah.

Bila masuk umur 3 ke 4 tahun, masih lagi sama kadang-kadang 2 bulan, 3 bulan ada masa 4 bulan. Bergantung kepada kesihatan dia, kalau dia dapat selesema dan batuk memang kami akan berulang ke klinik untuk ned atau bila serius masuk wad lah.



UMUR BERAPA CHIMIEY START CONSUME OMEGA GUARD??

Saya start bagi Chimiey OMEGA GUARD Januari 2014, awal tahun ni. Dalam masa yang sama saya bagi jugak MEAL SHAKES, CHEWABLE VITA C.

1st asthma attack untuk tahun ni bulan 5 2014, seterusnya hari jumaat baru ni bulan 11 2014. Jarak lebih kurang 6 BULAN.

Saya tahu penyakit asthma TIADA ubat, cuma yang ada PELEGA , PENCEGAHAN dan PENGAWALAN dari terus menjadi serius.

OMEGA GUARD, MEAL SHAKES & CHEWABLE VITA C usaha saya untuk Chimiey sentiasa sihat , tak mudah dapat selesema, batuk dan seterusnya asthma. Apa yang boleh saya lihat FAKTOR PENCETUS serangan asthma Chimiey adalah MAKANAN. (Terdapat juga faktor lain untuk pesakit asthma seperti sejuk, asap, habuk dan sebagainya ).






TEMPOH PENYEMBUHAN SELEPAS CONSUME OMEGA

Apa yang saya boleh cerita di sini tempoh penyembuhan Chimiey alhamdulillah dengan izin Allah terlalu pendek. Hanya semalaman duduk dalam wad, ned dalam 3 ke 4 kali , Chimiey dah mula aktif , melompat berlari. Sebelum ni kalau warded mesti 3 hari jugak lah.

Bila dah mula aktif, apa lagi doktor kata boleh balik, seronok lah kan, hehehe. balik rumah boleh sambung melompat , main , menjerit la..fuhhh. kita pulak yang risau tengok. betul ke dah ok ni?

Semuanya dengan izin Allah Chimiey dah sihat, alhamdulillah. :)


Saya Agen SHAKLEE JOHOR BAHRU & PASIR GUDANG.
ID No 1042062

COD Kg Melayu Majidee, Kg Bendahara, TESCO Tebrau, AEON Tebrau, Plaza Angsana, Giant Taman Suria (Southern City), Larkin Perdana, Pasar Larkin, AEON Permas Jaya, Kip Mart Masai (Pasir Gudang)

CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM 017 9291087






CHIMIEY DAN OMEGA GUARD SHAKLEE

Assalamualaikum..

Hi semua...

Salah satu supplement shaklee yang saya beri untuk anak saya adalah OMEGA GUARD, selain daripada MEAL SHAKES SHAKLEE  dan CHEWABLE VITA C.

Anak saya ni jenis tak susah nak makan UBAT @ SUPPLEMENT, pahit ke ..manis ke memang tak de hal..sangat mudah..dari kecik lagi nak bagi UBAT je..dia nganga je mulut dia..tak payah susah payah..alhamdulillah...

Sama juga dengan supplement memang tak susah, dia mintak sendiri je kalau mak dia ni terlupa..hehehe




KENAPA BANYAK SANGAT SUPPLEMENT??

Actually, anak saya ni ada sedikit masalah kesihatan mudah dapat BATUK, SELESEMA dan SIMPTON SEAKAN ASTHMA tapi bukan asthma. Jadi cara rawatannya memang sama macam pesakit asthma, kena ned, salbutamol, singulair..ni memang ubat-ubatan biasa dia lah.

Bulan 5 2014 lepas , anak saya di masukan ke wad sebab masalah susah untuk bernafas ni..doktor start bagi INHALER VENTOLIN (salbutamol) tapi yang jenis ubat pelega sahaja. sebenarnya tak pernah guna pun lagi...saya just konsiten bagi dia OMEGA GUARD je.

Eksperiment kat anak sendiri, Alhamdulillah..saya tak kata dia ok 100%, apa yang saya buat ELAKKAN FAKTOR PENCETUS dan KONSISTEN ambil OMEGA GUARD. Sebelum ni memang bergantung dengan UBAT, selang 2 ke 3 bulan penyakit ni datang Hospital pun dah jadi macam rumah ke 2.

Pada saya PREVENTION BETTER THAN CURE, dia (anak ) terlalu kecik lagi untuk saya 'sumbat' macam-macam ubat yang akan beri kesan sampingan untuk jangka masa panjang.







Saya Agen SHAKLEE JOHOR BAHRU & PASIR GUDANG.
ID No 1042062

COD Kg Melayu Majidee, Kg Bendahara, TESCO Tebrau, AEON Tebrau, Plaza Angsana, Giant Taman Suria (Southern City), Larkin Perdana, Pasar Larkin, AEON Permas Jaya, Kip Mart Masai (Pasir Gudang)

CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM 017 9291087







RAHSIA BFF KURUS DENGAN SHAKLEE

Assalamualaikum..

Hi semua....

Semalam saya dapat WhatsApp dari my BFF masa belajar kat Uitm dulu..kawan ni consume ALFALFA & GLA..sebelum ni LECITHIN ada la jugak..

Happy sangat baca story dia pasal cousin dia tegur dah KURUS...heheheh..siap jeless..lagi heheheh..

Apa yang best bukan setakat KURUS, masalah dia SEMBELIT & KENCING KOTOR pun tak de..Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..seronok sangat dengar..:)

Kalau korang nak tau ALFALFA ni memang sangat HEBAT, RAJA segala tumbuhan HERBA...untuk masalah wanita KEPUTIHAN, yang DAH LONGGAR KASI KETAT semula..hebatkan..hehehehe :)




pssttt..kita pun consume ALFALFA ni...;)










Saya Agen SHAKLEE JOHOR BAHRU & PASIR GUDANG.
ID No 1042062

COD Kg Melayu Majidee, Kg Bendahara, TESCO Tebrau, AEON Tebrau, Plaza Angsana, Giant Taman Suria (Southern City), Larkin Perdana, Pasar Larkin, AEON Permas Jaya, Kip Mart Masai (Pasir Gudang)

CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM 017 9291087








KENAPA SUPPLEMENT PENTING UNTUK TUBUH??

Assalamualaikum..

Hai semua..

Saya nak tanya anda, BILA ANDA MULA CONSUME SUPPLEMENT??

Saya mula consume SUPPLEMENT (bukan brand shaklee) start dari umur saya 25 tahun, masa ni belum kahwin lagi..saya start consume supplement untuk GASTRIK, MIGRAIN dan jugak untuk KECANTIKKAN KULIT

Kenapa awal sangat consume SUPPLEMENT???

Hmm... 25 tahun muda ke..bukan apa masa ni saya pernah terbaca dalam satu majalah (tak ingat majalah apa) berkaitan dengan penghasilan KOLAGEN pada tubuh kita terhenti pada umur 35 tahun. masa ni saya fikir sekarang umur 25 tahun..takkan nak tunggu umur 35 tahun baru nak consume supplement untuk kulit..?? At least aku mula hari ni (pada umur 25 tahun) hasilnya aku nampak 10 tahun akan datang...;)

Start dari sini lah macam-macam brand yang saya jumpa sampai lah saya jumpe SHAKLEE.ok lah sekarang saya nak share KENAPA SUPPLEMENT PENTING UNTUK TUBUH?? sumber dari Majalah Mingguan Wanita bil 1613 |17-23 Okt 2014.






Antara kebaikkan pengambilan SUPPLEMENT adalah :

1. MENINGKATKAN METABOLISME TUBUH
  • Gangguan tehadap metabolisme tubuh boleh memberi kesan terhadap penyerapan makanan, yang akhirnya akan menurunkan kadar penerimaan nutrisi kepada tubuh. 
  • Pengambilan SUPPLEMENT yang mencukupi mampu untuk meningkatkan kadar metabolisme hingga tubuh dapat bekerja secara optimum dan menyerap nutrisi yang diperlukan .
2. PENTING KEPADA SI VEGETARIAN
  • Kenapa supplement kepada mereka yang Vegetarian ni??? sebab utama adalah kekurangan zat yang di bekalkan makanan seperti daging dan sebagainya. Mereka kekurangan sumber PROTEIN, VITAMIN dan MINERAL, sedangkan ia sangat penting untuk tubuh kita.
  • Dengan pengambilan SUPPLEMENT, ia mampu untuk memberi manfaat kepada tubuh badan kita.

3. MENINGKATKAN DAYA TAHAN TUBUH
  • Supplement seperti Vitamin C sangat berkesan untuk meningkatkan daya tahan tubuh. Ia dapat meningkatkan ketahanan badan, sekali gus sebagai anti-oksidan yang membantu mengatasi masalah kerosakan ke atas otot.

4. SUPPLEMENT KHAS UNTUK WANITA
  • bagi wanita terdapat 3 jenis SUPPLEMENT yang sangat penting iaitu ZAT BESI, ASID FOLIK dan juga VITAMIN D, khasnya bagi wanita hamil.
  • Zat besi diperlukan untuk membantu pembentukan sel darah merah dan sangat berkesan untuk pencegahan ANEMIA.
  • Asid Folik diperlukan untuk MENCEGAH KECACATAN BAYI .
  • Vitamin D untuk mencegah OSTEOPOROSIS.

vitamin penting untuk tubuh



Saya Agen SHAKLEE JOHOR BAHRU & PASIR GUDANG.
ID No 1042062

COD Kg Melayu Majidee, Kg Bendahara, TESCO Tebrau, AEON Tebrau, Plaza Angsana, Giant Taman Suria (Southern City), Larkin Perdana, Pasar Larkin, AEON Permas Jaya, Kip Mart Masai (Pasir Gudang)

CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM 017 9291087









BILA MAMA BABY ADAM BER 'ESP'

Assalamualaikum semua..:)

Hi...tau tak bulan ni Promo apa???
Sebenarnya, bulan ni Promo ESP & MEAL SHAKES..
Bestkan ada double promo nih...

Ok, hari ni bukan nak cerita pasal MEAL SHAKES, tapi nak cerita pasal ESP.

Sebelum balik Raya Haji baru ni kakak saya whatsapp.."jue jangan lupa bawak balik ESP nanti tau!!!...." ni lah ayat dia.. :) hehehe

Kakak saya ni baru bersalin bulan puasa baru ni, dia memang berpantang dengan SHAKLEE 
(VITA LEA, VITA C, B COMPLEX, ZINC COMPLEX + ESP, OSTEMATRIX).








Lepas bersalin je mula- mula consume memang ESP dulu...
Kakak cakap susu badan memang MERIAH lepas tu PEKAT pulak tu..

Ni sanggup tunggu kita balik kampung untuk bawak balik ESP hehehe...
suka betul tengok baby adam menyusu tak nak lepas dari mama dia...

Actually baby adam ni pre mature..memang sedih jugak masa kakak cerita masa lepas czer haritu...kakak demam dan terpaksa czer sebab jangkitan kuman..sampaikan doktor cakap your baby 50 : 50 je..ya allah siapa yang tak terkejut dengar semua ni...lama jugak duduk dalam wad tapi kakak memang tak putus asa..try breasfeed baby adam..try jugak..walaupun luka czer tu masih baru dan terpaksa jalan ke bilik NICU untuk breasfeed baby adam..sakit pun sakit lah..janji mesti breasfeed baby adam..

Semua atas EHSAN Allah, susu kakak bukan setakat MERIAH tapi PEKAT..dalam masa beberapa hari je baby adam cepat betul membesar dan berisi je badan dia..;)..Alhamdulillah..kawan-kawan satu wad dengan kakak pun cakap cepat betul baby adam berisi...

Nak tengok gambar baby adam tak...heheheh :)




Inilah saya baby adam...





Saya Agen SHAKLEE JOHOR BAHRU & PASIR GUDANG.
ID No 1042062

COD Kg Melayu Majidee, Kg Bendahara, TESCO Tebrau, AEON Tebrau, Plaza Angsana, Giant Taman Suria (Southern City), Larkin Perdana, Pasar Larkin, AEON Permas Jaya, Kip Mart Masai (Pasir Gudang)

CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM 017 9291087










ONLINE CLASS BERSAMA MSE FIGHTERS #1

Assalamualaikum..

Hi semua...

Sepanjang bersama kelas MSE FIGHTERS di bawah MASTER AMIR MARZUKI & MASTER NADIAH SUHAIDI, pertama kali bermula 6 OKTOBER lepas, kami sebagai Fighters dalam group ni pula yang akan Sharing bersama rakan-rakan dalam group ni.

Orang 1 st Sharing saya..:)



berdebar jugak nak sharing ni..tapi untuk manfaat bersama, insya allah semuanya ok..;)

TAJUK SHARING 6 OKTOBER 2014

TIPS SAYA BERBISNES DALAM SHAKLEE

1) PLAN/TO DO LIST & MASTER CHECK LIST - seterusnya apa yang saya buat :
  • Saya Email, Whatsapp, Telegram group rakan-rakan seperti group rakan-rakan universiti, rakan-rakan sekolah menengah dan customer yang pernah beli dengan saya. Saya hantar promo untuk bulan tersebut. 
  • Create template promo, tak kisah dari shaklee ke..atau yang buat sendiri. Alhamdulillah setakat ni dapat jugak respond hehehe :)
  • Cross Selling - saya memang kaki shopping online, saya biasa shopping baju, shawl, baju kanak-kanak, makanan, buku. Saya kumpul no contact mereka dan dalam masa urus niaga tu saya perkenalkan saya SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR kalau nak dapat produk shaklee boleh contact saya. Alhamdulillah cara ni pun saya dah berjaya dapat customer jugak...:)

2. FLAYERS/PAMPHLET
  • Start saya join SHAKLEE yang ni memang saya ada sediakan, kemana saya pergi memang ada, kalau pergi kedai runcit pun saya bawak dan bagi orang yang saya jumpa...:)
  • Antara tempat-tempat yang saya edarkan flyers ni di pasar, shopping mall. 
  • Kebanyakkan saya bagi flyers ni pada orang perempuan, sebab orang perempua kalut macamana pun diorang akan simpan dalam hand bag di orang
  • Kebiasaanya saya akan target : 
          i)   Perempuan hamil dan ada yang bawa anak-anak.
          ii)  Saya selit di cermin kereta, cara ni saya buat 4 bulan tapi tak dapat respond kemudian saya                   tukar bagi flyer secara bersemuka. 
          iii) Tips nak bagi flyer: bagi flyer, senyum, cakap terima kasih. Eye contact penting dari mata                   turun ke hati..:)
          iv) Sertakan Flyer bersama produk customer beli untuk beberapa keping supaya dapat                               panjangkan kepada rakan-rakan mereka (rakan mse fighters)
           v) Sediakan Flyer pada harga biasa dan juga harga promo
          vi) Boleh juga letak dalam surat khabar


3) POTENTIAL CUSTOMERS
  • Kalau ada kawan atau saudara mara yang pregnant saya akan bagi trial pack secara percuma selama 1 minggu untuk mereka cuba. Cara ni confirm dapat respond, cuma kita kena berani dan tak berkira untuk buat pelaburan.
  • Mungkin agak susah nak buat ibarat 'kita tolong orang, tapi jangan sesekali mengharapkan ada balasan'. Tolong dengan hati yang ikhlas dan kerana Allah.
  • Apa pun kita buat jangan sesekali merungut & mengeluh, contoh ' eh..rugi je bagi trial pack tu..bukan nak beli pun'...JANGAN..JANGAN...JANGAN...sesekali cakap macam ni..saya sentiasa tanam dalam diri saya MERUNGUT & MENGELUH tu ibarat RACUN. Ingat rezeki tu milik Allah, apa yang DIA bagi semuanya atas EHSAN-Nya. 

Alhamdulillah ni lah Sharing saya bersama rakan-rakan MSE FIGHTERS semoga cara yang tak seberapa ni dapat bantu rakan-rakan saya..


Saya Agen SHAKLEE JOHOR BAHRU & PASIR GUDANG.
ID No 1042062

COD Kg Melayu Majidee, Kg Bendahara, TESCO Tebrau, AEON Tebrau, Plaza Angsana, Giant Taman Suria (Southern City), Larkin Perdana, Pasar Larkin, AEON Permas Jaya, Kip Mart Masai (Pasir Gudang)

CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM 017 9291087






CANTIK SANGAT KE STRECTHMARKS TU???

Assalamualaikum..

Hi semua...hari ni nak cerita pasal STRETCHMARKS lepas bersalin...


Ni lah rupa STRETCHMARKS...hodohkan?? kalau hodoh jangan la simpan baik kita try hilangkan...
Tapi macamana nak hilangkan STRETCHMARKS ni??



BAGAIMANA STRETCHMARKS TERJADI

1. PERUBAHAN HORMON & AKIBAT PEMBESARAN BAYI DALAM KANDUNGAN
  • Kebiasaanya stretchmarks memang akan uncul di kalangan wanita hamil, semakin kandungan membesar, perut pun akan membesar. Oleh itu akan mula muncul garis yang berwarna merah jambu yang agak lebar. Ia akan beransur-ansur berubah warna ke coklat atau keputih-putihan.
  • Terdapat juga wanita hamil yang tidak mempunyai masalah stretchmarks, ia bergantung kepada faktor genetik

2. FAKTOR GENETIK
  • Sekirannya ibu anda mempunyai masalah stretchmark anda juga mempunyai kecenderungan untuk mengalaminya. 

3. MASALAH KULIT KERING
  • Sekirannya anda menghadapi masalah kulit kering, amalkan meyapu krim pelembab bagi megelakkan stretchmarks.

4. PERUBAHAN BERAT BADAN SECARA MENDADAK
  • Kepada mereka yang mengamalkan diet yoyo,!!!apa tu diet yoyo, turun berat mendadak dan berat badan naik mendadak, juga berisiko untuk munculnya strecthmarks.

5. PENGARUH UBAT-UBATAN
  • Contohnya streroid, ubat gemuk dan ubat asthma.


CARA MENGURANGKAN STRETCHMARKS KETIKA HAMIL
  • Amalkan makanan yang berkhasiat dan vitamin semasa hamil dengan jumlah yang betul.
  • Minum air masak 8 gelas atau lebih sehari untuk kelembapan kulit
  • Pastikan berat badan anda meningkat mengikut apa yang telah di syorkan oleh doktor
  • Amalkan pemakaian losyen ataupun minyak zaitun dikawasan seperti perut, pinggang, peha dan lain-lain
  • Pengambilan diet yang mengandungi protein tinggi. Protein bertindak untuk merangsang komposisi kolagen kulit seterusnya akan mengurangkan munculnya STRETCHMARKS

CARA MENGHINDARI STRETCHMARKS


  • Bagi ibu-ibu hamil amalkan makanan tambahan yang mengandungi zink
  • Minum air yang banyak sekurang-kurangnya 2 ke 2.5 liter sehari
  • Amalkan pemakanan seimbang bagi mengelakkan kenaikkan berat badan secara mendadak
  • Biasakan diri anda untuk melakukan senaman
  • Pastikan pakaian dalam anda selesa, tidak terlalu ketat atau longgar

PRODUK CADANGAN 




1. ESP

  • Menghasilkan sel kulit yang lebih cantik. setiap 21 hari sel kulit kita akan mati, jadi kita memerlukan protein yang berkualiti tinggi supaya sel kulit dapat diganti dengan cepat.
  • ESP sumber protein lengkap, ia mampu memudarkan parut. Parut terjadi adalah akibat daripada kekurangan protein dalam badan untuk membentuk sel baru.

2. VITA E COMPLEX
  • Mengurangkan parut, kedut dan kesan rekahan. Oleh itu kulit akan kelihatan lebih cantik, mulus dan berseri
  • Vitamin E juga bertindak sebagai anti-penuaan, ia juga mampu membuatkan anda awet muda.


Saya Agen SHAKLEE JOHOR BAHRU & PASIR GUDANG.
ID No 1042062

COD Kg Melayu Majidee, Kg Bendahara, TESCO Tebrau, AEON Tebrau, Plaza Angsana, Giant Taman Suria (Southern City), Larkin Perdana, Pasar Larkin, AEON Permas Jaya, Kip Mart Masai (Pasir Gudang)

CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM 017 9291087

KALORI DALAM JUADAH HARI RAYA

Assalamualaikum..hi semua :)

Ada yang beraya lagi..??? Alhamdulillah saya masih lagi di Pahang

Sekarang ni tak kira Raya Puasa atau Raya Haji juadah hari raya lebih kurang je...kalau Raya Puasa ada Lemang, rendang, ketupat, Raya Haji pun macam tu lah jugak juadahnya. Kuih raya je yang tak berapa ada.

Macam rumah mak saya lemang, rendang, ketupat, nasi dagang, mee kari...hahahah...tak kan nak pandang je...bertuah la...:)

Dah kenyang baru tetingat bab- bab kalori ni.




Haa..tu dia Panduan Kalori Makanan Popular Hari Raya dari Kevin Zahari...

Apa-apa pun makan biarlah berpada-pada untuk kesihatan diri jugakkan...:)









SEHARI SEBELUM BALIK BERAYA...

Assalamualaikum..semua :)

First time kami sekeluarga balik beraya sehari sebelum beraya...

10 jam atas jalan...memang kena banyak bersabar..:)

Tapi alhamdulillah, balik nanti tak de la berebut...maklumlah cuti lama :)







Tu dia ye..sempat posing maut sebelum balik.

Kotak tu pulak ..memang wajib bawak balik..kotak paling kecik tu..bekalan SHAKLEE untuk orang kampung :)

SIJIL HALAL SHAKLEE

Assalamualaikum..:)

Ada orang tanya produk Shaklee ni HALAL ke???
Tak de logo HALAL pun kat botol Vitamin Shaklee ni...???
Maklum lah bukan produk Malaysia kan..mana kita tahu diorang buat macamana???

Pernah jugak sebelum ni kecoh pasal isu KAPSUL LECITHIN ada unsur yang meragukan, ada yang sanggup buang semua Vitamin Shaklee ni..

Begini ye KAPSUL Vitamin Shaklee seperti LECITHIN, OMEGA GUARD dan COQHEALTH malah kesemua Vitamin Shaklee mempunyai status HALAL yang sah.

Boleh lihat gambar di bawah ye...:)




SIAPA YANG KELUARKAN SIJIL HALAL SHAKLEE??

Sijil Halal ini di keluarkan oleh Islamic Services Of America (ISA).

ISA merupakan antara Badan Islam yang di iktiraf oleh JAKIM.
Klik juga disini : Halal Accreditation (ISA)



Di bawah ini merupakan artikel yang menjawab persoalan tentang status HALAL produk Shaklee yang ditulis oleh Abdul Rahman yang merupakan Ahli Farmasi, yang berpengalaman dalam bidang penganalisaan ubat-ubatan di Makmal Kimia Ubat

Credit to :Halalscience



Hasil carian maklumat saya di portal Biro Pengawalan Farmaseutikal
Kebangsaan (BPFK).
Produk Lecithin Shaklee yang didaftarkan pada tahun 1995
dihasilkan di kilang Syarikat Shaklee di Norman, Amerika Syarikat.
Produk Lecithin Shaklee yang terbaru pula didaftarkan pada 2012
dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville . Kilang yang sama mengeluarkan
produk-produk kesihatan lain seperti Produk GNC dan USANA yang mempunyai
persijilan Halal daripada IFANCA (Islamic Food And Nutritional Council of America).
Produk Osteomatrix Caplet Shaklee yang didaftarkan di Malaysia pada tahun 2007
juga dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville, Amerika Syarikat.
Pada awal Januari 2013 pula, Puan Imatulizah telah menghantar pertanyaan
melalui email kepada Islamic Services of America (ISA) untuk
mengesahkan kesahihan Sijil Halal Produk Shaklee.
Koordinator Perkhidmatan Halal, ISA mengesahkan Sijil Halal
Produk Shaklee adalah sah dan menjamin Shaklee akan terus
mengeluarkan produk-produk yang dijamin halal termasuklah
Produk Lecithin, Omega dan Vitamin E.
Memang sebelum ini Shaklee menggunakan kapsul daripada pembekal
di Kanada. Tetapi pada masa sekarang, Shaklee telah menggunakan
pengilang baru yang mempunyai persijilan halal sedia ada untuk
produk Shaklee pasaran Malaysia.
ISA dan IFANCA merupakan badan persijilan Halal Luar Negara yang
diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.
Oleh itu, tiada keraguan ataupun was-was bagi pengguna Muslim untuk
mengamalkan Produk Suplemen Kesihatan jenama Shaklee yang terdapat di pasaran Malaysia.
P/S : Saya bukan pengamal produk shaklee, bukan penjual, bukan pengedar dan tidak mempunyai kepentingan berkaitan produk Shaklee.
Jawapan ini sekadar menjawap persoalan-persoalan yang dihantarkan
oleh pembaca-pembaca buku tulisan saya bertajuk “Halalkah Ubat Anda?”.
Buku “Halalkah Ubat Anda?” mendedahkan lebih 90 jenis ubat-ubatan yang
mengandungi unsur daripada babi. Untuk dapatkan maklumat lanjut sila layari
www.halalscience.com

Terima kasih.
Abd Rahman Baco
Penulis
halalscience.com
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Di harapkan entri ini dapat memberi keyakinan kepada anda bahawa Produk Shaklee untuk pasaran Malaysia adalah DIJAMIN HALAL..so gunakan tanpa was-was..;) 

SHAKLEE EFFECTS BERSAMA JUE..

Assalamualaikum..

Pagi tadi dapat tugasan dari MNS (Master Nad), buat entry SHAKLEE EFFECTS nampak gaya kena cari gambar-gambar lama ni..hehehe










Ini lah saya sebelum kenal SHAKLEE, malu nak tepek gambar ni sebenarnya. Maklumlah time ni memang chubby sikit. Tengok muka je lah :)




BERKENALAN DENGAN SHAKLEE

Perkenalan saya dengan SHAKLEE lebih kurang setahun lepas, September 2013. Nak ikutkan masalah kesihatan tak de la serius TAPI....

Sebenarnya masalah kesihatan saya cuma MIGRIN dan GASTRIK, asalnya tak de la serius mana TETAPI bila di biarkan tanpa rawatan memang jadi serius lah.

Di pendekkan cerita, MIGRIN dan GASTRIK saya menyerang secara serentak, tak boleh salah makan, tak boleh lambat makan..sekitar tahun 2011 dalam sebulan GASTRIK dan MIGRIN menyerang boleh kira..dalam 2 ke 3 kali sahaja.

Lama-kelamaan dah jadi semakin kerap pulak 1 MINGGU dah jadi 2 ke 3 kali. Sampai lah satu masa bila sakit anak terbiar, urusan rumah tangga ntah kemana, urusan dengan Allah tak dapat di lakukan dengan sempurna, saya fikir saya kena cari sesuatu untuk bagi diri saya SIHAT.

Saya ternampak post dari rakan FB Asnadia Ahamad (mak shaklee saya) pasal SHAKLEE. Tak buang masa saya terus google pasal SHAKLEE, pasal status HALAL, KKM dan kandungan produk. Puas hati terus tanya nadia supplement untuk MIGRIN dan GASTRIK.





BERPUASA DENGAN SHAKLEE

Masa ni lah saya consume ESP dan OSTEMATRIX. 1 day puasa parcel saya baru sampai, so tak sempat consume lagi. Lepas berbuka semua makanan yang saya makan habis keluar semula...mengigil badan tunggu waktu berbuka.

Malam sebelum tidur saya ambil 4 biji OSTEMATRIX dan esoknya bersahur dengan ESP. Dalam hati saya berniat "ya Allah, izinkan lah aku berpuasa dan menjalankan segala suruhan mu dengan sempurna, tanpa keluh kesah". Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdullillah...segalanya dengan izin Allah puasa hari ke 2 dan sehingga habis sebulan puasa saya dapat berpuasa dengan sempurna sekali..syukur sangat.


TERJEBAK DENGAN BISNES SHAKLEE

Bila mula terjebak dengan bisnes SHAKLEE ni?? lebih kurang selepas 2 bulan consume ESP dan OSTEMATRIX baru lah saya join sampai lah sekarang. Bila dah serasi dengan diri sendiri saya cuba bagi anak, suami, mak dan ayah, bila ada kesan positif pada mereka, saya jadi nekad untuk cuba bantu kawan-kawan rapat.

Alhamdulillah segalanya atas izin allah, saya dapat berjumpa dengan mereka yang ingin consume SHAKLEE selain dari mereka yang rapat dengan saya.


Ini lah mini outlet saya, kat rumah je...untuk kegunaan sendiri dan juga untuk customer cod dan sebagainya. Order online je, teknologi di hujung jari la katakan klik,klik,klik..dah sampai depan rumah. :) senang dan mudah je..

SETELAH SETAHUN BERSAMA SHAKLEE




Inilah saya selepas setahun bersama SHAKLEE..masalah MIGRIN dan GASTRIK saya, dah HILANG entah ke mana, rasa makin CERGAS dan SIHAT adalah...heheheh..




Ini gambar yang telah digabungkan SEBELUM dan SELEPAS menggunakan SHAKLEE, yang asalnya hanya untuk atasi masalah MIGRIN & GASTRIK tetapi dalam masa yang sama berat badan pun dah turun dari 63-65 KG dan sekarang maintain 55-57 KG..


SIAPA SUSUN GALUR SAYA???

Susun Galur Saya
Ni lah susun galur saya..JULAIZAH (saya), ASNADIA (mak saya), SITI FATIMAH ADLIAH (nenda), MASTER NADIAH SUHAIDI (MSE)..alhamdulillah saya bersama dengan mereka-meraka yang sangat hebat..Insya Allah ,satu hari nanti saya akan jadi seperti mereka...



terima kasih sudi meluangkan membaca coleteh saya ni...#ShakleeEffects bersama jue..:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up