APAKAH KEBAIKAN VITAMIN C YANG PERLU ANDA KETAHUI???

Assalamualaikum...

Hi semua...

Apa yang anda tahu tentang VITAMIN C??




Vitamin C sangat penting untuk tubuh kita kerana tubuh kita tidak dapat menghasilkan Vitamin C. Kita perlu dapatkan Vitamin C daripada sumber lain dari makanan.

KAJIAN SAINTIFIK juga menunjukkan bahawa Vitamin C berpotensi untuk mencegah sesetengah jenis BARAH, penyakit berkaitan dengan JANTUNG, masalah ALAHAN dan juga masalah KETIDAKSUBURAN dikalangan lelaki. Vitamin C juga mampu untuk mencegah dan menyembuhkan JANGKITAN VIRUS seperti demam dan selesema. Ia juga penting untuk menguatkan sistem imun tubuh kita.


FAKTA MENGENAI VITAMIN C

Vitamin C merupakan Vitamin Larut air yang terdapat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Vitamin C sangat penting utnuk pertumbuhan gigi, tulang, tisu bawah kulit dan tulang rawan.

Tahukah anda??? akibatkan daripada KEKURANGAN VITAMIN C akan menyebabkan KOLAGEN di dalam badan anda menjadi LEMAH dan TIDAK AKTIF.

Kekurangan Vitamin C yang berterusan akan menyebabkan SKURVI (Sejenis penyakit yang menyebabkan lemah seluruh badan, anema dan adema). Bagi SKURVI yang lebih serius, sel otot akan merekah dan berlaku jangkitan mulut, mengakibatkan penghidap mengalami muntah berdarah, pendarahan pada otak dan demam panas yang boleh membawa kematian.


KENAPA PERLUNYA VITAMIN C.

Vitamin C penting untuk:

  • Pembentukan gigi, tulang, tisu bawah kulit dan rawan yang sihat.
  • Menguatkan sistem imunisasi badan
  • Menghapuskan radikal bebas
  • Mencegah kanser dan penyakit-penyakit lain

MENGAPA PERLU VITAMIN C SETIAP HARI.

Tubuh kita TIDAK BOLEH menghasilkan Vitamin C, disebabkan ia merupakan Vitamin larut air maka ia TIDAK BOLEH disimpan. Sekiranya Vitamin C yang berlebihan dalam tubuh seseorang ianya dengan mudah akan disingkirkan daripada tubuh kita.

Selain daripada itu Vitamin C akan termusnah akibat daripada KEPANASAN dan pendedahan kepada SINARAN ULTRAUNGU. Malahan sesetngah jenis makanan kandungan Vitamin C akan termusnah sebelum sempat kita ambil.

Oleh itu, penting bagi kita untuk mendapatkan bekalan Vitamin C tambahan bagi memperolehi faedah yang lebih OPTIMUM.




Saya Agen SHAKLEE JOHOR BAHRU & PASIR GUDANG.
ID No 1042062

COD Kg Melayu Majidee, Kg Bendahara, TESCO Tebrau, AEON Tebrau, Plaza Angsana, Giant Taman Suria (Southern City), Larkin Perdana, Pasar Larkin, AEON Permas Jaya, Kip Mart Masai (Pasir Gudang)

CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM 017 9291087



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

up